02 April 2010

MEB di ciplak



Halatuju negara Malaysia semakin menjadi ‘haru biru’ dengan pelbagai slogan yang dicipta dibawah pemerintahan Umno dan Barisan nasional (BN).

Yang terbaru, Model Ekonomi Baru (MEB)yang diumumkan pada minggu lalu oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak sepatutnya dibentangkan dan mendapat kelulusan parlimen.

Sebaliknya, Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali (Cikgu Pa) berkata, tindakan Najib membentangkan model tersebut diluar parlimen menunjukkan bahawa rakyat di belakangkan, bukan dahulukan.

”Sepatutnya satu perancangan yang besar yang nak dibuat dinegara ini, dibentangkan dalam parlimen, bagi ahli parlimen bincang, tetapi tidak,

”sehingga kelmarin tidak ada lagi lagi (belum lagi) pembentangan dibuat di palimen yang membolehkan ia dibahaskan oleh ahli-ahli parlimen yang mewakili rakyat,

”dia (Najib) kata rakyat didahulukan, tapi bila bentang Model Ekonomi Baru, rakyat dikebelakangkan,”ujarnya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Festival DUN Chukai disini.

Menurutnya, MEB yang dibentang oleh Najib, sebenarnya mengandungi banyak perkara yang diciplak dari Pakatan Rakyat (PR).

Katanya, beliau boleh membuktikan setiap bab yang terkandung dalam MEB Najib adalah agenda bersama parti-parti PR yang dibentangkan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Disember lalu.

”Rupanya, bila kita tengok Model Ekonomi Baru, banyak yang di cetak (ciplak) dari agenda baersama yang telah kita bentangkan beberapa bulan lalu,

”Mengaku cerdik sangat, tapi kacau hok orang buat, kita boleh tunjuk (buktikan) bab ini, bab ini, banyak yang ditiru dari yang kita buat,”tegasnya.

Oleh sebab itu, katanya, PAS bersama Pakatan Rakyat sebenarnya mampu mentadbir negeri Terengganu dan juga negara Malaysia.

Walaupun heboh diperkatakan baru-baru ini tentang ahli-ahli parlimen (MP) yang melompat, namun beliau berkata, mereka tidak melompat masuk ke dalam Umno dan Barisan Nasional.

Bahkan beliau mendakwa, MP yang melompat tersebut berbuat demikian, kerana sogokan ‘minyak pelincir’ yang dilakukan oleh Umno dan BN.

”Sebahagian daripadanya (yang lompat) saya kenal, apa yang saya nak beritahu, ada benda yang menyebabkan jadi lompat itu,”

”jadi ada ‘minyak pelincir’, walaupun mereka tidak mengaku, hakikatnya ada orang (lain) yang tahu,”jelasnya.

Dalam perkembangan yang sama, beliau berkata, Pakatan Rakyat akan diwakili oleh calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menentang Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Katanya, dalam mesyuarat Pakatan Rakyat Rabu 31 Mac, keputusan tersebut dibuat berdasarkan kerusi terbabit ditandingi oleh PKR dalam pilihanraya umum tahun 2008.

Sehubungan itu, semalam Jumaat 2 April, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) telah menetapkan pencalonan Pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor akan diadakan pada 17 April.

Manakala menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, hari pengundian adalah pada 25 April akan datang

Petikan Buletinonline.net


29 Mac 2010

Terengganu..Darul Runtuh






Seorang pekerja binaan maut dan tujuh lagi cedera apabila bumbung sebuah bangunan milik Universiti Malaysia Terengganu yang sedang dalam pembinaan runtuh lalu menghempap mereka petang tadi.

Buruh binaan yang meninggal dunia itu dipercayai pekerja dari Bangladesh. Dua lagi pekerja juga dari Bangladesh dikatakan parah.

Kejadian pada jam 5.10 petang itu berlaku ketika hujan lebat.

Bangunan yang sedang dalam pembinaan itu adalah untuk Institut Oseanografi UMT.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said telah bergegas ke tempat kejadian yang terletak di Gong Badak tidak jauh dari sini sebaik sahaja mendapat berita mengenainya.

Dan ketika kejadian berlaku, Naib Canselor Profesor Datuk Aziz Deraman tidak ada di dalam negara. Jawatannya dipangku oleh Prof Yahya Ibrahim iaitu timbalan naib canselor (hal ehwal pelajar).

YAB Tuan Guru Dato' Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat- Al Mursyidul Am PAS


Kenyataan Resmi

Saya telah dimaklumkan mengenai perlantikan semula saya sebagai Al-Mursyidul Am bagi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk sesi 2010-2015 sebagaimana yang telah diputuskan di dalam mesyuarat kedua Majlis Syura pada hari ini, jam 10 pagi pada hari ini, 29 Mac 2010.

Sukacita saya ingin merakamkan terima kasih kepada kepimpinan PAS Pusat di atas kepercayaaan diberikan kepada saya bagi memikul amanah yang berat ini. Ia juga adalah satu cabaran bagi saya untuk terus memberikan khidmat sebagai Al-Mursyidul Am menurut apa yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS.

Namun, saya anggapkan ia sebagai ketentuan Allah Subhanahu wataala kerana kemampuan saya untuk menjalankan tugas ini amat bergantung kepada masa dan keupayaan serta keadaan kesihatan saya. Bahkan pada pagi ini pun, saya baru saja menghadiri sesi pemeriksaan doktor di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Seperti yang telah saya tegaskan sebelum ini, bahawa saya tidak mempunyai sebarang halangan untuk menerima pelantikan ini sekiranya Majlis Syura berpandangan untuk terus memberi kepercayaan kepada saya. Saya sifatkan itu adalah keputusan ‘syura’ yang bakal membantu saya memikul amanah ini. Lebih-lebih lagi di dalam mempersiapkan upaya parti menghadapi pilihanraya umum yang ke-13 nanti.

Menyedari harapan ahli dan semangat serta kepercayaan Majlis Syura, maka dengan lafaz bismillah, saya menerima amanah ini dengan doa agar Allah Subhanahu wataala sentiasa memandu saya di dalam mengemudi hala tuju parti.

Saya berharap agar seluruh kepimpinan PAS di pelbagai peringkat akan terus memberikan komitmen di dalam menjayakan misi parti bersama-sama Pakatan Rakyat.

Semoga kerjasama dan husnul-zhon (sangka baik)dari semua kepimpinan, saya yakin PAS akan terus menjadi parti yang perkasa dan Insya-Allah PAS di Kelantan bersama-sama PAS di seluruh Negara akan terus utuh bersama-sama rakan-rakan Pakatan Rakyat dalam mendepani cabaran politik baru di Malaysia hari ini.

Sekian, wassalam.

TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Bertarikh : 29 Mac 2010

28 Mac 2010

UMNO menipu Rakyat Terengganu..kita tunggu apa lagi



Lebih setahun yang lalu, kira-kira menjelang waktu berkempen untuk pilihanraya kecil Kuala Terengganu, gambar Menteri Besar Terengganu Dato' Ahmad Said memegang sekeping replika cek bernilai RM408.6 Juta telah ditonjolkan oleh beberapa media utama .
Berita yang diputarbelitkan adalah seolah-olah pembayaran royalti telah kembali Kepangkuan rakyat dan kerajaan Terengganu.

Unit Komunikasi negeri Terengganu melaporkan;

Penantian rakyat Terengganu untuk melihat hasil royalti minyak diserahkan kepada Kerajaan Negeri kini menjadi kenyataan apabila Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyerahkan cek RM408.6 Juta.

Bernama pula menulis;

Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan negeri Terengganu perlu menggunakan sebaik mungkin wang royalti berkenaan dan pada masa yang sama bersyukur dengan anugerah yang diberikan itu.

Beliau berkata janji kerajaan pusat untuk memulangkan kembali wang royalti minyak ke pangkuan rakyat Terengganu sudahpun ditunaikan dan itu melambangkan keikhlasan kerajaan pusat.

"Cek wang royalti berjumlah RM408.6 juta saya serah sendiri kepada Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said. Ini melambangkan keikhlasan kita.

Berita Harian turut melaporkan;

"Kerajaan Pusat mengembalikan hak rakyat Terengganu dengan menyerahkan wang royalti kepada kerajaan negeri sebanyak RM408.6 juta.

Dengan itu, Kerajaan Terengganu sudah cukup pitih (duit) untuk melaksanakan pelbagai pembangunan yang dirancang selama ini," katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, Kabinet juga memutuskan pemberian wang ehsan akan dihentikan kerana Kerajaan Pusat menghormati perjanjian yang termaktub dengan Kerajaan Terengganu berhubung pembayaran royalty

Utusan Malaysia pula melaporkan;

“Seandainya minyak pupus, Terengganu dengan langkah ini akan dapat punca pendapatan tambahan,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan cek royalti minyak berjumlah RM408.6 juta kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said di sini hari ini.


Maka seluruh rakyat pun dikatakan gembira kerana kerajaan pusat telah menyerahkan kembali royalti kepada kerajaan negeri Terengganu.

Dilaporkan berita susulan, dengan menemuramah beberapa orang rakyat Terengganu dan semuanya memberikan jawapan, sukacita bahawa royalti telah kembali ke pangkuan negeri Terengganu.

Namun apa yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara, Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi, Negeri Terengganu Tahun 2008 adalah sebaliknya.

Dalam muka surat 12, menurut Jadual 4.10 menyerlahkan kebenaran bahawa bayaran RM408.6 juta, bukanlah bayaran wang royalti.

Ia adalah sebenarnya merupakan bayaran baki peruntukan Dana Khas bagi tahun 2007 dan 2008 yang berjumlah RM408.60 juta, yang dibayar pada bulan Disember 2008 -
Petikan Buletinonline

'Paste'kan ke Blog Anda Tanda Sokongan

Koleksi Ayahanda