26 April 2008

Realpolitik Melayu Islam.......DSWA tersalah atau tersengaja

Antara teguran atau menuding jari (menghukum) adalah dua perkara yang berbeza, yang semestinya di fahami di di perhalusi..... dalam kenyataan DSWA ini ada beberapa perkara yang kita perlu fahami atau cuba fahami.
1) Jika sekiranya tujuan kenyataan itu adalah bertujuan untuk memujuk orng bukan Islam, bukankah ianya sepatut di keluarkan oleh pemimpin PKR yang bukan Islam, Tian Chua ada, Jeffry Kitingan ada..ramai lagi ada, kenapa yang beragama Islam mengeluarkan kenyataan seolah-olah Allah swt tidak tahu semasa Allah menurunkan hukum dan al Quran dahulu bahawa di malaysia ini masyarakat berbilang kaum.
2) Negara Islam ialah asas perjuangan PAS, seluruh dunia tahu itu adalah prinsip perjuangan PAS yang tidak ada kompromi lansung...kerana itu ada perintah Allah, dan PAS meletakkan ini sebagai prinsip dalam keadaan tahu bahawa Malaysia ini masyarakatnya majmuk sama seperti Madinah semasa awal pemerintahan Rasulullah saw, apakah tujuan kenyataan ini juga bermaksud untuk menyatakan bahawa PAS juga tak praktikal.....hati-hati bila berkata-kata.
3) Apakah betul dengan memperlekehkan negara Islam akan menyebabkan orang bukan Islam berbondong-bondong menyertai PR, apakah memang betul Negara Islam punca masalah sebenar atau perkara lain.
4) Di cadangkan agar PKR cakap pasal lain, tak payah cakap pasal negara Islam, biar hal ini antara PAS dan Karpal Singh sahaja, yang kita harapkan dapat di cari jalan penyelesaian yang terbaik, DSWA ke DSAI atau mana-mana pimpinan PKR cakap perkara yang perlu di tawarkan kepada rakyat selepas di beri kemenangan nanti.
5) satu Kaedah dalam hukum Islam "Nahnu Nahkum Bizzawahir, waAllah yatawalla sarair" kita berhukum dengan apa yang zahir, Allah yang menguruskan perkara yang tersembunyi. Dalam kes ini kita mesti menegur apa yang terzahir, dan yang terzahir itu jelas seperti tidak percaya kepada kuasanya Allah.

Kita sambung kemudian


'Paste'kan ke Blog Anda Tanda Sokongan

Koleksi Ayahanda