28 Mac 2010

UMNO menipu Rakyat Terengganu..kita tunggu apa lagi



Lebih setahun yang lalu, kira-kira menjelang waktu berkempen untuk pilihanraya kecil Kuala Terengganu, gambar Menteri Besar Terengganu Dato' Ahmad Said memegang sekeping replika cek bernilai RM408.6 Juta telah ditonjolkan oleh beberapa media utama .
Berita yang diputarbelitkan adalah seolah-olah pembayaran royalti telah kembali Kepangkuan rakyat dan kerajaan Terengganu.

Unit Komunikasi negeri Terengganu melaporkan;

Penantian rakyat Terengganu untuk melihat hasil royalti minyak diserahkan kepada Kerajaan Negeri kini menjadi kenyataan apabila Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyerahkan cek RM408.6 Juta.

Bernama pula menulis;

Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan negeri Terengganu perlu menggunakan sebaik mungkin wang royalti berkenaan dan pada masa yang sama bersyukur dengan anugerah yang diberikan itu.

Beliau berkata janji kerajaan pusat untuk memulangkan kembali wang royalti minyak ke pangkuan rakyat Terengganu sudahpun ditunaikan dan itu melambangkan keikhlasan kerajaan pusat.

"Cek wang royalti berjumlah RM408.6 juta saya serah sendiri kepada Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said. Ini melambangkan keikhlasan kita.

Berita Harian turut melaporkan;

"Kerajaan Pusat mengembalikan hak rakyat Terengganu dengan menyerahkan wang royalti kepada kerajaan negeri sebanyak RM408.6 juta.

Dengan itu, Kerajaan Terengganu sudah cukup pitih (duit) untuk melaksanakan pelbagai pembangunan yang dirancang selama ini," katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, Kabinet juga memutuskan pemberian wang ehsan akan dihentikan kerana Kerajaan Pusat menghormati perjanjian yang termaktub dengan Kerajaan Terengganu berhubung pembayaran royalty

Utusan Malaysia pula melaporkan;

“Seandainya minyak pupus, Terengganu dengan langkah ini akan dapat punca pendapatan tambahan,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan cek royalti minyak berjumlah RM408.6 juta kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said di sini hari ini.


Maka seluruh rakyat pun dikatakan gembira kerana kerajaan pusat telah menyerahkan kembali royalti kepada kerajaan negeri Terengganu.

Dilaporkan berita susulan, dengan menemuramah beberapa orang rakyat Terengganu dan semuanya memberikan jawapan, sukacita bahawa royalti telah kembali ke pangkuan negeri Terengganu.

Namun apa yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara, Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi, Negeri Terengganu Tahun 2008 adalah sebaliknya.

Dalam muka surat 12, menurut Jadual 4.10 menyerlahkan kebenaran bahawa bayaran RM408.6 juta, bukanlah bayaran wang royalti.

Ia adalah sebenarnya merupakan bayaran baki peruntukan Dana Khas bagi tahun 2007 dan 2008 yang berjumlah RM408.60 juta, yang dibayar pada bulan Disember 2008 -
Petikan Buletinonline

Tiada ulasan:


'Paste'kan ke Blog Anda Tanda Sokongan

Koleksi Ayahanda