13 Februari 2009

Mangkuk Hayun ni tak faham-faham ke??!!- Malaysiakini


Berita harian 14 Febuari 2009 muka surat 18
Nak dikatan bodoh..orang yang bercakap tu ada pangkat Dato', nak kata cerdik sudah dibaca 3 kali berulang kali, kebodohan jugak yang terserlah, Walaubagaimana pun itu la UMNO...

UMNO ni selama-lamanya akan menganggap bahawa harta rakyat ni ialah harta mak bapak dia, dan dia boleh buat apa sahaja, jika cadangan UMNO Pulau Pinang di terima oleh kerajaan kita nak tengok SPRM bertindak atau tidak.. wang kerajaan adalah wang rakyat..jangan pulak UMNO perasan bahawa hanya mereka sahaja yang pandai buat pembangunan, sedangkan telah tersohor di serata alam bahaya peratusan yang di gunakan untuk kepentingan rakyat hanyalah sedikit jika hendak di bandingkan dengan apa yang bahagikan oleh mereka bermula dari pengerusi JKK, ketua cawangan, ketua bahagian, bahkan yang tukang bawak cek pun minta, jangan di kira lagi dengan dok nganga di tepi-tepi jalan.

Berita ini sepatutnya boleh menjadi kesedaran kepada RAKYAT bahawa mentiliti UMNO masih macam dulu tiada perubahan punya.... HOI UMNO kalau kau gagah, hebat, cari sendiri duit bukan ambik duit orang PR yang jugak bayar cukai untuk program UMNO...muka tak malu

12 Februari 2009

Pilihanraya Kecil Serentak-Malaysiakini



Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan diadakan serentak iaitu pada 7 April depan.

Tarikh penamaan calon pula telah ditetapkan pada 29 Mac.

Perkara itu diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di ibu pejabatnya di sini, hari ini.

Pilihan raya kecil bagi kawasan itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Roslan Shaharum daripada PAS akibat serangan jantung, selepas terjatuh daripada basikal yang dinaikinya ketika dalam perjalanan ke farmasi berdekatan Batu Gajah, Perak Isnin lalu.

11 Februari 2009

Penjelasan Kami- Malaysiakini



KAMI bukan penderhaka. Kami sama sekali tidak berniat untuk menentang Raja. Kami sekadar berpendapat bahawa keputusan yang diambil Raja di Perak tidak bertepatan mengikut lunas undang-undang.

Kami berbeza, kerana kami berpendapat bahawa jalan terbaik untuk membentuk sesebuah kerajaan, ialah melalui pilihan raya, bukan dengan cara membeli dan mengumpan wakil rakyat.


Adalah tidak adil sesebuah kerajaan dibentuk, bukan dengan mandat rakyat, tetapi dengan mandat rasuah, sama ada dalam bentuk wang, jawatan atau penarikan balik kes-kes jenayah yang sedang dihadapkan ke mahkamah.

Kami berbeza dengan Raja kerana kami berpendapat, jalan terbaik untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak, ialah dengan memulangkan mandat semula, kepada rakyat melalui pilihan raya umum negeri.

Kami hanya meminta, jika pun hendak dijatuhkan sesebuah kerajaan negeri, biarlah dengan cara yang demokratik, iaitu dengan membuat undi tidak percaya dalam sidang Dewan Undangan Negeri.

Bukan dengan menyuruh Menteri Besar atau anggota Exco meletakkan jawatan atas alasan parti yang memerintah sudah kehilangan majoriti di dewan.

Inilah pendapat dan pendirian pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, yang dipilih secara adil dan demokratik dalam Pilihan Raya Umum ke 12, 8 Mac 2008 lepas.

Pakatan Rakyat bukan sebuah entiti yang kecil. Ia adalah suatu 'force' yang didukung oleh jutaan rakyat Malaysia, terdiri daripada berbilang bangsa dan agama.

Kuasa rakyat ini adalah suatu kuasa yang besar, membentuk sebilangan kumpulan yang besar, sehingga berjaya menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional di Parlimen.

Bilangan yang besar ini dibuktikan dengan, menempatkan suara mereka sebanyak 82 kerusi Parlimen dan beratus-ratus kerusi Dewan Undangan Negeri.

Suara rakyat yang besar ini juga mewakili negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Derhaka Umno Terengganu bukan PAS Perak

Justeru dalam menghadapi krisis di Perak, Menteri Besar, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tidak keseorangan.

Penyingkiran kerajaan negeri di bawah kepimpinan beliau, tidak dipersetujui banyak pihak dalam negara, yang tidak gembira dengan keputusan Raja.

Pakatan Rakyat tidak bersetuju dengan keputusan Raja, manakala, Umno sudah tentu menyokong, kerana mereka mendapat kembali kerajaan negeri dengan cara yang amat mudah.

Apa pun tuduhan yang dilemparkan kepada pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat, salahkah rakyat punyai pandangan berbeza dengan Raja?

Jika peristiwa di Perak menyebabkan kebanyakan rakyat mempunyai persepsi bahawa Raja membuat kesilapan, apakah kewujudan persepsi ini menyalahi undang-undang?

Jalan mudah untuk media pengampu BN menjerat Nizar ialah dengan, menuduhnya menderhaka kepada Tuanku.

Namun Umno/BN jangan lupa, 'sederhaka' manapun Nizar, jika ia berlaku, jauh lebih bersopan dari sekumpulan pemimpin Umno Terengganu yang 'membinatangkan' Raja, dalam demonstrasi di Istana Terengganu, Mac 2008 yang lalu!

Sultan Terengganu dihina dan dilemparkan dengan kata-kata nista oleh orang-orang Umno, kerana mereka mahukan Dato' Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar.

Orang-orang PAS, KeADILan dan DAP di Perak, tidak pernah sama sekali mencera Sultan Perak, sebagaimana dilakukan orang-orang Umno di Terengganu.

Soal derhaka tidak timbul sama sekali. Jika ada pihak yang menghasut Raja di Perak, baginda harus mengetahui, memahami dan membuat pertimbangan sewajarnya, jika baginda mahu menjatuhkan hukuman derhaka kepada Nizar.

Kes di Terengganu menunjukkan bahawa yang paling derhaka ialah Umno. Bukan PAS! Umno sanggup buat demo dan membawa kain pemidang yang jelas 'membinatangkan' Raja!

Bukankah tindakan pemimpin Umno itu suatu tindakan derhaka? Mana penderhaka itu semua? Mengapa mereka dibebaskan tanpa tindakan?

Apakah mereka boleh derhaka dan menyanggah Raja sesuka hati kerana mereka Umno? Apakah kerana Umno 'dilahirkan' di Istana Johor pada 11 Mei 1946, maka segala tindakan mereka terhadap Raja, semuanya boleh 'dipejamkan' begitu sahaja?

Apakah kerana Umno terlalu sinonim dengan Raja, maka Raja harus dilihat memihak kepada Umno?

Harus diingat, berlaku dalam sejarah politik negara, yang 'memaki hamun' Raja dan melucutkan hak kekebalan Raja pada tahun 1993, ialah orang-orang dan pemimpin Umno.

Umno yang mewujudkan mahkamah untuk membicarakan perilaku Raja.

Kalau boleh 'diflashback' atau dimainkan kembali pita siaran televisyen dan akhbar ketika itu, nescaya seluruh rakyat Malaysia akan memahami betapa hinanya Raja di mata Umno.

Siapa yang tampil membela Raja ketika itu? Tanyalah Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah. Yang membela Raja ketika itu ialah PAS dan Semangat 46.

Nizar bukan Hang Jebat

Dalam kes Perak, Nizar tidak menderhaka. Nizar bukannya Hang Jebat. Nizar pun tidak mahu menjadi Hang Jebat, seperti hikayat Melayu purba.

Hulubalang Hang Jebat 'mengamuk' kerana membela sahabatnya, Laksamana Hang Tuah yang menjadi mangsa fitnah. Di Perak, Nizar adalah mangsa ketidakadilan.

Menurut sejarah tragedi purba kala tersebut berlaku, akibat ketidakadilan titah Sultan Mansur Shah yang dinasihatkan secara salah oleh memanda pembesar istana di sekeliling baginda, yang mempunyai kepentingan tertentu.

Lantaran fitnah tersebut, lalu dititahkan agar Hang Tuah dibunuh.Hikayat lagenda difilemkan dengan lakonan Tan Sri P Ramlee dan ditayangkan berulang kali dikaca televisyen.

Secara moralnya, rakyat boleh mempelajari daripada ceritera-ceritera ini, berlaku dalam sejarah, ada kalanya orang-orang istana sama ada Raja, Bendahara atau sebagainya, membuat keputusan yang silap.

Sehingga wujud dalam seloka Melayu ungkapan 'Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah.'

Dalam kes Perak Nizar tidak keseorangan. Di belakangnya ada berjuta-juta rakyat Malaysia yang menyokong Pakatan Rakyat, amat kecewa dengan keputusan yang diambil Sultan Perak.

Rakyat dari kalangan rakyat berbilang kaum menyokong pendirian diambil Nizar, untuk tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar.

Bilangan rakyat yang marah dan kecewa dengan 'rampasan kuasa' di Perak bukannya sedikit.

Sehingga ada yang menzahirkan secara terbuka kritikan terhadap Raja. Sekaligus kritikan-kritikan tersebut jika dipaparkan, hanya akan menjejaskan kredibiliti dan integriti Raja.

Akibat daripada persepsi ketidakadilan yang berlaku di Perak, ianya telah mewujudkan pemahaman bahawa 'credibility Malay Rulers at stake', apabila mereka dianggap berpihak kepada Umno.

Raja-Raja Melayu seharusnya 'above political party' dan mengelak wujudnya persepsi di kalangan rakyat bahawa mereka pro atau menjadi alat Umno-BN. Hanya dengan cara sahaja itu kredibiliti dan integriti Raja dapat dipulihkan.

Jalan terbaik untuk memulihkan keadaan di Perak ialah dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri dan diadakan pilihan raya negeri semula.

Nescaya rakyat akan menerima keputusan pilihan raya dengan baik walau mana-mana pihak yang menang sekalipun, asalkan ianya dijalankan secara adil dan demokratik.

09 Februari 2009

DAULAT TUANKU...TANGKAP PENDERHAKA- Malaysiakini


1) Zahid Hamidi cakap orang yang datang untuk buat bantahan pada jumaat yang lepas adalah orang-orang dari luar Perak...ni Khairy ni orang Perak dari Daerah mana?..ni kalau takat 5,00 orang (biasalah akhar-akgbar ni..kalau 500 cakap 5,000) boleh di katakan mewakili rakyat Perak ke..malam kelmarin di Kediaman rami MB Perak tak ramai takat 30,000 orang je!!.


2) Bagaimana pulak dengan yang ni


Annuar Musa & UMNO Kelantan Tabal Tg Ibrahim sebagai Sultan Kelantan siap dengan laungan 'Daulat Tuanku', bagaiamana dengan siasatan? dah buat tangkapan ke...

2) Kemudian Pulak dengan yang ini?

Idris Jusoh & UMNO Terengganu telah memanggil Al Wathiqulbillah Sultan Mizan Zainal Abidin sebagai 'Natang' (Binatang), samapi sekarang isu ini senyap dan di senyapkan

3) Untuk renungan bersama


Ringkasan sejarah UMNO vs Raja2 Melayu

1.isu pindaan Perlembagaan 1983 (kuasa meluluskan undang-undang),

Peruntukan tersebut dipinda kepada, “Rang Undang-undang akan dikuatkuasakan sebagai Undang-undang apabila ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong. Jika di atas apa-apa sebab Rang Undang-undang itu tidak ditandatangani di dalam tempoh 15 hari selepas Rang Undang-undang itu disembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Baginda dianggap telah menandatangani Rang Undang-undang tersebut dan Rang Undang-undang itu berkuatkuasa sebagai Undang-undang.”

2. Pada 1993, Umno sekali lagi mengusik institusi Raja-raja Melayu apabila mencadangkan pindaan Fasal 38 (4) Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh soal kekebalan atau imuniti raja-raja.

Benar, di dalam Islam pun tidak ada pihak yang sepatutnya dianggap kebal di sisi undang-undang. Bagaimana pun, dalam usaha mencapai hasrat pindaan itu, Umno telah melakukan kesilapan lagi, ia bertindak terlalu biadab dalam menelanjangi dan mengaibkan Raja-raja Melayu.

3. Media massa milik kerajaan dimanipulasi secukupnya bagi meruntuhkan wibawa raja-raja Melayu secara terbuka dan meluas.

Cerita memburuk-burukkan peribadi raja diulangsiar dan dibesar-besarkan dalam RTM, TV3,Berita Harian, Utusan Malaysia dll. Rakyat diapi-apikan sentimen dan emosi bencikan raja dengan pembongkaran kehidupan istana yang mewah dan membazir:

A. Beberapa menteri kabinet mendedahkan tentang pemilikan harta oleh raja-raja. Antaranya membabitkan pemberian konsesi balak ribuan hektar kepada raja tertentu di Pahang.

B. Sultan Johor dengan Prebet Adamnya.

C. Didedahkan juga bahawa tiap-tiap sultan telah ditawarkan 100,000 unit saham Telekom dan berbagai lagi. Yamtuan NS dengan pemilikan hartanya.

D. Filem-filem Melayu lama yang mengisahkan tentang kezaliman dan kebodohan raja-raja Melayu diulang tayang di kaca tv.

E. Sultan Kelantan dengan kisah lari cukai kereta Lambhorgini baginda.

F. Tidak cukup dengan itu, ada pemimpin Umno yang terlalu dirasuk perasaan bencikan raja sampaikan tergamak mengadakan majlis pertabalan “Sultan Baru” di negerinya. Kejadian itu berlaku di Kelantan, apabila Datuk Seri Annuar Musa “menabalkan” Tengku Ibrahim Petra sebagai “Sultan Kelantan”.

G. Tahun 2008 peristiwa Datuk Seri Shahidan Kassim lawan Raja Perlis serta Datuk Seri Idris Jusoh 'natang sultang' lawan Sultan Terengganu.

Untuk UMNO kita guna perkataan 'lawan' sementara PR guna perkataan 'derhaka'.piiiraah...kelakar betul umno.

Kini, Umno cuba tampil ke tengah masyarakat sebagai pihak yang kononnya menjaga kedaulatan dan kemuliaan raja-raja. Di masa sama pembangkang pula dituduh sebagai pihak yang cuba mencemar institusi raja.

Para pemimpin Umno jangan ingat imej dan reputasi buruknya terhadap raja-raja Melayu dapat dibaiki semudah itu. Dia perlu ingat, bukan semua Melayu yang mudah lupa!


SEKARANG JELAS SIAPA SEBENARNYA PENDERHAKA?!!

Sah Arumugam letak jawatan Adun-Malaysiakini

9 Feb (Hrkh) - Terkini jam 9.10 malam tadi, V arumugam telah meletakkan jawatan Adun Bukit Selambau setelah dimaklumkan meletakkan jawatan sebagai Exco Kedah petang tadi.


Demikian dilaporkan wartawan Harakah Kedah Izwan Abdul Halim kepada Harakahdaily yang kini berada di sidang media Menteri Besar Kedah Dato' Seri Azizan Abdul Razak yang memaklumkan isu tersebut.

Beliau dipercayai melakukan demikian akibat tekanan dan tuduhan yang diterima oleh beliau dan keluarganya yang dikaitkan dengan skandal moral.- azm

08 Februari 2009

Dato' Seri Nizar & Tan Sri Hj Mohd Ghazali Jawi kedua-duanya bukan penderhaka-Malaysiakini










Berikut adalah rentetan krisis yang berlaku antara Tan Sri Mohd Ghazali Jawi (ayah Tajol Rosli dengan Sultan Idris Shah) sila rujuk di sini

Negeri Perak telah diselubungi krisis politik antara UMNO dengan Sultan Idris Shah kerana Baginda telah tidak berkenan mekantik Haji Mohd. Ghazali (terkenal dengan nama: Haji Ghazali Jawi-mp) yang dikemukakan oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak untuk memegang jawatan Menteri Besar Perak bagi kali yang kedua. Kerana Sultan tidak berkenan melantik Haji Mohd. Ghazali Jawi yang telah menang dalam pilihan raya Dewan Negeri pada bulan Ogos. Perlantikan itu tertangguh hingga pada 5 September 1974.
DEWAN SANATE

Setelah tamat perkhidamatan di Masir, Haji Mohd. Ghazali Jawi telah pulang ke tanah air dan dilantik sebagai ahli Dewan Sanat - senator. Dia telah memegang jawatan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Setiausaha Agung UMNO.

Pada pilihan raya 1964 beliau telah menang merebut kerusi Dewan Rakyat (Kuala Kangsar) dan dilantik memegan jawatan Menteri Tanah dan Galian. Kemudian dia memegang jawatan Menteri Pertanian dan Perikanan.

Sultan Idris Shah telah tidak berkenan melantih Haji Ghazali Jawi sebagasi Menteri Besar Perak kerana pada masa dia memengang jawan Menteri Besar pertama, pada tahun 1960 dia telah ditangkap oleh polis atas tuduhan melakukan rasuah.

ARAB BERSATU

Kes Haji Ghazali itu digantung dengan kehendak Perdana Menteri. Dia telah dihantar ke Republik Arab Bersatu.Pada masa itu Sultan Idris shah masih Raja Di hilir Perak.

UMNO Negeri Perak telah menjadi dua golongan. Satu golongan di sebelah bekas Menteri Besar, Haji Kamaruddin dan memihak kepada Sultan Perak. Manakala pihak yang lkain memihak kepada Haji Ghazali Jawi dan menentang Sultan Perak.

Kalangan UMNO yang menyebelahi Haji Kamaruddin Haji Mat isa, di antaranya anggota-anggota Pemuda UMNO negeri, Abu Bakar Ashaari dan Abdullah Haji Mohamad.

MENJADI PERUNDING

Mereka disebelah Haji Ghazali Jawi terdiri dari ahli-ahi Dewan Negeri Perak, di antaranya, Hisan Ibrahim, Shafie Mat Saman, Masu’ud bin Untoi dan Ismail Abdul Rauf, Dato’ Abdul Malik Ahmad, Dato’ Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh,

Perdana Menteri, Tun Abdul Razak yang mahu krisis antara UMNO dengan Sultan Perak itu mencapai penyelesaian segera, Allahyarham telah menggunakan Ishak Tadin menjadi ‘perunding’ antara Saultan Idris dengan Haji Ghazali Jawi.

Ishak Tadin telah menggunakan kebijaksanaan dan diplomasinya memujuk Sultan Idris Shah. Pada satu malam beliau telah kepada Baginda, bahawa Perdana Menteri, Tun Abdul Razak memohon Baginda melantik Haji Ghazali Jawi ke jawatan Menteri Besar dengan bersyarat, iaitu untuk selama dua tahun sahaja.Kemudian Baginda boleh melantik ahli Dewan Undangan Negeri yang lain sebagai Menteri Besar Perak.

MENGANGKAT SUMPAH

Sultan Idris yang yakin akan kejujuran Ishak Tadin sebagai pegawai tinggi kerajaan negeri, telah bersetuju dengan syarat itu dan baginda berkenan melantik Haji Ghazali Jawi untuk memegng jawatan Menteri Besar Perak.

Pada 4 September 1974, Haji Ghazali Jawi telah mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar, di hadapan Sultan Idris Shah, dalam Balai Rong, Istanah Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Dua hari kemudian, Sultan Idris Shah telah memanggil saya mengadap Baginda, di Istana Tambon, Ipoh. Dalam pertemuan saya dengan Baginda itu, saya telah memaklumkan kepada Baginda, bahawa dalam Perlembagaan negeri Perak tidak termaktub yang Sultan boleh melantik seseorang menjadi Menteri Besar selama dua tahun.

PARTI POLITIK

“ Kalau Tuanku melantik seseorang ahli Dewan Negeri Perak menjdi Menteri Besar, maka jawatan itu kekal kepada orang itu sehingga pilihan raya umum akan datang, iaitu kira-kira empat atau lima tahun,”kata saya kepada Baginda.

Saya melihat wajah baginda membayangkan perasaan sesal baginda melantik Haji Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar Perak.

Kemudian saya memohon Baginda bersabar kerana untuk mengelakkan dari berlaku krisis antara parti politik yang memerintah dengan Istana. Baginda telah setuju.

MENYIMPAN JANGGUT

Setelah cukup tempoh dua tahun Haji Ghazali Jawi memegang jawatan Menteri Besar, dia tidak mengundurkan diri dari kerusinya. Sultan Idris Shah telah menimbulkan perkara itu dalam beberapa deri titah Baginda kepada orang ramai.

Haji Ghazali Jawi dan beberapa orang anggota UMNO Perak telah menyamnggah titah sultan Idris Shah dengan berkata, “Tidak ada dalam perlembagaan Negeri Perak Sultan melantik seorang ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar selama dua tahun.”

Semenjak itu krisis antara UMNO dengan Sultan Idris Shah berlarutan, sehingga tahun 1977. Sultan Idris telah mengadakan nazar di Pulau Pangkor, iaitu selagi Haji Ghazali Jawi tidak meletakkan jawatannya, Baginda akan terus menyimpan janggut, jambang dan misai dan tidak akan menanda tangani sebarang surat Majlis mesyurat Kerajaan (EXCO) Negeri Perak.

BURUK SANGKA

Selama kira-kira dua tahun Sultan Idris Shah tidak bekerjasama dengan Menteri Besar dan tidak memperkenankan sebarang keputusan mesyuarat Exco Negeri Perak. Banyak rancangan kerajaan, terutama berhubungan dengan kelulusan dan pembangunan tanah menjadi tergendala.

Haji Ghazali Jawi terpaksa meninggalkan jawatannya kerana diberhentikan oleh Presiden UMNO – BN dan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada tahun 1977. Sultan Idris shah kemudiannya telah melantik Datok Sri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, ahli Dewan Negeri (erunding dengan pihak ibu pejabat polis, di Kuala Lumpur mengenai kes tersebut. Kes itu telah diganntung atau dimansuhkan.Akhirnya Haji Ghazali Jawi telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak. Beliau lantik sebagai duta Persekutuan Tanah Melayu ke Republik Arab Bersatu, Masir.

Pesanan Akhir MP Bukit Gantang- Malaysiakini



Rakyat Perak diharap tidak melupakan UMNO/BN yang membuat kerajaan rakyat Perak mempunyai Kerajaan Haram,kerajaan rampasan kuasa.Pemimpin BN cuba mengalih isu kerajaan haram dengan melaga-laga Dato' Seri Nizar dengan Sultan.Media tajaan UMNO memanipulasikan bahasa istana yang digunakan rakyat sewaktu mengadap Baginda Sultan . Contohnya perkatan Sembah Derhaka,digunakan oleh MB Pakatan Hj Nizar adalah untuk tidak bersetuju dengan pandangan DYMM Sultan,bukannya ingin menjadi penderhaka.
UMNO /BN yang bersalah menubuhkan kerajaan haram ,cuba menggalakkan rakyat memberontak ke atas DYMM Sultan Perak."Kita jangan terperangkap dengan rancangan jahat UMNO" tegas Hj Roslan sewaktu ditemui di rumah ibunya.
"Begitu juga kita tidak memusuhi anggota keselamatan jikalau kita memerintah Malaysia mereka juga berkhidmat dengan kerajaan rakyat" ujar Hj Roslan.
Dalam pada itu Hj Roslan juga berharap semua Ketua Kampung pilihan rakyat terus berkhidmat kerana kontrak perkhidmatan sehingga 2010."Tuan-tuan perlu memikirkan rakyat",tambah Hj Roslan.
"Kemudahan saya sebagai Pengerusi Yayasan Perak telah ditarik,kereta Pengerusi Yayasan telah diambil,sedangkan saya mempunyai tempoh sebagai Pengerusi Yayasan Perak selama dua tahun" terang Hj Roslan lagi .
Menurut Hj Roslan semua dermasiswa dan bantuan pendidikan untuk rakyat Perak telah dibekukan. Bagi Hj Roslan beliau akan terus memasuki pejabat seperti biasa.
Sementara itu PAS Kawasan terus bermunajat kehadrat ALLAH swt memohon memberi pengajaran yang besar kepada Osman Jailu. Pada malam ini 8 Februari 2009,pukul 8.30 malam di Pusat Tarbiyyah Kawasan Bukit Gantang,Bukit Cempedak.

Ulasan
Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya.....amin...Al Fathihah

Pembetulan Berita Minggu 08 Feb 2009- Malaysiakini





Muka Gadapan Berita minggu kelmarin yang cuba untuk menggambarkan bagaimana 'derhaka'nya PR...UMNO sudah lupa ke apa yang Idris Jusoh dan UMNO Terengganu buat, cuma yang bezanya sekarang ialah PR hanya ingin menegakkan keadilan berasaskan Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan mengembalikan Hak Rakyat Perak dalam menentukan parti mana yang layak memerintah, manakala Idris Jusoh di Terengganu kerana ingin melebarkan empayar kekayaan yang di bina diatas titik peluh dan hasil mahsul negeri


'Paste'kan ke Blog Anda Tanda Sokongan

Koleksi Ayahanda