19 November 2008

Ketuanan Melayu Dan Sayonara UMNO- Malaysiakini


Dalam beberapa meinggu kebelakangan ini perbicaraan yang paling hangat ialah berkenaan dengan ketuanan melayu, walaupun perkara ini pada hakikatnya dalah sesuatu yang amat lapuk untuk dibicarakan akan tetapi ianya masih dianggap relevan kerana ininya dilihat sebagai penentu terhadap hala tuju negara kita Malaysia. Walaubagaimanapun perbicaraan ini banyak sekali iramanya….ada irama UMNO, ada irama PR dan mungkin di sana ada jugak irama DAP.

UMNO mahukan semua orang menari dengan iramanya, kerana apabila orang sudah mula menari mengikut iramanya maka sudah pasti survival mereka akan dapat di pertahankan dan mereka akan terus berkuasa, manakala PR dengan iramanya yang tersendiri, dengan melebihkan kepada ketuanan rakyat walaupun juga menyedari bahawa Melayu mestilah menjadi tunggak kepada kerajaan yang baru akan di bentuk akan tetapi memberi ruang yang lebih luas dan lebih selesa kepada bangsa lain dalam mentadbir negara. Inilah yang sedang diperhatikan serta di halusi oleh semua bangsa di Malaysia, selepas kegagalan BN dalam memberi kesaksamaan kepada semua bangsa sehingga menyebabkan mereka gagal dalam pilihanraya ke 12 yang lalu. Mungkin kerana asas-asas pembinaan serta pengamalan dalam mentadbir negara oleh BN sudah jauh tersasar dan terpesung dari prinsip-prinsip keadilan. Dalam erti kata lain jika sekiranya BN berjaya membuktikan kesaksamaan mereka dengan prinsip-prinsip keadilan yang sebenar dengan ketuanan Melayu maka pasti BN tidak akan menerima kekalahan dalam pilihanraya baru ini. Kerana kekalahan BN baru ini buka kerana ketuanan Melayu akan tetapi kerana kezaliman, rasuah, penindasan, pilih kasih, yang kaya makin kaya, yang miskin terus terhimpit, jenayah yang meningkat, dan banyak lagi perkara yang menjijikan.

Persoalan kita sekarang ini bagaimanakah PR boleh mengambil alih kerajaan pusat ini, dalam keadaan adegan lompat-melompat mungkin dah tak jadi (kalau jadi alhamdulillah) maka sudah pasti PR dengan jenteranya yang semakin kuat sekarang mesti bersedia untuk pilihanraya ke 13 tanpa mengira bila akan berlaku. Tapi bagaimana strategi itu harus bermula? Umum mengetahui bahawa pilihanraya ke 12 ialah pilihanraya yang paling bersejarah dalam negara kita apabila 2/3 BN dapat di nafikan dan 5 buah negeri jatuh ke tangan pembangkang, mengapa ianya berlaku dengan begitu hebat

Umum mengetahui bahawa dalam pilihanraya umum ke 12 lalu telah memperlihatkan 2 bangsa yang utama di Malaysia ini telah mengalihkan sokongan mereka kepada pembangkang, dalam tempoh lebih 50 tahun India dan Cina telah menunjukkan kesetiaan mereka kepada BN sehingga parti-parti pembangkang tidak mampu untuk menembusi kerusi-kerusi yang majoritinya India atau Cina lebih-lebih lagi jika kerusi tersebut di luar bandar, ini terbukti apabila DAP telah beberapa kali melancarkan Operasi Tanjung untuk menawan Pulau Pinang tetapi gagal, bagi PAS pula kemenangan di kawasan majoriti bukan Islam dan bukan Malayu hanyalah igauan…akan tetapi semuanya berubah semasa pilihanraya ke 12 mac lalu.

Perubahan golongan Cina dan India ini adalah sesuatu yang amat luar biasa, persoalan sekarang ini adakah PR ini akan dapat menawan Kerajaan Pusat dalam pilihanraya ke 13 nanti, tidak keterlaluan jika dapat kita katakan bahawa dengan 2 perkara yang akan di sebut ini impian unutk menawan Kerajaan Pusat akan terlaksana.

1) Mengekalkan sokongan golongan bukan melayu kepada PR

2) Menarik sokongan melayu kepada PR

Apabila 2 perkara ini dapat terlaksana impian untuk menawan kerajaan pusat akan terlaksana INSYAALLAH!!

Walaubagaimanapun, 2 perkara yang di lihat ini mungkin di anggap enteng..tetapi pergolakan tentang perkara ini mula terasa bahangnya. Mungkin untuk mengekalkan perkara yang 1 itu mungkin terasa sedikit mudah kerana kehendak dan kemahuan golongan Cina dan India sekarang ini sudah mula di penuhi, perkara-perkara yang menjadi asas perjuangan 2 bangsa utama di negara kita ini di lihat sudah semakin banyak di penuhi..yang tinggal hanya beberapa perkara yang berkaitan dengan agama Islam yang cuba juga untuk di campuri oleh golongan ini.

Yang menjadi persolan kita sekarang ini ialah yang nombor 2 (menarik sokongan Melayu kepada PR) umum mengetahui bahawa dalam piliharaya baru ini UMNO tidak tewas..yang tewas hanyalah MCA, MIC, PPP dan lain-lain parti bukan melayu dalam BN, peratusan pengundi Melayu masih lagi memihak kepada UMNO /BN….peningkatan pengundi Melayu kepada PR hanya berlaku di di Kelantan dan sedikit di Kedah…adapun negeri-negeri lain masih lagi di takuk lama, PAS atau PKR akan menang dengan selesa apabila kawasan itu bercampur dan biasanya undi penentu berada di tangan Orang Cina atau India barulah PAS atau PKR yang berdepan dengan UMNO akan menang, jika kawasan itu majoriti Melayu, pasti akan kalah.

Pasca Pilihanraya kita melihat BN/UMNO berada dalam keadaan yang amat lemah…lantaran itu mereka mula memainkan isu ketuanan melayu dengan harapan sokongan dan dokongan orang melayu kepada mereka tidak akan berubah..bermula dengan cakap-cakap bahawa Pulau Pinang dapat kat Cina…padahal Parti Gerakan pun Cina jugak….kemudian ada pulak seminar anjuran Gapena di Johor yang buat Resolusi untuk pertahankan Melayu, tunjuk perasaan di KOMTAR anjuran UMNO Pulau Pinang tujuannya tidak ada lain melainkan untuk mempertahankan Ketuanan Melayu kata mereka, hal tersebut tidak berakhir di situ sahaja kerana UMNO tahu inilah talian hayat terakhir mereka…maka di heret Majlis Raja-Raja sekali dalam perkara ini yang bersidang ti Terengganu tempohari. Persoalan kepada kita sekarang ialah …adakah rakyat khususnya Melayu/Islam termakan dengan dakyah UMNO ini? Bagi petugas dan pendokong PR kita sudah yakin bahawa mereka akan menolak dakwah UMNO ini…bagaimana pengundi?

Gambaran yang di berikan sekrang ialah kuasa Melayu sudah terhakis…PKR telah khianati Melayu…dan PAS gagal untuk mempertahankan Melayu. Di tambah lagi dengan beberapa sikap dan tindakan yang diambil oleh DAP yang di gambarkan sebagai anti melayu dan sedang berusaha untuk meruntuhkan ketuanan melayu..Isu Azan (benar atau tidak itu cerita lain..tapi isu itu di mainkan), papan tanda di KL dan Penang, Hak Milik Tanah kepada orang Cina di Perak, Perlantikan Pengurus Besar PKNS, pemberian tanah kepada SRJKC di Perak, Kandang Babi di Selangor, Kouta kepada bangsa lain untuk ke UiTM dan lain-lain isu….kesemua ini telah di gambarkan bagaimana kuasa Melayu sedang terhakis dan hanya UMNO yang dapat menyelamatkannya. Bagaimana PR harus mengatur strategi?

Saya ingin mengemukakan cadangan kepada semua khususnya pimpinan PR.

Yang Pertama: Jika kita ingin merampas kerajaan pusat pada pilihanraya ke 13 nanti, bangsa Cina dan India mesti bersabar, saya rasa pimpinan PR menyedari akan penderitaan Bangsa Cina dan India khususnya India sepanjang pemerintahan BN selama 50 tahun tetapi jika sekiranya kita mahu agar kerajaan BN ini berkubur maka Cina dan India mesti bersabar, jangan memperlihatkan tindakan seolah-olah mengambil peluang selepas kemenangan yang lalu, perkara sensitif yang boleh menyetuh perasaan orang Melayu yang tidak perlu mestilah di tangguhkan dahulu sebagai contoh..padan tanda jalan…apa perlu perkara ini di sentuh? Membuang tulisan jawi..menambah tulisan cina…apa perlu perkara itu sekarang? Dalam keadaan kita mengetahui bahawa di sana akan terbuka ruang untuk BN/UMNO mengambil peluang memainkan isu itu…Perlantikan Pengurus Besar PKNS…..masih terdapat ramai lagi orang Melayu yang jujur mengapa di lantik bukan Melayu..bukan sangsi dengan kecekapan dan kebolehan beliau tetapi perkara ini akan memberi gambaran bahawa PR merampas hak Melayu selama ini dan di berikan kepada Cina yang akhirnya akan menebalkan sokongan Melayu yang sepatutnya menukar haluan kepada PR (PAS atau PKR) kepada UMNO. Banyak lagi perkara-perkara lain.

Lim Guan Eng telah memberikan contoh baik dalam perkara ini, apabila beliau hadir ke Majlis orang Melayu/Islam yang akhir dapat menumpulkan sedikit sokongan kepada UMNO. Cuma yang tinggal ialah perkara lain…saranan saya sekali lagi kepad aorang cina dan India….BERSABAR DAN TERUSKAN SOKONGAN KEPADA PR.

Yang Kedua: Parti Melayu dalam PR terutamanya PAS mestilah memainkan peranan mempertahankan hak orang Melayu dan bukan sahaja memainkan peranan akan tetapi MENAMPAKKAN mempertahankan hak orang melayu..jenis orang Melayu di Malaysia ni jenis macam tu..sama jenis dengan orang Mekkah semasa Rasulullah membuka Kota Mekkah….sehingga Rasulullah terpaksa MENAMPAKKAN baginda memuliakan ketua mereka…”barang sesiapa yang masuk rumah Abu Sufyan maka mereka aman” padahal masuk rumah sesiapa pun asalkan jangan ada di luar tak semestinya rumah Abu Sufyan pasti akan aman…tapi jenis nak suruh nampak…maka Rasulullah pun Zahirkan.

Bukan untuk bersifat perkauman tetapi untuk menarik pengundi Melayu yangmasih bergantung harap kepada UMNO sedangkan UMNO sekarang sudah semakin usang dengan bebanan dosa yang amat parah…maka penyokong mereka yang masih lagi tebal dengan kemelayuan sedang mencari-cari dahan yang mereka rasakan lebih selamat dan mampu untuk mereka bergantung…maka itu peranan PAS jika tidak kesian mereka….pagi petang kena kelentong oleh pimpinan UMNO.

Sebab itu beberapa tindakan PAS sekarang…adalah tindakan yang amat patut…bantahan terhadap perlantikan Pengurus Besar PKNS. Kuota 50% untuk Melayu di Kedah, penegasan Presiden terhadap majoriti kerusi di Parlimen mestilah Islam dan beberapa tindakan lagi telah menjadi perkara yang mula di perkatakan oleh orang UMNO di peringkat bawahan sehingga pemimpin UMNO kita lihat sudah mula terkelu dengan tindakan PAS itu…mereka terpaksa mencari jalan lain lagi untuk menampakkan mereka sedang membela rakyat.

Cuma yang tinggal hanyalah kefahaman dari sahabat-sahabat PR dan kefahaman dari pimpinan PAS ‘yang amat cerdik” agar misi dalam pilihanraya UMUM ke 13 dengan mengekalkan sokongan Cina & India di tambah dengan sokongan akar umbi Melayu (yang masih lagi UMNO) barulah proses pertukaran kerajaan berjalan lancar…dan ucapan sayonara kepada UMNO benar-benar berlaku



Dapatkan Di Pasaran Keluaran November 2008


'Paste'kan ke Blog Anda Tanda Sokongan

Koleksi Ayahanda