22 Januari 2009

PRK 036: Penanda Aras & Pembetulan PEMILU 08- Malaysiakini

Sewaktu menziarahi mangsa kemalangan yang terlanggar bendera PAS dan isu ini di eksploitasi oleh media perdana

Pilihanraya kecil P 036 Kuala Terengganu masih belum berhenti di perkatakan oleh semua orang kerana ianya adalah penanda aras kepada banyak perkara, ia menjadi penanda aras kepada

1-Masa Depan Najib Sebagai orang no 1 negara
2-Kekuatan gabungan Pakatakan Rakyat
3-Adakah PR berjaya menawan Parlimen Malaysia dalam PEMILU ke 13
4-Kembalinya sokongan rakyat Terengganu kepada PAS, dan menjayakan usaha menawan kembali Terengganu.
5-Kesepaduan UMNO Terengganu khasnya.
6-Survival golongan yang di gelar Erdogan di dalam PAS.


Begitulah besarnya erti PRK KT P036 ini, benar seperti yang di perkatakan oleh Presiden bahwa pilihanraya ini walaupun ianya kecil akan tetapi amat besar ertinya, PRK KT P036 ini sebenarnya membetulkan (Correction) terhadap pilihanraya umum Mac 2008, apabila PAS memenangi 3 dari empat kerusi dun tetapi kalah di kerusi Parlimen, sesuatu yang amat tidak munasabah walaupun ianya telah berlaku, di samping itu juga banyaknya undi yang di perolehi oleh calon bebas dalam pilihanraya umum, juga menggambarkan sesuatu yang tidak munasabah.

Jadi bila Allah mentaqdirkan berlakunya PRK KT P036 ini ianya seakan membetulkan kembali keputusan Pemilu ke 12 Mac lalu, dengan majoriti yang amat munasabah, bukan bermakna Mohamad Sabu tidak layak atau mempunyai pengaruh, Abg Mad adalah calon yang di persetujui oleh pimpinan dan jentera akan tetapi kurang di persetujui oleh pengundi maka jadilah keputusan luar biasa Mac 2008, Begitu juga dengan Tok Maimun..hanya berkempen menggunakan basikal tanpa ada sehelai pun poster atau siaran, tanpa ada satu pun majlis penerangan akan tetapi memperolehi undi lebih dari 600 undi, manakalan Azharuddin Adam, dapat juga di lihat posternya, dapat juga di lihat bilik gerakannya, dapat juga di lihat wibawanya jika di bandingkan dengan Tok Mun, tetapi beliau hanya mendapat undi 100 lebih, jauh bezanya dari Tok Mun, adakah ini bermakna pengaruh Tok Mun lebih kuat dan hebat? Bagi saya tidak, bahkan keputusan Mac 2008 itu adalah keputusan yang ‘tidak betul’ dan telah di ubah oleh Allah dalam PRK KT P036 17 Januari lalu, dengan pembetulan ini maka ianya memberi ingatan kepada UMNO Terengganu bahawa sekarang ini telah lahir satu lagi kubu kuat PAS, selepas Marang kini Kuala Terengganu, manakala bagi PAS pula, ini adalah tugas mereka untuk memperkuatkan lagi PAS Kuala Terengganu.

Berbalik kepada penanda aras yang nyatakan di atas, berkaitan dengan Najib sebagai pengganti Pak Lah, sebagai Presiden UMNO, nampaknya Pak Lah sudah tidak ada peluang lagi kerana Najib sudah menang tanpa bertanding dan tidak ada satu pun yang mencadangkan Pak Lah sebagai calon Presiden UMNO, bagaimana pula dengan Perdana Menteri? Pak Lah masih lagi mempunyai ruang untuk tidak memberikannya kepada Najib, lebih-lebih lagi Najib gagal dalam 2 pilihanraya kecil, Permatang pauh dan yang lebih mengaibkan kekalah di PRK KT P036, yang memberikan gambaran adakah kepimpinan Najib di taati atau tidak.

Lebih-lebih lagi dalam masa sehari dua ni, kita melihat banyak tangkapan terhadap pimpinan pertengahan UMNO di lakukan akibat rasuah, adakah ini usaha Pak Lah untuk menafikan pencalonan yang di berikan oleh bahagian-bahagian kepada Najib. Begitu juga dengan kenyataan Inspektor Azilah di dalam Mahkamah yang menyatakan bahawa beliau tidak ada motif untuk membunuh Altantunya, persoalannya ialah siapa yang ada motif? Yang ada hubungan dengan Altantunya? Setakat yang diketahui dan di perkatakan oleh umum hanya 2 orang sahaja yang di kenal pasti ada hubungan dengan Altantunya itu, Razak Baginda dan Bos dia Najib Razak, mungkin Pak Lah minta najib bersihkan nama dia dulu di mahkamah sebelum di serahkan jawapan PM, dan kekalahan BN yang di ketuai oleh Najib pada PRK KT P036 ini sekali lagi menurunkan graf Najib di mata ahli-ahli UMNO.

Tanda aras kedua yang ingin saya sebutkan ialah kesepaduan UMNO Terengganu, UMNO Terengganu tidak pernah sunyi dari krisis, sejak pilihanraya Umum lalu, bermula daripemilihan calon sehingga kepada perlantikan MB, sehinggakan pada hari ini paling kurang UMNO ada 2 kem, Mad Said & Hj Deris dan perang antara kedua ini tidak akan tamat dengan mudah, kekalan BN di PRK KT P036 ini di lihat sebagai kekalahan Mad Said sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, hinggakan ada yang mengkhabarkan bahawa orang-orang kuat Deris Jusoh ada yang sembelih kambing kerana meraikan kekalahan Mad Said ini

Kenyataan terbuka Ketua Wanita UMNO Terengganu (http://www.malaysiakini.com/news/96947) yang jelas menyokong Deris Jusoh dan menghina Mad Said seakan pengisytiharan terbuka perang antara Mad Said dan Deris Jusoh, kita tidak mengharapkan apa-apa dari perang ini, apa yang kita mahukan ialah rakyat mula sedar dan faham peranan serta sumbangan yang telah di curahkan oleh PAS semasa kerajaan dan diluar Kerajaan.

Manakala ulasan terhadap perkara-perkara lain saya serahkan kepada pertimbangan pembaca untuk membuat penilaian sebenar berdasarkan kepada pengamatan yang di lakukan..semoga Allah menjaga jemaah Islam yang sebenar.

20 Januari 2009

Koleksi malam Pengistiharan kemenangan- malaysiakini


Suasana mendebarkan di Pusat Tarbiyah Kuala Ibai tanpa mengira bangsa
Di Saat Pengumuman Keputusan rasmi

Terus Di Kerumuni Oleh Ratusan Wartawan Dalam Dan Luar Negara

Terlalu ramai wartawan, terpaksa Pihak Polis membantu UNIT Amal & Keselamatan PAS membuat kawalan terhadap Yb Hj Wahid dan Semua pimpinan PAS

Suasana Semasa Sidang Media di Lobi Stadium Negeri

Isteri Kepada YB Hj Mohd Abdul Wahid Endut,
Juga tidak terlepas dari buruan wartawan


Tim Pengarah JK Induk PRK P036, Dato' Mustafa Ali, Juga Menjadi Tumpuan, Turut Kelihatan Hj Abd Halim Tausah

Setelah selesai semua di dalam Stadium...MP KT & Pimpinan PAS bergerak menuju kepada Penyokong dan pendokong

Dengan Diiringi oleh Laung Takbir, dan Tahlil serta linangan airmata yang tidak putus-putus, Hj Wahid Di angkat di hadapan Ribuan Penyokong di Luar Stadium


'Paste'kan ke Blog Anda Tanda Sokongan

Koleksi Ayahanda