08 Ogos 2008

Raja Nazrin terima kunjungan hormat delegasi PAS- Malaysiakini

KL: Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini menerima kunjungan hormat daripada delegasi PAS yang diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub di Istana Perak, Bukit Persekutuan dekat sini, Khamis.

Dalam pertemuan hampir sejam itu, baginda dan delegasi PAS membincangkan beberapa perkara berkaitan negara termasuk peranan Majlis Raja-raja serta isu berkaitan negara dan rakyat.

"Perbincangan adalah berkisar kepada bagaimana seharusnya peranan yang dimainkan oleh Majlis Raja-raja dan institusi di negara ini ke arah kebaikan semua rakyat.

"Tuanku amat gembira dengan kehadiran dan perbincangan yang diadakan hari ini. Dan kami mengharapkan agar pertemuan seperti ini akan diadakan pada masa akan datang," kata Salahuddin kepada Bernama selepas pertemuan itu.

Salahuddin hadir bersama lima anggota Dewan Pemuda PAS terdiri daripada Setiausaha Ahmad Subki Yusof, Penolong Setiausaha 1 Musaddak Ahmad, Bendahari Zaki Ibrahim, Ketua Penerangan Suhaizan Kayat dan Ketua Dewan Pemuda PAS Perak Norazli Musa.

Hadir sama Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Mohd Annuar Zaini.

Cawangan sepakat pilih Azalina- Malaysiakini

Ketua-ketua cawangan Umno bahagian Pengerang memilih Datuk Seri Azalina Othman Said kerana beliau lebih berwibawa untuk menerajui bahagian berkenaan.

Ketua cawangan Bandar Mas Abdul Kadir Mohd Yunus berkata, ketua-ketua cawangan Umno telah berpakat memilih Azalina sebagai ketua bahagian yang baru.

"Ini kehendak akar umbi Umno yang mahukan perubahan kerana yakin dengan agenda pembangunan Azalina untuk penduduk Pengerang.

umno 2007 agm azalina othman and wanita 051107"Paling ketara yang mahukan Azalina menjadi ketua bahagian yang baru ialah golongan wanita," katanya.

Beliau menegaskan demikian ketika diminta mengulas kegagalan penyandangnya, Datuk Harun Abdullah.
Harun mendapat tujuh pencalonan minimum untuk mempertahankan jawatannya.

Harun yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Selat hanya mendapat empat pencalonan, manakala Azalina 27 pencalonan.

Berikutan itu, Azalina yang kini naib ketua bahagian, menang tanpa bertanding jawatan ketua bahagian.

Sementara itu, ahli jawatankuasa bahagian, Abdul Kader Basok pula berkata, punca utama ketua cawangan memilih Azalina ialah kerana merasakan beliau lebih sesuai mengetuai bahagian tersebut.

Beliau yang juga ketua Umno cawangan Felda Air Tawar 4 berkata, kedudukan Azalina sebagai menteri, memudahkan beliau membantu rakyat Pengerang terutama yang menjadi peneroka Felda.

"Sebagai menteri pelancongan, Azalina lebih berkemampuan untuk membantu penduduk berbanding Harun yang hanya seorang Adun.

"Kami sepakat mahukan muka baru menerajui bahagian ini. Dan orang yang paling layak menjadi ketua bahagian Pengerang ialah Azalina.

"Selama ini kepimpinan antara bahagian dengan Parlimen tidak sehaluan menyebabkan banyak program di Pengerang tidak berjaya," katanya.

Ulasan
Dengar cerita Azalina dah mula kempen sejak 3 bulan yang lalu dengan memasukkan duit ke dalam akaun setiap ketua-ketua cawangan di Bahagian
Pengerang dalam jumlah yang agak banyak, begitu juga dengan perwakilan di peringkat cawangan di selit bersama surah yasin...
ada sesiapa boleh mengesahkan berita ni?..lebih elok kalau ahli-ahli UMNO bahagian Pengerang

tapi kalau benar-benar berlaku pun.....ahli UMNO bukannya kesah apa pun....dapat duit....halal ke haram ke cerita lain.

07 Ogos 2008

Sebab Mohd Saiful tidak didakwa- Malaysiakini

Mohamad Saiful Bukhari Azlan tidak dituduh bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana pemuda itu pengadu yang mendakwa diliwat oleh ketua umum PKR, kata menteri dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

"Patutkah kita mendakwa orang yang membuat laporan polis, mendakwa kejadian itu berlaku?

"Kita mesti ingat juga bahawa Anwar tidak bersalah sehingga dibuktikan oleh mahkamah," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur, lapor Bernama.

Anwar, 60, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini terhadap tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap Mohamad Saiful, 23, di sebuah kondominium di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun lalu.

Selepas dibebaskan dengan ikat jamin kemudiannya, Anwar mempersoalkan kenapa Mohamad Saiful tidak turut didakwa kerana kertas pertuduhan menyebut bahawa Mohd Saiful bersetuju dalam melakukan perbuatan yang didakwa itu.

Syed Hamid berkata, dalam kes rasuah umpamanya, orang yang didakwa menerima sogokan lazimnya akan didakwa dan bukannya pemberi yang membuat laporan.

"Itulah cara sistem perundangan... yang penting ialah wujudnya keadilan," katanya.

Ulasan

Dalam kes ini kita lebih cenderung untuk melihat bahawa Saiful itu ialah ORANG YANG MENGAKU SALAH, DAN MENYERAH DIRI DI BALAI POLIS. kalau sekiranya orang yang buat pengakuan salah di balai polis tidak di kenakan tuduhan. best la macam tu.... kita buat salah, rompak ke...kita pegi ngadu kita kata si polan bin si polan suruh saya rompak bank....kita sebagai orang yang merompak tidak di dakwa....

Malaysia negara ku...kenapa la ada menteri macam ni.

PAS: Forum cetus ketegangan agama- Malaysiakini

PAS bimbang forum dampak pertukaran agama anjuran Majlis Peguam hujung minggu ini boleh "mencetuskan syak wasangka dan ketegangan hubungan antara penganut Islam dan penganut pelbagai agama dalam negara."

"Dan ini sudah pasti akan menjejaskan keharmonian negara dan akan merugikan semua pihak," kata presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau mengulas siri bantahan beberapa pihak termasuk menteri dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar terhadap forum tentang dampak pertukaran agama seperti kes R Subashini dan S Shamala.

Majlis Peguam bercadang membahaskan dua kes itu dalam forum bertemakan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan, Sabtu ini.

Abdul Hadi, yang juga ahli parlimen Marang menambah, PAS sekeras-kerasnya membantah hasrat Majlis Peguam dengan alasan "isu-isu berkaitan dengan hak dan kepentingan Islam adalah seasuatu yang mutlak" seperti dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang tubuh setiap negeri.

"Bagi PAS, Islam agama yang membawa dan menjanjikan kebaikan buat semua, oleh yang demikian sebarang perbincangan berkenaan dengannya perlulah melibatkan pihak yang memiliki ilmu dan authoriti kerana Islam berdiri berteraskan sumber-sumbernya sendiri.

"Kerana itu PAS berpandangan inisiatif Majlis Peguam Malaysia ini yang bersumberkan fahaman sekular akan hanya menyelewengkan pemahaman sebenar terhadap Islam lantas mencetuskan konflik dan akhirnya ketegangan yang tidak memberikan manfaat kepada mana-mana pihak," katanya.

Beliau menyarankan penganjur membatalkan forum tersebut.

Kelmarin, Syed Hamid menyifatkan forum badan peguam itu ibarat "bermain dengan api" dan "boleh membangkitkan salah faham."

"Anda bermain dengan api yang kita ingat sebagai satu unsur kebebasan dan hak kita.

"Jangan kita fikir dalam melaksanakan hak, orang lain juga tidak mempunyai hak, jadi akhirnya dia boleh membangkitkan salah faham," beliau dipetik sebagai berkata.

Ulasan

Semua memaklumi bahawa perkara yang melibatkan agama adalah merupakan sesuatu yang amat sensitif di dalam negara kita, kerana ianya akan melibatkan perasaan dan kepercayaan seseorang individu, dan juga telah di terima secara wajib oleh seluruh Rakyat Malaysia bahawa Islam adalah agama resmi bagi Persekutuan Malaysia.

Akibat daripada penerimaan itu maka sudah tentu satu keistimewaan terhadap Islam dan hukumnya (walaupun tidak sepenuhnya) mesti di akta atau dikanunkan, dan perkara ini sudah di sedari sekian lama, cuma yang menjadi masalah sekarang ialah mengapa dan kenapa perkara ini seakan sudah berani di cabar, keistimewaan Islam sebagai agama resmi Negara sudah dianggap sebagai tidak adil, kekadang terfikir adakah ini yang di kehendaki oleh Masyrakat Melayu yang menyokong UMNO/BN.

Ada orang menyatakan bahawa Presiden PAS lambat/ketinggalan, satu pesan kepada golongan ini, 1) jaga sikit mulut 2) Presiden PAS bukan sahaja hari ini memperkatakan perkara ini sudah lebih 20 tahun memperkatakan tentang Islam yang perlu di pertahankan cuma kamu-kamu yang bebal tidak pernah mengikuti apa yang di nyatakan oleh beliau selama ini.

Sekarang ini bukan kita nak bincang antara yang mana betul dan yang mana salah? kalau nak bincang tentang betul dan salah sudah terbukti bahawa ISLAM ADALAH AGAMA DI SISI ALLAH, paderi-paderi Kristian sendiri sudah ada yang mengaku tentang kekeliruan Triniti, dan penyelewengan Bibel.

Masalah sekarang ini ialah mengapa majlis peguam begitu bongkak mahu mencabar ketuanan Islam di dalam negara ini, perangai rasa cerdik sombong inilah yang akhir sekali akan mengundang bencana kepada negara, apabila berlaku tindak balas daripada orang yang tidak mahu melihat Islam di tohmah dalam forum itu nanti.

Majlis peguam hanya menggunakan kes R Subashini dan S Shamala untuk menghangatkan suasana dan keadaan, bukan ini sebenar target mereka.

Persoalan sekarang, mengapa sudah ada orang yang berani mencabar Islam sampai ke tahap ini, mengapa perkara seumpama ini berlaku, Inilah perkara yang pernah di sebut oleh Saidina Umar Al Khattab semasa baginda hadir ke Kota Baitul Maqdis untuk menerima kunci kota tersebut "Kita adalah kaum yang di muliakan dengan Islam, barangsiapa yang mencari kemuliaan dengan dengan Islam, Allah akan menghina mereka' sudah lebih 50 tahun PAS memberi amaran ini kepada UMNO, memberi amaran dari luar, memberi amaran dari dalam (semasa dalam BN) memberi amaran semasa mereka kuat, memberi amaran semasa mereka lemah, tetapi mereka tetap dengan kebebalan dan bodoh sombong masih tetap dengan ego keMelayuan yang hanya bersandarkan kemuliaan kepada keris telanjang.

Majlis Peguam sepatutnya sudah boleh memahami apa yang di nyatakan oleh YB Presiden PAS, bukan sahaja kenyataan sekarang bahkan kenyataan-kenyataan beliau yang lalu, dan perkara ini sudah menimbulkan suasana yang kurang sihat setahun dua yang lalu. jika sekiranya kamu boleh menerima peraturan-peraturan lain yang lebih jelas menampakkan kebodohan undang-undang tersebut kenapa kamu tidak boleh menerima peraturan ini yang jelas memberikan hak dan keistimewaan Islam sebagai agama resmi negara.

Sedang tunggu pendirian pimpinan PKR yang beragama Islam.

06 Ogos 2008

Anwar: Mengapa saya sahaja didakwa?- Malaysiakini

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan mengapa beliau seorang sahaja yang didakwa di mahkamah jika beliau dikatakan melakukan hubungan seks di luar tabii dengan bekas pembantunya secara suka sama suka.

"Jika suka sama suka, kenapa hanya saya yang dipanggil (dakwa)?" katanya kepada pemberita sambil berkata, ia adalah satu pendakwaan politik.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun lalu di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, No 99, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Anwar dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Beliau juga terus mengecam Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana meneruskan dakwaan liwat terhadapnya.

Anwar menyifatkannya sebagai satu politik kotor oleh seseorang yang akan kehilangan kuasanya.

Ketua umum PKR itu juga berkata beliau kini akan menumpukan perhatiannya kepada kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Hakim SM Komathy menetapkan kes itu disebut pada 10 September untuk memutuskan tarikh perbicaraannya. Bagaimanapun, kes tersebut akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Ulasan
Itulah akibatnya apabila perkara ini tidak di bicarakan di mahkamah syariah sedangkan kesalahan ini adalah satu kesalahan syariah mengikut perundangan Islam, Anwar dan Saiful kedua-duanya Islam, Laporan di Mahkamah syariah telah di lakukan oleh Anwar, Ini menunjukkan kepada kita betapa terpinggirnya Islam masa ini dan ianya akan terus terpinggir selagi mana PAS tidak di jadikan tunggak kepada pemerintahan di Malaysia ini.

Alangkah sedihnya kita, al Quran yang kita baca seharian, Hadis yang kita kaji seharian tidak boleh di jadikan rujukan untuk menyelesaikan permasalahan dua orang yang mengaku Islam.

Fikirkan lah

Sejarah Pilihanraya Permatang Pauh- Malaysiakini





Permatang Pauh di Seberang Perai Tengah merupakan kawasan Parlimen yang amat menarik di Pulau Pinang kerana wakil rakyatnya beberapa kali bertukar sejak pilihan raya umum 1969.

Kerusi itu menjadi milik parti Perikatan pada pilihan raya umum 1969 setelah calonnya Mohd Nor Bakar menewaskan wakil PAS Musa Mohd Yatim, dan pada 1974, Ariffin Md Daud, calon Barisan Nasional (yang menggantikan Perikatan), menewaskan Abu Bakar Murni dari Pekemas dan Baharuddin Ibrahim dari Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM).

Pada pilihan raya umum 1978, calon PAS Zabidi Ali menewaskan Ariffin untuk mengambil alih kerusi itu, dan pada pilihan raya umum 1982, calon BN Datuk Seri Anwar Ibrahim merampas kembali kerusi itu daripada Zabidi dalam pertandingan yang turutu melibatkan Tan Ah Huat dari DAP.

Pada pilihan raya umum 1999, Anwar yang disingkirkan daripada Umno dan dikenakan hukuman penjara kerana tuduhan liwat dan rasuah tidak dibenarkan bertanding, dan kerusi itu dimenangi oleh isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menerusi parti baru, Parti Keadilan Nasional, yang kemudiannya menukar nama pada Ogos 2003 kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) setelah bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia.

Wan Azizah, yang mempertahankan kerusi itu untuk tiga penggal, akhirnya melepaskan kerusi itu pada 31 Julai lepas bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding semula di situ.

Bagi penduduk Permatang Pauh, penat pilihan raya umum 2008 pada 8 Mac lepas belumpun reda, dan kini mereka berhadapan kembali dengan tanggungjawab untuk membuat pilihan sekali lagi.

Permatang Pauh yang merupakan satu daripada 13 kersui Parlimen di Pulau Pinang, memang 'panas' sejak kawasan itu diambil alih oleh PKR daripada BN pada 1999.

Majoriti pengundi kawasan ini terdiri daripada orang Melayu yang merupakan 68.5 peratus atau 40,039 daripada 58,449 pengundi kawasan itu, diikuti oleh kaum Cina seramai 14,489 orang atau 24.79 peratus dan India 3,581 orang (6.3 peratus) serta lain-lain 240 orang (0.41 peratus).

Kerusi Parlimen Permatang pauh meliputi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Kerusi DUN Seberang Jaya, yang diwakili oleh Datuk Arif Shah Omar Shah daripada BN, mempunyai 22,678 pengundi iaitu Melayu 14,163 orang (62.36 peratus), Cina 5,436 (23.97 peratus), India 2,978 (13.13 peratus) dan lain-lain 122 (0.54 peratus).

Kerusi DUN Permatang Pasir yang diwakili Hamdan Abd Rahman dari PAS mempunyai 20,350 pengundi iaitu Melayu 14,715 orang (72.31 peratus), Cina 5,278 (25.94 peratus), India 328 (1.61 peratus) dan lain-lain 29 (0.14 peratus).

Kerusi DUN Penanti, yang diwakili oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin dari PKR mempunyai 15,421 pengundi iaitu Melayu 11,181 orang (72.51 peratus), Cina 3,776 (24.49 peratus), India 375 (2.43 peratus) dan lain-lain 89 (0.57 peratus).

Pada pilihan raya umum lepas Wan Azizah mengalahkan calon BN Datuk Pirdaus Ismail dalam pertandingan satu lawan satu dengan majoriti 13,388 undi.

05 Ogos 2008

Mengundi di Permatang Pauh 26 Ogos- Malaysiakini

Sekarang ini semua mata tertumpu kepada Permatang Pauh selepas pengisytiharan Dato' Seri Wan Azizah mengisytiharkan perletakan jawatannya sebagai MP dan juga pengistiytiharan Dato' Seri Anwart Ibrahim sebagai calon yang akan bertanding di situ dalam pilihanraya kecil yang akan di umumkan tarikhnya oleh SPR pada hari ini (6/8/08).

Namun ada dua perkara yang mana ianya juga penting tetapi seolah-olah tenggelam, iaitu KULIM BANDAR BARU dan juga SANGLANG, walaupun Kulim Bandar Baru masih lagi belum konfirm tentang ada atau tidak pilihanraya kecil akan tetapi Sanglang sudah pasti sekurang-kurangnya akan ada pilihanraya kecil disitu. Apa persiapan PR dalam menghadapi pilihanraya kecil ini, bagaimana dengan jentera? perbelanjaan? strategi? atau sudah dirasakan bahawa kedua-dua kerusi ini sudah tidak ada nilai sebab orang akan bertanding itu bukan orang glamor.

Sanglang dan Kulim Bandar Baru sama penting dengan Permatang Pauh, jika di Permatang Pauh ramai pembesar-pembesar PR (Dengan merujuk kepada barisan kabinet cadangan Tan Sri Khalid dalam Sinar Harian) ingin melihat sejauhmana kesetiaan PAS kepada PR, maka di Sanglang juga penyokong dan pendokong PAS ingin melihat sejauh mana rakan PR akan membantu PAS, membantu bukan bermakna hanya pergi berkempen di Sanglang tetapi membantu ialah menjaga air muka dan maruah PAS dengan tidak cuba untuk mencabar Islam dan Syiar Islam seperti azan subuh, pembinaan surau, bantuan kepada gereja dan sebagainya terutama di negeri yang berMenteri Besarkan Orang Islam dari kalangan PR.

Penyokong dan pendokong PAS masa ini mungkin ada lagi yang sedang bertepuk meja kerana masalah muzakarah atau Muqabalah tetapi mereka ini boleh lupakan apa sahaja termasuk kuasa jika sekiranya Islam yang menjadi dasar mereka dicabar dan tercabar.

Berbalik kepada Kulim Bandar Baru, Yb Zul seorang yang amat di perlukan di dalam Parlimen, apa yang kita bimbangkan ialah, UMNO/BN akan menjadikan Kulim Bandar Baru sebagai sasaran mereka, kerana nilai antara Permatang Pauh dan Kulim Bandar Baru adalah sama sahaja sama 1&1, apa guna kalau kita menang besar di Permatang Pauh tetapi tewas di Kulim Bandar Baru, kita tetap akan kekurangan 1 kerusi di parlimen, kekadang ada benar jugak pandangan yang menyatakan sepatutnya DSAI menunggu keputusan Kulim Bandar Baru sebelum membuat keputusan untuk bertanding di Permatang Pauh.

Sanglang...hanya sebuah dun yang selama ini di sandang oleh PAS melalui Ustaz Hashim Jasin , kesnya sama dengan Kes di Parlimen Pasir Putih Kelantan pada 2004 antara Hjh Kelsom (PAS) dan Che Min (BN), Pengawai Pengurus Pilihanraya telah 'silap' mengisytiharkan kemenangan kepada Hjh Kelsom, dan Che Min telah membawa kes ini ke Mahkamah dan mahkamah mengisytiharkan Che Min di berikan kemenangan (Tanpa pilihanraya Kecil). Di Sanglang begitu juga Pegawai Pengurus Pilihanraya telah 'silap' mengisytiharkan calon BN yang menang menewaskan Ustaz Hashim Jasin, bila Ustaz Hashim bawa ke mahkamah... mahkamah perintah pilihanraya semula...tidak sebagaimana di Pasir Puteh yang memberikan kemenangan terus kepada Che Min.

Pentingnya Sanglang ialah untuk mengembalikan hak sebenar rakyat Sanglang yanng telah memilih Ustaz Hashim sebagai wakil mereka, di samping itu juga hak-hak demokrasi juga mesti di kembalikan dan ianya juga boleh dianggap sebagai neraca bagaiamana setiakawan dalam PR ini, jika alasan bahawa di Sanglang, ramai orang Melayu cukup dengan PAS sahaja yang bekerja, maka di di Permatang Pauh undi Cina & India sebagai penentu, tak bimbang ke pada kopiah dan serban orang-orang PAS, nanti di salahkan pula pada serban, kopiah dan tudung labuh orang PAS.

Akan tetapi pengikut dan pendokong serta penyokong PAS ialah golongan yang taat kepada pimpinan tak kira tok guru mana! kalau arahan pimpinan kata pergi..maka mereka akan pergi, kalau pimpinan kata tak payah pergi maka tak payah pergi.

untuk satu renungan

Umno tercari-cari calon lawan Anwar- Malaysiakini


Muda Mohd Noor | Aug 5, 08 2:39pm
Bekas ketua Umno Permatang Pauh berkata bahagian itu menghadapi masalah untuk mendapatkan calon sesuai bagi mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil nanti.

"Umno bahagian ketandusan pemimpin yang boleh menjadi calon untuk menentang Anwar.

"Beberapa nama yang disebut menjadi calon, sebenarnya tidak mencapai standard untuk mencabar bekas timbalan perdana menteri itu," kata Datuk Ahmad Saad.

Beliau yang memimpin bahagian itu antara 1997 hingga 2004 dianggap bekas seorang penyokong kuat Anwar.

Ahmad menambah, ada dua faktor yang menentukan kemenangan BN dalam pilihanraya kecil kali ini.

Pertama, calon yang boleh diterima oleh semua pengundi Permatang Pauh dan satu lagi, katanya, kecenderungan pengundi Cina dan India yang berjumlah kira-kira 20,000 orang.

"Kita perlu ingat kemenangan lebih 13,000 undi majoriti (presiden PKR Datuk Seri) Dr Wan Azizah (Wan Ismail) dalam pilihanraya umum lalu disebabkan pengundi Cina dan India.

"Malah kalau tidak kena calon (BN kali ini), orang Umno akan mengundi pembangkang," katanya lagi.

Ketua bahagian itu Datuk Abdul Jalil Abdul Majid berkata calon BN dalam pilihanraya kecil paling dinanti-nantikan itu akan ditentukan oleh pengerusi parti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mesyuarat Umno bahagian malam tadi, tambahnya, diadakan sebagai persiapan menghadapi pilihanraya tersebut dan bukannya membincangkan isu calon.

Mengulas kemungkinan beliau turut disenaraipendekkan sebagai calon menentang tokoh pembangkang itu, Abdul Jalil berkata "saya bersedia menjadi calon."

Ahmad menegaskan, beliau kini tidak lagi menyokong Anwar kerana penasihat PKR itu bersekongkol dengan DAP.

Katanya, beliau tidak suka pada seseorang pemimpin Melayu yang sanggup menggadaikan bangsa sendiri.

"Oleh kerana itu saya tidak boleh menyokong perjuangan Anwar walaupun sebelum ini merupakan penyokong kuat beliau," katanya.

04 Ogos 2008

Semoga Allah Perteguhkan Zukri Aksah (Orang Kuat Ezam)


'Paste'kan ke Blog Anda Tanda Sokongan

Koleksi Ayahanda