Perbincangan tentang Negara Islam masih lagi hangat di perkatakan, seakan-akan perkara negara Islam ini sesuatu yang baru dan tidak pernah wujud sebelum daripada ini, sedangkan Negara Islam yang di asaskan oleh Rasulullah saw adalah satu kerajaan yang paling lama memerintah di atas muka bumi, lebih dari seribu tahun. Namun pada hari ini kita memerhatikan seolah-olah perkara ini tidak pernah wujud di atas muka bumi. Sepatutnya mereka yang ingin memperkatakan perkara ini perlulah menoleh sejenak kebelakang melihat sejarah yang telah tercipta dengan tinta emas, bagaimana Kerajaan Islam itu dapat bertahan dan terus memberikan keadilan kepada semua rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan.
Kemungkinan perancangan golongan Kuffar untuk menggelapkan perkara ini amat berjaya, sebagaimana mereka berjaya menutup kewujudan negara Islam di Spanyol dan di Eropah, yang ada hanyalah kejayaan mereka (kuffar) mewujudkan berbagai revolusi yang di katakan membawa kepada kemajuan, Kemungkinan ilmu inilah yang dipelajari oleh sesetengah pimpinan di tanahair kita pada hari ini samada di dalam UMNO, PKR mahupun DAP, seakan mereka tidak pernah mendengar atau membaca tentang kewujudan Kerajaan Islam dahulu yang memerintah berbagai bangsa, agama dan keturunan sehingga seolah-olah mereka meragui akan keupayaan Islam memerintah Malaysia.
Begitu juga, apabila berbincang tentang negara Islam, yang menjadi sasaran adalah PAS, PAS di minta supaya berlapang dada, berfikiran terbuka, jangan fanatik, jadilah orang politik yang bijak, jangan jumud, dan berbagai-bagai lagi saranan yang di ajukan kepada PAS, tetapi apakah yang di lakukan oleh yang membuat cadangan itu kepada PAS, apakah mereka sudah mempelajari apakah itu negara Islam, apakah mereka telah membuka minda dan pemikiran mereka terhadap agama Islam, adakah merek cuba untuk melepaskan diri mereka dari kejumudan, kesempitan Sekularisma, Nasionalisma dan fahaman-fahaman lain lagi.
Bila menyebut perkara ini saya teringat akan satu aduan dari seorang sahabat yang bertugas sebagai gur j-Qaf di satu sekolah, dimana telah di taklimatkan oleh pihak Guru Besar bahawa semua guru mestilah terlibat dalam kegiatan Ko-Kurikulum di sekolah di waktu petang, dan di tekankan bahawa semua guru agama mestilah terlibat, semua mestilah memakai pakaian sukan termasuk ustazah tua, "kita mesti open-minded" kata guru besar, maka dengan arahan itu semua guru mematuhi arahan tersebut atas alasan mestilah berfikiran terbuka.....tetapi bagaimana pula dengan Kem Solat?, Kem Ibadah? Tasmi' Quran? kenapa tidak arahan terus daripada sekolah supaya cikgu-cikgu lain turut terlibat, kenapa tidak ada arahan kepada guru-guru lain (yang beragama Islam jugak) supaya open-minded la sikit untuk menerima program-program keagamanan ini.
Berbalik kepada polimik sekarang? adakah PAS tidak melakukan apa yang sepatutnya lagi? PAS sudah lebih daripada apa yang sepatutnya di lakukan, dan PAS pasti akan terus melakukan apa sahaja demi untuk menjayakan PR (Pakatan Rakyat) cuma kita minta orang lain cuba la buka sikit fikiran terhadap Negara Islam, bacalah sikit perkara yang berkaitan dengannya dalam buku-buku ulama' yang muktabar, JANGAN duk terima takrif KERAJAAN ISLAM DARI UMNO