14 Julai 2009

APABILA UMNO IKHLAS


Mungkin ramai yang tidak puas hati dengan tajuk yang saya berikan ini, mungkin juga ada yang merasakan bahawa saya cuba untuk mengungkit berkenaan dengan UG, tidak ….sama sekali tidak, arahan pimpinan supaya jangan berpolimik lagi dengan UG, maka kita sebagai ahli yang berbai’ah tidak boleh lagi mengungkit lagi perkara tersebut.

Apabila UMNO Ikhlas ini ialah dalam kontek PRKN41 Manik Urai yangbaru lepas kelmarin, sesudah hampir sebulan jentera parti telah di kerah ke MU untuk mempertahankan kemenangan ini, dan alhamdulillah kita masih tetap dapat mempertahankannya walaupun
dengan majoriti yang berkurangan, namun menang tetap menang. UMNO yang ikhlas ni adalah sama dengan Abu Jahal dan Abu Lahab yang ikhlas dalam Perang Badar, sama dengan Namrudz yang ikhlas ketika berhadapan dengan Nabi Ibrahim dan sama ikhlas dengan Firaun ketika berhadapan dengan Nabi Musa. Kesemua mereka ikhlas, kalau tidak ikhlas pasti tidak sanggup mempertaruhkan nyawa mereka untuk perjuangan mereka.
Apa kena mengena Ikhlas UMNO dengan MU yang baru lalu, maksud saya UMNO ikhlas ialah apabila mereka tidak ‘kelong’ mereka menjalankan kerja mereka dengan betul terutama dari sudut politik wang, umum mengetahui dan UMNO pun tidak boleh menafikannya bahawa UMNO menggunakan banyak duit untuk membeli pengundi, jika sekiranya dalam pemilihan UMNO mereka sanggup berhabis inikan pula ketika berhadapan dengan PAS/PR. Semua orang penuh yakin dengan kemengan PAS melebihi 2000 undi ketika pukul 3.00 petang, memang itu keyakinan jentera PAS denganjumlah kemenagan tersebut, dari mana angka itu dapat..angka itu dapat dari ‘culaan ‘ yang di lakukan oleh jentera tempatan di MU, saya yang bertugas di Laloh pun merasakan bahawa Laloh akan di menangi oleh PAS dengan Majoriti melebihi 200 Undi, di mana asas tersebut…asasnya ialah culaan, jumlah pengundi yang di cula Bulan dan pengundi luar di banding dengan culaan BN, maka kemenangan yang paling selesa akan kita perolehi di Laloh, tapi tiba-tiba pengiraan sebenar PAS tewas dengan 30 undi di Laloh, suatu yang mengejutkan. Kenapa begini? Bagi saya hanya dua sebab sahaja;
1. Culaan Kita Silap
2. Pengundi Kita telah di beli.
Ada yang menyatakan bahawa culaan kita kita tak betul, yang satu benda yang boleh juga di terima, namun bila kita bercakap tentang ketepatan cula maka kita perlu melihat dari mana datangnya sumber cula tersebut, kerana sumber culaan tersebut itu melambangkan ketepatan culaan, UMNO mungkin menggunakan Polis, Kemas, mungkin juga tentera untuk mencula sebab itu kita lihat culaan mereka hampir tepat.
Di Kelantan culaan yang di lakukan oleh jentera tempatan bagi saya adalah antara yang paling tepat di Malaysia berbanding dengan negeri-negeri lain kerana mereka juga mempunyai jentera kerajaan untuk mencula, Program Kifalah yang merekodkan hampir semua penduduk, Program armalah, Program Ladang Rakyat dan macam-macam program lagi boleh menjadikan culaan menjadi hampir tepat. Di tambah lagi dengan program ziarah yang di adakan sepanjang tempoh kempen ini telah meng’update’kan lagi culaan yang sedia ada, maka kesimpulannya bagi saya culaan yang di lakukan oleh Tok Penghulu berdasarkan kepada rekod-rekod yang ada adalah hampir tepat.
Kalau hampir tepat kenapa masih lagi tidak betul dengan apa yang berlaku..sepatut menang 200 undi di Laloh tetapi kalah 30 undi… bagi saya inilah yang di maksudkan dengan APABILA UMNO IKHLAS.
Kalau dahulu kita sering mendengar petugas pertengahan UMNO akan larikan sebahagian daripada peruntukan kewangan yang di peruntukan untuk membeli undi, kalau peruntukan itu RM2 juta pasti yang sampai kepada pengundi hanya RM 500 ribu sahaja, baki RM 1.5 itu pastinya akan di ‘korban’kan di tengah jalan menyebabkan proses pembelian UNDI tidak lancar… pengundi yang sepatut di beli oleh UMNO RM500 atau RM1000 sudah menjadi RM50 atau RM100 akibat ‘kelong’ di kalangan jentera BN.
Tetapi di MU kita mendengar setiap rumah anak angkat sudah di beri RM500 + RM50 setiap hari, dan ada juga kita dengar ada yang di bayar RM1000 bagi setiap undi, maknanya jika ada di dalam rumah itu 5 undi maka rumah tersebut akan di bayar dengan RM5000.00, agak-agak siapa tidak kelabu mata?!!!, maknanya kalau dalam rumah itu ada 10 pengundi maka rumah tersebut akan dapat RM10,000.00, jumlah duit yang perlu di belanjakan tidak menjadi masalah kepada UMNO, sebut je berapa.
Fenomena UMNO IKHLAS ini perludi awasi secara rapat oleh jentera PAS/PR dan inilah antara senjata paling utama ketika menjatuhkan kerajaan PAS 2004 di Terengganu, apabila duit terlalu melimpah itu ini dapat dilihat di PRK MU.
Apa yang pasti selepas ini jentera PAS di MU akan menhadapi kesukaran untuk melakukan culaan, sebagaimana yang berlaku di Terengganu hari ini, nak cula bagaimana? Nak kata dia BN, dia ikuti program kita, nak kata dia PAS, dia adalah antara yang menerima habuan wang ‘walaupun mulut berkata dia tidak berubah’ tapi tindak-tanduk semasa hari mengundi amat mencurigakan….. walau apa pun saya cadangkan post mortem yang di lakukan hendaklah meneliti hal ini.






'Paste'kan ke Blog Anda Tanda Sokongan

Koleksi Ayahanda