27 Mac 2010

BUDAK-BUDAK MABUK




Adakah ini hasil daripada:-
A) ISLAM HADHARI TERENGGANU BESTARI
B) ULUL ALBAB
C) MEMAHAT SEJARAH MENCIPTA TAMADDUN

PERKASA....OOO PERKASA...MANA KAMU..BUDAK-BUDAK KAMU MABUK NI!!!

25 Mac 2010

PRK P94 Hulu Selangor & Catatan Keputusan PRU ke 12



Kematian Ahli Parlimen Hulu Selangor, Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad malam ini membuka laluan kepada satu lagi pilihan raya kecil bagi edisi ke-10 selepas pilihan raya umum 2008.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar bagaimanapun berkata, pihaknya perlu menunggu notis kekosongan daripada Speaker Dewan Rakyat berhubung kekosongan kerusi berkenaan.

"Mengikut prosedurnya kita perlu mendapatkan notis kekosongan daripada Speaker Dewan Rakyat terlebih dahulu.

"Selepas notis dikemukakan, SPR akan bermesyuarat sebelum mengumumkan kekosongan kerusi berkenaan secara rasmi," katanya kepada mStar Online di sini malam ini.

Allahyarham meninggal dunia di kediamannya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang, akibat barah otak, kira-kira 9.27 malam ini, demikian menurut adiknya Md. Hambali Ahmad.

Zainal Abidin, 71, merupakan bekas Timbalan Menteri Besar Selangor.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan bahawa Allahyarham mengambil cuti sakit.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata pilihan raya kecil akan diadakan kerana kekosongan berkenaan berlaku dalam tempoh tiga tahun dari tarikh pertama kali Dewan Rakyat bersidang.

"Bagi kes kekosongan ini, pilihan raya kecil akan diadakan bagi memilih wakil rakyat baru kerana ia masih berada dalam tempoh tiga tahun selepas Dewan Rakyat bersidang buat pertama kali... iaitu selepas pilihan raya umum yang lalu," katanya.

"Melainkan jika tempohnya melebihi tiga tahun daripada tarikh awal Dewan Rakyat bersidang... pilihan raya kecil tak perlu diadakan sehinggalah Parlimen dibubarkan," katanya.

Keputusan Pilihanraya Umum ke 12 Parlimen Hulu Selangor dan Dun-Dun


P94 HULU SELANGOR
Jumlah Pengundi: 63,593
Peratusan Kaum: M:53.94% C: 26.67% I: 18.98% L:0.41%
1. Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad (PKR) (23,177)
2. Datuk G. Palanivel (BN) (22,979)
Majoriti: 198
Jumlah undi: 47,622
Peratus mengundi: 74.89%
Undi rosak: 1,466

1. N5 - Hulu Bernam
Jumlah Pengundi: 17,549
Peratusan Kaum: M:67.7% C: 17.2% I: 14.8% L: 0.3%
1. Datuk Mohamed Idris Abu Bakar (BN) (7,985)
2. Sukor Ali (Pas) (4,436)
Majoriti: 3,549
Jumlah undi: 12,739
Peratus mengundi: 72.59%
Undi rosak: 318

2. N7 - Batang Kali
Jumlah Pengundi: 27,832
Peratusan Kaum: M: 59.4% C: 20.3% I: 19.9% L: 0.3%
1. Mohd. Isa Abu Kasim (BN) (11,724)
2. Mohd. Nashruddin Abd. Aziz (PKR) (9,545)
Majoriti: 2,179
Jumlah undi: 21,673
Peratus mengundi: 77.87%
Undi rosak: 404

3. N6 - Kuala Kubu Bharu
Jumlah Pengundi: 18,212
Peratusan Kaum: M: 32.3% C: 45.5% I: 21.5% L: 0.7%
1. Wong Koon Mun (BN) (6,555)
2. K. A. Ramu (DAP) (6,107)
Majoriti: 448
Jumlah undi: 13,211
Peratus mengundi: 72.54%
Undi rosak: 549

Karpal Vs Zulkifly Nordin

Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh mencabar Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifly Nordin menyatakan nama pihak ketiga yang memberi tawaran kepada beliau untuk mendapatkan surat akauan bersumpah membabitkan Perdana Menteri, Najib Razak dan isteri, Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantunya Shaariibu.

Malah beliau turut mempersoal keikhlasan Zulkifly mendedahkan perkara itu hanya selepas empat tahun perbicaraan kes itu berlangsung.


"Saya cabar Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu untuk menyatakan siapa pihak ke tiga yang menyuruh beliau membuat satu surat akuan bersumpah untuk kaitakan Perdana Menteri dan isteri dalam pembunuhan itu.

"Kenapa sekarang 4 tahun selepas perbicaran dimulakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam? Adakah beliau rela sama ada di dalam mahupun di luar dewan untuk menyetakan siapa pihak ke tiga, adakah beliau berani buat laporan polis? Kerana jika dibuktikan laporan yang dibuat palsu, maka Kulim Bandar Baharu boleh didakwa di mahkamah bersabit kes memberi laporan palsu,"katanya.

Karpal berkata demikian pada sidang Dewan Rakyat.

Malah beliau turut mencabar keempat-empat wakil rakyat Bebas yang dulunya merupakan Ahli Parlimen dari Parti Keadilan Rakta (PKR) supaya mengosongkan kerusi bagi membolehkan pilihanraya kecil diadakan.

"KUlim Bandar Baharu bukan Yang Berhormat dalam dewan malah seorang peguam tetapi jadi pengkhianat bukan kepada PKR tetapi pengundi dalam Kulim Bandar Baharu.

"Di Pulau Pinang, Yang Berhormat Bayan Baru dapat keistimewaan, baru-baru ini dianugerahkan Datuk Seri, adakah dia layak dapat darjah itu? Kelakuan dia baru-baru ini buat tomahan dalam dewan atas pemimpin dalam PKR.

"Empat ekor ini bukan lagi dalam PKR, tidak bermakna PKR lemah, lebih baik kempat-empat ini terima cabaran saya sekarang,"katanya.

Karpal berkata, sekiranya keempat-empat mereka enggan mengosongkan kerusi kerana takut tidak dapat bertanding daam pilihanraya umum mahupun pilihanraya kecil dalam tempoh 5 tahun, beliau mencadangkan agar mereka tidak menghadiri sidang Dewan selama 6 bulan.

Katanya, mengikut Perkara 51(1) Perlembangaan Persekutuan, seseorang wakil rakyat yang tidak menghadiri sidang dewan selama enam bulan, bemakna kerusi kawasannya kosong, namun tiada halangan untuk wakil rakyat itu bertanding semula.

"Tujuan Mahathir untuk meminda Perlembagaan 48(6) adalah untuk menghalang Yang Berhormat dari Semangat 46 yang menyatakan kepada umum akan letak jawatan untuk membolehkan satu pilihanraya kecil di kawasan masing-masing. Tetapi Mahathir lupa Perkara 52(1).

"Apa yang penting sesiapa yang duduk di dewan mempunyai sokongan daripada pengundi.Bayan Baru ada 27ribu pengundi, Nibong Tebal 20 ribu dan Kulim Bandar Baharu 18 ribu, mereka tidak ada hak selepas jadi wakil rakyat Bebas di Dewan Rakyat untuk duduk di sini,"katanya.

'Paste'kan ke Blog Anda Tanda Sokongan

Koleksi Ayahanda