18 April 2009

Budaya Serigala


Minta maaf kepada semua para sahabat yang di hormati....bukannya tidak berminat lagii untuk menulis, tetapi hambatan masa yang amat terbatas.. lantaran tugasan yang mendatang lebih dari biasa, PRK Kuala Terengganu..kemudian berlaku krisis di Perak, kemudian PRK Bukit Gantang..lepas ni Mesyuarat Agung Kawasan..kalau di kerah ke Penanti..maka ke Penanti lah kita.


Walaupun tidak menulis tetapi tetap mengikuti perkembangan para sahabat blogger-blogger, walaubagaimanapun sejak akhir-akhir ini, saya pun hairan dengan perangai serigala (nak kata anjing takut kasar sangat..walaupun itu yang paling sesuai) sahabat-sahabat blogger, mereka ini apabila bertemu dengan UMNO..mereka serang habis-habisan.. sehingga kojol UMNO di Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau...macam serigala serang seladang, tapi bila saja seladang itu mati merek mula gigit kaki dan ekor kawan sendiri lebih malang gigit kaki pemimpin sendiri. cuba lihat (1), (2) ,(3), (4)
dan mungkin banyak lagi blog-blog sahabat yang ada perangi serigala begini...bukan untuk menyekat kebebasan bersuara atau atau..cuma saya terfikir apa yang mereka kehendaki? seronok dengan krisis, rasa megah bila kita boleh hidupkan krisis di kalangan ahli PAS? atau apa? atau mungkin mereka-mereka ini tahi-tahi UMNO..sebagai contoh Tulang Besi..dari dulu asyik sebut Ust Nasa Fraksi UMNO...kalau nak ikut kebiasaan hanya orang gila yang kata orang lain gila...sebab kalau betul Ust Nasa nak sangat pergi Putrajaya, dengan kebolehan, Kelulusan dan kedudukan dia sekarang ni tak payah la dia dok heret PAS, kalau dia sorang pergi pun rasanya dia akan dapat kedudukan di Putrajaya!!.. tapi kenapa tidak?!!, saya rasa sahabat bloger ini tak payah berkias-kias la...sebut je puak mana? kemudian kena la adil dalam membuat pertimbangan, jangan ikut rasa nafsu je....jangan dok asyik ulang muqabalah dengan UMNO yang di sertai Oleh Ust nasa, Cikgu Pa dan Khalid Samad yang di report dan dilaporkan dalam Mesyuarat jawatankuasa kerja PAS Pusat walaupun selepas pertemuan tersebut, tiba-tiba kita sembunyikan pertemuan Husam musa dengan Khairi jamaluddin selepas pilihanraya 2004 yang tidak pernah samada sebelum atau selepas di laporkan dalam mesyuarat jawatankuasa kerja PAS Pusat.

Jangan dok cuba mengapi-apikan idea Presiden tentang Kerajaan Perpaduan, walaupun konsep ini di terima oleh Hamas dan Fatah, yang mana Hamas pun tahu bahawa Fatah itu talibarut yahudi..tetapi masih menerima Kerajaan Perpaduan dengan Fatah, tiba-tiba kita sembunyikan siapa yang mendesak Pesuruhjaya PAS Kelantan supaya menerima Ibrahim Ali menjadi calon lambang PAS di Pasir Mas, sepatutnya orang yang bertanggungjawab melobi TGNA supaya memberikan kebenaran Ibrahim Ali bertanding diatas lambang PAS...ada sesiapa yang mentakwilkan strategi bodoh dan bengong ini...seluruh kepimpinan PAS Kawasan Pasir Mas menentang, hampir seluruh BPP negeri Kelantan menentang, tapi TGNA berikan jugak sebab lobi Hj Husam...kenapa tak bincangkan perkara ini.

Orang cakap soal Ibrahim Ali tu soal kecil...kecil apa..sehingga sekarang ini Ibrahim Ali sudah pandai kencing atas muka kita...benda tak pernah di buat oleh orang, atas dakwaan strategi maka di desaknya TGNA..sekarang apa jadi...kenapa Hj Husam tidak bersuara dalam perkara ini..cakap la biar ahli PAS semuanya dengar.

Saya bukan tak setuju dengan keputusan PAS Bukit Bintang...kebebasan bersuara terjamin dalam PAS, pun bukan tak setuju dengan TGNA sebagai Presiden, TGNA tak merokok, dan amat bertepatan dengan ciri-ciri yang di gariskan oleh beliau itu, tapi saya nak tahu dari adakah cadangan ini di buat atas pertimbangan yang waras atau pun tidak? semua tahu yang TGNA selalu keuzuran, ketidak hadiran berliau dalam kebanyak mesyuarat Majlis Syura pun sudah di ketahui umum, jadi apakah cadangan ini ada kewajaran dan adil kepada TGNA..atau Bukit Bintang mahu mempermainkan TGNA, kalau itu niatnya terima la padahnya.

ok la malam sudah larut banyak keje Mesyuarat Agung tak selesai lagi....jom kita minum kopi dulu


'Paste'kan ke Blog Anda Tanda Sokongan

Koleksi Ayahanda