02 Januari 2009

YB Tuan Hj Mohd Abd Wahid bin Hj Endut- Malaysiakini












Pemilihan Yb Hj Mohd Abd Wahid Endut sebagai calon mewakili PR dalam PRK Kuala Terengganu telah mengejutkan banyak pihak, satu keputusan yang betul-betul di luar jangkaan sesiapa sahaja, dalam keadaan semua pihak tampak berkeyakinan dengan Dr Syed Azman akan diisytiharkan pada malam tersebut, akan tetapi semua keyakinan itu meleset, ada seorang sahabat memberitahu, semasa pengistiharan tersebut ramai di kalangan wartawan yang hadir di majlis tersebut dalam keadaan terpinga-pinga terkejut dengan pengiystiharan yang di lakukan oleh YB Tuan Guru Presiden.

Apa pun tanggapan dan anggapan oleh semua pihak tapi itulah pilihan ‘ISTIKHARAH’ dan ‘ISTISYARAH’, dan itulah yang paling wajar dan paling tepat di lakukan oleh seorang pemimpin sebuah gerakan Islam, mengadu kepada Allah dan berbincang dengan sahabat, walaupun ada cubaan-cubaan sumbang yang cuba di lakukan oleh segelintir mereka yang masih tidak berpuas hati (itupun jika ada) kita ingatkan mereka dengan ucapan presiden semasa taklimat kepada petugas pilihanraya dari kawasan Kuala Terengganu sehari sebelum pengisytiharan calon di buat

"Taat diwaktu senang dan susah. Mentaati dalam semua keadaan. Setuju kita taat dan tidak setuju pun kita taat. Apa sahaja arahan yang diberi oleh pemimpin.
"Jika tahu calon dahulu baru hendak taat, itu bukan ajaran dari Allah SWT. Kita tidak menang jika ada golongan macam ini dalam PAS. Jika hendak dengar ‘amanat’ kena taat dan patuh," tegasnya ketika pada Majlis Amanat Pilihan Raya Kecil P036 di Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Terengganu, ~harakahdaily

Adakah peringatan ini menunjukkan bahawa tiada lagi musyawarah di dalam PAS? Tidak ! akan tetapi ini melambangkan disiplin dan syarat kepada kejayaan kepada sesebuah Gerakan Islam lantaran keputusan tersebut di lakukan bukanlah secara sombrono akan tetapi secara ‘ISTIKHARAH & ISTISYARAH’ inilah keindahan dan kemanisan di dalam PAS yang tidak dapat di kecapi dan dirasai oleh mereka yang berada di dalam UMNO dan Barisan Nasional.

Sekarang, keputusan sudah di ambil dan pengisytiharan sudah di buat, YDP PAS Kawasan Kuala Terengganu akan berhadapan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, pihak UMNO hampir kelu dengan pengisytiharan calon PAS ini cuma ada satu respon oleh seorang pemimpin UMNO sebagaimana yang di siarkan dalam Malaysiakini.com yang menyatakan bahawa Yb Hj Mohd Abd Wahid tidak di kenali kecuali di DUN beliau sahaja, satu kenyataan yang paling cetek dan bengap yang pernah di keluarkan, patutlah dia ni kalah semasa menentang Hj Wahid di Wakaf Mempelam, Hj Mohd Abd Wahid Endut adalah Adun selama 5 Penggal atau 23 tahun, beliau YDP PAS Kawasan Kuala Terengganu, Beliau bekas EXCO Kerajaan Negeri Terengganu selama 4 tahun…tiba-tiba UMNO kata orang tak kenal dia!!..sebenarnya itu hanyalah satu kenyataan orang terkejut, terkedu dan mati akal kerana terpaksa berdepan dengan orang yang tidak pernah mempunyai rekod yang buruk selama 23 tahun sebagai wakil rakyat, kerana jika beliau tidak di senangi oleh rakyatnya pasti beliau tidak akan terpilih sebagai wakil rakyat dalam pilihanraya bagi tempoh yang begitu lama. Dan jika beliau ada masalah dengan Parti dan Jamaah pasti tidak akan di pilih sebagai calon di situ dan tidak akan di lantik menjadi YDP Kawasan.

Cuba cari wakil Rakyat UMNO/BN yang di masukkan ke WAD kerana Denggi tiba-tiba berbohong kepada jururawat untuk ke tandas tetapi keluar sekejap dari wad dengan tag nama masih ada di pergelangan tangan semata-mata untuk melawat rakyatnya yang terlibat dengan kebakaran rumah kediaman.. itulah YB Hj Mohd Abd Wahid Endut.

Satu Kenyataan dari Mohd Zuber Embong….ini pun hairan di sebut sebagai pemimpin UMNO tetapi beliau adalah pegawai kelas A (ketua sektor akademik di Jabatan Pelajaran Terengganu) macamana boleh terlibat dengan politik dan bercakap atas nama UMNO. Beliau menyatakan bahawa YB Hj Wahid tidak buat apa-apa selama 23 tahun…yang di maksudkan dengan ‘apa-apa’ itu APA? Pembangunan….beliau tinggal di mana sehingga tidak boleh nak bandingkan diantara Wakaf Mempelam 23 tahun yang lalu dengan Wakaf Mempelam sekarang? Dan kenyataan beliau bahawa kecemerlangan pendidikan yang di lakukan oleh Dato’ Razali dahulu akan lenyap…kenyataan itu sebenarnya bukand di tuju kepada Hj Wahid tetapi di tuju kepada Wan Farid dengan maksud bahawa ‘akulah yang lebih layak daripada kamu wahai Wan Farid sebab, aku ni sama dengan Hj Razali sama-sama dari sektor pendidikan’

Dua kenyataan dari pemimpin UMNO ini bukanlah tanda kenyakinan mereka untuk menang tapi kegelisahan mereka dalam mengahadapi calon PAS yang tidak dapat di cari kesalahan dan kesilapannya. Dan sehingga kepada saat ini (semasa artikel ini di tulis) Wan Farid tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung dengan pemilihan Hj Wahid sebagai calon PR.

PRK Kuala Terengganu adalah titi tolak kepada pembuktian sikap rakyat Terengganu menolak BN setelah mereka ketinggalan di dalam Tsunami politik semasa Pilihan Raya Umum baru ini, mudahan Allah memberikan kemenangan kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

01 Januari 2009

Sekitar Majlis Pengisytiharan Calon P036- Malaysiakini


Calon Yang Paling Munasabah Untuk Kerusi Dan Tempat Yang Munasah

Perisytiharan Calon PAS Untuk P036 Kuala Terengganu

30 Disember 2008

Ghazah: Kecaman Ulama' Dunia- Malaysiakini

Mufti Republik Arab Mesir, Dr. Ali Jum'ah mengecam keras pembantaian yang dilakukan Israel terhadap penduduk Ghazah dan menyatakannya sebagai tindakan paling biadab terhadap kemanusiaan. Dr. Ali Jum’ah meminta seluruh organisasi antarabangsa untuk lebih serius umtuk sekian kalinya, dalam menjalankan seluruh keputusannya yang melibatkan isu penjajahan Israel di tanah Palestin.

"Seluruh dunia pernah mengecam Nazi karena tindakan keji mereka membunuh orang-orang Yahudi. Kini pembantaian keji pula dilakukan ke atas orang Palestin yang ditentang sama sekali oleh seluruh agama samada Islam, Kristian, Yahudi dan seluruh bani Adam yang berakal", kata Dr. Ali Jum'ah

dr.alijumaah.jpgSementara Dr Yusuf al Qaradawi, Presiden Ulama' Islam Sedunia turut mengecam jenayah Zionis dengan apa yang disifatkannya sebagai pelanggaran hak asasi sedunia. Demikian itu Dr. Yusuf al Qardhawi meminta agar semua masyarakat Muslim bersatu menentang kebiadaban Israel di Ghazah.

Hal turut sama disentuh oleh pemimpin utama Iran, Ayatollah Ali Khameinei dengan mengisytiharkan fatwa yang sekian banyaknya diwartakan, iaitu kewajipan membantu saudara Islam di Palestin.

"Seluruh pejuang Palestin dan umat Islam dunia, bertanggungjawab mempertahankan wanita, kanak-kanak dan penduduk Ghazah dengan apa jua cara. Mereka yang terbunuh dalam melakukan pembelaan tanah air ini adalah mati syahid", katanya.

Beliau turut mengkritik beberapa respon negara Arab yang dianggapnya tidak munasabah dalam menghadapi kemaraan Israel di tanah saudara seaqidah mereka. Menurut beliau, bencana paling besar adalah tindakan beberapa kerajaan Arab yang sehingga kini hanya berdiam diri. Sepanjang serangan tersebut, Iran telah mengotakan janjinya iaitu menawarkan bantuan perubatan dan ketenteraan kepada penduduk di Ghazah.

Sementara Dr. Mohammed Mahdi Akef, Mursyidul 'Am Ikhwanul Muslimin pula meminta pemimpin Arab khusus di negaranya iaitu Presiden Mesir, Husni Mubarak supaya bertaubat kepada Allah. Gerakan politik Ikhwanul Muslimin mengerahkan penduduk Mesir untuk mengadakan demonstrasi agar pemimpin negaranya membuka pintu sempadan Ghazah.

Tindakan Husni Mubarak yang enggan membuka pintu sempadan dengan Ghazah begitu mencurigakan, seolah-olah pemimpin itu bersekutu dengan kerajaan Israel.

Mantan SPR nak saman parti pembangkang- Malaysiakini


Pemimpin-pemimpin pembangkang sedia mempertahankan hak mereka jika disaman oleh bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman.

Jelas mereka, Abdul Rashid mempunyai hak untuk berbuat demikian jika benar dakwaannya semalam bahawa beliau sering difitnah oleh pemimpin pembangkang sepanjang menerajui suruhanjaya itu.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berkata, pihaknya menyambut baik hasrat Abdul Rashid itu kerana baginya tuduhan yang dilemparkan terhadap SPR selama ini mempunyai asas yang kukuh.

"Memang kita anggap beliau tak dapat jalankan tugas sebagai Pengerusi SPR dengan profesional dan adil.

"Beliau seringkali mengeluarkan kenyataan yang mempunyai unsur politik," katanya kepada mStar Online.

Semalam Abdul Rashid, yang mengakhiri khidmatnya sebagai Pengerusi SPR berkata, beliau serius untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pemimpin-pemimpin pembangkang memandangkan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya seringkali bersifat peribadi.

Tambah Tian Chua, sepanjang Abdul Rashid menerajui SPR, terdapat banyak kelemahan sewaktu mengendalikan pilihan raya hingga melahirkan rasa tidak puas hati banyak pihak.

"Begitu banyak kelemahan SPR, hingga kita terpaksa menganjurkan perhimpunan BERSIH bagi menggesa SPR menjalankan proses pilihan raya dengan telus dan berkesan," katanya.

Menurut Ahli Parlimen Batu itu, Abdul Rashid mempunyai hak untuk mengemukakan saman kepada sesiapa sahaja dan baginya, beliau sentiasa bersedia menghadapi apa jua tuduhan.

Sementara itu Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu pula berkata, tuduhan negatif yang dilemparkan terhadap Abdul Rashid tidak bersifat peribadi sebaliknya atas kapasiti beliau sebagai Pengerusi SPR.

"Bila beliau jadi pengerusi, tuduhan yang dilemparkan itu tidak peribadi sebaliknya beliau perlu bertanggungjawab.

"Beliau perlu melihat itu (tuduhan) sebagai tidak peribadi kerana kita melihat beliau sebagai 'SPR'," katanya.

Mohamad Sabu berkata, pertimbangan Abdul Rashid untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang adalah hak peribadi beliau.

"Beliau nak saman itu haknya, tapi orang yang kena tuduhpun ada hak untuk pertahankan," katanya.

Namun Mohamad Sabu menjelaskan, walau siapa jua yang menerajui SPR akan menerima kritikan dan tuduhan yang sama jika gagal melaksanakan tugas dengan baik.

"Siapa pun kalau jadi pengerusi tapi tak buat tugas dengan elok, akan ada tuduhan-tuduhan seumpama itu juga," katanya.

Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw, beliau memberitahu, sebagai rakyat Malaysia yang tinggal di negara yang mengamalkan sistem demokrasi, Abdul Rashid mempunyai hak yang sewajarnya untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun katanya, Abdul Rashid yang bersara sebagai Pengerusi SPR semalam perlu mengemukakan bukti-bukti kukuh bagi mempertahankan dakwaannya itu.

"Beliau mesti kemukakan bukti dan sudah pasti semua pihak perlu bertanggungjawab mengenai kenyataan-kenyataan yang telah dibuat.

"Bagaimanapun jika tuduhan beliau itu tidak berasas, beliau perlu menghadapi kesannya nanti," katanya.

Angkatan Muda Parti PKR juga menyatakan kesediaan partinya mencabar jika Abdul Rashid mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, "pembangkang akan mencabar jika disaman."

Jelas beliau, kes mahkamah kawasan pilihan raya Likas dan beberapa kenyataan yang pernah dikeluarkan Abdul Rashid menunjukkan memang wujud isu-isu yang dibangkitkan pembangkang, antaranya pengundi hantu.

Bagaimanapun beliau mempersoalkan jika benar Abdul Rashid mahu mengambil tindakan undang-undang sekarang, mengapa tidak berbuat demikian dulu ketika menerajui suruhanjaya tersebut.

Ulasan

Kalau dah pencen tu buat cara pencen la, lagipun semua orang tahu masa tu kamu 'tak pakai seluar dalam' janganlah paksa orang selak kain kita....asal nak jadi hero (masa PRK Kuala Terengganu ni je kot) alih-alih dapat malu besar. Rashid sepatut sedar dengan budaya UMNO yang hanya membela seseorang tu apabila ada kepentingan untuk mereka, tapi bila dah tak ada kepentingan tak ada sapa nak layan.

Tak payah tunggu pimpinan yang kemukakan bukti dengan petugas-petugas bawahan pun ada bukti yang menunjukkan SPR di bawah beliau seolah-olah jentera bagi BN.

Ingat takrif MANTAN (mundar mandir tanpa jawatan) sebab tu la dok galak nak tegak benang basah

PRK Kuala Terengganu, Episod Baru Untuk UMNO- Malaysiakini



Pilihanraya kecil P036 Kuala Terengganu adalah merupakan satu pilihanraya yang dianggap sangat penting dalam penentuan hala tuju politik negara, sehingga ada yang menganggap parti yang memenangi pilihanraya ini adalah parti yang akan memerintah Malaysia, samada melalui pilihanraya umum ke 13 atau pun dengan cara lain,

PRK P036 juga dianggap penentuan terhadap penerimaan rakyat terhadap Najib sebagai pengganti Pak Lah, kejayaan BN dalam pilihanraya ini pastinya akan melegakan Najib dan segala bala tenteranya di bawah, akan tetapi jika sebaliknya maka Pak Lah boleh la menimbang secara serius cadangan dan saranan pimpinan PR agar menarik balik pengunduran sebagai PM pada Mac nanti kerana terbukti bahawa Najib tidak diterima rakyat.

Bagi Pakatan Rakyat sekali lagi ia menjadi ujian kepada semua parti untuk memperlihatkan sejauhmana keikhlasan mereka dalam pakatan ini, setelah berjaya di Permatang Pauh dengan amat cemerlang sekali, walaubagaimanapun KT tidak seperti PP, PP adalah kerusi milik PR Cuma di kosongkan bagi membolehkan Anwar Ibrahim masuk ke parlimen, akan tetapi KT adalah milik UMNO/BN dan pastinya mereka akan mempertahankan dengan bermati-matian.

Pada hari ini semua sudah mengetahui siapakah calon UMNO, samada ianya di terima sebulat suara oleh jentera UMNO di peringkat bawahan itu adalah persoalan lain, yang pasti suka atau tidak benci atau sayang UMNO dan seluruh jentera, petugas, penyokong dan pendokong mereka mesti menerima Dato’ Wan Farid Wan Salleh sebagai calon yang mewakili UMNO/BN dalam pilihanraya nanti, sekuat mana laungan tak setuju dari Dato’ Che Mat Jusoh, Zuber Embong hatta Dato’ Ahmad Said (Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu) tidak akan menjejaskan walaupun sedikit peluang Dato’ Wan Farid Wan Salleh (WFWS).

Sebenarnya pertelingkatan UMNO dalam penentuan calon mereka sebelum pengisytiharan baru-baru ini amat ketara, apabila beberapa nama yang disebut serta strategi masing-masing untuk merebut tempat tersebut, nama-nama seperti WFWS, Dato’ Che Mat Jusoh, Zuber Embong, Roslan Awang Chik dan beberapa nama lagi silih berganti dalam rangking penetuan, strategi yang paling ketara ialah bagaimana Dato’ Ahmad Said (MB Terengganu) telah cuba untuk mencantas WFWS dengan mencadangkan nama beliau dalam persidangan DUN Terengganu pada 17 &18 Disember baru ini sebagai Senator yang mewakili Negeri Terengganu, dengan harapan dapat menguburkan hasrat WFWS untuk bertanding dalam PRK KT, namun strategi itu telah menjadikan WFWS sebagai pemegang rekod Malaysian Guiness Book of Rekod sebagai senator yang paling pendek memegang jawatan tersebut, di mana beliau akan meletakkan jawatan tersebut pada 5 Jan nanti, sehari sebelum penamaan calon.

Menjadi persoalan kepada kita, adakah Mad Said akan membiarkan strategi beliau itu lenyap dihembus angin begitu sahaja? Adakah Mad Said akan membiarkan beliau di tertawakan oleh juak-juak WFWS? Sejarah telah membuktikan bahawa Mad Said bukan seorang yang mudah mengaku kalah, beliau adalah pahlawan yang akan berlawan hingga ke titisan darah yang terakhir, sebagai tanda awal serangan beliau kepada WFWS ialah dengan membenarkan PAS menggunakan Stadium Negeri Terengganu pada 1 Januari nanti sebagai pentas untuk PAS mengisytiharkan calon mereka dalam PRK KT, walaupun di beritakan tindakan tersebut telah di bantah oleh UMNO Bahagian Kuala Terengganu yang di pimpin oleh WFWS, namun setakat hari ini bantahan tersebut tidak di endahkan dan dijangka ianya tetap tidak akan di endahkan oleh Dato’ Mad Said. Kita masih boleh menunggu kejutan demi kejutan yang akan di lakukan oleh Mad Said kerana Mad Said ialah seorang yang tidak boleh di jangka. Dan mungkin inilah masanya untuk Mad Said tunjukkan kuasanya kepada UMNO Malaysia yang sering mengenepikan beliau dalam majlis-majlis UMNO di peringkat pusat lantaran di cop sebagai penderhaka kepada Pak Lah dalam insiden perlantikan menteri besar tempohari.

Setakat hari ini kita masih belum melihat gerakerja yang terancang dari parti-parti yang bertanding hanya BN dan Akim sahaja yang telah mengisytiharkan calon masing-masing, pemerhati masih menunggu dengan sabar pengiytiharan calon dari PAS, adakah masih lagi ‘Orang Luar’, atau ‘Orang Lama’ atau ‘Orang Baru’ atau ‘Orang Sudah Bergelar’ atau ‘Orang Belum Bergelar’ semuanya ini masih lagi menjadi tandatanya, namun tabiat PAS yang sememangnya sudah diketahui ialah parti dan gerakan Islam yang mempunyai akhlak-akhlak yang selaras dengan Islam, yang memahami mengapa Umar memecat Khalid sebagai penglima tentera Islam, yang memahami mengapa perlu taat dan patuh kepada Abu Ubaidah, yang memahami bagaimana cara Abu Bakar di lantik sebagai Khalifah sebagaimana mereka memahami cara Umar, Uthman dan Ali di lantik sebagai khalifah.

Insyaallah semua jentera PAS dan PR dari seluruh Malaysia secara umum dan Terengganu secara khusus sudah menanam azam dan tekad bahawa kali ini yang akan mewakili Pengundi P036 Kuala Trengganu ialah dari PAS yang mewakili Pakatan Rakyat. Jika ada yang masih berbunyi dengan pemilihan calon ini, kita ingin tanya kepada mereka, adakah mereka lebih baik dan lebih Ikhlas dari Khalid Al Walid yang di pecat dari jawatan Panglima Perang oleh Umar sewaktu tentera Islam sedang bersiap menghadapi Tentera Parsi, sedangkan dari sudut kelayakan, strategi, dan kemunasabahan, sokongan para tentera semuanya berpihak kepada Khalid Al Walid.

Bersama Bertekad Menangkan PAS

'Paste'kan ke Blog Anda Tanda Sokongan

Koleksi Ayahanda