23 Ogos 2008

PAS Masuk BN: Konspirasi PAS Terengganu- satu jawapan- Malaysiakini

Pertamanya tahniah kepada tulang besi diatas ketekuna beliau dalam mebuat kajian tentang PAS Terengganu….walaupun banyak yang melalut akan tetapi ada lah juga yang boleh kita ambil letak dalam fail, Tulisannya bertajuk PAS Masuk BN : Konspirasi PAS Terengganu? Pada perenggan yang pertama tulang besi sudah menunjukkan jarumnya yang tidak baik dan cuba memesongkan fakta, kata beliau

Semoga artikel ini dapat merungkai beberapa misteri yang menyelubungi cadangan PAS masuk BN sebelum Muktamar yang lepas.

Sepanjang yang di ketahui tidak pernah ada terkeluar sebarang kenyataan daripada mana-mana pihak secara resmi samada di peringkat pusat atau peringkat negeri mencadangkan PAS masuk BN yang mencadangkan perkara itu ialah TV3, RTM, Utusan Malaysia, Berita Harian, rupa-rupanya Tulang Besi adalah salah seorang yang termakan dakyah yang di keluarkan oleh pencacai-pencacai UMNO/BN ini. Walaubagaimanapun tentu dia akan bertegas bahawa ada pemimpin PAS yang bertemu dengan pimpinan UMNO di London la, Jakarta la, Hong Kong la, bila kita tanya dia sumber dari mana? Dia akan jawab sumber dari yang boleh di percayai….itulah Tulang Besi.

Saya masih belum mahu menjawab tentang penghinaan Tulang Besi kepada ahli-ahli PAS dari negeri selain Terengganu, yang mana Tulang Besi secara tidak sengaja meletakkan mereka sebagai tidak pandai dan tidak peka kepada perkembangan PAS sehingga PAS Malaysia ini boleh di bentuk oleh PAS Terengganu, saya tidak tahu Tulang Besi ini berasal dai negeri mana.

Apa yang saya ingin kongsikan bersama dengan para pembaca sekarang ini ialah apa yang berlaku semasa muktamar di Ipoh baru-baru ini, Muktamar yang telah di anggap oleh para bloggers sebagai muktamar yang akan berlaku kelam kabut dan huru-hara. Semua ahli PAS merasakan bahawa sebaik sahaja Muktamar berakahir akan berakhir la perkara ini (yang di katakan akan menghuru-harakan PAS) akan tetapi sebaliknya, wujudnya orang macam Tulang Besi ini lah yang cuba untuk meniupkan semual isu itu dan cuba untuk membabitkan PAS Terengganu dalam hal tersebut.

Kalau kita amati secara terperinci Persidangan Muktamar Baru-baru ini, bagi saya terdapat 3 isu yang terpenting yang kekadang sesetengah dari perwakilan agak sukar untuk menanggapi isu-isu tersebut:-

1- Isu Muzakarah/Muqabalah

2- Isu Kerjasama dengan UMNO

3- Isu Perkuatkan PR.

Dalam ketiga-tiga isu ini telah beberapa kali diperjelaskan oleh presiden dan dipersetujui oleh semua perwakilan, Cuma ada sesetengah perwakilan yang cuba untuk mengaitkan ketiga-tiga isu yang berasingan ini, sebagai contoh mereka cuba kaitkan isu muzakarah/muqabalah dengan kerjasama atau PAS masuk BN, sedang kedua-dua isu ini adalah berlainan, Presiden telah menegaskan bahawa Muzakarah/Muqabalah akan di teruskan akan tetapi dalam masa yang sama tiada kerjasama atau BN masuk PAS, itu pun kurang ada yang kurang faham, Tulang Besi saya tak tahu dia faham atau tidak, atau dia buat-buat tak faham. Hal ini bukan sahaja di tegaskan semasa Muktamar bahkan sebelum muktamar, bukan sahaja oleh presiden, tetapi oleh Timbalan Presiden.

ANWAR IBRAHIM

Sesuatu yang saya masih kurang faham sekarang ialah adakah Anwar Ibrahim ini seorang yang terlalu maksum? Terlalu besih sehingga tidak boleh di tegur langsung, Muktamar PAS ialah medan untuk perwakilan mengeluarkan teguran dan pandangan samada di peringkat Dewan Pemuda, Dewan Ulama' dan Dewan Muslimat. Perwakilan dalam sejarah muktamar telah menggunakan pentas muktamar ini untuk menegur bahkan untuk menjatuhkan pemimpin sebagaimana yang di buat kepada Dato' Asri, Anwar Ibrahim adalah pimpinan sekutu kita dalam PR, beliau di war-warkan akan menjadi Perdana Menteri yang pastinya kita mahu beliau sebagai seorang Islam dan Pejuang Islam (dahulu..sekarang kita tak tahu) menegakkan Islam sebagai cara hidup dan asas pemerintahannya di Malaysia ini.

Justeru itu maka beliau secara langsung akan terlibat dalam perbahasan perwakilan, dan sudah pasti semua sudut akan di lihat dan di pertimbangkan, perjuangannya semasa di dalam ABIM, Perjuangannya semasa di UMNO, kalau sekiranya ada perwakilan yang membangkitkan apa yang di buat oleh UMNO kepada PAS sepanjang sejarah (sebagaimana yang disebut oleh perwakilan Shah Alam) kita perlu ingat bahawa sebahagian dari sejarah penindasan UMNO terhadap PAS adalah di lakar dan di ukir oleh Anwar Ibrahim. Akan tetapi ahli PAS ialah ahli yang paling baik di dunia, mereka akan memaafkan sesiapa sahaja jika orang itu bersama dengan perjuangan mereka, jadi perkara seperti ini di beri peringatan oleh perwakilan yang kebetulan dari Terengganu samada di pentas pemuda, ulama atau Muktamar penuh, sebagaimana yang di petik

““Perwakilan Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah dilaporkan mengingatkan kepimpinan serta ahli parti supaya jangan terlalu kagum dengan Anwar dan mengambil sikap lebih berhati-hati terhadap penasihat PKR itu.”

Adakah kita tidak boleh mengambil sikap berhati-hati, adakah Anwar terlalu kudus untuk ragui, memandangkan beliau juga pernah mengukir sejarah menindas orang-orang PAS dan sehingga ke hari ini kita masih lagi belum mendengar PERMOHONAN MAAF beliau kepada ahli PAS di atas sikap yang di ambilnya dahulu. Tetapi pimpinan PAS serta ahlinya di semua negeri termasuk Terengganu boleh menerima beliau, Cuma minta pemimpin dan ahli supaya berhati-hati bimbang kalau-kalau sokong akan membawa rebah.

Begitu juga dengan persoalan yang di keluarkan oleh Wakil Dewan Ulama' Ustaz Nik Muhamad Zawawi Salleh yang juga kebetulan dari Besut Terengganu, tetapi kita perlu ingat beliau adalah anak saudara kepada TG Nik Abdul Aziz, dan ulang alik beliau ke Pulau Melaka lebih banyak daripada ulang alik beliau ke Kuala Terengganu. Sepatutnya mana-mana pihak menjawab akan pertanyaan beliau bukan menakwilkan kenapa beliau bertanya

“"Saya hendak tanya PKR jumpa ahli Parlimen Sabah dan Sarawak adakah telah dibincangkan dalam Pakatan?."

"Adakah kemasukan 30 ahli Parlimen itu akan menguntungkan orang Melayu dan agama Islam?"

Persoalan beliau ini perlu di jawab, bukan memarahi beliau bertanya, adakah sekarang kita sudah tidak boleh bertanya lebih-lebih lagi bertanya Anwar Ibrahim yang berkaitan dengan masa depan dan dasar perjuangan kita sebagai Parti yang mahu melihat Hukum Allah secara Keseluruhan tertegak.

Baiklah, kita cuba pulak untuk melihat apakah analisa PAS Tulang Besi terhadap PAS Terengganu.

Tulang Besi kata

Saya juga mendapat maklumat, buat pertama kali dalam sejarah PAS Terengganu Ustaz HArun Taib dan Mustafa Ali berganding bahu melobi Tuan Guru PResiden membawa PAS keluar Pakatan Rakyat.

Sebagaimana biasa, hujjah Tulang Besi 'Saya juga mendapat maklumat' dari siapa tidak di nyatakan, bagaimana kalau saya kata

Saya juga mendapat maklumat, buat pertama kali Ustaz HArun Taib dan Mustafa Ali tidak melobi Tuan Guru PResiden membawa PAS keluar Pakatan Rakyat.

Apa saudara nak kata? Apabila kita bercakap perkara yang berkaitan dengan kepimpinan janganlah meletakkan pembaca kita di tahap yang paling bawah untuk kita perbodohkan, jika sekiranya Tulang Besi menyatakan TG Presiden dipengaruhi oleh Dato' PA dan Ustaz Harun, sedar atau tidak bahawa di sana TG ada berpuluh ajk PAS Pusat untuk di rujuk dan di sahihkan, sebagai contoh isu yang berkaitan dengan ISU PBT di Selangor, bukankan Dato' Hassan Ali sebagai pesururhjaya PAS Selangor/Exco Kerajaan Negeri Selangor/AJK PAS Pusat ada dalam mesyuarat bersama TG Presiden, Pastinya beliau akan menjelaskan perkara ini, atau kita merasakan bahawa TG presiden hanya mengadap Dato' Pa atau Ustaz Harun je walaupun di mesyuarat PAS Pusat. Kita harap Tulang Besi tidak memperbodohkan TG Presiden sampai ke tahap itu.

Kenapa jumpa MB Terengganu?

Persoalan pertama, salah ke? Kalau negeri lain tak nak jumpa itu hal negeri mereka, tetapi Terengganu nak jumpa kerana di rasakan pada masa itu perlu jumpa, perjumpaan ini berlainan dengan perjumpaan di dalam Dewan Undangan Negeri, kerana perjumpaan ini akan mendapat komitmen terus daripada MB, dan perjumpaan ini telah di war-warkan kepada semua pimpinan peringkat parti dan telah mendapat kebenaran Badan Perhubungan PAS Negeri. Orang yang tidak menyelami keadaan politik di Terengganu tidak akan memahami keadaan di Terengganu.

Apa yang kita mahu ialah hak rakyat di kembalikan, royalty itu hak rakyat, maka perjuangan kita ialah untuk mengembalikan hak rakyat serta mengembalikan kedudukan sebenar hak itu, adakah salah kita memperjuangkan hak rakyat, Tulang Besi menyatakan bahawa ianya akan menguntungkan Mat Said dan BN Terenagganu, itu tanggapan Tulang Besi, Duit kekadang boleh mendatangkan kebaikan dan duit juga boleh mendatangkan keburukan.

Jika sekiranya kerajaan Terengganu tidak menerima kembali Wang Royalty, maka mereka akan menerima Duit Ehsan atau Dana Khas Persekutuan sebanyak -+ 2 Billion setahun yang tidak di audit dan kadang-kadang terus ke poket UMNO-UMNO bahagian, akan tetapi apabila wang itu menjadi wang royalti maka wang itu akan di masukkan ke dalam akaun kerjaan negeri dan pastinya ada sedikit kesukaran untuk di salurkan kepada UMNO bahagian walaupun kita tidak menafikan ianya akan berlaku…..sebab tu kita minta agar Tulang Besi jangan rasa kita ni pandai sangat bijak berpolitik, bijak orang lain, pandai orang lain pun kena tengok jugak

Mungkin mereka irihati dengan negeri-negeri yang menang?

Kenapa pulak PAS Terengganu nak iri hati ? Siapa nak iri hati ? Dato' PJ Terengganu ke? Beliau adalah pengarah Jentera Pilihanraya PAS Pusat pastinya kemenangan PAS di negeri-negeri lain tu ada juga sentuhan beliau walaupun tak banyak

Saya juga kurang faham dengan kenyataan Tulang Besi

d. Saya yakin ahli biasa PAS Terengganu pun tak setuju PAS masuk BN. Tetapi beberapa pimpinan PAS Terengganu yang telah ditolak oleh rakyat Terengganu masih mahu terus menyebarkan fitnah.

Bila pulak Pimpinan PAS Terengganu keluarkan kenyataan bahawa setuju PAS masuk BN, ooooooo tak ingat, sekali lagi Tulang besi mendapat maklumat dari sumber-sumber yang terdekat. Apa la macam ni tulang Besi tak pro langsung, kemudian saya kurang jelas siapa pulak pemimpin PAS Terengganu yang di tolak oleh Ahli PAS Terengganu, dan apa pula fitnah yang di sebarkan tu?

Kemudian di bawah tajuk PAS Terengganu Merasakan Mereka Istimewa Dari Negeri Lain?

Perasaan mereka mempunyai hak untuk menentukan hala tuju PAS supaya selaras dengan Islam itu menunjukkan betapa PAS Terengganu sayang kepada PAS, dan pastinya sifat ini perlu ada kepada semua PAS di semua peringkat? Ke ada negeri yang merasakan bahawa PAS hanya layak jadi pengikut je, jadi pengawal kereta masa ceramah besar, jadi penampal poster semasa pilihanraya, kalau ada PAS negeri yang bersikap macam tu kita minta TG presiden tukar PJ dia, lantik orang lain.

Satu lagi kenyataan Tulang Besi (saya tak kata fitnah)

….Mereka mahu mendapat kuasa kembali dengan kerajaan campuran PAS-UMNO di Terengganu

Mana asas kenyataan ini? Kalau pergi jumpa MB itu asasnya maka itu adalah andaian yang jahat dan tidak bertamaddun, ataupun di atas asas Perwakilan PAS Menegur Anwar Ibrahim dalam muktamar maka itu juga satu andaian yang dangkal yang lahir dari orang yang korup idea, saya mahu Tulang Besi jelaskan di atas asas manakah beliau mengeluarkan kenyataan yang jahat dan busuk ini? Kalau setakat asas saya mendapat maklumat…bla…bla..bla… baik tak payah cakap.

Tentang perbandingan beliau PAS Terengganu dengan PAS Kedah dan PAS Kelantan, alhamdulillah PAS semuanya sudah ada kemajuan, ada yang PAS Terengganu tak ada, PAS Kelantan ada, PAS Kedah ada, tapi ada jugak yang PAS Terenagganu ada PAS kelantan tak ada, PAS Kedah tak ada, munking PAS Kedah ada PAS Terengganu tak ada, PAS Kelantan tak ada, masing-masing kuat menguat dan tidak ada dengki, Cuma Tulang Besi je rasa perangai orang lain serupa dengan perangai dia suka berdengki.

Tulang Besi jugak cakap

Kelebihan PAS Terengganu yang saya nampak terbatas kepada:

a. Ilmu dan kewarakan serta kelebihan Tuan Guru Presiden. Malangnya, nampaknya PAS Terengganu tiada calon pengganti kepada beliau.

Saya nak tanya di Kelantan siapa boleh ganti Tok Guru Nik Aziz? Siapa yang boleh di harap dan sewarak Tok Guru Nik Aziz? Di Kedah tolong bagitahu sudah ada ke pengganti Al Marhum Ustaz Fadhil Nor?, kalau kita nak tengok kena tengok semua, jangan tengok sebelah mata je.

PAS adalah jemaah yang di pimpin secara kolektif, syura dan musyawarah adalah nadi PAS, tidak timbul taksub kepada mana-mana pimpinan, cuba kalau ada Allah memberi kelebihan kepada sesetengah pimpinan maka itu adalah anugerah allah kepada perjuangan ini….Tulang Besi ni berfikir macam UMNO pulak.

Akhir sekali, kalau di ikutkan boleh lagi saya menjawab apa yang di nyatakan oleh tulang besi itu akan tetapi cukup la dulu, sebelum akhir saya ingin sertakan komen-komen yang di hantar kepada Tulang Besi ekoran daripada tulisan beliau itu yang lebih mejelaskan lagi bahawa Tulang Besi ada niat jahat terhadap perjuangan PAS dengan membiar komen-komen ini dalam blognya

Jed Yoong said...

memang org tganu + ahli pas pun kata tganu kalah sebab personaliti Hadi yang terlalu "keras", "fanatik".
dah kalah negeri lepas tu khianat parti, pakatan demi apa?
islam? jika betul2 tentang islam atau agama, tak payah-lah jadi ahli politik pun boleh....

Jed Yoong said...

ada yg kata hadi lebih sesuai jadi "commando" dari ustaz...

Anonymous said...

huh, benci, geram, menuampah dan menyumpah saya kat parti PAS. Saya yg dgn setianya sokong PAS selama ini. PAS always first to me bcoz perjuangan parti konon nak tegakkan Islam.

Tapi bila dah menang sikit, itupun sebab under pakatan dgn PKR dan DAP. Sekarang dah berpaling tadah pulak. Memang kacang lupakan kulit betul.

Saya sokong PAS sebab saya percaya dgn Tok Guru Nik Aziz dan sanpai sekarang saya kagumi beliau because dia nampak betul2 memperjuangkan Islam bukan olok2.

Macam yg lain tu seperti Hadi tu, one thing -ve about him, alim konon tapi asyil lumpul bini. Dah tu berangan nak jadi PM lak.

Nampak sangat ada udang disebalik batu pemimpin2 PAS ni save & except for Nik Aziz. Gila kuasa dan duit jugak diorang ni ya. Nak bela Islam konon. Dah tu tak habis2 dgn sikap rascism diorang tu. Melayu, melayu, melayu... apa Allah jadikan bangsa Melayu je ke atas muka bumi ni????

Dgn perkembangan spt ni saya tak nak sokong PAS dah! Baik lagi sokong PKR. DAP pun better than PAS! Cis!

K Ina

Itu sebahagian daripada komen-komen yang di hantar…lepas ni saya minta agar semua pembaca ignore je Tulang Besi sebab jelas beliau adalah pencacai UMNO yang cuba untuk memecah-belahkan pemikiran ahli-ahli PAS


'Paste'kan ke Blog Anda Tanda Sokongan

Koleksi Ayahanda