21 September 2008

Jawapan Kepada Sahabatku Al Bakistani

Pertamanya saya amat berbesar hati apabila pandangan saya terhadap penulisan Al Bakistani telah di beri respon yang begitu panjang lebar..kalau di 'paste' semula ke dalam 'word' ianya akan mengambil ruang sebanyak 7 mukasurat, dan pastinya beliau memerlukan masa yang sesuai untuk menjawab balik persoalan saya, melihat pada nota..jawapan beliau tamat di tulis pada pukul 4.45 pagi….mungkin lepas qiam malamta di terus 'mengadap saya'

Saya tidak mahu tranungkite ini menjadi medan kami berdua bermuhasabah, dan jika sekiranya beliau mengambil sikap mengubah beberapa persoalan yang telah saya ulas sebagaimana saya juga ada menerima beberapa poin pentinng dalam tulisannya itu, pastinya saya akan biarkan pembaca yang menilainya..akan tetapi oleh kerana beliau telah menyebut nama saya di dalam tajuk tulisan beliau, maka pastinya saya akan menjelaskan kembali (bukan berkelahi) mengapa dan kenapa saya berpendapat demikian.


PERTAMA:


Ulasan beliau
Tulisan ana itu, bukanlah dengan tujuan menempelak PAS, tetapi lebih bersifat "muhasabah" disebalik kelemahan yang berlaku. Ianya ditulis, dengan tujuan, agar PAS lebih bersifat segar, juga berjaya menarik satu pengaruh yang kuat sehingga pengaruhnya itu berjaya mengalahkan segala pengaruh-pengaruh individu-individu atau parti-parti yang lain.

Memang tidak dinafikan PAS adalah parti terbesar selepas UMNO, tetapi pelik, mengapa rakyat masih lagi nampak Anwar berbanding PAS????

Memang PAS telah membuktikan kejayaan memerintah di Kelantan, tetapi mengapa diperingkat nasional pula, rakyat tidak melihat kepada PAS, bahkan lebih suka melihat kepada Anwar Ibrahim??? Di manakah silapnya???


Beliau menerima pandangan saya bahawa PAS ada parti yang terbesar selepas UMNO, tetapi yang menjadi persoalannya ialah kenapa rakyat tidak melihat kepada PAS tetapi kepada Anwar Ibrahim?

Sememangnya adalah tidak adil untuk membandingkan antara PAS sebagai sebuah parti dengan seoarang individu, akan tetapi sedar atau tidak kita apakah yang menyebabkan rakyat melihat kepada Anwar Ibrahim? Apakah rakyat melihat kepada Anwar Ibrahim sekarang (bukan Anwar Ibrahim di zaman 70an) sebagai tokoh yang mempunyai idealisma perjuangan, adakah rakyat yang menyokong beliau pada hari ini adalah rakyat yang mendokong idealisma perjuangan beliau?

Al-Bakistani mungkin boleh menerima bahawa perjuangan Anwar sekarang tidak mempunyai idealisma sebagaimana beliau lakukan pada masa dahulu, apakah ada orang bertanya apakah idealisma perjuangan PKR? Kalau PAS dengan Islam, UMNO dengan Nasionalisma, DAP dengan Sosial Demokratnya, PKR/Anwar? Rakyat masih mencari-cari… ok idealisma bukan persoalan persoalannya ialah kenapa rakyat melihat Anwar?

Tentu saudara boleh bersetuju Anwar dikatakan berjaya menarik perhatian rakyat melebihi PAS adalah kerana isu, isu yang berlegar di sekeliling beliau, isu yang dicipta oleh beliau, dan isu yang di tohmahkan kepada beliau, Anwar bukan dilihat kerana idealisma perjuangan beliau, sebagaimana beliau di lihat suatu masa dahulu oleh masyarakat dengan Idealisma perjuangan Islam yang di bawa semasa di dalam Abim, Sebab itu Karpal Singh ada menyatakan baru-baru ini, bahawa Anwar bukan lagi Anwar yang dahulu.

Saya sedar bahawa pandangan saya tentang Anwar ini akan di sanggah oleh ramai orang, terutama yang terlalu yakin dengan 916 (walaupun dah tak jadi)

Adakah kita mahu kita mendapat perhatian kerana isu, dan isu yang pasti akan mendapat tempat dan perhatian ialah isu yang kontroversi, saya amat yakin pimpinan kita tidak mahu parti kita di jadikan bahan polimek isu yang satu sudut orang melihat ianya sebagai sesuatu yang menguntungkan sebab tiap-tiap hari akan masuk TV, Akhar. Tetapi apa akan jadi kepada penyokong di bawah?

Sebab itu jika kita melihat kepada kerajaan Kedah sekarang, mereka cuba mengelak dari terjebak kontroversi isu, akan tetapi mereka membina kerajaan dan memperkenalkan dasar-dasar kerajaan dalam keadaan yang selesa.

Ada orang menyatakan Isu juga penting, kerana kita parti politik kita tidak boleh terlepas dari isu, YA, itu diperakui, akan tetapi bagaimana dengan isu yang tidak berpijak pada alam nyata, sebagai contoh peralihan kerajaan pada 916, satu isu yang di cipta sehingga mendapat perhatian yang begitu hebat..tapi apakah kita mahu isu sebegitu di suapkan kepada penyokong dan ahli kita

BENAR ITU AMANAH, BOHONG ITU KHIANAT

KEDUA:

ULASAN BELIAU:
Tidak dinafikan memang PAS memang ada kebaikan yang banyak. Lebih-lebih lagi, dasar PAS itu adalah dasar Islam yang sudah pasti lebih baik dari segala parti-parti yang wujud di Malaysia.

Persoalannya; Bukankah, dengan merujuk kebaikan kita sahaja, tanpa melihat kelemahan kita, itu dipanggil sebagai "Syok sendiri'???? begitujuga, dengan merujuk kelebihan kita disamping menafikan kelebihan orang lain juga disebut sebagai "Syok sendiri"???

apakah dengan sebab dasar islam yang PAS perjuangankan, sehingga PAS ini menjadi parti Ma'sum sehingga tidak mempunyai sebarang kelemahan??? Kalau tidak mempunyai kelemahan, mengapa sebilangan pimpinan PAS merasakan bahawa mereka diterima, sedangkan dalam masa yang sama, rakyat lebih melihat kepada Anwar Ibrahim berbanding pimpinan PAS??? Di manakah silapnya???

Persoalan syok sendiri ini saya ulas di akhir tulisan saya, tetapi al bakistani telah meletakkan di bawah tajuk kedua..begitu kuat sangkaan bahawa PAS ini Syok sendiri, saya amat sedih dengan pandangan beliau ini, bila saya melawat blog beliau saya dapati beliau adalah seorang pejuang PAS, tetapi tergamak berkata perkara yang tidak sebenar terhadap PAS,

Pesoalan syok sendiri ni mungkin pada pandangan beliau adalah kerana PAS merasakan bahawa ini baik dan tidak melihat kepada kelemahan sendiri, dua perkara yang saya rasa beliau terlupa untuk jelaskan, PAS adalah yang terbaik dan tidak ada kelemahan dari sudut dasarnya, dan saya rasa al Bakistani amat bersetuju dengan saya. Mungkin yang beliau maksudkan ialah strategi dan pelaksanaannya PAS dianggap syok sendiri, sehingga sekarang saya masih belum nampak lagi apa yang di maksudkan dengan tuduhan beliau dan jawapan yang saya berikan dalam jawapan saya terhadap tulisan beliau itu pun beliau tidak mengulasnya, Cuma yang ada kata-kata PAS SYOK SENDIRI.

Nak dikatakan PAS tidak boleh menerima kritikan, Beliau pun tahu bagaimana stand PAS dalam menghadapi kritikan kerana beliau juga adalah pelanggan tetap Muktamar PAS, Merujuk kepada kebaikan kita sahaja? apakah kita tidak boleh merujuk jika sekiranya itu benar-benar kebaikan, PAS menafikan kebaikan orang, apakah tidak boleh menafikan jika sekiranya di sana terdapat ketidak baikan.

PAS tidak pernah menganggap PAS maksum, Hanya orang-orang UMNO sahaja yang menuduh PAS ini maksum, jika PAS ini maksum pastinya PAS tidak akan bertalluf dengan parti-parti lain sehingga kekadang PAS kehilangan pengaruh akibat tahalluf itu, PAS satu masa pernah menerima CCC akhirnya PAS kalah teruk 1982, Saya masih lagi belum faham dengan kenyataan bahawa PAS menafikan kebaikan orang lain, dan hanya merujuk kepada kebaikan kita sendiri. Apakah sebenar yang bermain di benak al bakistani ini sehingga mengeluarkan kenyataan begini, jika sekiranya masalah ini berlaku di kawasan saudara…tolong jangan libatkan PAS SeMalaysia.

Atau mungkin beliau merujuk kepada pandangan Cikgu Pa terhadap 916, itu pandangan Cikgu Pa, adakah orang lain ada merujuk kepada kebenaran kenyataan Cikgu Pa itu, tidak ada, bahkan herdikan yang ada, ada Cikgu Pa melenting apabila orang tidak menerima kenyataan beliau itu, tidak. Atau adakah Cikgu Pa mengeluarkan kenyatan ' memulang paku buah keras' apabila Anwar pun meminta supaya Pak Lah mengadakan sidang tergempar parlimen..pun tidak. (kalau pandangan Cikgu Pa di anggap sebagai Syok sendiri)

Saya masih lagi berpusing-pusing mencari punca mengapa seorang pejuang seperti beliau ini sanggup menuduh wadah beliau sendiri sebagai syok sendiri.

KETIGA:

ULASAN Beliau lagi..
Tidak diketahui apa sebenarnya yang sedang berlaku dalam mesyurat Presiden. Pada aku, 16 september bukan isunya. Tetapi isunya adalah, bagaimana hendak menjatuhkan UMNO dan BN. Padaku, 16 september merupakan strategi Anwar untuk menjatuhkan Barisan nasional, sepertimana strategi slogan "Negara berkebajikan" yang dilaungkan oleh PAS dalam pilihanraya lalu untuk menjatuhkan BN.

Persoalannya; Kalau kejayaan 16 september berjaya, bukankah itu serupa kejayaan kita melaksanakan "Negara kebajikan" yang kita laung-laungkan??

Salahkah melaungkan 16 september sebagai hari kejatuhan BN?? Jika salah, apa bezanya dengan PAS yang melaungkan dalam setiap Pilihanraya bahawa 'kita akan memerintah terengganu', tetapi tidak menang juga dalam pilihanraya???

Diandaikan 16 september hari itu berlaku, apa yang PAS telah lakukan untuk menjayakan target itu??? Dan diandaikan juga, sekiranya pada 13 oktober peralihan kuasa ini berlaku, apa peranan PAS pula ketika itu???

Naib Presiden Tuan Haji Muhammad Sabu telah menjelaskan dalam harakah bahawa 916 ini romurs, maknanya Jawatankuasa PAS Pusat yang di ketuai oleh Presiden yang juga anggota majlis presiden PR tidak mengetahui asal usul tarikh 916 ni lahir, dalam erti kata penetapan tarikh itu tidak di bincang dalam mesyuarat majlis Presiden.

Yang kedua, Bukan masalah 16 Sept…macamana boleh jadi macam tu pulak…tajuk tulisan Al Bakistani "16 september : kita bersedia atau tidak??" maka sebab itu lah saya tekankan 16 September, dan kenapa hampir kesemua pimpian PKR dan sebahagian dari PAS yang termakan dengan hal ini (mudahan al Bakistani tidak) masih lagi mendondangkan 916 sehingga ke saat akhir 15 September dalam keadaan mereka tahu bahawa 916 itu tidak akan berlaku?

Saya tidak menentang peralihan kuasa, bahkan saya yang pertama setuju…masalahnya kenapa di sogokan dengan tarikh yang sedemikian, YB Fauziah mengeluarkan kenyataan dari Taiwan bahawa plan 916 masih tidak berganjak, YB Tian Chua sebaik sampai di KLIA dari Taiwan juga masih menyatakan 916 tidak berganjak, sehingga rakyat tertunggu-tunggu dalam keadaan yang tidak pasti.

Bila tak jadi 916…maka kenyataan beralasan pun keluar…oooo bukan 916 target kita, 916 bukan isu, habis tu kenyataan yang bertali arus menyakinkan plan 916 tu orang panggil apa?

Tidak ada satu pun ayat Insyaallah…bila sebut 916, dengan penuh keyakinan, dengan kehebatan….tiba-tiba peranan PAS di persoalkan…Kebenaran Senarai ahli MP yang ingin melompat ada di persoalkan….Anwar kata ada dah senarai 30 orang, 31 orang, 35 orang, ada sesiapa yang cuba persoalkan kebenaran itu, kerana ketika Anwar mengistiharkan adanya MP seramai 35 orang yang akan lompat…tiba-tiba yang sebelah sana menafikannya.. Sepatutnya keluarkanlah senarai..atau paling kurang kepada Majlis Presiden…tidak ada pun.

Mengapa tidak ada seorang pun termasuk Al Bakistani mempersoalkan kebenaran senarai MP yang akan melompat…oooo itu strategi….kalau sekiranya menyembunyikan itu satu strategi….kenapa tidak kita mengambil sikap menyiarkan senarai nama itu juga satu strategi…. Yang boleh menjadikan momentum desakan yang lebih kuat.
KEEMPAT:

ULASAN beliau lagi

Apakah mustahil berlaku orang yang sudah jemput hadir kenduri kahwin pada 16 september, yang sudah pasti sudah diketahui siapa pengantinnya, dan tempat majlis perkahwinan berlaku, tiba-tiba, majlis itu terpaksa ditangguhkan pada tarikh lain, disebabkan pengantin lelaki diketahui terlibat dalam kemalangan, atau tertangkap ekoran terlibat dalam satu tuduhan jenayah?? Apakah ini mustahil????

16 september yang dicadangkan, tetapi disebabkan plan politik yang tersilap percaturan, BN telah bawa lari MP-MPnya keluar Negara. Justeru itu, apabila dicadangkan penangguhan tarikh. Apakah ini satu tindakan yang salah????? Dan kalau semua rakyat tahu tindakan BN itu, apakah mereka masih lagi merasa hampa dan frust??? Ya!! Memang hampa, tetapi apakah hampa pada usaha menjatuhkan kerajaan BN, atau hampa kerana benci dengan sikap BN yang bawa lari MP-MPnya???


Sekarang ni persoalannya tidak ada yang mati dan kemalangan, apabila BN bawak lari MP mereka ke Taiwan PKR juga hantar wakil 5 orang untuk berjumpa mungkin mengesahkan stand mereka, jawapannya YB Fauziah menyatakan clear, plan 916 berjalan seperti biasa, Yb Tian Chua kata MP yang akan lompat masih tetap mahu lompat Cuma tunggu pimpinan PR buat keputusan 916 masih dalam target… Malam Menyambut Hari Malaysia di sebuah Stadium di Selngor juga menyatakan jadi.

Dalam bahasa yang Al Bakistani ulas itu , saya boleh kata tidak ada kemalangan tehadap pengantin lelaki, pengantin lelaki tidak ditangkap pun…kita dah hantar 5 orang wakil kita pergi tengok…wakil kita kata OK, semua macam biasa…tapi..tak jadi jugak…kenapa ye?

KELIMA:

ULASAN beliau lagi

Kalau ikutkan hati, hendak sahaja ditulis nama naib presiden itu. Tetapi, sengaja tidak ditulis namanya, kerana hendak menjaga air muka si naib presiden tersebut.

Persoalannya, apakah salah menyebut bahawa ada Naib presiden bercakap sedemikian??? jika tidak boleh, apa bezanya sebilangan pimpinan PAS yang menyebut terang-terangan ketidaksetujuan mereka secara jelas terhadap pimpinan parti lain, yang kadangkala menyebut namanya secara terang??? Ke kepada PAS tak boleh, tetapi kepada parti lain tak mengapa???

Kalau itu pandagan Al Bakistanil mengapa tidak menyebut sahaja nama naib presiden tersebut? Jika beliau melihat bahawa dengan tidak menyebut itu sebagai satu masalah, kita boleh dengar pulak apa komen naib presiden tersebut, dan kalau betul dia berkata dengan dalam keadaan dia dah tahu Kabinet Anwar Ibrahim, Perwakilan boleh menilai dalam pemilihan yang akan datang..bila masa PAS melarang hal-hal demikian? Atau Al Bakistani sahaja yang merasakan bahawa PAS melarang, saya cadangakan saudara menyebutnya..kerana mengikut kenyataan saudara ini akan menyebabkan padangan serong pada PAS jika tidak di sebut.. maka sila sebut. Dan saudara kena bertanggungjawab di atas kenyataan itu.!


KEENAM;

ULASAN beliau lagi

Setahu ana, semua pimpinan PAS bukan malaikat, bahkan manusia yang mempunyai hawa nafsu dan tidak lepas dari gangguan Syaitan. Tak taulah pulak kalau kita berpegang sepertimana pegangan puak-puak Syiah yang mendakwa "imam" mereka sebagai ma'sum.???

Bahkan PAS sudah ada sejarah, bahawa Ustaz Nakhaei masuk UMNO dikala beliau berada dijawatan naib Presiden PAS. apakah Ustaz Nakhaei masuk UMNO itu kerana habuan Akhirat???

Bila saya menyatakan bahawa pimpinan PAS Malaikat cuma saya mahukan agar penyokong dan pendokong PAS menilai yang mana satukah antara Naib Presiden tersebut yang gilakan akan habuan dunia, fikir dan pertimbangkan..

Atau Al Bakistani yang mengharapkan pimpinan PAS ni seperti malaikat takpayah fikir pasal dunia, fikir pasal akhirat sahaja, habuan dunia ni kita bagi kepada DAP dan PKR sahaja… kalau pimpina PAS pikir pasal dunia….oooo tak boleh..anda dari parti Islam…anda pikir pasal akhirat sahaja?

KETUJUH;

ULASAN beliau lagi:

Pada ana, PAS masih lagi berpolitik ala melayu, lantaran itu banyak kerusi-kerusi PAS diletakkan di dun-dun dan parlimen-parlimen mejoriti melayu.

Kalau letak di Dun-Dun dan Parlimen yang mejoriti bukan melayu, itupun amat terpencil, bahkan dijadikan Dun atau parlimen tersebut sebagai Dun atau parlimen yang bukan focus.

Persoalannya;

Mengapa tidak fokuskan kepada Dun dan perlimen yang mejoriti rakyat non muslim dan bukan melayu????

Persoalannya Akhi…pembahagian kerusi itu adalah kesepakatan diantara PAS dan PKR, mesyuarat diantara PAS dan PKR, bukan terletak di tangan PAS semata-mata, kedudukan kerusi di PUTUSKAN BERSAMA diantara PKR dan PAS, dan kemudian PKR berunding dengan DAP.


KELAPAN:

ULASAN beliau lagi
Memang benar dilihat PAS sudah dipencilkan. Keadaan ini berlaku di Selangor, tetapi mungkin agak tidak berlaku di negeri perak.

Persoalannya;

PAS dipencilkan itu, adakah kerana orang melihat kepada PAS, atau kerana pimpinan PAS dalam kerajaan itu tidak mempunyai kredibaliti yang meyakinkan???

Mengapa keadaan selangor tidak berlaku di perak????

Pertama terima kasih kerana memperakui akan kenyataan bahawa bahawa sedang di pencilkan di Selangor..tetapi Al Bakistani mempersoalkan pulak kewibawaan pimpinan PAS Selangor, Apa Dato' Dr Hassan Ali tak ada wibawa ke? Orang akan tidak setuju kalau saya kata bahawa Dato' Hassan Ali tidak berwibawa, adakah pimpinan-pimpinan PAS di Selangor tidak cukup kreadibaliti ke untuk memimpin GLC-GLC di Selangor, atau adakah Ustaz Salehin Muhyi tidak cukup syarat untuk bertemu dengan MB Selangor yang amat berwibawa dan berkredabaliti itu?

Di Perak! Apa kata anta jika di Perak DAP ada wakil Rakyat yang Melayu Islam, adakah Nizar akan jadi MB?

KESEMBILAN;


ULASAN;

Kalau baca article ana yang lepas, ana menyatakan bahawa PAS berpolitik 'ala melayu'. Ana tidak tulis 'terlalu melayu'.
Apabila menyebut "ala melayu", bermaksud, PAS masih lagi berpolitik dalam lingkungan melayu, walaupun berhadapan dengan non melayu.
Isunya, mengapa islam telah dikecilkan skopnya. Sedangkan islam merupakan agama universal.
Ana melihat, orang-orang PAS masih lagi suka berusrah sesama ahli PAS, dan sesama melayu, tetapi tidak serius "berusrah" dengan non Muslim.
Ekoran dari itu, Non Muslim masih lagi kabur dengan bentuk kerajaan islam yang PAS perjuangkan. Jika benar PAS sudah melepasi lebih dari sempadan melayu, mengapa non Muslim masih lagi kabur dengan perjuangan PAS????
Mungkin akan dijawab, bahawa UMNO punca segala-galanya, oleh itu, apa yang telah dilakukan untuk membaiki balik pandangan buruk itu???
Jika telah dilakukan, adakah secara serius atau tidak???
Apabila tertubuh 5 kerajaan pakatan rakyat, dikelantan dan di kedah, sudah dilakukan dialog dengan Non muslim dan Non Melayu ini, tetapi bagaimana pula di Selangor??? Mungkin di perak sudah lakukan, tetapi bagaimana pula di Pulau penang???
Yang lebih bermain dalam pemikiran ana, PAS pusat sendiri, apakah tindakan yang telah mereka lakukan untuk memahamkan Non Muslim dengan islam itu sendiri??? Kalau telah dilakukan, adakah secara serius atau tidak?? Kalau sudah serius, benarkah itu sememangnya serius, atau lebih bersifat bagaikan melepaskan batuk ditangga sahaja, tetapi didakwa sebagai serius????

Persoalan yang di bangkitkan ini ialah persoalan sejauh mana pendekatan PAS terhadap non muslim, dan dakwah terhadap mereka, bagi saya persoalan ini begitu banyak diperkatakan sejak 2-3 tahun kebelakangan ini terutama di dalam Muktamar, bagaimana untuk menangani permasalahan ini? Terdapat berbagai cadangan dan usul yang telah di kemukakan dan di bahaskan termasuk berkaitan dengan keahlian terhadap golongan non-muslim ini.

Walaubagaimanapun bagi pandangan saya tindakan yang sedang PAS lakukan ini adalah sesuatu yang boleh di anggap sebagai positif, walaupun ianya belum lagi dapat memuaskan hati al Bakistani akan tetapi kita mendoakan agar ianya akan lebih efektif di masa akan datang.

Mungkin desakan dari perwakilan belum cukup..atau mungkin kerangka kerja di peringkat pusat masih belum kemas ke arah ini, tetapi untuk menafikannya secara total dan menafikan jalan kearah perkara itu adalah sesuatu yang tidak adil kepada PAS.

Secara perbuatan PAS telah tunjukkan di Kelantan, tapi mungkin ada yang masih belum berpuas hati dengan apa yang di lakukan di Kelantan, walaupun apa yang berlaku itu telah memberikan impak yang amat besar kepada golongan Non Muslim di dalam dan luar Kelantan terhadap pandangan mereka terhadap PAS dan Islam.


KESEPULUH:

ULASAN Beliau ;
Tulisan ana yang lepas, lebih melihat kepada pengalaman ana sebagai seorang ahli PAS yang berjawatan diperingkat kawasan dan negeri yang bergaul dengan Non Muslim, juga dari ahli-ahli parti yang bukan dari parti PAS.

Ana sudah cuba melakukan satu perubahan, tetapi menyedihkan agak kurang mendapat sokongan dan dokongan. Ekoran itulah, article itu terpancul keluar.

Persoalannya;

Apakah tulisan ana itu menggambarkan ana melihat PAS bukan dari kacamata islam??? Jika benar bukan dari kacamata Islam, ana ingin bertanya, apa agaknya yang non Muslim fikirkan tentang PAS apabila melihat PAS sebagai sebuah parti Islam????

Beliau gagal memahami maksud saya dari kacamata UMNO, maksud saya dari kacamata UMNO ialah, apabila kita melihat kepimpinan PAS sama seperti orang UMNO melihat Kepimpinan UMNO.

Orang UMNO melihat kepimpinan mereka sebagai pemimpin yang mengambil kesempatan terhadap habuan dunia menyebabkan mereka pun sama bertindak macam pemimpin mereka, Mereka melihat apabila Pimpinan mereka mengeluarkan pendapat, maka pendapat itu adalah untuk cari glamour dan publisiti

Kita tidak mahu melihat kepimpinan kita seperti itu!, dengan tidak menafikan akan ciri 'kemanusiaan' mereka, tetapi 'tahap keikhlasan ' dan 'lillah' kepimpinan PAS perlu di nilai sama dan jangan menyamakan dengan pimpinan UMNO.

Walaupun kekadang kita melihat strategi mereka tidak berapa kena (mengikut padangan kita) janganlah kita menuduh mereka sengaja mencari publisiti dan galmour untuk habuan dunia semata-semata, kerana kalau itu yang mereka cari tentunya mereka telah bersama UMNO.

PENUTUP al Bakistani

Pada ana, tulisan saudara Zahash bukanlah memfokuskan kepada isu-isu dasar yang ana kemukakan dalam article yang lalu.

Jika merujuk balik kepada article ana yang lalu, ana lebih memfokuskan PAS sebagai parti dakwah yang perlu diperkasakan usaha dakwahnya, yang bukan sekadar dikalangan orang melayu, tetapi hendaklah menjangkau usaha dakwah sehingga kepada Non Muslim.

Begitu juga, ana menekankan agar pihak PAS lebih memfokuskan kefahaman tentang islam yang perlu mereka tekankan ketika berhadapan dengan non Muslim, bukannya sekadar isu-isu politik sahaja yang dibentang.

Juga, perlu diadakan satu usaha yang kuat, dalam berdampingan dengan non Muslim, juga "orang-orang pelik" dalam usaha menyampaikan mesej islam kepada mereka.

Pada pandangan ana ini, kita masih lagi tidak melakukan semua ini secara serius.

Saudara membicarakan perkara ini di akhir artikel saudara sahaja..peringkat awal saudara banyak membicarakan tentang peralihan kuasa sahaja, tanpa membincangkan perkara-perkara yang saudara dakwa sebagai dasar itu.

Saya harap..apabila kita berbicara, berbicaralah mengikut tajuknya..satu persatu

www.zahidyusof.blogspot.com

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ustaz Zahid, Pada pendapat ana, tak perlu sampai jawab menjawab secara setiap perkataan. Sudah lumrah aa perbezaan pendapat.

Terima kasih membantu ana sewaktu zaman kpkm dulu terutamanya bab percetakan majalah kpkm.

Thanks

Zikri Jilani berkata...

Assalam ..

betul kata sahabat di atas tu, huraian panjang lebar tak perlu.

respon pembaca akan hilang dan kita jadi syok sendiri saja.

Tapi tahniah kerana sdr cuba ketengahkan pendapat yang bernas. pendapat cuma persepsi.

sila ke blog saya
Zikri jilani.blogspot.com - jejak jebak


'Paste'kan ke Blog Anda Tanda Sokongan

Koleksi Ayahanda