20 September 2008

Kerajaan 16 Sept: Kita bersedia atau tidak? - Satu penilaian

Apabila membaca tajuk artikel ini (http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=16393), sama sekali tidak menyangka bahawa artikel ini adalhuntuk menempelak PAS dan meragui keupayaan dan ke jentera PAS dalam mentadbir negara, sedangkan PAS adalah parti yang kedua selepas UMNO memegang kuasa memerintah iaitu di Kelantan yaang mana sampai hari ini tidak ada siapa pun yang boleh menafikannya

Al-Bakistani menulis
"Macam-macam makian dan celaan yang telah terbit keluar dari mulut dan minda orang-orang tertentu dalam parti PAS terhadap 16 september yang dicadangkan oleh Anwar Ibrahim. ada sebilangan kawan yang menghantar SMS memaki hamun, ……..

Memahami akan harapan yang menggunung oleh beliau terhadap kerajaan 916, akan tetapi sepanjang tempoh tersebut apa yang di lihat ialah penyokong PAS dan pimpinan PAS agak bertenang dalam menghadapi sindiran dan cemuhan media-media BN tentang gagalnya 916, Cuma yang PASTI ialah pimpinan PAS yang diserang, sebagai contoh http://mimpiboneka.blogspot.com/2008/09/mustafa-ali-masuk-umno-lah-natang.html walaupun pandangan dan pendapat pimpinan PAS itu di terima pakai (apabila Anwar minta Pak Lah adakan Sidang Parlimen Tergempar), tetapi sebelum itu apa nista yang tidak di lemparkan kepada pimpinan PAS ini

Nasihat saya, Kadang-kadang apabila kita terlalu taksub kepada sesuatu perkara, kita lupa akan kebaikan yang cuba di nyatakan oleh orang yang yang bertentangan dengan ketaksuban diri kita


Al Bakistani berkata
Secara peribadi, aku menganggap bahawa PAS, PKR dan DAP sependapat denganku, bahawa tarikh 16 itu adalah tarikh kejatuhan UMNO/BN. Jika ini telah disepakati, tidak perlu kita berbalah tentang 16 september. Kalaupun ianya tidak berjaya dilaksanakan pada 16 september pun, …….

Satu perkara yang semua mesti menyedari tentang tarikh 16 Sept, adakah ianya di sepakati atau tidak? Bagaimana boleh lahirnya tarikh ini?.. Pakatan Rakyat adalah satu pakatan yang baru di tubuhkan selepas pilihanraya umum ke 12 yang lalu, sehingga ke hari ini masih belum ada sesiapa yang di nobatkan sebagai ketua kepada pakatan ini, yang ada ialah kesepatakan untuk melantik Dato' Seri Anwar Ibrahim (Bukan Presiden PKR) sebagai PM jika sekiranya PR berjaya menawan Parlimen…Jadi bagaimana PR ini berfungsi dan bergerak…ianya bergerak melalui mesyuarat Majlis Presiden diantara 3 parti dan dipengerusikan secara bergilir serta di adakan mengikut tarikhyang di persetujui bersama.

Sekarang ni tarikh 16 Sept itu di luluskan dalam Mesyuarat Majlis Presiden yang mana? Apakah ianya juga, sebelum meletakkan tarikh 16 september itu dibincangkan secara bersama dengan PAS dan DAP?, jawapannya TIDAK, ianya adalah tarikh yang di buat oleh DSAI dan meminta (memaksa) agar PAS dan DAP menerima tarikh tersbut sebagai tarikh peralihan kuasa, sebab itu apabila ditanya pimpinan PAS seperti Muhamad Sabu (Naib Presiden) beliau jawab semua itu rumours sahaja, tanpa apa-apa persetujuan awal oleh majlis presiden….. Tentu Al Bakistani tahu konsep syura tu macamana!

Mengapa sekarang baru di nyatakan perkara ini, Tidak, PAS cuba untuk menyatakan perkara ini sudah lama, bagaimana tarikh 16 September ini tidak relevan, Suara-suara tidak senang ini telah dapat di dengari sebelum Muktamar PAS dan paling kemuncak ialah semasa Muktamar PAS.

Al Bakistani menitip lagi
Ini dapat diumpamakan seperti kita hendak menghadiri satu majlis yang dijadualkan pada pukul 1 tengahari. Ketika bertolak, kita menjangkakan dalam masa setengah jam sahaja kita sudah sampai ke tapak majlis, tiba-tiba dipertengahan jalan berlaku sedikit kemalangan jalan raya, menyebabkan perjalanan jem dan agak perlahan, yang akhirnya kita sampai kedestinasi pada pukul 1:30 tengahari.

Apa yang penting, walaupun kita sudah lewat setengah jam dengan sebab jem yang berlaku, tidak selayaknya kita terus berputus asa dari meneruskan perjalanan. Bahkan, sewajibnya kita berazam untuk sampai ke destinasi yang dituntut, walaupun agak lewat sedikit.

Jika hari yang sama, itu mungkin orang akan kata tak mengapalah..ada masyaqqah di tengah jalan…ni dah masuk hari lain dah…tuan majlis kenduri dah basuh periuk belanga dah majlis dah habis…kalau kita sampai pun orang tak kata kita pegi untuk hadir majlis tu dah…tapi orang kata kita hanya ziarah baisa tuan rumah….bagaimana dengan andaian/kiasan ini, dalam dua keadaan ada dua kenyataan

1) Aku nak kawin tahun ini.
2) Aku akan kawin pada 16 September 2008 ni.

Kalau yang pertama tu tak jadi orang tak kisah mana pun…sebab mereka kata nak kawin, pengantin perempuan tak tahu lagi, duit pun tak tahu kat mana lagi, lembu pun tak beli lagi.
Tapi kenyataan kedua seudah tentu dalam benak dan pemikiran manusia yang waras akan menyatakan tentu sudah ada Pengantin perempuan (kalau tak ada takkan boleh tentu tarikhnya) tentu duitnya dah ada, tentu lembunya sudah di bayar deposit, tentu kad kawin sudah di edar (sebab tarikh dah ada) lebih-lebih lagi di yakini oleh YB Fauziah dari Taiwan
Cuba kita renung kesan dari dua keadaan ini, dan dalam keadaan manakah kita? Pasti nya kita dalam keadaan kedua….tiba-tiba tak jadi…bagaimana perasaan? Hampa, frust atau marah kerana dipermainkan?!

Saya rasa pembaca boleh menilainya….

Al Bakistani Berkata lagi…
Aku pernah bersembang dengan salah seorang Naib Presiden PAS tentang isu 16 september. Dia tidak mengulas panjang, bahkan lebih mengambil sikap, tunggu dan lihat. Tetapi, setelah ditanya dengan beberapa soalan tajam, beliau agak tidak bersetuju dengan peralihan kuasa pada 16 september itu.

Setelah didalami, didapati politik dendam terhadap Anwar Ibrahim juga membara dalam jiwa beliau. Beliau ada menyebut, bahawa beliau tidak dicalonkan sebagai salah seorang menteri dalam kerajaan pakatan rakyat.
Mendengar itu, aku meyakini, mereka yang tidak bersetuju ini kebanyakkan adalah kerana mereka tidak mendapat habuan dunia.

Saya minta supaya beliau berhati-hati dalam bercakap, kita semua berpuasa, walaupun mungkin kita berkata benar tentang sesorang namun jika tujuan kita untuk menjatuhkan airmuka seseorang itu pastinya ada hukumnya….saya percaya di Pakistan pun ada belajar benda ni. Naib Presiden PAS ada 3 orang

1) YB Husam Musa
2) Sdr Muhamad Sabu
3) Ustaz Ahmad Awang

Siapa yang di maksudkan oleh beliau dan kesemua itu bukan Ahli Parlimen, dan betulkah Anwar telah membentuk kabinet? Bersama siapa Kabinet itu di bentuk? Majlis Mesyuarat Presiden? Atau macam cerita letak tarikh 16 Sept, letak sendiri kemudian suruh orang lain setuju…..macam tu? Mana konsep syura?...pimpinan PAS mahu pun DAP dilihat tidak banyak memberi komen dalam perkara pertukaran kerajaan ini…kenapa? Sebab mereka tidak tahu….

Tentang tuduhan pimpinan PAS mahukan habuan dunia….ahli-ahli PAS boleh fikirlah sendiri..berasas atau tidak tuduhan itu di lemparkan kepada salah satu dari 3 orang naib Presiden PAS


Al Bakistani Terus Menulis

Padaku, peralihan kuasa perlu difikirkan secara adil tanpa melibatkan kepada sentiment dan kepentingan diri.

Yang paling penting, jangan disebabkan perangai dua tiga kerat pimpinan kita, menyebabkan kita menjadi golongan yang pasif dalam usaha menjatuhkan kerajaan BN/UMNO.

Dibimbangi dengan tindakan kita ini, menyebabkan apabila berlaku perubahan kerajaan, kita pula terhegeh-hegeh untuk memohon jawatan dalam kementerian-kementerian tertentu, tetapi dalam usaha untuk menjayakan kejatuhan BN/UMNO pada 16 september, kita dilihat agak tidak serius, bahkan seperti melepaskan batuk ditangga sahaja.

Wow. Hebat andaian….PAS menjadi golongan Pasif ?!!, Sejak bila PAS ini Pasif? PAS adalah parti yang paling aktif dalam usaha menjatuhkan UMNO sejak 1951, Al Marhum Tuan Guru Hj Fadhil Mohd Nor pernah menyatakan '….Perjuangan PAS ini ibarat ombak yang sentiasa memukul pantai, kadang-kadang ianya perlahan, kadang-kadang ia menjadi badai yang amat besar…namum untuk berhenti tidak sama sekali…'

Apa yang berlaku berkaitan dengan 916 ini, ialah PAS tidak mahu ahli dan penyokong PAS di hidang dengan suatu yang telah di lihat oleh pimpian sebagai sesuatu yang tidak jadi, tidak ada satu pun kenyataan pimpinan PAS yang cuba menafikan akan peralihan kuasa ini, Cuma komentar dari Cikgu Pa ialah teknikal yang tidak memungkin akan berlakunya peralihin kuasa pada 916. Kalau betul Anwar boleh buat dengan teknikal yang betul, parlimen pun bersidang..tidak ada seorang pun pimpinan PAS yang menafikannya

Persoalannya..kenapa strategi yang jelas tidak menepati target yang sebenar ini masih terus di bela dan dipertahankan sedangkan ianya benar-benar telah gagal. (tarikh 916..tarikh lain kita tunggu pulak)

Al Bakistani menulis lagi…

Tidak dinafikan, PAS mempunyai petugas-petugas yang ramai, tetapi disebabkan PAS berpolitik ala melayu, menyebabkan PAS banyak meletakkan kerusi-kerusinya dikawasan melayu, lalu dalam pilihanraya lepas, kerusi-kerusi melayu ini masih lagi dipegang oleh UMNO/BN, menyebabkan PAS menjadi parti yang terpencil dalam Pakatan Rakyat

Dengan mengakui akan kelemahan PAS dalam pilihanraya umum yang lalu (parti lain tak nak mengaku mereka lemah jugak…lantak dia) meletakkan PAS di kebanyakan kerusi Melayu adalah sesuatu yang di putuskan bersama oleh PAS dan PKR..masa tu DAP tak masuk lagi selepas keluar BA, dan PAS menerima itu di atas semangat syura bersama,

Bila PAS bertanding di kawasan melayu apakah stail politik yang perlu di bawa? Ala cina?, ala India, tentu ala melayu (walaupun itu juga salah)…PAS membawa ala Islam, politik yang bersih dari kemunkaran, sogokan, rasuah, Biadap, sehingga setiap calon yang terpilih mestilah berbai'ah dengan parti agar tidak melakukan perbuatan yang mengkhianati perjuangan Islam. Dan banyak lagi yang PAS bawa sebagai kesinambungan kepada Dakwah Islam yang bukan sahaja bermatlamatkan kemenangan, jika kemenangan sahaja matlamat maka PAS tidak akan meletakkan calonnnya di Sabah dan Serawak.

Satu perkara yang perlu di sedari ialah sekarang ini PAS parti yang terpencil atau PAS sekarang ini cuba di pencilkan. Banyak perbahasan yang di buat oleh Perwakilan Selangor tentang sikap Kerajaan Selangor yang di lihat cuba memencilkan PAS, bagaimana Dewan Pemuda PAS Selangor cuba untuk bertemu MB Selangor tetapi tidak di terima. Tapi PAS masih lagi dengan semangat dan keputusan Muktamar…perkuatkan PR.


JANGAN SYOK SENDIRI

Dalam tajuk ini Al Bakistani cuba mengengahkan 3 perkara .

1) PAS Syok Sendiri, rasa bagus berbanding dengan parti lain
2) PAS Kritik Anwar Ibrahim dan Auranya
3) PAS KeMelayuan

Saya pun tidak mengetahui dari kacamata mana al Bakistani melihat PAS, samada beliau memakai kacamata UMNO atau PKR..tapi jika beliau mendakwa bahwa beliau menggunakan kacamata PAS, itu tidak sekali-kali.

Beliau menyatakan bahawa PAS SYOK SENDIRI, dari sudut mana tidak di ketahui pandangan ini, kalau PAS syok sendiri..pasti PAS akan berjuangan sendiri tidak menghiraukan sesiapa…sedangkan sejarah telah membuktikan bahawa PAS telah berusaha untuk menggabungkan diri PAS dengan parti-parti lain, S46, PKR Berjasa termasuk UMNO dan BN dahulu.

Oooo itu cerita lama….ok cerita baru kalau PAS SYOK SENDIRI, PAS tidak akan menyerahkan kerusi-kerusi mereka dalam pilihanraya umum ke 12 baru-baru ini di Terengganu dan Kelantan kepada PKR walaupun PAS tahu di kawasan itu PKR hanya ada 1 cawangan dan 6 orang AJK Bahagian.

Tetapi PAS juga menyedari walaupun tiada cawangan tetapi disana PKR juga ada kekuatan walaupun tidak seberapa…..di serahkan juga kerusi tersebut. (menang atau kalah..itu kerja Allah)

Beliau juga menyatakan bahawa PAS banyak bercakap pasal Anwar Ibrahim di dalam Muktamar Agung baru-baru ini terututama muktamar Pemuda, seperti yang di nyatakan di atas tadi bahawa PAS telah bersetuju untuk menerima Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, apabila PAS bersetuju beliau sebagai PM maka pastinya PAS mengharapkan beliau mampu dan boleh membawa mandat PAS sebagai Perdana Menteri.

Oleh kerana beliau akan juga membawa mandat PAS sebagai pemerintah, maka pastinya beliau perlu di bincangkan..bila di bicangkan pasti akan ada kritikan dan sokongan…ke Anwar ni tak leh di kritik…kalau tak leh di kritik itu namanya Diktator.

Sejarah Muktamar PAS memperlihatkan kepada kita semua pimpinan PAS pernah di kritik, sebab itu budaya PAS, ada yang dirasakan tak kena maka mereka akan kritik, apa yang di rasakan betul dan tepat dengan Islam maka mereka akan sokong, mereka tidak akan mendiamkan diri.

PAS KeMelayuan, satu kenyataan yang saya sendiri kurang mengerti, PAS melalui lidah pimpinannya sendir menerangkan bahawa Dasar PAS ialah Islam, dan Islam melepasi batas perkauman dan warna kulit.

PAS tidak pernah menetapkan bahawa melayu sahaja yang boleh menyokong PAS, Bangsa lain tak boleh…..'oppssss sedara kita bukan bincang dasar..kita bincang strategi PAS terlalu melayu sangat…'

Dalam pilihanraya umum yang lalu PAS telah meletakkan ramai calon-calon bukan melayu tetapi ISLAM, Di Perak sekarang menjadi Ketua BBC DUN Perak, Di Kelantan sekarang menjadi EXCO kerajaan Kelantan…. Di Johor, untuk memperlihatkan keterbukaan PAS, PAS telah memberikan kerusinya kepada Sdri Kumata (Ketua Kelab Penyokong PAS Johor) untuk bertanding, seorang India yang masih belum Islam.. Atau apa yang di kehendaki oleh Al Bakistani? Dan muktmar baru-baru ini pun memberi gambaran bahawa kemungkinan akan ada calon PAS dari kalangan bukan Islam dalam pilihanraya ke 13 nanti.. (ke balik awal muktamar baru ni)

Akhirnya apa yang saya minta ialah kita fikirkan tentang survival Islam, bagaimana keadaan Islam akan datang, jika PAS di kritik kerana menyetuh perkara-perkara remeh temeh, yang boleh di selesaikan selepas UMNO jatuh, mengapa saudara tidak menulis tentang DAP yang banyak menyentuh perkara yang remeh temeh, tulisan jawi dan perkara remeh temeh oleh PKR, soal Azan (YB Xavier) Soal surau dan perkara-perkara lain.

Lihat lah PAS dengan kacamata Islam bukan dengan kacamata UMNO atau lain-lain parti.

Tiada ulasan:


'Paste'kan ke Blog Anda Tanda Sokongan

Koleksi Ayahanda