12 Ogos 2008

Raja Nazrin perkenan Nik Aziz, Hadi sampaikan khutbah Jumaat ini- Malaysiakini


Selain kesudian menerima mengadap pimpinan PAS di Istana Iskandariah Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah sekali lagi memperkenankan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat menyampaikan Khutbah Jumaat di Ipoh 15 Ogos ini.

Perkenan tersebut telah disampaikan sendiri oleh Raja Nazrin ketika Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengadap tuanku pagi tadi dan telah disahkan oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Anuar Hasim

Difahamkan setakat ini Masjid Negeri di Bandaraya Ipoh merupakan masjid yang dipilih untuk kedua-dua tokoh pemimpin PAS yang tidak asing lagi untuk menyampaikan khutbah.

“Kemungkinan salah seorang menjadi imam manakala seorang lagi membaca khutbah atau kedua-dua membaca khutbah di dua masjid berbeza, kita akan maklumkan kepada umum nanti.

“Saya akan memaklumkan kepada media dari masa ke semasa, lokasi masjid kedua-dua pemimpin PAS yang akan menyampaikan khutbah Jumaat ini,” kata Anuar dan yakin akan menarik perhatian orang ramai khususnya penduduk Perak untuk hadir ke masjid terbabit untuk mendengar khutbah tersebut.

Dalam pada itu, Raja Nazrin Shah juga memperkenankan menerima mengadap pimpinan PAS pada 14 Ogos sehari sebelum berlangsung Muktamar PAS ke-54.

Perkara itu telah disahkan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang dan menyatakan pertemuan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar itu akan membabitkan 10 pemimpin tertinggi PAS yang akan diketuai sendiri oleh Dato' Seri TG Haj Abd Hadi sendiri.

11 Ogos 2008

Harian Metro,NSTP digesa mohon maaf pada Kedah- Malaysiakini


ALOR STAR, 12 Ogos Pejabat Menteri Besar Kedah melahirkan rasa kesal dengan laporan Harian Metro 9 Ogos lalu bertajuk "Pejabat MB Hulur RM20.00 - Pengawal perlu bantuan rawat cucu hidap leukimia".

Dalam kenyataan yang difakskan kepada Harakahdaily, selain melahirkan rasa simpati dengan nasib yang menimpa Mat Isa Lahaman dan keluarganya, Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor menyatakan rasa kesal dengan kenyataan Mat Isa yang menyebut beliau hanya menerima RM20.00 dari Pejabat Menteri Besar Kedah.

Image"Bantuan segera kepada beliau dan cucu-cucunya yang dihulurkan adalah RM300.00 (rujuk baucar yang dilampirkan). Saya juga melahirkan rasa kesal kerana laporan Harian Metro tersebut tidak merujuk kepada Pejabat Menteri Besar untuk mengesahkan maklumat sebelum laporan tersebut disiarkan.

"Saya berharap pihak pengarang Harian Metro, pemberita (Omar Osman) dan pihak The New Straits Times Press memohon maaf secara terbuka dan menyiarkan berita sebenar dalam tempoh seminggu dari sekarang," katanya.

Menurut Muhammad Sanusi lagi, sebarang cubaan mencemarkan nama baik, reputasi dan integriti Dato' Seri Menteri Besar Kedah dan pegawainya pada masa depan haruslah dihindari.

ImageMuhammad Sanusi turut menjelaskan bahawa Mat Isa bersama isteri, menantu dan cucunya pernah mengunjunginya pada 29 Jun lalu mengadu isterinya baru pulih dari strok dan anaknya pula baru dua minggu meninggal dunia.

Selain itu jelasnya, beliau juga ditunjukkan surat daripada Exco Kebajikan dan Pembangunan Wanita Kedah yang ditujukan kepada Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri untuk tindakan lanjut.

"Tiada aduan tentang penyakit leukimia yang dihidapi cucunya dalam perjumpaan tersebut. Beliau juga mengaku dikunjungi Pegawai JKM Sungai Petani tetapi belum menerima sebarang bantuan selain baran keperluan makanan untuk beberapa hari.

"Rekod kehadiran pelawat ke pejabat ini juga menunjukkan pengadu hanya sekali membuat kunjungan iaitu pada 29 Jun, bukannya empat kali seperti yag didakwa.

"Saya mohon hal ini diperbetulkan segera oleh Harian Metro. Pihak pengadu (Mat Isa) boleh berhubung terus dengan JKM dan berharap masyarakat sekitar tampil memberikan sumbangan kepada mereka sekeluarga," ujarnya lagi.

Tindakan buat ahli Pakatan ganggu forum- Malaysiakini

DAP menyokong tindakan disiplin yang dicadangkan terhadap ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat yang terlibat mengganggu forum Majlis Peguam kelmarin bagi mengelak imej gabungan pembangkang itu "sama rendah dengan Umno".

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng juga mendakwa kenyataan timbalan perdana menteri berhubung tindakan penunjuk perasaan menentang forum Majlis Peguam kelmarin sebagai "menyokong keganasan" dan "cuba memulihkan nasib BN yang semakin merosot."

Beliau berkata, ugutan Datuk Seri Najib Razak untuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap penganjur sebagai kenyataan tidak bertanggungjawab dan tindakan terdesak.

"Sekarang BN tidak lagi menjawab dakwaan-dakwaan melakukan rasuah, salah urus, penyalahgunaan kuasa dan pembaziran, mereka kini bermain dengan api dengan menggunakan agama untuk menakutkan orang ramai," kata Lim, yang juga ketua menteri Pulau Pinang.

Ulasan
Setelah menunggu komen dari DAP terhadap isu Forum yang di anjurkan oleh Bar Council, akhir terkeluar juga komen yang melambangkan DAP benar-benar DAP, walaubagaimanapun pasti ramai akan menyatakan bahawa kenyatan DAP di atas ialah kenyataan yang melambangkan kebijakan dalam berpolitik, manakala kenyataan Presiden PAS yang meminta supaya Forum itu dihentikan baru-baru ini sebagai kenyataan tak cerdik, terperangkap dengan musuh dan sebagainya (terutama penulis macam Tulang Besi).

Berbalik kepada kenyataan KM Pulau Pinang ini yang menyokong tindakan disiplin kepada ahli-ahli Parlimen PR yang terlibat dengan bantahan Forum ini di atas alasan bahawa imej MP PR ini sama rendah dengan UMNO.

Satu kenyataan yang sememang amat memelikkan. Persoalan utama di sini ialah isi forum tersebut mencabar Islam, mencabar Islam ialah satu perbuatan yang tidak boleh di lihat sebagai sesuatu yang enteng, itulah persoalan sekarang, bukan masalah forum, bukan masalah Bar council, persoalan Islam di cabar, dan menjadi satu dosa yang amat besar jika sekiranya umat Islam membiarkan Islam itu di cabar, di mana-mana, oleh sesiapa dan bila-bila.

Jika sekiranya pihak KM melihat ini adalah perangkap UMNO, bermakna Bar Council juga adalah alat kepada UMNO/BN, akan tetapi apa yang kita tahu ramai ahli DAP atau PKR yang menjadi peneraju kepada Bar Council ini. jika sekiranya kita tidak mahu isu ini di perbesarkan sehingga MP PR di lihat telah masuk ke perangkap UMNO/BN kerana isu ini menenggelamkan isu-isu rasuh dan salah guna kuasa, sepatutnya DAP, PKR dan mana-mana pihak yang tidak mahu melihat UMNO kembali bernafas dengan isu ini (jika betul) hendaklah membantah atau dengan lebih lunak lagi menasihat samada secara berdepan, atau secara senyap-senyap kepada Bar Council agar tidak mengadakan forum tersebut, kerana Umat Islam pantang di cabar walaupun mereka berseorangan.

Tetapi apa yang kita lihat hanya Presiden PAS sahaja yang menasihatkan Bar Council supaya tidak melakukan perkara tersebut, DSAI cadang supaya di adakan secara tertutup, tak apa lah macamana sekalipun asalkan ada kata nasihat atau teguran kepada Bar Council tentang bagaimana sensitifnya isu ini. KM Pulau Pinang ini sepatutnya bersuara lebih awal sebagaimana TGHH & DSAI kepada Bar Council agar mereka tidak menjadi alat kepada UMNO, tetapi tidak. KM P.Pinang hanya menunggu selepas, bukan untuk menasihatkan Bar Council supaya jangan mengulangi hal ini akan tetapi sebaliknya menyalahkan orang yang membantah, bantahan tidak akan berlaku kalau Forum itu tidak di lakukan. dan forum itu mungkin tidak di lakukan jika sekiranya Parti-parti politik majoritinya bukan Islam seperti DAP, atau NGO bukan Islam yang lain turut sama bersama TGHH & DSAI menasihatkan Bar Council menghentikan Forum tersebut atas sebab kestabilan negara, atau paling kurang atas sebab tidak memberi nafas kepada UMNO/BN untuk terus hidup.

10 Ogos 2008

Anwar Akui Hadapi Laluan Sukar Menangi Kerusi Permatang Pauh- Malaysiakini

BUKIT MERTAJAM, 10 Ogos (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengakui menghadapi laluan sukar untuk memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini ekoran pelbagai fitnah yang timbul mengenai dirinya.

Beliau berkata pelbagai fitnah yang dilemparkan terhadapnya itu disebarkan pihak tertentu bagi menggagalkan usahanya memenangi kerusi berkenaan.

"Saya tak jangka ia mudah kerana banyak halangan daripada orang yang menentang kita. Saya berasa sedikit sukar kerana fitnah akan bertambah dan rasuah juga akan bertambah.

"Tapi saya yakin kerana nampak sokongan rakyat bertambah baik dan mudah-mudahan kita akan menang," katanya dalam ucapan ringkas kepada kira-kira 200 penyokongnya selepas menunaikan solat hajat di Masjid Nadhoh, di sini, Ahad.

Solat hajat itu, yang turut disertai isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Naib Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, diadakan pada pukul 9 pagi ini bagi mendoakan kemenangan beliau pada pilihan raya kecil itu kelak.

Anwar, yang juga bekas timbalan perdana menteri, mendakwa PKR melalui pengalaman sukar ketika menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri di Ijok berikutan adanya pengaruh wang untuk meraih undi.

Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh diadakan berikutan tindakan Dr Wan Azizah, yang juga Presiden PKR mengosongkannya bagi memberi laluan kepada suaminya untuk bertanding semula kerusi itu.

Anwar pernah mewakili kerusi itu sebagai wakil Barisan Nasional (BN) mulai 1982 sehingga terpaksa melepaskannya kerana dikenakan tindakan mahkamah kerana kesalahan rasuah dan liwat pada 1999.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 16 Ogos sebagai tarikh penamaan calon manakala 26 Ogos sebagai hari pengundian.

Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, Dr Wan Azizah menang dengan majoriti 13,398 menewaskan calon BN Datuk Pirdaus Ismail.

Sementara itu semasa berceramah pada satu majlis di sini malam tadi, Anwar Ibrahim secara tidak rasmi memulakan kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh dengan membuat janji bertemakan "Agenda Permatang Pauh".

Anwar berkata jika Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan kerajaan pusat dan beliau terpilih menjadi "perdana menteri", agenda Permatang Pauh adalah agenda pembangunan rakyat iaitu menurunkan harga minyak sebanyak 70 sen, menurunkan harga barang dan membasmi kemiskinan.

"Pilihan raya di Permatang Pauh ini ialah pilihan raya agenda Permatang Pauh... kita tidak mahu sentuh mana-mana isu peribadi walaupun mereka (BN) lanyak (hentam) saya", kata beliau.

Sambil mempertahankan tindakan Dr Wan Azizah yang mengosongkan kerusi itu dan dikatakan mengkhianati rakyat Permatang Pauh yang mengundi beliau, Anwar berkata tindakan isterinya ialah untuk menunaikan janji kepada rakyat di situ.

"Pada pilihan raya lepas Azizah (Wan Azizah) telah berjanji kepada rakyat Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada saya jika beliau menang dan sekarang ini beliau telah menunaikan janjinya", kata beliau.

Dalam ceramah hampir 45 minit itu, Anwar juga mempertikaikan kes liwat yang dihadapinya dengan mendakwa ia fitnah untuk memalukan dirinya malah tidak berdendam dengan sesiapa serta telah memaafkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya tidak dendam dengan sesiapa pun dan telah memaafkan semua orang yang mengaibkan saya", katanya.

Tanpa menghuraikan sebarang janji baru untuk rakyat di Permatang Pauh, Anwar sebaliknya meminta rakyat memberi laluan kepada beliau untuk "mengegarkan" Parlimen.

Anwar, yang genap berusia 61 tahun hari ini, berkata: "Pada 27 Ogos ini saya masuk Parlimen, 30 Ogos Perdana Menteri bentang bajet (Bajet 2009) dan kemudian kita gegarkan parlimen dan kita ambil alih jadi kerajaan".

Ulasan
Dr Mahathir kata...jika sekiranya Anwar tidak boleh memenangi kerusi Permatang Pauh dengan majoriti yang lebih besar dari apa yang perolehi oleh Wan Azizah maknanya itu adalah perkembangan yang baik untuk UMNO... mungkin ada kebenaran cakap Mahathir tu.

Walaubagaimanapun.....saya setuju sangat ucapan Anwar ni...boleh hilangkan sikit over konfiden petugas PR. Samada ucapan Anwar tu betul-betul serius atau hanya untuk meredakan over konfiden petugas....kita sama-sama kena perhati

Penubuhan Trengganu Inc, Anak syarikat Masih Rugi- Malaysiakini

Kuala Terengganu - Dakwaan Bekas Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Idris Jusoh bahawa Terengganu Incorporated membawa keuntungan kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri Terengganu disangkal oleh Menteri Besar Dato’ Ahmad Said.

Januari lalu, Idris dilaporkan berkata nilai aset kebanyakan anak syarikat kerajaan negeri meningkat hampir 60 peratus pada tahun 2007 selepas penubuhan Terengganu Inc.

"Hampir keseluruhan GLC di bawah pengurusan Terengganu Incorporated telah menunjukkan peningkatan dari segi prestasi dan mula mencatatkan keuntungan berganda.
"Saya telah katakan apabila ditubuhkan Terengganu Incorporated dahulu kita mahu pastikan anak-anak syarikat kerajaan negeri ditadbir dengan baik oleh golongan profesional dengan amanah dan telus dan kini kita telah nampak hasilnya," kata Idris.

Kontra dengan kenyataan itu, agensi Bernama hari ini melaporkan, Ahmad Said melahirkan rasa kecewa dengan prestasi beberapa syarikat milik kerajaan negeri yang mengalami kerugian dalam bidang perniagaan yang diceburi mereka.

“Kerajaan negeri memandang serius perkara ini. Bedah siasat akan dibuat terhadap syarikat berkenaan dan prestasinya akan sentiasa dipantau. Kami akan melihat sekiranya syarikat itu perlu disuntik dengan perubahan pengurusan,” katanya.

Beliau menggesa anak syarikat kerajaan Terengganu seperti Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd (EPIC), TDM Berhad, Golden Pharos dan anak-anak syarikat Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) supaya membuat penilaian dan pembaharuan sesuai dengan cabaran globalisasi.

Ahmad berkata kerajaan negeri berharap perubahan pengurusan bagi beberapa syarikat yang ada kepentingan kerajaan itu akan memberi nafas baru dalam mengharungi hala tuju yang lebih fokus dan bermakna bagi penjanaan ekonomi negeri

Ulasan.
Ini lah dia Terengganu...walaupun begitu pendedahan yang berlaku akan tetapi rakyat dan pengundi masih lagi duduk nganga mengharapkan RM600.00 duit ehsan, itulah didikan yang di lakukan oleh UMNO, dan pasti UMNO akan terus berkuasa di Terengganu asalkan UMNO tidak alpa untuk mengagihkan borang dan duit ehsan....tapi awas...jika pembahagian ini di batalkan UMNO akan kecundang sebagaimana 1999.

Itu la rakyat Terengganu, rakyat RM600.00

'Paste'kan ke Blog Anda Tanda Sokongan

Koleksi Ayahanda