07 Mei 2008

Siapa Speaker Dewan Rakyat ...?

Oleh Anak Bulan

 Anda fikir persidangan parlimen penggal ke-12 yang baru dimulakan ini menarik? Alasannya? Pertambahan komposisi pembangkang dari 21 kepada 82 MP mungkin menyebabkan anda teruja mendapatkan tempat di galeri awam parlimen, atau tengok di website, blog mahupun siaran langsung di RTM yang menggelikan itu.

Apa lagi yang menarik? Speaker baru? Dari Sabah? Ada pengalaman dan latarbelakang yang menarik? Tunggu dulu! Ahli-ahli parlimen mungkin dipaksa oleh undang-undang untuk menghormatinya. Teatapi rakyat kebanyakan seperti saya melihat dari sudut yang berlainan.

Pandikar Amin Mulia, pada pengamatan saya hanyalah seekor lembu yang diletakkan dalam kandang yang lebih selesa. Dia akan menterjemahkan kemahuan sang gembala Dolah Badawi dengan kawalan ketat anjingnya, Nazri Aziz. Bezanya, mungkin dulu lembu diangkut dengan lori dari Perak, penggal ini lembu sabah pula di bawa masuk dengan kapal terbang. Begitulah jawatan speaker parlimen di Malaysia, prestij dan kehebatannya telah sekian lama dinodai oleh Umno. Peranannya seumpama Pengerusi Tetap Umno. Penjawatnya mesti berjiwa Umno, bertuhankan Umno dan mendengar arahan dari Presiden Umno semata-mata.

Penyandangnya pula dipilih dikalangan kaki ampu, pencacai dan perasuah. Latarbelakang undang-undang hanya tempelan, maruah dan integriti tolak tepi.

Jawatan speaker di Malaysia hanyalah untuk diisi oleh mereka yang telah ditolak oleh rakyat, dan mereka yang setia membuta-tuli yang telah dipastikan lebih patuh kepada Presiden Umno daripada perintah Allah s.w.t.

Dalam konteks parlimen ke-12 ini, kesetiaan kepada menantu Presiden Umno adalah asas survival politik kepada Pandikar Amin. Jadi tidak hairanlah, menantu PM yang menang di Rembau dengan bantuan pengundi pos dan hantu ini, berkokok garang di hari pertama sessi soal jawab.

Tidak peduli makhluk ini akan standing order. Speaker pun tidak berani menguatkuasakan peraturan mesyuarat ke atasnya.

Siapakah Pandikar Amin Mulia? Benarkah dia seorang 'lembu politik'? Kenapa dia dipilih sebagai speaker sedangkan namanya tidak tersenarai dalam 5 nama yang dicadangkan Umno Sabah?

Dalam PRU12 lalu, dia digugurkan dari bertanding di Dun Tempasuk. Bukan rahsia lagi permusuhannya dengan Musa Aman. Tetapi Pandikar Amin telah merayu kepada Khairy Jamaluddin untuk dapatkan jawatan di pusat. Sebagai balasannya, Umno Kota Marudu yang dipimpinnya akan menyokong pencalonan Khary Jamaluddin untuk jawatan Ketua Pemuda Umno atau apa-apa sahaja jawatan yang idamkannya dalam AGM Umno Disember nanti.

Ini bukan kali pertama Pandikar Amin dipergunakan lantaran kegoyahan pegangan politiknya dan kesediaannya untuk dicucuk hidung oleh pemerintah sama ada di peringkat negeri atau pusat.

Dalam tahun 1982, dia menerima tawaran Tun Datu Mustapha untuk bertanding di atas tiket Usno menentang Berjaya. Bapa dan sepupunya menentang keras kerana mereka berdua pernah dipenjarakan oleh Tun Datu Mustapha di bawah Ordinan Darurat Negeri pada tahun 1971.

Namun, Pandikar Amin menggadaikan maruah keluarganya dan menerima tawaran itu. Ganjaran menantinya, konsesi balak bernilai jutaan ringgit. Bagaimanapun dia tewas di kerusi parlimen Kota Belud.

8 bulan selepas itu, Usno meletakkannya sekali lagi sebagai calon dalam Pilihanraya Kecil Dun Usukan. Pandikar menang dan kekal bersama Usno. Ketika itu tentangan keluarganya amat hebat. Mereka mendesak Pandikar menyertai Berjaya demi untuk mengembalikan maruah keluarga.

Disangka panas hingga ke petang, akhirnya Tun Datu Mustapha tidak memerlukan lagi lembu ini walaupun dia bersedia untuk dicocok hidungnya ke mana-mana. Usno berpecah pada 1984 dan Pandikar Amin hilang tuan gembala.

Cuba untuk berdikari, Pandikar Amin menubuhkan Parti Bersih pada 1984. Dia sebagai Presiden dan Juhar Mahiruddin (speaker Dun Sabah sekarang) sebagai timbalannya. bagaimanapun parti itu hancur selepas kalah teruk dalam PRU 1986.

Bagai rezeki jatuh dari langit, dalam tahun yang sama Tun Daim Zainuddin (atas arahan Mahathir) membelinya untuk diserapkan ke dalam kerajaan PBS pimpinan Pairin Kitingan. Ketika itu, Pairin baru sahaja menewaskan parti Berjaya pimpinan Haris Saleh dengan bantuan kewangan dari Tun Daim. Untuk mengikat kesetiaannya, Pandikar dilantik sebagai speaker Dun Sabah walaupun terdapat ahli-ahli MT PBS yang tidak bersetuju.

Kerana Pairin tidak dapat membalas kesetiaannya dengan kontrak-kontrak kerajaan negeri, Pandikar Amin mula beralih angin untuk mengintai-intai peluang buat duit melalui peruntukan federal.

Maka dia berpakat dengan Mark Koding (ketika itu timbalan KM) untuk meluluskan usul undi tidak percaya ke atas kerajaan PBS Sabah. Pairin dapat menghidu rancangan jahat ini dan mengarahkan Pandikar melepaskan jawatan speaker Dun. Selepas perundingan dengan Mark Koding dan Pairin, Tun Daim bersetuju untuk membawanya ke Pusat.

Tun Daim memiindahkan Senator Alban Hassan ke Dun Sabah sebagai speaker, manakala Pandikar Amin mengisi lebihan tempoh penggal Hassan Alban sebagai senator selama 18 bulan. Tun Daim bagaikan dapat menduga bahawa Pairin akan membelot dari BN dalam masa terdekat dan untuk itu dengan restu Mahathir, Pandikar Amin dijadikan 'deposit tetap' seandainya PBS menyeberang.

Ternyata ramalan Tun Daim tepat dan pada tahun 1990 Pairin menyeberang ke kem Tengku Razaleigh. Pandikar bersama Mark Koding menubuhkan AKAR.

Tun Daim terus mengembala Pandikar Amin dengan mengagihkan banyak projek-projek persekutuan di Sabah melalui JPP. Annuar Musa yang ketika itu memegang portfolio luar bandar turut menghamburkan projek-projek untuk kroni-kroni Pandikar Amin.

Tun Daim mendapat bantahan dari Umno Sabah kerana Pandikar Amin mendapat banyak projek sehingga menjejaskan kantung mereka. Atas nasihat Tun daim, Pandikar Amin membubarkan AKAR dan masuk Umno en bloc pada tahun 1999. Selepas itu tidak kedengaran lagi kisah pemimpin Sabah berebut projek kerana pandikar Amin tertakluk kepada agihan projek melalui Umno Sabah.

Sebagai balasan, Pandikar Amin dilantik sebagai senator sekali lagi dan diberi jawatan sebagai Menteri di jabatan Perdana Menteri.

2004, bertanding atas tiket Umno dan menang di Dun Tempasuk. Kehadirannya semula di arena politik negeri mewujudkan perang besar di Sabah. Hubungannya yang erat dengan pusat menyebabkan Pandikar Amin mendapat layanan istimewa.

Berlaku pertembungan antara kem Musa Aman dan Kem Pandikar Amin. Untuk jaminan keselamatan hayatnya, Pandikar Amin mula menceburkan diri di dalam kem Khairy Jamaluddin. Manalah tau kalau-kalau Musa Aman tendang.

PRU12 menyaksikan memang dia ditendang dari kancah politik Sabah apabila namanya digugurkan oleh Musa Aman dari senarai calon. bagaimanapun, kegembiraan kem Musa Aman hanya seketika dan berakhir apabila Khairy Jamaluddin mencadangkan nama Pandikar Amin sebagai speaker dewan rakyat. Sayangkan menantunya, Dolah Badawi mengetepikan 5 calon dari Sabah dan 3 calon dari Sarawak yang dicadangkan Ketua Menteri masing-masing.

Dari sudut lain, tiada apapun yang dapat menebus kekecewaan Umno Sabah selepas PRU12 ini. Dari 5 jawatan menteri penuh, hanya 2 diberikan. Dan 3 tempat saguhati sebagai speaker, timbalan speaker dan timbalan ketua backbencher. namun ketiga-tiga jawatan ini tidak membawa banyak makna kepada Sabah, tiada peruntukan tambahan, tiada projek yang boleh difaraidkan dan tidak ada kuasa khusus setaraf menteri untuk mendapatkan dana federal.

Menariknya, jawatan-jawatan ini dianugerahkan kepada lembu-lembu yang selama ini diternak oleh Umno Pusat. Kesetiaan mereka kepada Dolah Badawi dan menantu kesayangannya adalah setanding dengan lembu-lembu Umno semenanjung yang pernah diletakkan di dalam kandang jawatan-jawatan tersebut.

Sudah tentulah lembu-lembu ini tidak mungkin dapat menyelesaikan masalah-masalah yang dialami rakyat Sabah sekian lama seperti kadar kemiskinan tegar yang tinggi, kemudahan infrastruktur yang lebih mundur dari Timor Leste, pengangguran yang tinggi, perhambaan moden oleh majikan sektor swasta dengan perbezaan gaji pekerja secara relatifnya 50% lebih rendah dari semenanjung, pendatang asing Filifina yang mendapat IC biru, pelupusan kawasan balak, kemusnahan alam sekitar dan peminggiran kaum peribumi dari tanah adat keturunan mereka. Selesaikah masalah-masalah tersebut melalui perlantikan seorang speaker, seorang timbalan speaker dan seorang timbalan pengerusi BBC dari Sabah?

Berbalik kepada Pandikar Amin, keengganannya membenarkan usul YB Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian)-yang menuntut pengembalian royalti minyak kepada Terengganu dan kenaikan kadar royalti dari 5% kepada 20% untuk Terengganu, Sabah dan Sarawak- didebatkan pada hari pertama sessi soal jawab menunjukkan Pandikar Amin tidak bersedia menggunakan kedudukannya untuk kebaikan Sabah.

Yang pastinya sekarang lembu ini akan patuh kepada tuan gembala yang baru, Khairy Jamaluddin. Kita akan saksikan nanti lewat sidang-sidang parlimen, Pandikar Amin akan dilembukan olehnya melalui manipulasi peraturan-peraturan dan tatacara persidangan parlimen untuk kepentingan politik sempit Khairy Jamaluddin

05 Mei 2008

Ilusi Sabrey Chik.....

Bila membicarakan tentang pertembungan dengan UMNO, di rasakan seolah-olah kita sedang berhadapan dengan sekumpulan manusia yang begitu degil, keras kepala, buta hati, berpura-pura dan kekadang kita ketiadaan pembendaharaan kata untuk menyifatkan mereka ini.

Ahad lalu Menteri Penerangan yang baru telah di temuramah oleh Mingguan Malaysia, membicarakan beberapa tajuk yang berkaitan dengan tugas dan peranannya sebagai Menteri Penerangan, antara perkara yang ditanya ialah tentang matlamat di adakan ruangan siaran lansung sesi soal jawab dari parlimen, lalu di katakan oleh beliau bahawa antara tujuan siaran lansung ini di adakan adalah untuk membuang ilusi daripada rakyat yang menganggap bahawa pembangkang adalah hebat.

AHMAD SHABERY: Saya bersetuju dengan pandangan bahawa dahulu orang kata kerajaan yang melakukan propaganda. Sekarang ini, pembangkang yang bersifat propaganda. Sebenarnya, dulu kita wujudkan terlalu banyak illusi bahawa pembangkang pandai. Mereka bijak, kalau bercakap ia berdasarkan kepada penyelidikan dan statistik.

Kalau tanya saya apa peranan Kementerian Penerangan dalam soal ini, saya mahu membuang illusi ini.

Sebab itu saya berpendapat, sidang Parlimen perlu disiarkan secara langsung dan sekarang orang tengok, apa illusinya? Kerajaan (menteri-menteri/timbalan menteri) datang hendak jawab, mereka tidak tanya soalan. Hari pertama pembangkang gagal, rakyat marah.

Jika keadaan ini berterusan orang tidak akan percaya kepada sistem Parlimen kerana rakyat dihidangkan dengan adegan ahli Parlimen bergaduh. Sebab itu pada mulanya, saya fikir tidak payah disiarkan secara langsung tetapi permintaan orang ramai akhirnya turut dijadikan alasan untuk Kabinet membuat keputusan ia harus diteruskan.

Kalau disiarkan secara langsung keseluruhannya, saya percaya ia akan mendatangkan kebaikan kerana ia akan membunuh illusi yang selama ini orang menganggap pembangkang ini terlalu hebat.

Ada beberapa persoalan yang terus datang ke pemikiran kita sekarang ini ialah, adakah benar kehebatan tokoh-tokoh pembangkang yang sedang menduduki kerusi Parlimen sekarang ini hanya ilusi sahaja, atau ianya hanya ilusi Sabrey Chik?

Tindakan kementerian mengadakan siaran lansung dari parlimen sekadar 1/2 jam hanyalah untuk menanam di benak fikiaran rakyat bahawa wakil rakyat BN ialah wakil rakyat yang aktif dan bertanggungjawab padahal apa yang berlaku adalah sebaliknya, jika kita melihat sebaik sahaja siaran bermula Yang di Pertua Dewan hanya membenarkan wakil-wakil BN mengemukakan soalan, manakala wakil-wakil PR tidak di beri laluan untuk mengemukakan soalan-soalan tambahan semasa siaran secara lansung tersebut, selepas tamat siaran lansung tersebut barulah wakil-wakil PR di berikan laluan (setelah rakyat tidak dapat menonton)

Suasana separuh masak arahan Sabery Chik ini, samalah keadaannya ketika Zainuddin Maidin menyerang Tok Guru Nik Aziz dahulu ketika menyiarkan ucapan Tok Guru tentang 'Tuhan Samseng' 'Barua' dan lain lagi, suasana separuh masak ini cuba di wujudkan semula oleh sabery Chik, dan kita harus ingat suasana separuh masak inilah yang menjadi salah satu sebab Kerajaan Terengganu jatuh. Bukan sahaja berita atau cerita saparuh masak sahaja yang membahayakan, tetapi al-Quran jika di bawa dan di tafsirkan secara separuh masak pun akan menyesatkan sebagai contoh firman Allah (Wailun lil musallin) Neraka kepada orang yang sembahyang.. jika itu di lakukan pasti akan menyesatkan.

Berbalik kepada ilusi Sabrey Chik, Sesuatu yang perlu kita sedar dan Sabrey sedar bahawa rakyat tidak berilusi dengan kehebatan pembangkang...tetapi rakyat sedang di hidangkan dengan kehebatan pembangkang....bahkan rakyat sedang cuba untuk menyedarkan UMNO pemimpin dan pengikut UMNO dari ilusi mereka. Apa Ilusi mereka?
  1. Mereka berilusi bahawa mereka memperjuangkan Bangsa Melayu..... kita tanya mereka apa yang buat kepada Melayu di Kelantan dan Terengganu (semasa PAS perintah) sehingga begitu sukar bagi kedua-dua negeri Melayu ini di perintah...semuanya di sekat.
  2. Mereka berilusi bahawa mereka memperjuangkan Bahasa Melayu...Dimana Bahasa Melayu sekarang? Dimana kehebatan Dewan Bahasa dan Pustaka? bagaimana peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, di mana peranan NGO-NGO yang pro UMNO seperti Gapena semasa kerajaan mengistiharkan Matematik dan Sains di ajar dalam Bahasa Inggeris sehingga menyebabkan lingkup anak bangsa di desa.
  3. Mereka Berilusi bahawa merekalah pejuang agama Islam....kita tanya mereka, dimana UMNO ketika Ahli mereka menyaman Allah swt (Zaid Ibrahim saman Hudud), Siapa yang mencipta ajaran baru Islam Hadhari yang akhirnya menimbulkan krisis kefahaman terhadap Islam di kalangan muda-mudi dan remaja? Dimana UMNO ketika mana di dedahkan tentang berlakunya Murtad di kalangan Melayu?
  4. Mereka berilusi bahawa mereka yang membawa kemajuan...hanya UMNO.... mereka sedar atau tidak di negara lain, juga mencapai kemajuan walaupun tiada UMNO, mungkin pada hari ini kita merasakan bahawa UMNO itu hebat dengan kemajuan yang di bawa mereka, tetapi adakah kita sedar jika yang memerintah selama 50 tahun ini adalah PAS/PR mungkin kemajuan dan kemakmuran melebihi apa yang kita kecapi sekarang ini, sebagai contoh Kelantan (kebanyakan rumah di Kelantan Tangki Air pun ada rumah, jangankan tuan punya tangki lebih lagi la)
Ini baru sebahagian kecil dari ilusi UMNO yang telah di terap pemikiran rakyat, dan rakyat tidak menyedari bahawa itu hanya ilusi umno semata........

Sabrey Chik jangan cuba cabar saya senaraikan ilusi UMNO...nanti tidak terbaca kamu

'Paste'kan ke Blog Anda Tanda Sokongan

Koleksi Ayahanda