07 April 2011

Selamat Bermusyuarat Agong PAS Besut



Berbicara tentang perjuangan, masing-masing mendakwa bahawa mereka adalah yang paling ikhlas, paling kuat dan paling banyak berkorban. Samalah juga bila berbicara tentang tanggungjawab kepimpinan, maka masing-masing mendakwa bahawa mereka bukan meminta untuk di lantik, tetapi rakyat yang pilih, saya tak minta pun…walhal sebelum daripada itu bagai nak rak anak-anak buah berkempen, mempromosikan nama dengan berbagai cara, termasuk dengan cara pihak Musuh, apabila berbicara tentang kepimpinan maka kita akan teringan dengan satu hadis Rasulullah berkenaan dengan Abi Dzar
أَنَّ أَبَا ذَرٍّ سَأَلَ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم الإِمَارَةَ ، وَأَنَّ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ : إنَّك ضَعِيفٌ وَإِنَّهَا أَمَانَةٌ , وَإِنَّهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ خِزْيٌ وَنَدَامَةٌ , إِلاَّ مَنْ أَخَذَهَا بِحَقِّهَا وَأَدَّى الَّذِي عَلَيْهِ فِيهَا
Sesungguhnya Abi Dzar meminta daripada rasulullah supaya di berikan kepadanya kepimpinan (lantaran besarnya ganjaran), Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya kamu (wahai Abi Dzar) adalah seorang yang Dhoif dan kepimpinan ini adalah amanah, dan sesungguhnya pada hari akhirat kelak ianya merupakan kerugian dan penyesalan kecuali sesiapa yang menunaikan hak-haknya dan melaksanakan apa yang di wajibkan keatasnya
Konsep pertama yang di sebut oleh Rasulullah saw yang juga merupakan asas yang paling utama ialah BUKAN SEORANG YANG DHOIF , ataupun seorang yang lemah, apakahyang di maksudkan disini lemah di sudut fizikal semata-mata sebagaimana Abu Dzar yang merupakan seorang tua?, tidak, kedhoifan disini bukan hanya di tujukan kepada kedhoifan fizikal akan tetapi kedoifan disini ialah kedhoifan dalam semua perkara yang boleh menghalang kita daripada menunaikan amanah tersebut, ada kedhoifan tersebut tidak disedari oleh kita tetapi disedari oleh orang ramai, dan ada kalanya kedhoifan ituamat disedari oleh kita akan tetapi lantaran kedegilan kita kerana merasakan hanya kita sahaja yang boleh dan mampu dan lebih parah lagi jika kita menganggap bahawa orang lain tidak pandai.
Dr Harun Din pernah menyatakan dalam ucapannya semasa muktamar agung di Stadium Malawati selangor bahawa beliau tidak bertanding semasa PRU 1999 dahulu kerana pada waktu itu beliau berada di dalam keadaan Dhoif, bukan dhoif tubuh badan, bukan doif wang ringgit, bukan dhoif masa, tetapi keadaan yang menyebabkan beliau dhoif, maka demi untuk Jemaah dan Parti maka beliau tidak bertanding, ini adalah qudwah yang amat baik dari seorang pimpinan yang menyedari kedhoifan diri dan bertindak mengikut yang sepatutnya bukan berdegil walaupun menyedari diri berada di dalam keadaan yang dhoif, jesteru itu kedhaoifan ini bukan sahaja dihadkan kepada fizikal akan tetapi kepada semua keadaan, masa, wang ringgit, jarak, buah fikiran, sikap, dan semua perkara yang boleh menyebabkan tanggungjawab terlaksana dengan sempurna….kecuali di tempat kita itu semua orang yang ada sekeliling itu terlalu bodoh dan dungu untuk memimpin.
Berbicara tentang kepimpinan, maka ada orang yang mempersoalkan tentang ukhuwwah, mempersoalkan tentang ukhuwaah apabila kita berada diatas, dan merasakan seoalah-olah ada orang yang ingin menjatuhkan kita, maka pada ketika ini ‘kita’ pun berbicara tentang ukhuwwah, sedang ‘kita’ lupa semasa ‘kita’ mula menapak dahulu, adakah ‘kita’ meletakkan ukhuwwah itu di hadapan kita, apakah ketika ‘kita’ gah di atas singgahsana kita cuba semak berapa kepalakah yang terfitnah oleh orang-orang yang mendokong kita lantaran mahu kita bertahta di singgahsana itu, tiba-tiba pada hari ini apabila kita merasakan tidak selesa di atas sana maka kita sibuk berbicara tentang ukhuwwah sedang satu masa dahulu kita lupa lansung tentang ini. ‘kita’ percaya dengan dakwaan bahawa selagimana si polan bin si polan yang memimpin jemaah atau parti maka selama itulah parti tidak akan menang, dakwaan dan dakyah yang seakan-akan cuba merampas kuasa Allah yang mentukan menang atau kalah, tetapi ‘kita’ mempercayai dan akhirnya hasil daripada itu kita melupakan ukhuwwah yang kita tuntut pada hari ini…jawapannya…pppppeeeeegggiii daaaaah!!!
Berbicara sebagai anggota jemaah Islam, Asy Syahid Hassan Al Banna menggariskan rukun baiah, hampir semua orang ingat tetapi saya tak ingat…minta maaf, walaubagaimanapun salah satu rukun baiah itu ialah Tajarrud, kita menyerahkan sebulat-bulat keyakinan kepada jemaah kita, bukan apabila kita terlekat dengan apa-apa kepentingan maka kita duk sibuk mencari surat perakuan bagi menafikan kita sebagai anggota jemaah, ye….maslahah…tetapi maslahah itu untuk ahli bukan untuk mereka yang memimpin dan menjadi contoh kepada rakyat, apa akan jadi jika rakyat menjadikan tindakan ini sebagai contoh dan tauladan?! Akan tetapi ‘kita’ telah menjadikan orang-rang yang sebegini sebagai penolong yang pembantu dan penasihat…kalau sekiranya tidak mampu untuk bertajurrud dengan bersungguh-sungguh bermakna itu kedhoifan maka kedudukannya macam Abi Dzar, bukan penyibuk mencari 2 undi bagi menaja sesiapa sahaja…
Walaubagaimanapun kita jangan sekali-kali menganggap bahawa matahari itu naik kerana kokokan kita, saya masih lagi menyimpan bicara tentang saraf, duit dan perkara-perkara lain, Cuma akhir sekali jika apa yang dinyatakan diatas tu tidak kena mengena dengan ‘kita’ maka gezzettelah ‘kita’ sebagai pimpinan sehingga mati…tidak ada orang pun teringin perkara yang menjadi kerugian dan penyesalan pada hari kiamat nanti

'Paste'kan ke Blog Anda Tanda Sokongan

Koleksi Ayahanda