DAP menyokong tindakan disiplin yang dicadangkan terhadap ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat yang terlibat mengganggu forum Majlis Peguam kelmarin bagi mengelak imej gabungan pembangkang itu "sama rendah dengan Umno".
Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng juga mendakwa kenyataan timbalan perdana menteri berhubung tindakan penunjuk perasaan menentang forum Majlis Peguam kelmarin sebagai "menyokong keganasan" dan "cuba memulihkan nasib BN yang semakin merosot."
Beliau berkata, ugutan Datuk Seri Najib Razak untuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap penganjur sebagai kenyataan tidak bertanggungjawab dan tindakan terdesak.
"Sekarang BN tidak lagi menjawab dakwaan-dakwaan melakukan rasuah, salah urus, penyalahgunaan kuasa dan pembaziran, mereka kini bermain dengan api dengan menggunakan agama untuk menakutkan orang ramai," kata Lim, yang juga ketua menteri Pulau Pinang.
Ulasan
Setelah menunggu komen dari DAP terhadap isu Forum yang di anjurkan oleh Bar Council, akhir terkeluar juga komen yang melambangkan DAP benar-benar DAP, walaubagaimanapun pasti ramai akan menyatakan bahawa kenyatan DAP di atas ialah kenyataan yang melambangkan kebijakan dalam berpolitik, manakala kenyataan Presiden PAS yang meminta supaya Forum itu dihentikan baru-baru ini sebagai kenyataan tak cerdik, terperangkap dengan musuh dan sebagainya (terutama penulis macam Tulang Besi).
Berbalik kepada kenyataan KM Pulau Pinang ini yang menyokong tindakan disiplin kepada ahli-ahli Parlimen PR yang terlibat dengan bantahan Forum ini di atas alasan bahawa imej MP PR ini sama rendah dengan UMNO.
Satu kenyataan yang sememang amat memelikkan. Persoalan utama di sini ialah isi forum tersebut mencabar Islam, mencabar Islam ialah satu perbuatan yang tidak boleh di lihat sebagai sesuatu yang enteng, itulah persoalan sekarang, bukan masalah forum, bukan masalah Bar council, persoalan Islam di cabar, dan menjadi satu dosa yang amat besar jika sekiranya umat Islam membiarkan Islam itu di cabar, di mana-mana, oleh sesiapa dan bila-bila.
Jika sekiranya pihak KM melihat ini adalah perangkap UMNO, bermakna Bar Council juga adalah alat kepada UMNO/BN, akan tetapi apa yang kita tahu ramai ahli DAP atau PKR yang menjadi peneraju kepada Bar Council ini. jika sekiranya kita tidak mahu isu ini di perbesarkan sehingga MP PR di lihat telah masuk ke perangkap UMNO/BN kerana isu ini menenggelamkan isu-isu rasuh dan salah guna kuasa, sepatutnya DAP, PKR dan mana-mana pihak yang tidak mahu melihat UMNO kembali bernafas dengan isu ini (jika betul) hendaklah membantah atau dengan lebih lunak lagi menasihat samada secara berdepan, atau secara senyap-senyap kepada Bar Council agar tidak mengadakan forum tersebut, kerana Umat Islam pantang di cabar walaupun mereka berseorangan.
Tetapi apa yang kita lihat hanya Presiden PAS sahaja yang menasihatkan Bar Council supaya tidak melakukan perkara tersebut, DSAI cadang supaya di adakan secara tertutup, tak apa lah macamana sekalipun asalkan ada kata nasihat atau teguran kepada Bar Council tentang bagaimana sensitifnya isu ini. KM Pulau Pinang ini sepatutnya bersuara lebih awal sebagaimana TGHH & DSAI kepada Bar Council agar mereka tidak menjadi alat kepada UMNO, tetapi tidak. KM P.Pinang hanya menunggu selepas, bukan untuk menasihatkan Bar Council supaya jangan mengulangi hal ini akan tetapi sebaliknya menyalahkan orang yang membantah, bantahan tidak akan berlaku kalau Forum itu tidak di lakukan. dan forum itu mungkin tidak di lakukan jika sekiranya Parti-parti politik majoritinya bukan Islam seperti DAP, atau NGO bukan Islam yang lain turut sama bersama TGHH & DSAI menasihatkan Bar Council menghentikan Forum tersebut atas sebab kestabilan negara, atau paling kurang atas sebab tidak memberi nafas kepada UMNO/BN untuk terus hidup.