18 Mei 2008

Dr Mahathir ucap selamat tinggal pada Umno





KLpos.com
Isnin, 19 Mei 2008

BEKAS Perdana Menteri dan Presiden Umno selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membuat kejutan dengan mengumumkan keluar dari parti tersebut di kampung halamannya, Kedah.

Dr Mahathir berkata beliau menyeru penyokong-penyokong beliau mengambil langkah yang sama.

Menurut laporan Malaysiakini.com, Dr mahathir membuat pengumuman tersebut selepas menghadiri satu forum di Alor Setar Kedah.

Dr Mahathir dilaporkan berkata, beliau hanya akan menyertai semula Umno selepas perubahan kepimpinan utama parti.

Langkah terbaru Dr Mahathir ini dipercayai untuk memberikan tekanan kepada Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan.

Sementara itu, laman web Agendadaily.com melaporkan bekas Perdana Menteri itu membuat pengumuman itu di majlis anjuran Himpunan Melayu Kedah di Alor Star.

Sebelum itu semasa majlis dailog dengan kira-kira 1,000 orang yang menghadirinya beliau mencadangkan Ketua-ketua UMNO cawangan dan bahagian keluar parti beramai-ramai sehingga Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi letak jawatan.

Katanya ini kerana jika mereka tunggu sehingga pemilihan UMNO Disember ini Abdullah akan menang tanpa bertanding jawatan itu.

Sementara itu Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee dalam reaksi segera kepada tindakan Dr Mahathir nak keluar UMNO meminta Perdana Menteri segera duduk dan berbincang dengan bekas Perdana Menteri itu.

Beliau menilai tindakan keluar parti itu tidak wajar dan boleh mengugat kestabilan parti.

Beliau juga mendesak semua para pemimpin UMNO khususnya para ahli Majlis Tertinggi bertindak segera menyelesaikan kemelut terbaru ini. Katanya mereka tidak boleh lagi diam dalam soal ini.


'Paste'kan ke Blog Anda Tanda Sokongan

Koleksi Ayahanda