19 Jun 2009

Hikmah di Sebalik 'Kepanasan'

Minggu kepanasan mungkin semakin reda sekarang, kita mengharapkan agar pimpinan yang nampak ‘berselisih’ sudah mula menuju ke bilik perbincangan…khabarnya dalam masa sehari dua ini Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul Am akan ada perbincangan di Rumah Kelantan di Kuala Lumpur, apa yang kita harapkan ialah kepanasan dan kepongohan yang berlaku minggu lagi akan di sejukkan dengan Musyawarah, Tasamuh dan berlapang dada di semua pihak.

Kepanasan minggu lalu menyebabkan setengah daripada kita rasa kurang selesa untuk minum air di kedai kopi..tidak selesa untuk membincangkan perkara yang masih lagi samar-samar, yang masih lagi satu idea, yang masih lagi ada dalam pemikiran presiden, yang masih lagi belum di bincangkan di peringkat Majlis Syura, Ajk PAS Pusat atau di mana-mana forum di semua peringkat PAS, ini telah jelas di pertegaskan oleh Presiden bahawa ia adalah idea….Cumanya ada orang marah apabila Presiden berkarya, mengemukakan idea, ada orang marah apabila Presiden mengemukakan pandangan umum…mungkin selepas ini Presiden sudah tidak boleh lagi kemukakan idea…sebab kalau Presiden kemukakan idea..pastinya idea presiden itu idea yan tidak ikhlas, idea yang nak jual PAS, idea yang kemaruk kepada UMNO, idea nak bertenggek dengan UMNO…kan!! Kan!!. Sebab kalau Presiden jumpa UMNO maka Presiden nak jual UMNO, sama juga Timbalan Presiden…kalau jumpa UMNO maknanya nak bertenggek dengan UMNO…. Kalau orang lain yang jumpa UMNO….ooooo itu dakwah, itu hikmah, itu bijaksana, itu keramat. Kalau Anwar jumpa UMNO…lagi hebat……seolah-olah BN nak jatuh esok lusa dah.
Bukan nak dengki atau nak iri hati, tapi sedih double-standard yang wujud dalam jemaah sendiri, walau bagaimanapun bukan itu fokus utama tulisan saya kali ini, fokus utama tulisan hari ini bukan nak bincang betul atau salah UG, itu merupakan ijtihad..kalau salah 1 pahala kalau betul 2 pahala, fokus hari ini ialah hikmah di sebalik peristiwa ini, bermula dari Muktamar….yang pada awal tiada apa-apa yang hangat…sehinggalah wakil Shah Alam yang bangkit kat soal ini dalam perbahasan usul yang tidak kena mengena dengannya… dan seterusnya memancing soalan wartawan dalam PC selepas muktamar, dan malam tersebut terus hangat dengan komen oleh Mursyidul Am dalam ceramah umum. Dirancang atau tidak tiada siapa yang tahu… namun bagi saya peristiwa ini memberikan seribu makna dan seribu pengamatan yang serius. Bagi saya peristiwa ini bertujuan untuk menapis mereka-mereka yang ikhlas berjuang dalam jemaah ini dan mereka yang tidak ikhlas..TGNA, TGHH, Timbalan Presiden di lihat sebagai 3 watak utama dalam peristiwa ini, mungkin di sana terdapat beberapa salah faham di antara kedua-dua pihak tetapi saya yakin sebagaimana yang lepas-lepas salah faham ini akan dapat di selesaikan dengan mudah…tapi kali ini amat sukar sekali untuk di selesaikan sehinggakan timbul adegan halau menghalau daripada PAS.
Saya kali ini tidak mahu memfokuskan kepada 3 watak utama ini, apa yang saya ingin fokuskan ialah mereka di belakang tabir yang tidak mahu kepanasan ini menjadi sejuk, akan tetapi mereka mahukan kepanasan ini terus memanas, membara dan membakar jemaah ini. Pada awalnya golongan ini sukar untuk di lihat kerana kepandaian mereka bersembunyi sebagaimana mereka pandai bersembunyi semasa mereka di kampus-kampus dahulu.
Ketika kepanasan isu ini memuncak ada beberapa tindakan yang di lakukan oleh beberapa individu-individu dan kumpulan-kumpulan yang seoalh-olah tidak mahu perkara ini menjadi sejuk bahkan terus menambah bahan bakar dan petrol supaya ianya terus membakar….seakan-akan mahu melihat PAS ini hangusn menjadi abu.
1) Penyataan 10 orang MP PAS (kebanyakan mereka JIM/IRC/Alami..yang telah lama berusaha untuk hancurkan PAS sejak dari kampus lagi) di Parlimen yang berdiri teguh di belakang TGNA…sila klik di sini
2) Taklimat yang di berikan YB Wan Rahim semasa melancarkan Jentera Pilihanraya Manik Urai yang menyatakan bahawa Kelantan tidak memerlukan Kuala Lumpur (PAS Pusat) dalam menghadapi PRK Manik urai..ucapan terbuka.
3) Kenyataan daripada Jabatan Pilihanraya PAS Kelantan berkaitan dengan gambar poster Presiden..sila klik di sini
4) Peranan blogger-blogger yang mendakwa mereka sebagai pendokong jemaah Islam, pendokong PR tetapi ketika mana PAS sedang di timpa musibah ini mereka bukan cuba untuk meredakan keadaan akan tetapi terus mahu meniupkan apa permusuhan dan kebencian di dalam jamaah, mungkin mereka menyangka hujjah-hujjah mereka ini tidak boleh di balas, mereka merasakan bahawa pekung mereka tidak boleh di dedahkan, atau mungkin mereka tidak sedar bahawa merekalah sebenarnya yang sedang membuka pekung sendiri
a. http://pinkturtle2.wordpress.com/2009/06/20/21744/ -menyiarkan gambar-gambar yang kita tidak tahu siapa yang tulis, entahkan saraf UMNO atau siapa sahaja, kalau semasa pilihanraya para petugas di minta supaya membuang kain-kain rentang sebegini kerana tidak ada yang bertanggungjawab….tapi sayang sekali blog ini dengan bangga menyiarkannya..dan untuk mendedahkan lagi pekungnya..disiarkan gambar yang sama Cuma satu gambar dari jarak jauh satu dari jarak dekat bertujuan untuk memberitahu banyaknya kain tu sedangkan itu adalah benda yang sama….apa tujuannya ??? apa untungnya pada PAS???...contoh gambar di Simpang 3 Balai Polis Tawang menuju ke Pantai Senok (Dekat Rumah YB Tawang Hasssan Mahmod) sama dengan gambar di Simpang 3 Tawang, gambar di Simpang 4 Beris Kubur Besar sama dengan gambar Pasar Beris Kubur Besar, Jadi apa maksud dan tujuannya
b. http://saynotomunafiqeen.blogspot.com – cuba baca seranahan yang di buat kepada pimpinan….nak sejukkan keadaan ke?
c. http://www.malaysiawaves.com/2009/06/kalau-tindakan-tgna-salah-hadapkan.html - Apa tujuan posting ni dibuat? Nak kaitkan Ust Azizan ke pulak?
d. http://manjongmari.blogspot.com/ - Apa maksud blog ini letakkan poster permintaan ahli-ahli, ahli-ahli mana? Ahli-ahli telah bersuara dalam muktmar baru ni. Adakah bertujuan untuk sejukkan keadaan?
e. http://mimpi-senja.blogspot.com/2009/06/pas-diterima-ramai-kerana-tgna-bukan.html - apa maksud posting ini? Sedang cuba menafikan kuasa Allah ke? Apakah ini budaya PAS yang cuba di wujudkan?
f. http://greenboc.blogspot.com/2009/06/pas-umno-orang-bachok-dah-marah.html - sama dengan (a)
g. http://perisik-rakyat.com/2009/06/banner-protes-nasha-di-seluruh-bachok.html - sama dengan (a) dan (f)
h.Dalam Menghadapi PRK Manik Urai..kita mahu memahami maksud tindakan JPN Kelantan yang mengenepikan Presiden dari jadual ceramah-ceramah Mega di Manik Urai, adakah ini tindakan yang boleh menyejukkan keadaan atau tindakan yang mahu mempamerkan perpecahan dalaman PAS, klik disini untuk jadual ceramah.
hinggakan di Malam Pengisytiharan Calun pun Presiden mahu di ketepikan...ini apa cerita ni???
Adakah ini menunjukkan sikap sebagai ahli jemaah Islam, dalam keadaan di cuba, dalam keadaan kepanasan ini, mereka-mereka ini sedang menambahkan suhu kepanasan, kita sekarang ini bukan berbicara tentang indiviu-individu yang ada dalam jemaah, individu-individu ini boleh pergi dan juga datang.
Kesimpulannya saya merasakan hikmah terjadinya peristiwa ini kerana Allah mahu membuka pekung-pekung sesiapa yang sebenarnya mahukan keteguhan jemaah dan siapakah yang mahu melihat jemaah berterusan dalam kepanasan yang tidak berkesudahan. Jika sekiranya ada orang di belakang blog-blog yang ada ini kita minta supaya mereka jangan lagi mengamalkan politik pecah perintah ini, cuba memecahkan antara Pimpinan-Pimpinan Teritnggi PAS bagi menjamin kedudukan mereka dalam keadan selesa dan bertepuk tangan serta menyisihkan diri apabila melihat ada pertelingkahan…meniup api perselisihan apabila melihat kepanasan sudah hampir reda.

16 Jun 2009

Forum Kerajaan Perpaduan: Kemukakan Pandangan Anda

SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI PERBINCANGAN TENTANG KERAJAAN PERPADUAN BOLEHLAH MENGHANTAR PANDANGAN SAUDARA KEPADA aku907@yahoo.com.my
WALAUBAGAIMANAPUN ULASAN YANG BERBENTUK SERANAH, MEMAKI, MENGHINA, MEMPERLEKEH DAN TIADA NILAI-NILAI KEILMUAN SERTA TREKELUAR DARI BATAS-BATAS JEMAAH ISLAM TIDAK AKAN DI SIARKAN



Wan Abdul Rahman Wan AB Latif ( Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPPP).
Rencana ini telah disiarkan di Harakahdaily

SEJAK Tuan Guru Presiden, Dato' Seri Abdul Hadi Awang memperkenalkan konsep kerajaan perpaduan, ia telah menimbulkan satu polemik seolah-olah terdapat perbezaan pemikiran yang serius antara Tuan Guru Presiden dan Tuan Guru Mursyidul Am, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Walhal, secara realitinya perbezaan pemikiran dan sikap dua orang Tok Guru ini adalah mainan media milik Umno/BN.


Kedua-dua Tok Guru sedar akan sepak terajang politik bikinan Umno/BN kerana kedua-duanya pernah mentadbir negeri. Kedua-dua Tuan Guru sedar bagaimana Umno/BN telah menganaktirikan Kerajaan Kelantan dan Terengganu.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedar (di awal pemerintahannya) betapa peritnya apabila Umno menghentikan bantuan subsidi input pertanian (baja) kepada para penanam padi yang menyebabkan Kerajaan Kelantan terpaksa mengeluarkan baja sendiri yang melibatkan kos jutaan ringgit.

Tuan Guru Abdul Hadi juga merasakan keperitan apabila wang royalti petroleum ditarik balik oleh Umno dan digantikan dengan wang ehsan.

Umno meyindir begitu hebat sekali seolah-olah kerajaan negeri Trengganu pimpinan Tuan Guru Abdul Hadi adalah begitu miskin sekali sampai peringkat meminta sedekah kepada Kerajaan Pusat.

Tidak mungkin kedua-dua Tok Guru lupa akan pengalaman-pengalaman pahit ini. Ini sekadar satu contoh. Banyak lagi diskriminasi yang terpaksa dilalui oleh kedua-dua Tok Guru semasa memegang jawatan Menteri Besar.

Kedua-dua Tok Guru yang warak dan begitu hampir dengan Allah senantiasa memanjangkan tangan persahabatan kepada Umno atas nama perpaduan ummah. Mereka berdua peka terhadap seruan Allah untuk ummat Islam senantiasa berpegang kepada tali Allah (iaitu Agama Islam) dan jangan berpecah-belah.

Tangan persahabatan dihulur dengan satu syarat yang amat penting iaitu perbincangan mengenai penyatuan ummah Melayu mesti menjadikan al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan terpenting. Keenggangan Umno untuk menjadikan al-Quran dan As-Sunnah sebagai rujukan asas dalam perbincangan mengenai perpaduan ummah yang menyebabkan persoalan berkaitan dengan perpaduan ummah adalah persoalan yang tiada penghujungnya.

Apabila Tuan Guru Presiden melontarkan idea kerajaan perpaduan, ia menunjukkan betapa besarnya jiwa Tuan Guru Presiden yang seolah-olah bersedia untuk memaafkan Umno di atas segala kejahatan yang dilakukan ke atas beliau.

Lontaran idea ini bukan sahaja kepada Umno tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia atas keyakinan beliau bahawa sudah tiba masanya untuk Islam (melalui PAS) memimpin perubahan dan salah satu perubahan yang dimaksudkan ialah kerajaan perpaduan. Hujah ini adalah selari dengan hujah Tuan Guru Mursyidul Am.

Tuan Guru Presiden adalah ikhlas dalam mengetengahkan idea kerajaan perpaduan. Sekiranya Umno ikhlas dalam hal ini, tindakan segera yang Umno perlu lakukan ialah jangan bertanding dalam pilihan raya kecil Manik Urai pada 14 Julai 2009 nanti.

Sekiranya Umno terus bertanding, maka Umno yang sebenarnya berpura-pura mengenai kerajaan perpaduan dan bukannya kedua-dua Tok Guru yang mereka ingin lagakan.

Takrifan dan latarbelakang sejarah

Kerajaan Perpaduan dapat didefinisikan sebagai "satu kerajaan campuran yang besar terdiri dari semua parti politik (atau semua parti politik yang penting) yang berada dalam satu Dewan Perundangan (legislature) dan biasanya dibentuk dalam masa perang atau lain-lain keadaan dharurat yang dihadapi oleh sesebuah negara."

Dari takrifan ini ia memperlihatkan bahawa kerajaan perpaduan bukanlah merupakan satu struktur politik yang kekal. Ia bersifat sementara, iaitu ia diwujudkan dalam keadaan-keadaan yang kritikal (seperti semasa perang dan krisis ekonomi yang meruncing) bagi menjamin kelangsungan negara itu sendiri.

Ini bermakna perbezaan pandangan antara parti yang memerintah dan pembangkang perlu dikesampingkan. Atas dasar inilah kerajaan perpaduan adalah sebuah kerajaan yang tidak mempunyai pembangkang.

Ia boleh menjadi satu struktur politik dan pentadbiran yang kekal sekiranya Islam dijadikan bahan rujukan dalam segala aspek pentadbiran negara, atas kesedaran bahawa Islam adalah satu sistem yang syumul dan paling sempurna yang diturunkan oleh Allah untuk manusia.

Dari segi sejarahnya, penubuhan kerajaan perpaduan bukanlah sesuatu yang baru. Ia pernah ditubuhkan di negara-negara seperti Kanada, Israel, Kenya, Lebanon, Luxembourg, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Sebagai contoh, di UK kerajaan perpaduan telah ditubuhkan semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua. Semasa Perang Dunia Pertama, kerajaan perpaduan di bawah pimpinan David Lloyd George mampu bertahan sehingga 1922.

Begitu juga semasa Zaman Kemelesetan (Great Depression) ekonomi yang menimpa dunia, sebuah kerajaan perpaduan telah ditubuhkan di UK pada tahun 1931 antara Ramsay MacDonald, Perdana Menteri dari Parti Buruh dan Parti Konservatif dan Liberal. Kerajaan ini bertahan sehingga 1945.

Terdapat juga contoh-contoh terkini penubuhan kerajaan perpaduan. Sebagai contoh, Afrika Selatan. Antara 27 April 1994 dan 3 Febuari 1997, Kerajaan Afrika Selatan telah ditadbirkan oleh sebuah perlembagaan sementara.

Fasal 88 perlembagaan sementara ini mensyaratkan mana-mana parti politik yang mempunyai 20 atau lebih kerusi dalam Dewan Perhimpunan Nasional (National Assembly) boleh menuntut satu atau lebih portfolio kabinet dan boleh bergabung dalam kerajaan yang memerintah.

Kerajaan yang ditubuh ini dikenali sebagai Kerajaan Perpaduan Nasional atau Government of National Unity (GNU). Di bawah pimpinan Presiden Nelson Mandela, GNU berkembang dan berfungsi dengan baik.

Pada pilihan raya 27 April 1994, Parti Kongres Kebangsaan Afrika (African National Congress) pimpinan Mandela telah memenangi majoriti kerusi di Dewan Perhimpunan Nasional dan boleh menubuh kerajaan tanpa bantuan parti-parti lain.

Walau bagaimanapun, dua parti lain, Parti Nasional dan Parti Kebebasan Inkatha telah menerima pakai peruntukan GNU dan memperolehi beberapa portfolio kabinet.

Presiden Mandela turut mengundang parti-parti lain menyertai kabinet sungguhpun parti-parti ini tidak memperolehi 20 kerusi minima sebagaimana yang diperlukan untuk membolehkan mereka menyertai GNU. GNU bertahan sehingga 1999.

Contoh kedua ialah Israel. Israel merupakan negara moden yang paling banyak menggunakan pendekatan "kerajaan perpaduan" sebagai kaedah menyelesaikan masalah dalaman mereka.

Secara lebih spesifik, menyelesaikan pertembungan antara Parti Buruh dengan Parti Likud. Kerajaan perpaduan yang dibentuk ialah kerajaan campuran antara dua parti yang dominan ini. Terkini usaha-usaha sedang dijalankan bagi menyatukan Parti Likud dengan parti Kadima.

Berbeza dengan Afrika Selatan di bawah Mandela, kerajaan perpaduan Israel tidak menjemput parti-parti politik lain yang lebih kecil menyertai kerajaan yang dibentuk. Kerajaan perpaduan yang dibentuk di Israel mempunyai motif politik yang tersendiri iaitu hanya memikirkan survival bangsa Yahudi sahaja.

Halangan ke arah pencapaian

Bukanlah sesuatu yang senang untuk mewujudkan satu kerajaan perpaduan terutamanya dalam sebuah negara seperti Malaysia di mana nilai-nilai politiknya adalah sarat dengan nilai-nilai perkauman.

Memahami betapa terdapatnya halangan-halangan yang serius bagi penubuhan sebuah kerajaan perpaduan di Malaysia, maka Tuan Guru Presiden menegaskan bahawa idea kerajaan perpaduan hanya merupakan satu lontaran idea. Tidak lebih dari ini.

Sekiranya ada pihak-pihak yang berminat, maka penerokaan yang lebih mendalam terhadap idea ini bolehlah diteruskan. Antara perkara yang perlu dibincang ialah bagaimana untuk mengatasi halangan-halangan yang sedia ada bagi membolehkan idea kerajaan perpaduan dipraktikkan.

Di Malaysia, antara halangan yang wujud ialah pertama, peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan dan dasar-dasar kerajaan sedia ada yang dilihat oleh sesetengah pihak (termasuk parti politik) sebagai menghalang perpaduan. Peruntukan-peruntukan yang dimaksudkan ialah: Islam sebagai agama Persekutuan; hak istimewa orang Melayu; Perkhidmatan Awam (termasuk polis dan tentera); DEB, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan lain-lain. Apakah perkara-perkara ini perlu dipinda? Atau di mansuh?

Halangan kedua ialah sistem pilihan raya yang berteraskan first-past-the-post. Dapatlah dihujahkan di sini bahawa sistem pilihan raya yang berteraskan prinsip 'perwakilan berkadar' (proportional representation) adalah lebih selari dengan konsep kerajaan perpaduan.

Halangan ketiga ialah sistem Federalisme ikutan Malaysia di mana terlalu banyak kuasa tertumpu kepada Kerajaan Pusat. Apakah ini sesuai dengan perjalanan 'kerajaan perpaduan'?

Halangan ke empat ialah peranan Ketua Whip di Parlimen; ia perlu dipinda. Begitu juga dengan peranan BBC. Ini adalah kerana kewujudan institusi ini menyebabkan ahli-ahli parlimen terpaksa akur kepada keputusan partinya sungguhpun ada ahli-ahli parlimen dari parti ini tidak bersetuju dengan keputusan atau dasar yang dibuat oleh parti mereka sendiri.

Kerajaan Perpaduan: Peranan PAS

Atas sifat Islam amat mementingkan perpaduan, maka secara jangka panjangnya, PAS boleh mempelopori idea kerajaan perpaduan atas usaha dan gagasan berikut: Pertama, bergerak cergas bagi merealisasi prinsip loyal opposition.

Kedua, mengemukakan contoh-contoh dari sejarah Islam bagi membenarkan hujah bahawa merealisasi prinsip keadilan yang melangkaui pertimbangan perkauman adalah kaedah terbaik mewujudkan perpaduan nasional.

Ketiga, kerajaan perpaduan perlu berpegang kepada prinsip 'pengislahan sistem politik dan ekonomi secara progresif'.

Ke empat, pendekatan Fiqh Keutamaan (Qaradawy) sebagai rujukan asas.

Kesimpulan

Berdasarkan kepada pengalaman negara-negara yang pernah bereksperimen dengan 'kerajaan perpaduan' memperlihatkan kepada kita bahawa kerajaan ini bersifat jangka pendek dan hanya bertahan semasa negara sedang mengalami suasana yang mencabar. Selepas keadaan kembali normal, ia tidak lagi relevan.

Sekiranya PAS masih berminat dengan idea kerajaan perpaduan, maka GNU pimpinan Nelson Mandela adalah model terbaik yang boleh dijadikan sebagai model dan perlu dikaji secara mendalam kesesuaiannya dalam konteks Malaysia.

Model ini sudah semestinya diterapkan dengan nilai-nilai Islam. Jangan juga lupa bahawa Sahifah Madinah yang dihasilkan oleh Rasulullah (saw) sendiri merupakan model terbaik kerajaan perpaduan

14 Jun 2009

Pohon Sembah Derhaka


Membaca sekali lagi komen YAB TGNA tentang kerajaan perpaduan melalui Malaysiaikini.com beberapa persoalan timbul dalam benak dan pemikiran ini, perkara ini meracau-racau bukan setakat hari ini tetapi ianya bermula daripada selepas muktamar baru-baru ini. Meracau-racau bukan kerana apa, meracau-racau kerana ianya-tidak serupa dengan apa yang ajar kepada kita, tidak serupa dengan apa yang di tarbiyyahkan kepada kita dan tidak serupa dengan yang di taklimatkan kepada kita.
Selepas muktamar yang lalu ,terbaca kenyataan 2 orang Naib Presiden yang baru di pilih YB sallahuddin dan Yb Mahfuz berkenaan dengan perlantikan YB Husam dan Mad Sabu ke dalam Dewan Harian PAS Pusat, hairannya ialah mengapa orang yanga ada access dalam mesyuarat Dewan Harian PAS Pusat mencadangkan perkara itu melalui akhbar, menjadikan ahkbar sebagai tempat pertama untuk mengemukakan cadangan, lain la kalau kita tiada access dan bukan ahli mesyuarat, kekadang tertanya-tanya kenapa di buat macama ni…ke YB Salahuddin dan Yb Mahfuz nak isytihar kepada Yb Husam bahawa dia penyokong dan pembela Yb Husam…dan kenyataan akhbar itu sebagai bukti kepada Husam? Atau macamana? Sampai sekarang saya masih lagi bingung memikirkannya dan masih belum ada jawapannya..kenapa? kita di ajar oleh pimpinan sejak dari dahulu bahawa media arus perdana musuh kita, menyeleweng dan berniat jahat kepada kita, tapi malangnya media ini menjadi ‘telinga pertama’ mendengar cadangan-cadangan kita yang sepatutnya kita boleh cadangkan sendiri dalam mesyuarat.
Begitujuga kenyataan YAB TGNA, bukan mahu mentakwilkan apa-apa..Cuma perlu juga kita ingat beliau bukannya maksum, dan amaran tentang penasihat-penasihat yang menyesatkan juga telah di keluarkan oleh anaknya. Menggambarkan kepada kita bahawa Majlis Syura Ulama belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berkenaan dengannya, yang ada hanyalah kenyataan Mursyidul Am yang mempengerusikan Majlis Syura Ulama’, ahli mahu mendengar macamana keputusan Majlis Syura Ulama’, secara ijma’, kerana apa yang di lihat pada hari ini, dan kita semua pun tak reti dah nak fikir…Presiden sejak belum muktamar lagi telah tarik balik idea dia ni, Timbalan Presiden tak mahu bincang lagi perkara ini dan tak nak cakap perkara ini dan tegaskan tidak ada apa-apa hasrat untuk bawak PAS ke dalam UMNO atau BN…TUTUP KES. Tapi mengapa Mursyidul Am masih lagi bersuara? Apa yang di mahukan oleh Mursyidul Am. Dan mengapa masih lagi menggunakan media sebagai tempat untuk menyatakan itu dan ini mengenai pendiriannya. SAYA DENGAN RASA RENDAH HATI MEMOHON KEPADA YAB TUAN GURU DATO’ MURSYIDUL AM MEMANGGIL MESYUARAT MAJLIS SYURA ULAMA’ PAS DAN MENGELUARKAN KENYATAAN MELALUI NYA DAN BUKAN MELALUI MEDIA....KERANA IA MENGELIRUKAN AHLI

POHON SEMBAH DERHAKA

'Paste'kan ke Blog Anda Tanda Sokongan

Koleksi Ayahanda