20 September 2008

Kerajaan 16 Sept: Kita bersedia atau tidak? - Satu penilaian

Apabila membaca tajuk artikel ini (http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=16393), sama sekali tidak menyangka bahawa artikel ini adalhuntuk menempelak PAS dan meragui keupayaan dan ke jentera PAS dalam mentadbir negara, sedangkan PAS adalah parti yang kedua selepas UMNO memegang kuasa memerintah iaitu di Kelantan yaang mana sampai hari ini tidak ada siapa pun yang boleh menafikannya

Al-Bakistani menulis
"Macam-macam makian dan celaan yang telah terbit keluar dari mulut dan minda orang-orang tertentu dalam parti PAS terhadap 16 september yang dicadangkan oleh Anwar Ibrahim. ada sebilangan kawan yang menghantar SMS memaki hamun, ……..

Memahami akan harapan yang menggunung oleh beliau terhadap kerajaan 916, akan tetapi sepanjang tempoh tersebut apa yang di lihat ialah penyokong PAS dan pimpinan PAS agak bertenang dalam menghadapi sindiran dan cemuhan media-media BN tentang gagalnya 916, Cuma yang PASTI ialah pimpinan PAS yang diserang, sebagai contoh http://mimpiboneka.blogspot.com/2008/09/mustafa-ali-masuk-umno-lah-natang.html walaupun pandangan dan pendapat pimpinan PAS itu di terima pakai (apabila Anwar minta Pak Lah adakan Sidang Parlimen Tergempar), tetapi sebelum itu apa nista yang tidak di lemparkan kepada pimpinan PAS ini

Nasihat saya, Kadang-kadang apabila kita terlalu taksub kepada sesuatu perkara, kita lupa akan kebaikan yang cuba di nyatakan oleh orang yang yang bertentangan dengan ketaksuban diri kita


Al Bakistani berkata
Secara peribadi, aku menganggap bahawa PAS, PKR dan DAP sependapat denganku, bahawa tarikh 16 itu adalah tarikh kejatuhan UMNO/BN. Jika ini telah disepakati, tidak perlu kita berbalah tentang 16 september. Kalaupun ianya tidak berjaya dilaksanakan pada 16 september pun, …….

Satu perkara yang semua mesti menyedari tentang tarikh 16 Sept, adakah ianya di sepakati atau tidak? Bagaimana boleh lahirnya tarikh ini?.. Pakatan Rakyat adalah satu pakatan yang baru di tubuhkan selepas pilihanraya umum ke 12 yang lalu, sehingga ke hari ini masih belum ada sesiapa yang di nobatkan sebagai ketua kepada pakatan ini, yang ada ialah kesepatakan untuk melantik Dato' Seri Anwar Ibrahim (Bukan Presiden PKR) sebagai PM jika sekiranya PR berjaya menawan Parlimen…Jadi bagaimana PR ini berfungsi dan bergerak…ianya bergerak melalui mesyuarat Majlis Presiden diantara 3 parti dan dipengerusikan secara bergilir serta di adakan mengikut tarikhyang di persetujui bersama.

Sekarang ni tarikh 16 Sept itu di luluskan dalam Mesyuarat Majlis Presiden yang mana? Apakah ianya juga, sebelum meletakkan tarikh 16 september itu dibincangkan secara bersama dengan PAS dan DAP?, jawapannya TIDAK, ianya adalah tarikh yang di buat oleh DSAI dan meminta (memaksa) agar PAS dan DAP menerima tarikh tersbut sebagai tarikh peralihan kuasa, sebab itu apabila ditanya pimpinan PAS seperti Muhamad Sabu (Naib Presiden) beliau jawab semua itu rumours sahaja, tanpa apa-apa persetujuan awal oleh majlis presiden….. Tentu Al Bakistani tahu konsep syura tu macamana!

Mengapa sekarang baru di nyatakan perkara ini, Tidak, PAS cuba untuk menyatakan perkara ini sudah lama, bagaimana tarikh 16 September ini tidak relevan, Suara-suara tidak senang ini telah dapat di dengari sebelum Muktamar PAS dan paling kemuncak ialah semasa Muktamar PAS.

Al Bakistani menitip lagi
Ini dapat diumpamakan seperti kita hendak menghadiri satu majlis yang dijadualkan pada pukul 1 tengahari. Ketika bertolak, kita menjangkakan dalam masa setengah jam sahaja kita sudah sampai ke tapak majlis, tiba-tiba dipertengahan jalan berlaku sedikit kemalangan jalan raya, menyebabkan perjalanan jem dan agak perlahan, yang akhirnya kita sampai kedestinasi pada pukul 1:30 tengahari.

Apa yang penting, walaupun kita sudah lewat setengah jam dengan sebab jem yang berlaku, tidak selayaknya kita terus berputus asa dari meneruskan perjalanan. Bahkan, sewajibnya kita berazam untuk sampai ke destinasi yang dituntut, walaupun agak lewat sedikit.

Jika hari yang sama, itu mungkin orang akan kata tak mengapalah..ada masyaqqah di tengah jalan…ni dah masuk hari lain dah…tuan majlis kenduri dah basuh periuk belanga dah majlis dah habis…kalau kita sampai pun orang tak kata kita pegi untuk hadir majlis tu dah…tapi orang kata kita hanya ziarah baisa tuan rumah….bagaimana dengan andaian/kiasan ini, dalam dua keadaan ada dua kenyataan

1) Aku nak kawin tahun ini.
2) Aku akan kawin pada 16 September 2008 ni.

Kalau yang pertama tu tak jadi orang tak kisah mana pun…sebab mereka kata nak kawin, pengantin perempuan tak tahu lagi, duit pun tak tahu kat mana lagi, lembu pun tak beli lagi.
Tapi kenyataan kedua seudah tentu dalam benak dan pemikiran manusia yang waras akan menyatakan tentu sudah ada Pengantin perempuan (kalau tak ada takkan boleh tentu tarikhnya) tentu duitnya dah ada, tentu lembunya sudah di bayar deposit, tentu kad kawin sudah di edar (sebab tarikh dah ada) lebih-lebih lagi di yakini oleh YB Fauziah dari Taiwan
Cuba kita renung kesan dari dua keadaan ini, dan dalam keadaan manakah kita? Pasti nya kita dalam keadaan kedua….tiba-tiba tak jadi…bagaimana perasaan? Hampa, frust atau marah kerana dipermainkan?!

Saya rasa pembaca boleh menilainya….

Al Bakistani Berkata lagi…
Aku pernah bersembang dengan salah seorang Naib Presiden PAS tentang isu 16 september. Dia tidak mengulas panjang, bahkan lebih mengambil sikap, tunggu dan lihat. Tetapi, setelah ditanya dengan beberapa soalan tajam, beliau agak tidak bersetuju dengan peralihan kuasa pada 16 september itu.

Setelah didalami, didapati politik dendam terhadap Anwar Ibrahim juga membara dalam jiwa beliau. Beliau ada menyebut, bahawa beliau tidak dicalonkan sebagai salah seorang menteri dalam kerajaan pakatan rakyat.
Mendengar itu, aku meyakini, mereka yang tidak bersetuju ini kebanyakkan adalah kerana mereka tidak mendapat habuan dunia.

Saya minta supaya beliau berhati-hati dalam bercakap, kita semua berpuasa, walaupun mungkin kita berkata benar tentang sesorang namun jika tujuan kita untuk menjatuhkan airmuka seseorang itu pastinya ada hukumnya….saya percaya di Pakistan pun ada belajar benda ni. Naib Presiden PAS ada 3 orang

1) YB Husam Musa
2) Sdr Muhamad Sabu
3) Ustaz Ahmad Awang

Siapa yang di maksudkan oleh beliau dan kesemua itu bukan Ahli Parlimen, dan betulkah Anwar telah membentuk kabinet? Bersama siapa Kabinet itu di bentuk? Majlis Mesyuarat Presiden? Atau macam cerita letak tarikh 16 Sept, letak sendiri kemudian suruh orang lain setuju…..macam tu? Mana konsep syura?...pimpinan PAS mahu pun DAP dilihat tidak banyak memberi komen dalam perkara pertukaran kerajaan ini…kenapa? Sebab mereka tidak tahu….

Tentang tuduhan pimpinan PAS mahukan habuan dunia….ahli-ahli PAS boleh fikirlah sendiri..berasas atau tidak tuduhan itu di lemparkan kepada salah satu dari 3 orang naib Presiden PAS


Al Bakistani Terus Menulis

Padaku, peralihan kuasa perlu difikirkan secara adil tanpa melibatkan kepada sentiment dan kepentingan diri.

Yang paling penting, jangan disebabkan perangai dua tiga kerat pimpinan kita, menyebabkan kita menjadi golongan yang pasif dalam usaha menjatuhkan kerajaan BN/UMNO.

Dibimbangi dengan tindakan kita ini, menyebabkan apabila berlaku perubahan kerajaan, kita pula terhegeh-hegeh untuk memohon jawatan dalam kementerian-kementerian tertentu, tetapi dalam usaha untuk menjayakan kejatuhan BN/UMNO pada 16 september, kita dilihat agak tidak serius, bahkan seperti melepaskan batuk ditangga sahaja.

Wow. Hebat andaian….PAS menjadi golongan Pasif ?!!, Sejak bila PAS ini Pasif? PAS adalah parti yang paling aktif dalam usaha menjatuhkan UMNO sejak 1951, Al Marhum Tuan Guru Hj Fadhil Mohd Nor pernah menyatakan '….Perjuangan PAS ini ibarat ombak yang sentiasa memukul pantai, kadang-kadang ianya perlahan, kadang-kadang ia menjadi badai yang amat besar…namum untuk berhenti tidak sama sekali…'

Apa yang berlaku berkaitan dengan 916 ini, ialah PAS tidak mahu ahli dan penyokong PAS di hidang dengan suatu yang telah di lihat oleh pimpian sebagai sesuatu yang tidak jadi, tidak ada satu pun kenyataan pimpinan PAS yang cuba menafikan akan peralihan kuasa ini, Cuma komentar dari Cikgu Pa ialah teknikal yang tidak memungkin akan berlakunya peralihin kuasa pada 916. Kalau betul Anwar boleh buat dengan teknikal yang betul, parlimen pun bersidang..tidak ada seorang pun pimpinan PAS yang menafikannya

Persoalannya..kenapa strategi yang jelas tidak menepati target yang sebenar ini masih terus di bela dan dipertahankan sedangkan ianya benar-benar telah gagal. (tarikh 916..tarikh lain kita tunggu pulak)

Al Bakistani menulis lagi…

Tidak dinafikan, PAS mempunyai petugas-petugas yang ramai, tetapi disebabkan PAS berpolitik ala melayu, menyebabkan PAS banyak meletakkan kerusi-kerusinya dikawasan melayu, lalu dalam pilihanraya lepas, kerusi-kerusi melayu ini masih lagi dipegang oleh UMNO/BN, menyebabkan PAS menjadi parti yang terpencil dalam Pakatan Rakyat

Dengan mengakui akan kelemahan PAS dalam pilihanraya umum yang lalu (parti lain tak nak mengaku mereka lemah jugak…lantak dia) meletakkan PAS di kebanyakan kerusi Melayu adalah sesuatu yang di putuskan bersama oleh PAS dan PKR..masa tu DAP tak masuk lagi selepas keluar BA, dan PAS menerima itu di atas semangat syura bersama,

Bila PAS bertanding di kawasan melayu apakah stail politik yang perlu di bawa? Ala cina?, ala India, tentu ala melayu (walaupun itu juga salah)…PAS membawa ala Islam, politik yang bersih dari kemunkaran, sogokan, rasuah, Biadap, sehingga setiap calon yang terpilih mestilah berbai'ah dengan parti agar tidak melakukan perbuatan yang mengkhianati perjuangan Islam. Dan banyak lagi yang PAS bawa sebagai kesinambungan kepada Dakwah Islam yang bukan sahaja bermatlamatkan kemenangan, jika kemenangan sahaja matlamat maka PAS tidak akan meletakkan calonnnya di Sabah dan Serawak.

Satu perkara yang perlu di sedari ialah sekarang ini PAS parti yang terpencil atau PAS sekarang ini cuba di pencilkan. Banyak perbahasan yang di buat oleh Perwakilan Selangor tentang sikap Kerajaan Selangor yang di lihat cuba memencilkan PAS, bagaimana Dewan Pemuda PAS Selangor cuba untuk bertemu MB Selangor tetapi tidak di terima. Tapi PAS masih lagi dengan semangat dan keputusan Muktamar…perkuatkan PR.


JANGAN SYOK SENDIRI

Dalam tajuk ini Al Bakistani cuba mengengahkan 3 perkara .

1) PAS Syok Sendiri, rasa bagus berbanding dengan parti lain
2) PAS Kritik Anwar Ibrahim dan Auranya
3) PAS KeMelayuan

Saya pun tidak mengetahui dari kacamata mana al Bakistani melihat PAS, samada beliau memakai kacamata UMNO atau PKR..tapi jika beliau mendakwa bahwa beliau menggunakan kacamata PAS, itu tidak sekali-kali.

Beliau menyatakan bahawa PAS SYOK SENDIRI, dari sudut mana tidak di ketahui pandangan ini, kalau PAS syok sendiri..pasti PAS akan berjuangan sendiri tidak menghiraukan sesiapa…sedangkan sejarah telah membuktikan bahawa PAS telah berusaha untuk menggabungkan diri PAS dengan parti-parti lain, S46, PKR Berjasa termasuk UMNO dan BN dahulu.

Oooo itu cerita lama….ok cerita baru kalau PAS SYOK SENDIRI, PAS tidak akan menyerahkan kerusi-kerusi mereka dalam pilihanraya umum ke 12 baru-baru ini di Terengganu dan Kelantan kepada PKR walaupun PAS tahu di kawasan itu PKR hanya ada 1 cawangan dan 6 orang AJK Bahagian.

Tetapi PAS juga menyedari walaupun tiada cawangan tetapi disana PKR juga ada kekuatan walaupun tidak seberapa…..di serahkan juga kerusi tersebut. (menang atau kalah..itu kerja Allah)

Beliau juga menyatakan bahawa PAS banyak bercakap pasal Anwar Ibrahim di dalam Muktamar Agung baru-baru ini terututama muktamar Pemuda, seperti yang di nyatakan di atas tadi bahawa PAS telah bersetuju untuk menerima Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, apabila PAS bersetuju beliau sebagai PM maka pastinya PAS mengharapkan beliau mampu dan boleh membawa mandat PAS sebagai Perdana Menteri.

Oleh kerana beliau akan juga membawa mandat PAS sebagai pemerintah, maka pastinya beliau perlu di bincangkan..bila di bicangkan pasti akan ada kritikan dan sokongan…ke Anwar ni tak leh di kritik…kalau tak leh di kritik itu namanya Diktator.

Sejarah Muktamar PAS memperlihatkan kepada kita semua pimpinan PAS pernah di kritik, sebab itu budaya PAS, ada yang dirasakan tak kena maka mereka akan kritik, apa yang di rasakan betul dan tepat dengan Islam maka mereka akan sokong, mereka tidak akan mendiamkan diri.

PAS KeMelayuan, satu kenyataan yang saya sendiri kurang mengerti, PAS melalui lidah pimpinannya sendir menerangkan bahawa Dasar PAS ialah Islam, dan Islam melepasi batas perkauman dan warna kulit.

PAS tidak pernah menetapkan bahawa melayu sahaja yang boleh menyokong PAS, Bangsa lain tak boleh…..'oppssss sedara kita bukan bincang dasar..kita bincang strategi PAS terlalu melayu sangat…'

Dalam pilihanraya umum yang lalu PAS telah meletakkan ramai calon-calon bukan melayu tetapi ISLAM, Di Perak sekarang menjadi Ketua BBC DUN Perak, Di Kelantan sekarang menjadi EXCO kerajaan Kelantan…. Di Johor, untuk memperlihatkan keterbukaan PAS, PAS telah memberikan kerusinya kepada Sdri Kumata (Ketua Kelab Penyokong PAS Johor) untuk bertanding, seorang India yang masih belum Islam.. Atau apa yang di kehendaki oleh Al Bakistani? Dan muktmar baru-baru ini pun memberi gambaran bahawa kemungkinan akan ada calon PAS dari kalangan bukan Islam dalam pilihanraya ke 13 nanti.. (ke balik awal muktamar baru ni)

Akhirnya apa yang saya minta ialah kita fikirkan tentang survival Islam, bagaimana keadaan Islam akan datang, jika PAS di kritik kerana menyetuh perkara-perkara remeh temeh, yang boleh di selesaikan selepas UMNO jatuh, mengapa saudara tidak menulis tentang DAP yang banyak menyentuh perkara yang remeh temeh, tulisan jawi dan perkara remeh temeh oleh PKR, soal Azan (YB Xavier) Soal surau dan perkara-perkara lain.

Lihat lah PAS dengan kacamata Islam bukan dengan kacamata UMNO atau lain-lain parti.

17 September 2008

Masa untuk menyertai PAS



Oleh Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Umum mengetahui bahawa negara kita kini berada dalam suasana kegawatan ekonomi yang menekan rakyat yang sebahagiannya adalah hasil dari kalutnya kepimpinan negara dalam menguruskan polisi dan pelaksanaan pembangunan ekonomi negara.

Suasana ini diburukkan lagi dengan kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui oleh Umno untuk memastikan suasana kestabilan politik dan keharmonian kaum yang terus dihormat.

Umno yang satu ketika dahulu digambarkan sebagai lantang memperjuangkan nasib orang Melayu di awal penubuhannya, kini telah hilang taring dan gagal dalam memastikan maruah umat Islam dan orang Melayu terbela.

Gambaran bahawa terjejasnya keharmonian kaum ini oleh pimpinan Umno seolah-olah hubungan kaum di Malaysia kini berada pada tahap yang paling rendah juga sebenarnya adalah cubaan Umno untuk mengalih masalah yang berlaku di kalangan parti komponen BN pada ketika ini.

Sehubungan itu, Parti Islam Se Malaysia (PAS) berpendapat bahawa sudah sampai masanya bagi umat Islam dalam negara kita ini untuk berhijrah kepada PAS dan seterusnya menjadikan PAS sebagai parti tempat bernaung.

PAS adalah parti yang tidak diasaskan kepada prinsip perkauman atau asas perjuangan yang sempit, tetapi dibina di atas dasar memperjuangkan Islam dan keadilan yang lebih universal sifatnya, maka PAS percaya bahawa orang-orang Islam di Malaysia secara umumnya dan ahli-ahli Umno beserta pimpinannya secara khusus memerlukan satu wadah baru yang lebih konsisten dan mampu menjadi penyelamat yang akan memartabatkan maruah ummah.

Sebagaimana yang dipertegaskan oleh PAS dalam Muktamar PAS ke-54 yang lalu dengan tema "PAS UNTUK SEMUA", bahawa sebenarnya perjuangan PAS tetap kekal utuh dan bertahan sehingga ke hari ini kerana mempunyai tujuan penubuhannya yang berteraskan kepada akidah perjuangan yang jelas.

PAS bukannya sebuah parti politik semata-mata, tetapi adalah satu wadah dakwah dan tarbiyah. Perjuangan PAS adalah bersifat universal, untuk seluruh umat manusia, membawa keadilan sejagat, sebagaimana yang termaktub dalam Bab Ketiga, Fasal 6, Perkara (8), (9) dan (10), Perlembagaan PAS di mana usaha-usaha PAS ialah:

� Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam,

� Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini,

� Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjamin hak-hak asasi manusia serta manghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.

Bertitik tolak dari hakikat ini, maka PAS sudah lama bersedia untuk mengisi kekosongan politik yang ditinggalkan oleh Umno ini. PAS percaya bahawa ahli-ahli dan pimpinan Umno ini boleh memberi sumbangan tenaga mereka menerusi PAS.

Marilah bersama-sama kita bina wadah PAS ini supaya menjadi lebih kuat dan mampu berdepan dengan pelbagai cabaran yang mendatang.

Marilah bersama-sama menyertai PAS!

16 September 2008/ 16 Ramadhan 1429

DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG
Presiden, Parti Islam Se Malaysia (PAS)

16 September 2008

916, Apa Pun Alasannya, Ia Tetap Tidak Menjadi- Malaysiakini


Alhamdulillah, apa jua keadaan dan keputusannya kelmarin telah berakhir tarikh 916 yang masyhur, namun apa yang di harapkan oleh seluruh rakyat yang ingin melihat perubahan kepada kerajaan pusat hampa…

(i)

Teringat pada hari Jumaat lalu..ada satu taklimat dalam parti yang diadakan di sebuah masjid, surat berkenaan taklimat itu telah di edarkan dan telah di nyatakan maksud dan tujuan taklimat itu di adakan, pada pagi tersebut sebaik sahaja selesai menyampaikan kuliah pagi jumaat juga di masjid berkenaan, saya bertanya kepada salah seorang JK masjid tentang taklimat yang akan di adakan pada sebelah petang di masjid yang sama, tujuan bertanya ialah berkenaan dengan persiapan pembesar suara dan sebagainya… tapi dijawab oleh pegawai Masjid tersebut….'tak apa ustaz kita umum lepas solat jumaat nanti' saya pun hairan kenapa perlu di isytiharkan sedangkan jemputan hanya Ketua & Bendahari cawangan sahaja, lalu beliau menjawab 'Ehh bukan ke taklimat petang ni berkenaan peralihan kuasa 16 Sept ni' saya jawab 'Tidak hal lain'.

(ii)

Pada sebelah malam yang lain…sebaik sahaja selesai solat Terawikh….macam biasa minum di 'parlimen kampung' dulu, kalau ustaz tak duduk kedai kopi nanti orang kata sombong, kebesaran, angkuh dan macam-macam, terkeluar la tajuk berkenaan dengan road tax kereta dan Insurance kereta yang tidak boleh lagi di bayar untuk 3rd Party, masing-masing bahas dengan pandangan dan pendapat masing-masing (tapi tak la sehebat MP Shah Alam, parlimen kampung bukan ada apa pun, orang-orang kampung yang ada mengajadi takat SPM, SRP, tak mengaji pun ada) tiba- tiba yang buat kesimpulan, kesimpulannya "kita tak payah bayar roadtax lagi, kita bayar 17 @ 18 September ni, sebab masa tu Anwar dah jadi PM, tentu la tak macam ni lagi"

Dua cerita yang jika kita perhatikan dengan teliti, tentu kita boleh menafsirkannya dengan berbagai tafsiran, walaubagaiman pun yang penting di sini ialah semua lapisan masyarakat mengharapkan kepada peralihan kuasa pada 16 September 2008, ahli/penyokong PAS yang tidak pernah di bohongi oleh presiden mereka pasti akan mempercayai tarikh ini sebagaimana mereka mempercayai pimpinan-pimpinan mereka…mereka sanggup berdebat dengan mana-mana UMNO yang cuba untuk menafikan kemampuan Anwar mengambil alih kerajaan pada 916, mereka sanggup bersingsing lengan kerana itu, bah kan mereka sanggup lakukan apa sahaja kerana mereka ini ikhlas dengan perjuangan yang mereka sedang dokong ini. Apa sahaja momokan TV & akhbar mereka ketepikan ada yang marahkan anak kerana 'pasang tv' pukul 8 malam kerana serabut kepada momokan UMNO

Tiba-tiba……16 September tiada peralihan kuasa!!! Alamak! Mana mereka nak letak muka mereka di depan pimpinan UMNO di kg yang telah mereka lawan minggu lepas, di mana mereka nak letak muka di depan sanak saudara mereka yang UMNO setelah mereka sergah 2 hari yang lalu akibat cuba menafikan kejayaan 916 itu..lebih-lebih lagi ada laporan dari Taiwan oleh YB Fauziah bahawa rancangan 916 berjalan lancar…..di mana penyokong/pendokong PAS ni nak letak muka mereka?!!!

Tiba-tiba ada suara yang menyatakan bahawa tarikh bukan masalah besar…itu hanyalah target yang di letak…macam kita PAS pun buat jugak seperti Tahun Tawan Selangor, Tahun Tawan Terengganu, tapi tak jadi pun itu hanya target untuk kita bekerja kearah itu…Tetapi golongan yang mengemukakan alasan ini terkadang lupa akan perbezaan kepada dua kenyataan….

1) Aku nak kawin tahun ini.

2) Aku akan kawin pada 16 September 2008 ni.

Kalau yang pertama tu tak jadi orang tak kisah mana pun…sebab mereka kata nak kawin, pengantin perempuan tak tahu lagi, duit pun tak tahu kat mana lagi, lembu pun tak beli lagi.

Tapi kenyataan kedua seudah tentu dalam benak dan pemikiran manusia yang waras akan menyatakan tentu sudah ada Pengantin perempuan (kalau tak ada takkan boleh tentu tarikhnya) tentu duitnya dah ada, tentu lembunya sudah di bayar deposit, tentu kad kawin sudah di edar (sebab tarikh dah ada) lebih-lebih lagi di yakini oleh YB Fauziah dari Taiwan

Cuba kita renung kesan dari dua keadaan ini, dan dalam keadaan manakah kita? Pasti nya kita dalam keadaan kedua….tiba-tib tak jadi…bagaimana perasaan? Hampa, frust atau marah kerana dipermainkan?!

Mungkin ada yang menyatakan kita tidak boleh kias begitu, kalau tidak boleh kias begitu, kita nak kias macamana?

Dato' Mustafa Ali

Bukan untuk menangkis atau membela sesiapa, apabila Cikgu Pa mengeluarkan kenyataan bahawa 916 tidak akan berlaku..bagi saya itu satu kelegaan terutama untuk menghadapi orang-orang kampung macam cerita di atas yang telah terapung-apung mengharapkan peralihan yang tidak jadi itu dari berlaku, sekurang-kurangnya pendokong/penyokong di peringkat bawahan ini tidak terlalu terawangan mengharapkan perkara yang tidak jadi….dalam kenyataan tersebut beliau menyatakan bahawa 916 ni tak jadi berdasar kepada beberapa faktor…dan faktor-itu ada kebenarannya, beliau tidak menyatakan bahawa peralihan itu tak akan berjaya..kalau dah cukup orang menlompat dan boleh di kemukakan undi tak percaya dalam parlimen…tak apa la ianya jadi lah…

Cuma beliau tidak berapa setuju kerana cara itu di anggap beliau tidak bermoral, takkan la kita nak serupa dengan UMNO, bila UMNO buat benda yang tidak baik maka kita pun nak buat benda yang tidak baik…tapi ada orang kata pulak…kalau UMNO buat memang tak bermoral..tpai kalau kita buat tak apa..bermoral. Ada ke hukum macam tu? Sepanjang pengajian saya tak jumpa lagi macam tu, kalau orang curi barang kita..takkan kita nak curi barang orang lain pulak. Kalau macam tu tidak akan selesai la masalah, kita haramkan kepada orang lain..tiba-tiba kita halalkan untuk kita pulak.

Pernah di tanya tentang cara untuk menegakkan Negara Islam, seorang yang bekerja sebagai Pegawai SPR, Bolehkan beliau menipu dalam kerja dia untuk menegakkan negara Islam? Tak kira la masa kira undi ke, masa kempen ke, tapi beliau menipu untk memberikan kemenangan kepada Parti Islam, boleh ke macam tu? Pastinya tidak boleh kerana Islam bukan satu ajaran yang mengamalkan Matlamat menghalalkan cara.

Kepada yang cuba untuk menafikan peranan Cik Gu Pa kepada parti, cuba tengok diri kita tu dulu, setakat mana sumbangan kita kepada parti, sejauhmana pengorbanan kita kepada parti..sehingga begitu celupar menyumpah Cikgu Pa dengan lafaz 'Binatang' http://mimpiboneka.blogspot.com/2008/09/mustafa-ali-masuk-umno-lah-natang.html

Bukan nak bela sangat Cik Gu Pa, paling kurang hormat sikit kepada beliau sebagai orang tua. Dan baca kenyataan dia dalam Harakah tu sampai habis.


Walaubagaimanapun...UMNO/BN mesti di turunkan, bahkan mesti di hancurkan dan di lenyapkan, agenda kita masih banyak....peranan yang telah di amanahkan kepada kita mengikut posisition kita mesti di bereskan sebaiknya. YB mainkan sebaik mungkin peranan, yang bukan YB juga ada peranan yang mesti di lakukan...jadi TERUSKAN PERJUANGAN.


'Paste'kan ke Blog Anda Tanda Sokongan

Koleksi Ayahanda