09 Mac 2010

Debat PR VS UMNO/BN -Penang




Sebagaimana yang telah dijadualkan pada 07 Mac 2010, di tapak Ekspo Seberang Jaya, Seberang Perai tepat jam 8.45 malam majlis ‘DEBAT PERDANA RAKYAT 2010’ yang dianjurkan oleh Sekretariat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah dimulakan.

Pengerusi majlis telah meminta kesemua yang hadir untuk mendengar perdebatan yang akan dilangsungkan itu masuk memenuhi dewan.

Dimulakan dengan lafaz Bismillah majlis dimulakan dan Pengerusi Majlis secara rasminya menyerahkan majlis kepada Moderator yang di bawa khas dari Selangor iaitu Tuan Haji Mohd Suhaimi Ahmad seorang usahawan yang tidak menyertai dan memihak kepada mana-mana parti politik.

Selaku Moderator Tuan Haji Mohd Suhaimi telah menjemput pendebat-pe
ndebat dari Pakatan Rakyat ,UMNO, GPMS dan juga dari DPMM Pulau Pinang.

Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah diwakili oleh Ustaz Husni Mat Piah dari PAS, YB Rayar dari DAP dan PKR diwakili oleh Saudara Hazri Abu Bakar naik kepentas.


Yang dicabar mereka iaitu Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Nor
man Zahalan, Rizal Faris Mohideen Yang DiPertua DPMM Pulau Pinang dan Jais Abdul Karim Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung masih tidak kelihatan.

Setelah melakukan panggilan kali kedua ketiga-tiga mereka yang dicabar itu masih lagi belum kelihatan, atas dasar perikemanusiaan kerana memikirkan mungkin mereka masih sibuk mengumpul banyak data-data yang membuktikan Melayu dan Islam di Pulau Pinang ditindas dibawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, Moderator telah memberikan masa tambahan 15 minit lagi kepada mereka untuk muncul diatas pentas.

Ribuan hadirin yang hadir mulai gelisah, kerana mereka telah datang untuk mendengar sendiri hujah-hujah yang beserta dengan fakta yang mengatakan bahawa Melayu dan Islam di Pulau Pinang ditindas dibawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Namun begitu setelah 15 minit masa tambahan diberi berlalu… mereka tetap tidak muncul termasuk Jais Abdul Karim Presiden Gabungan Pelajar Melayu yang telah menyatakan kesediaannya untuk hadir.

Inikah sikap sebenar Pejuang dan Pembela nasib Melayu dan Islam Pulau Pinang? Takut untuk berhadapan dengan rakyat yang kononnya dibela oleh mereka. Takut untuk mempertahankan hujah mereka selama ini.

Peribahasa ada mengatakan ‘Berani kerana benar, Takut kerana salah’. Jadi kalau mereka merasakan diri mereka benar mereka pasti muncul diatas pentas yang disediakan.. nyatalah juga kini kenyataan-kenyataan yang mereka keluarkan hanyalah hujah-hujah kosong yang tiada sokongan sebarang data hanya auta semata-mata.

Hujah-hujah kosong yang dikeluarkan dengan niat untuk memburuk-burukkan pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang telah dipilih oleh rakyat..

Apakah kita perlu Pejuang Bangsa seperti ini? Pejuang Bangsa yang yang hanya berani berbicara dihadapan media yang dikuasai mereka tetapi takut untuk berhadapan dengan bangsa yang kononnya diperjuangkan mereka.

Perlukah kita ada Pejuang Bangsa seperti ini?


Kalau bangsa yang diperjuangkan mereka sendiri mereka takut untuk menghadapinya. . perlukah mereka mengaku bahawa mereka itu pejuang bangsa ?

Nyatalah kini sikap mereka itu umpama ayam jantan yang kokoknya berderai-derai tapi ekornya bergelumang najis…

Memang mereka itu Ayam Jantan..

08 Mac 2010

UCAPAN KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT NEGERI SELANGOR 2010- YB UST NASHARUDIN MAT ISA


“Bermuafakat Menjunjung Amanah Rakyat

Bermuafakat Menjunjung Amanah Rakyat merupakan tema yang paling releven dan tepat untuk diperingatkan dalam keadaan suasana politik hari ini. Kepada semua ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri mestilah sentiasa beringat bahawa dalam konteks demokrasi berparlimen di Malaysia ini, rakyat adalah majikan kepada pemimpin. Mereka mempunyai kuasa yang besar untuk menentukan pilihan yang terbaik untuk masa depan negara dan rakyat.

Pakatan ini yang dibina atas semangat berteraskan perjuangan rakyat haruslah lebih arif dan lebih perihatin dengan hati dan jiwa mereka. Jelas membuktikan dalam pilihanraya yang lalu rakyat menghakimi dengan adil sehingga mampu merubah komposisi dan demografi politik hari ini. Oleh sebab yang demikian, kita tidak seharusnya meletakkan kepentingan diri melebihi daripada kepentingan agama, negara dan rakyat.

Apa yang telah dilakukan oleh Barisan Nasional di Perak jelas membuktikan pengkhianatan terhadap rakyat adalah berpunca daripada mereka sendiri. Jika ada diantara kita meletakkan kepentingan peribadi, ghairah mencapai puncak kuasa, lapar dengan harta benda, terpesona dengan kemuliaan pangkat dan kehormatan, maka saya amat mengharapkan agar kita dapat memperbetulkan niat perjuangan ini.

PAS sudah acap kali mengulangi pendirian parti untuk terus memperkukuhkan Pakatan Rakyat selagimana ia berada atas landasan yang benar dan betul. Malah, PAS juga tidak teragak-agak untuk mengadili mereka yang mengkhianati perjuangan ini. Kita harus ingat sebagai seorang Muslim, kepimpinan adalah satu tanggungjawab yang cukup berat untuk digalas dan ia hanya layak dipikul oleh mereka yang benar-benar kuat dan beramanah.

Medan pilihanraya di Malaysia menyaksikan bahawa survival PAS dalam ukuran politik turut disokong dan didokong oleh semangat muafakat dan kerjasama parti. Meskipun ia terjalin dalam kerangka ideologi dan fahaman politik yang berbeza. PAS telah bersetuju dalam pembentukan dasar Pakatan Rakyat yang pernah dideklarasikan di bumi Selangor pada 19 Disember lalu. Titik persefahaman dan pertemuan inilah yang mengikat muafakat Pakatan Rakyat dan mengemudi amanah rakyat secara bersama.

Mentadbir Selangor Dengan Penuh Akauntabiliti dan Amanah

Selangor sebuah negeri berstatus perbandaran yang meliputi kira-kira 90% kawasannya. Dan beberapa buah kawasan di negeri ini mencatatkan sehingga 400 ribu jumlah penduduk. Dari aspek ekonominya, data makro menunjukkan Selangor mempunyai kelebihan berbanding negeri-negeri lain seluruh Malaysia.

Contohnya, sebuah negeri perindustrian ini mencatatkan pendapatan purata isi rumah yang tinggi disamping mampu mengekalkan kadar kemiskinan yang rendah. Rakyat telah menikmati pelbagai skim dibawah Agenda Merakyatkan Ekonomi seperti Skim Mesra Usia Emas dan TAWAS yang ditawarkan oleh pihak kerajaan negeri bagi meningkatkan taraf hidup dan meringankan beban rakyat. Selangor juga antara negeri yang mempunyai kelengkapan infrastruktur yang hebat seperti pusat pendidikan, pusat perniagaan, pusat teknologi serta merupakan sebuah pusat pentadbiran yang moden.

Kombinasi faktor ini menyebabkan UMNO dan Barisan Nasional begitu terdesak untuk merampas dan menundukkan Pakatan Rakyat dalam apa jua sekalipun. Oleh itu, tidak hairanlah Ahli Parlimen Pekan dari Pahang mengambil alih tampuk kuasa parti daripada anak jati tempatan iaitu ADUN Sungai Panjang. Walaupun begitu, acuan yang digunakan tetap akan membentuk produk yang sama kualitinya.

Sehubungan dengan itu, Islam menitik beratkan persoalan amanah dan tanggungjawab. Amanah yang diberikan oleh rakyat kepada kita mesti ditunaikan dengan baik. Sebagai pemimpin Muslim, kita bertanggungjawab kepada Allah, Rasulullah SAW dan hari akhirat kelak. Begitu juga kepada pemimpin non Muslim, mereka juga mestilah berakauntabiliti kepada parti, maruah diri, pengundi dan prinsip perjuangan.

Allah SWT berfirman, “Mereka yang Kami berikan kekuasaan di muka bumi ini nescaya mereka mendirikan solat dan mengeluarkan zakat, mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara mungkar” (Surah Al-Hajj : 41). Ayat yang dirakamkan dalam Al-Qur’an ini menunjukkan bahawa mereka yang berkuasa mempunyai obligasi terhadap Allah, rakyat dan menguatkuasakan perintah-perintah wajib yang perlu digalas dan dipikul oleh mereka yang mempunyai kuasa di dunia khususnya di Malaysia.

Kemenangan Pakatan Rakyat di negeri Selangor adalah satu kemenangan yang unik dan bermakna. Unik dalam erti kata tidak sebagaimana di Kelantan, Kedah ataupun Pulau Pinang. Dominasi satu parti dalam Pakatan Rakyat lebih ketara. Di Selangor ketiga-tiga parti samada PAS, PKR dan DAP saling sumbang menyumbang dan sokong menyokong dalam membentuk, melangsung dan mengekalkan kerajaan dan kemenangan ini.

Inilah model Pakatan Rakyat yang sebenar. Selangor mesti terus bertahan dan mengekalkan kemenangan ini. Pada waktu yang sama menzahirkan satu bentuk kerajaan yang adil, maju, bersih dan berkebajikan. Selangor akan menjadi sebuah model sebuah kerajaan dan bakal menambat serta meraih sokongan rakyat dari negeri-negeri lain untuk bersama merubah kerajaan negeri masing-masing daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat.

Pemimpin dan rakyat mestilah bersabar dalam mengemudi perubahan ini. Membina Rom bukan hanya mengambil masa satu hari. Perjalanan dalam memperjuangkan keadilan sejagat ini cukup panjang dan ia dipenuhi dengan mehnah dan tribulasi yang cukup mencabar sehingga jiwa-jiwa ini tergugat dengan keindahan dunia yang sementara.

Allah SWT berfirman, “Manusia dijadikan dengan tabiat-tabiatnya yang terburu-buru (Isti’jal)” (Surah Al-Anbiya’ : 37)

Impian kita untuk menguasai beberapa negeri dan keseluruhan Malaysia umumnya, perlulah dilakukan dengan cermat dan penuh hemah. Janganlah kita terlalu terburu-buru sehingga kita mengabaikan pekerja-pekerja bawahan parti, tidak menganalisa persekitaran politik dan tidak teliti dalam menaakul kebarangkalian masa depan survival Pakatan Rakyat. Kita mesti sentiasa bersedia dari segenap aspek samada kelancaran pentadbiran kerajaan, kebijaksanaan berijtihad dalam politik dan kewibawaan pemimpin.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mencadangkan agar semua penggerak parti mengamalkan budaya kerja ini;

1. ‘Ubudiyyah
Bagi seorang Muslim, kita mesti memperbetulkan niat bahawa kepimpinan ini bukanlah satu kemuliaan tetapi ia satu tanggungjawab yang cukup berat. Sifat tawaddhu’ atau merendah diri perlu sentiasa tersemat dalam diri untuk mengelakkan rasa bangga diri sehingga wujud sikap sombong dan bongkak dalam diri.

2. Mas’uliyyah
Setiap tindakan, polisi atau strategi yang kita lakukan adalah liabiliti kepada seseorang pemimpin. Dalam prinsip demokrasi di Malaysia, rakyat bebas menilai tanpa prejudis setiap perlakuan kita dan akan membuat keputusan sewajarnya dalam kotak undi kelak.

3. Mahabbah
Hormat menghormati, bertolak ansur dan berlapang dada perlu ada dalam jiwa setiap pendukung dan pimpinan parti. Memang benar perselisihan pendapat, pertikaman lidah dan bersangka buruk itu wujud dalam Pakatan Rakyat khususnya di negeri Selangor. Namun, ia harus diurus dengan berhikmah. Kita berusaha untuk mencari titik persefahaman antara satu sama lain dan bertoleransi dalam hal-hal yang tidak disepakati. Setiap dasar parti dalam komponen Pakatan Rakyat harus diterima dengan sikap keterbukaan dan sentiasa saling faham memahami.

4. Iltizam
Komitmen untuk mewujudkan sebuah negara yang mengamalkan prinsip keadilan dan ketelusan harus dilipatgandakan. Setiap program-program parti, kaderisasi, pertambahan pemilih dan kebajikan rakyat wajib dilakukan dengan penuh kesungguhan. Saya ingin menegaskan disini terutamanya kepada teman-teman seperjuangan PAS, setiap cawangan dan kawasan di Selangor harus berusaha gigih mendekati dan menambahkan keyakinan rakyat kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Kita percaya bahawa politik bukan hanya permainan minda tapi ia mesti memberikan sentuhan hati dan jiwa nurani rakyat.

Demikianlah empat elemen budaya kerja yang harus dipraktikkan disemua peringkat. Saya turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi penghargaan kepada Pakatan Rakyat Selangor kerana konsisten mengadakan Majlis Mesyuarat Pakatan Negeri dua minggu sekali. Moga platform mesyuarat ini dapat menyelaraskan agenda gerak kerja bersama dan lebih efektif. Saya yakin YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, YB Dato Dr Hasan Mohd Ali dan YB Sdr Ean Yong adalah tokoh-tokoh yang matang dan berpandangan jauh dan dapat memimpin ke arah mamantapkan lagi kedudukan Pakatan Rakyat di negeri Selangor. Saya turut memberikan jaminan bahawa PAS Selangor yang diterajui oleh Pesuruhjaya Dato’ Dr Hasan Mohd Ali dan seluruh jenteranya akan terus komited dalam menguruskan kemenangan ini bersama.

Cadangan Untuk Pakatan Rakyat Selangor

1. Kita percaya terhadap kekuatan akar umbi. Persepsi itu penting tetapi keterikatan keyakinan dan pengaruh Pakatan Rakyat terhadap hati pengundi itu lebih penting. Ia memerlukan kepada jaringan hubungan yang akrab antara Pakatan Rakyat dengan pengundi tempatan.

Sehubungan dengan itu, saya ingin menyarankan agar PAS terutamanya memperkukuhkan cawangan dan kawasan. Kedua-dua tapak ini mampu menterjemah dan memberi sokongan padu kepada pemimpin. Dalam masa yang sama, pemimpin harus menjadi pendengar yang setia, perungkai masalah rakyat dan teman bicara supaya hubungan antara kedua-duanya mampu bertahan lama. Saya optimis ia boleh mengelakkan pengkhianatan terhadap rakyat dan menukar bahtera perjuangan.

2. Pemimpin Pakatan Rakyat harus sentiasa mengamalkan tiga rukun kekuatan dalam satu ketumbukan pasukan iaitu saling faham memahami, saling bantu membantu dan saling lengkap melengkapi. Ruh persaudaraan perlu disuburkan melalui kekerapan berkomunikasi dan pertemuan secara formal dan informal. Memang benar, bebanan kerja yang ada menjangkaui masa yang diperuntukkan oleh hukum alam. Tapi, saya percaya ini mampu mengelakkan pra sangka buruk, iri hati dan dengki sesama sendiri.

3. Melaburlah dalam pelaburan yang menghasilkan pulangan tinggi iaitu pembinaan karakter kepimpinan dan keperibadian pemuda. Tidak dapat dinafikan dalam sejarah perjuangan sesebuah negara, anak muda memberikan tamparan hebat dalam peta politik dunia. Perbicangan polisi, latihan kepimpinan mestilah diselarikan dengan pembudayaan etika dan pembentukan syakhsiyyah yang mulia. Masa akan menyaksikan barisan pemuda yang holistik luas pandangnya dan komprehensif pakej kepimpinannya.

4. Memperkasakan gerakan dan peranan wanita supaya ia menyokong teras perjuangan Pakatan Rakyat. Ciri-ciri peribadi wanita sewajarnya dimanfaatkan untuk kepentingan perjuangan seperti sifat keprihatinan yang tinggi, teliti dan keramahan. Ini mampu meluaskan medan dan segmentasi perjuangan memandangkan isu-isu kewanitaan akhir-akhir ini tidak ditanggapi semaksima mungkin oleh pemimpin-pemimpin wanita yang menganggotai Pakatan Rakyat.

PENUTUP

Marilah kita bersama-sama fokus terhadap pelaksanaan Dasar Pakatan Rakyat sebagai tanda muafakat politik dalam menunaikan amanah perjuangan ini. Sebarang ujian kita akan tangkis bersama bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum ke13 kelak. Tidak lupa juga agar kita sentiasa mengkoreksi diri supaya tidak tersasar daripada matlamat politik yang telah disepakati.

Masa untuk memperkuat kan SAF



Bahang kepansan di dalam jemaah semakin kurang, walau ada lagi pihak yang cuba untuk menimbulkan semula, akan tetapi kita dapat lihat kebanyakan pemimpin sudah mula berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan. Apa yang pasti PAS dengan sikapnya yang asal, memperteguhkan jemaah dan menumbangkan BN (PAS Reform tak caya lagi….lantak dia la) dan pastinya sikap dan keadaan ini tidak akan berubah sehinggalah Muktamar mengambil sikap dan pendirian baru.

Walaupun angin kepanasan yang melanda PAS itu telah berubah haluan kepada PKR namun di selaik pengiytiharan 3 Orang MP mereka menjadi MP bebas tidak begitu merunsingkan, kerana semua mengetahui bahawa dalam politik kekuatan sesuatu parti itu ialah berapa besarnya pengaruh mereka, berapa ramai pengikut mereka, begitu juga individu di dalam parti, kekuatan mereka ialah berapa besar pengaruh dan pengikut merekam kalau takat isytihar keluar PKR sorang diri tanpa ada seorang pun pengikut dalam keadaan mereka itu ahli parlimen, ertinya tiada apa yang perlu di runsingkan, kerana yang jelasnya, mereka bukannya individu yang berpengaruh. Cuma yang memberi kesan sedikit ialah jika keadaan ini berterusan mungkin BN akan mendapat 2/3 di dalam parlimen, mungkin target utama Najib pada ketika ini ialah kelulusan persempadanan semula pilihanraya yang akan melihat UMNO dengan kerjasama penuh SPR akan mewujudkan kawasan-kawasan selamat untuk UMNO/BN, mungkin di perbanyakkan lagi kawasan parlimen di Sarawak, Sabah dan Johor, atau mengagihkan kawasan pengundi POS dengan tidak manapoli satu kawasan sahaja, seperti Lumut yang ada puluhan ribu pengundi POS, mungkin di pecahkan kepada 2-3 kawasan, bagaimana? UMNO kan semua boleh. Begitu juga MINDEF, Bagan Pinang, Kem Terendak Melaka dan banyak lagi KEM yang boleh menjamin kemenangan BN.
Begitu juga kita melihat bagaimana balai Polis Marang begitu besar di bina, strategi yang sengaja di buat untuk menumbangkan Presiden PAS, sebagaimana Penempatan Polis di Pengkalan Chepa, mungkin itu juga strategi yang sama.
Walaubagaimanapun, tugas ahli-ahli PAS sekarang ialah, kembali rapatkan saf, tentukan kerja sebagai gerakan Islam dan parti Politik berjalan dengan baik, kurangkan cakap, kurangkan mengajar orang sedang kita tak tahu kemana, berhenti bersikap kurang ajar kepada pemimpin (kalau tak suka sangat lawan sendiri dalam muktamar), henti perasaan rasa kita alim lebih alim dan tahu dari Tim.Mursyidul Am, hentikan sebarang kempen merosakkan macam pas reform (kempen kamu semua dah basi). Pastikan kedudukan kita dalam barisan PR, jangan kita jadikan parti kita parti yang meyusahkan PR, MP dan ADUN kita sebagai individu yang menyusah dan merosakkan PR, teguhkan wala’ kita kepada pemimpin selagai mana arahan pemimpin tidak bercanggah dengan Al Quran dan As Sunnah, kalau salah itu hanya salah strategi pada pandangan kita…tanya khabar dulu…jangan dok tembak dalam blog tak tentu pasal. Dan kalau rasa tak boleh bagi wala’ kepada pimpinan…keluar senyap-senyap dari PAS..boleh pilih samada PKR atau DAP…semua ok asal kena dengan jiwa kita.
Ok la…salam

07 Mac 2010

Memberi atau Di beri



"Terkilan saya apabila Mufti Perak, Sahibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria menyebut nama saya secara terbuka di khalayak. Samada di dalam mesyuarat atau persidangan dewan, menyebut nama seseorang dalam ucapan secara terbuka biarlah dengan kehadiran tuan punya badan. Sekurang-kurangnya, bolehlah kata-kata tersebut disahkan atau dinafikan.

Mufti bukan orang politik yang terdedah dengan kaedah menyerang atau diserang. Mengaitkan nama saya dalam kenyataan politik seorang yang bukan tokoh politik merupakan satu tingkah laku yang tidak beretika. Justeru, apabila mufti mengambil tindakan melagukan nama saya dengan irama politik, saya harus memberikan jawapannya.

Adil juga jika saya menukilkan dahulu sebahagian ucapan beliau di program Dialog Za’ba, Perpaduan Melayu: Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), minggu lepas. Antaranya beliau berkata,

“Kenapa Pas tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah. “Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. “Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu. “Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya Pas Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dan dia juga bersetuju,”

Saya ingin menyentuh berkaitan kenyataan yang menyebut beliau datang ke rumah saya. Benar atau tidak, terserahlah kepada khalayak. Bagi saya, ini di antara beliau dan saya. Cuma pertanyaan saya, tidakkah itu satu keterlibatan dengan politik? Sedarkah beliau bahawa kerajaan Perak yang dirampas dari tangan rakyat hari ini didokong oleh UMNO, sebuah parti yang meyakini bahawa politik dan agama tidak boleh bercampur? Dalam bahasa mudahnya, politik suku agama suku. Jika mufti sendiri sanggup turun melaksanakan urusan berkaitan politik, ertinya beliau beranggapan tugasnya sebagai mufti meliputi tugas politik. Adakah bagi beliau, politik dan agama mesti selari, tidak boleh berpisah? Jika demikian, beliau telah mengiktiraf perjuangan PAS adalah benar. Jika tidak, kenapa libatkan diri dengan politik? Bukankah itu salah mengikut akidah UMNO?

Inilah yang diperjuangkan oleh PAS. Tegak berdirinya PAS dengan perjuangan menjadikan Islam sebaagai cara hidup. Tidakkah al-Quran sebuah kitab yang syumul? Isinya bukan sahaja akidah, bahkan soal ekonomi, politik, rumahtangga, psikologi dan kaunseling, semuanya ada di dalam al-Quran. Tidakkah ini merupakan tiang seri perjuangan PAS sejak sekian lama? Jika mufti Perak beranggapan politik dan Islam perlu selari, selangkah kaki beliau sepatutnya sudah berada di dalam PAS!


Jika beliau tidak berpandangan Islam dan politik perlu selari, tetapi terus terlibat dengan politik dengan jubah seorang mufti, maka dengan sendirinya beliau telah menjadi ejen. Dalam kes ini, beliau telah menjadi ejen UMNO. Hilang luruh kemuliaan seorang mufti kalau merelakan diri menjadi ejen. Apatah lagi menjadi ejen sebuah parti politik sekular.

Saya kira, jika seorang mufti yang menjadi ejen parti politik sekular, itu bukanlah lagi al-mufti (yang memberikan fatwa) tetapi al-mufta (yang diberikan fatwa). Cukuplah sekadar itu respon balas saya terhadap kenyataan beliau.



NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Pejabat Menteri Besar Kelantan.
21 Rabiul Awal 1431 / 7 Mac 2010

'Paste'kan ke Blog Anda Tanda Sokongan

Koleksi Ayahanda