14 Mei 2008

Idris tidak tahu !!!! (ye ke??)





Oleh : Rahayu Mustafa
Idris tidak tahu - Wang Royalti yang diterima hanya RM1.3 billion dan bukan RM7.3 billion seperti yang dinyatakan.Kuala Terengganu - Bekas Menteri Terengganu, Datuk Idris Jusoh menjelaskan wang royalti minyak sebanyak RM7.3 billion yang diberikan kepada Terengganu dari tahun 2004 hingga 2007 bukan diurus atau dikawal kerajaan negeri. Malah kata Idris, beliau sendiri sebelum ini tidak mengetahui mengenai jumlah sebenar wang royalti Petronas seperti mana dinyatakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Amirsham Aziz dalam Persidangan Dewan Rakyat kelmarin.Dalam persidangan tersebut, Amirsham memberitahu sebanyak RM13.4 billion wang royalti minyak Petronas diserahkan kepada kerajaan pusat manakala RM7.3 billion diberikan kepada Terengganu manakala Sabah dan Sarawak masing-masing menerima RM1.2 billion dan RM4.8 billion. Idris yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu berkata, kerajaan negeri ketika di bawah pimpinannya sebelum ini hanya dimaklumkan sebanyak RM1.3 billion diberikan kepada Terengganu pada setiap tahun dalam tempoh tiga tahun tersebut." Wang royalti petroleum itu diberikan dalam bentuk wang ehsan dan ia kemudiannya digunakan bagi tujuan pembangunan Terengganu serta pentadbiran kerajaan negeri," ujarnya ketika dihubungi, di sini semalam. Beliau berkata, kenyataan berkenaan (Amirsham dalam Persidangan Dewan Rakyat) seolah-olah menunjukkan pengurusan wang royalti minyak yang dibayar oleh Petronas berada di bawah kawalan kerajaan negeri Terengganu." Ia sebenarnya diselia oleh Kerajaan Pusat atau Kementerian Kewangan dan kerajaan negeri tidak mengawal segala perbelanjaan yang dibuat oleh kementerian terbabit. Kita juga tidak pernah diberikan maklumat mengenai jumlah sebenar wang itu dibelanjakan dan baki yang ada. Manakal tuntutan supaya wang royalti petroleum itu diserahkan kembali kepada kerajaan negeri masih dalam proses mahkamah."

Petikan Sinar Harian (Khamis, 15 Mei 2008)

Happy Birthday UMNO kali ke 62- Apa Kata Mahathir?

Oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad
Rabu, 14 Mei 2008

PADA 11hb Mei 2008, UMNO mencecah usia 62 tahun. Ditubuhkan sebagai parti yang demokratik UMNO telah mencapai kejayaan demi kejayaan.

UMNO dibawah pimpinan Dato Onn Jaafar telah menewas rancangan Malayan Union, British.

UMNO di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra telah berjaya merebut kemerdekaan daripada British.

UMNO dibawah tiga Perdana Menteri yang berikut telah berjaya menstabilkan negara dan membangunkannya sehingga menjadi negara contoh kepada negara-negara membangun yang lain.

Kepimpinan parti campuran (Perikatan dan Barisan Nasional) oleh UMNO memperolehi kemenangan dua-pertiga tiap pilihanraya Parlimen melainkan pada 1969. Kerajaan Malaysia yang didirikan semuanya kuat dan dihormati di dalam dan di luar negeri.

Tetapi dalam pilihanraya 2008 Barisan Nasional di bawah pimpinan UMNO kalah di lima buah negeri, satu Wilayah Persekutuan dan tidak mendapat dua-pertiga kerusi di Dewan Rakyat.

Pada ulangtahun ke-62 UMNO dilahirkan ahli-ahli dan pemimpin bawahan UMNO perlu memikirkan tentang keadaan parti pada hari ini. Bolehkah mereka gembira dengan prestasi UMNO sekarang? Bolehkah mereka percaya mereka masih kuat dan relevan seperti dahulu?

Pengasas UMNO memilih sistem demokrasi untuk parti kerana mereka percaya jika pemimpin UMNO menyeleweng, ahli boleh dengan hanya mengundi menukar pemimpin dan memulihkan keadaan.

Malangnya undi perwakilan UMNO boleh dibeli, justeru itu ia tidak dapat menjamin kepimpinan yang dipilih adalah cekap dan baik.

Percubaan dibuat supaya sistem pemilihan tidak mudah disalahguna. Dengan adanya sistem kuota, calon perlu mendapat pencalonan yang besar sebelum dapat bertanding. Sogokan kepada jumlah yang besar dipercayai sukar dilakukan.

Hari ini sistem kuota ini disalahgunakan dengan cara lain. Kali ini yang menyalahgunakannya ialah pemimpin besar UMNO sendiri. Kerana kuasa yang ada padanya, pemimpin besar dapat menghalang ahli melalui pelbagai cara supaya tidak mungkin mencalon selain darinya dengan cukup bilang untuk bertanding.

Ini boleh dilakukan kerana perwakilan ke Mesyuarat Agong UMNO termasuk pemimpin bahagian lebih mengutamakan kepentingan diri mereka daripada perjuangan parti, perjuangan agama, bangsa dan negara.

Hari ini yang sanggup disogok akan mendapat sesuatu bagi diri mereka. Jika cara ini berterusan dua perkara boleh berlaku;

1) Wakil Rakyat dan Kerajaan akan dimiliki oleh orang yang sogok mereka. Mereka akan bekerja untuk orang ini dan bukan untuk UMNO dan perjuangannya.

2) Pengundi biasa dalam Pilihanraya akan menolak calon dari parti UMNO dan BN dan dengan itu parti lawan akan mengganti BN sebagai Kerajaan. Pada masa itu ahli biasa, pemimpin kecil dan besar, bahkan yang bakal menjadi Perdana Menteri pun tidak lagi akan mendapat apa-apa bagi diri mereka. UMNO akan menjadi tidak relevan dan akan hancur bersama parti-parti sekutunya. Contohnya dapat kita lihat sekarang. Gerakan, MIC ditolak oleh rakyat.

Sejarah akan kutuk orang yang menghancurkan UMNO. Mereka akan dianggap sebagai pengkhianat kepadanya, pengkhianat kepada bangsa, agama dan negara. Sudah tentu orang Melayu yang akan kembali menjadi bangsa yang dihina dan dijajah dengan duit akan kutuk orang yang menyebabkan kecelakaan menimpa kaum bangsa mereka.

Pemimpin UMNO, terutama yang tertinggi yang memimpin parti ke arah kecelakaan ini akan dianggap pengkhianat yang terkutuk. Mereka yang turut sama kerana ingin mendapat sesuatu bagi diri sendiri juga akan dikutuk.

Inilah hasilnya apabila pemimpin dan ahli UMNO sudah lupa akan tanggungjawab mereka terhadap parti, terhadap bangsa, agama dan tanahair, tetapi sebaliknya menjadi tamak untuk mengisi temolok diri sendiri sahaja. Na'uzubillah

Petikan dari : http://www.chedet.com

13 Mei 2008

Kenapa tiada tindakan kepada Rosol, ‘Geng 22’

Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat terus membahaskan isu mengenai kuasa Yang di-Pertuan Agung dan Raja-Raja Melayu, terutama tindakan UMNO/BN meminda
Perlembagaan pada 1987 bagi mengehadkan kuasa raja-raja.

Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) masih berkeras dengan pendiriannya Sultan tidak mempunyai hak campur tangan keputusan yang dibuat pentadbiran kerajaan negeri dan tegas beliau berhak mempersoalkannya.

Beliau mempertahankan kenyataannya terhadap tindakan Sultan Perak berhubung isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak Datuk Jamry Sury, menegaskan beliau tidak mencabar kedudukan Sultan Perak sebagai Ketua Agama dan Adat Istiadat Melayu.

"Apa yang saya suarakan adalah Sultan Perak tidak ada hak mengarahkan Menteri Besar Perak menarik balik arahan pertukaran terhadap Jamry. Selain itu, saya hanya mahu tahu siapa sediakan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong.

The image “http://buletinonline.net/images/berita4/krisismbsultan1.gif” cannot be displayed, because it contains errors. "Saya tidak menerima apa-apa jawapan, sebaliknya beberapa pertuduhan dilemparkan kepada saya, termasuk mengatakan saya derhaka kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong semalam.

Tindakan Karpal dibantah Razali Ibrahim (BN-Muar) yang merujuk Peraturan Mesyuarat 36(7) dan (8) kerana isu yang dibangkitkan perlu dibahaskan sebagai usul berasingan, lebih-lebih lagi kerana ada laporan polis dibuat terhadap beliau.

Timbalan Speaker menegur Karpal supaya mematuhi Peraturan Mesyuarat dan jangan membangkitkan isu berkaitan sifat Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.

Karpal berkata setakat ini sudah ada 20 laporan polis dibuat terhadapnya dan beliau tidak risau walaupun 2,000 laporan dibuat kerana beliau berpendapat tidak melakukan apa-apa kesalahan.

"Antara yang buat laporan termasuk Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Apa kredibiliti beliau untuk buat laporan polis, namanya sendiri baru-baru ini terbabit dalam skandal klip video V K Lingam.

"Kalau perbuatan saya salah, kenapa tiada tindakan terhadap Datuk Rosol Wahid dan 22 Ahli Dewan Undangan Negeri di Terengganu (Geng 22) yang membantah tindakan Sultan Terengganu kerana enggan memberi perkenan melantik Menteri Besar pilihan Barisan Nasional (BN).

"Begitu juga di Perlis. Kenapa ada pilih kasih. Umno yang mulakan penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agung dan Raja-Raja Melayu," katanya

'Paste'kan ke Blog Anda Tanda Sokongan

Koleksi Ayahanda