13 Mei 2008

Kenapa tiada tindakan kepada Rosol, ‘Geng 22’

Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat terus membahaskan isu mengenai kuasa Yang di-Pertuan Agung dan Raja-Raja Melayu, terutama tindakan UMNO/BN meminda
Perlembagaan pada 1987 bagi mengehadkan kuasa raja-raja.

Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) masih berkeras dengan pendiriannya Sultan tidak mempunyai hak campur tangan keputusan yang dibuat pentadbiran kerajaan negeri dan tegas beliau berhak mempersoalkannya.

Beliau mempertahankan kenyataannya terhadap tindakan Sultan Perak berhubung isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak Datuk Jamry Sury, menegaskan beliau tidak mencabar kedudukan Sultan Perak sebagai Ketua Agama dan Adat Istiadat Melayu.

"Apa yang saya suarakan adalah Sultan Perak tidak ada hak mengarahkan Menteri Besar Perak menarik balik arahan pertukaran terhadap Jamry. Selain itu, saya hanya mahu tahu siapa sediakan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong.

The image “http://buletinonline.net/images/berita4/krisismbsultan1.gif” cannot be displayed, because it contains errors. "Saya tidak menerima apa-apa jawapan, sebaliknya beberapa pertuduhan dilemparkan kepada saya, termasuk mengatakan saya derhaka kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong semalam.

Tindakan Karpal dibantah Razali Ibrahim (BN-Muar) yang merujuk Peraturan Mesyuarat 36(7) dan (8) kerana isu yang dibangkitkan perlu dibahaskan sebagai usul berasingan, lebih-lebih lagi kerana ada laporan polis dibuat terhadap beliau.

Timbalan Speaker menegur Karpal supaya mematuhi Peraturan Mesyuarat dan jangan membangkitkan isu berkaitan sifat Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.

Karpal berkata setakat ini sudah ada 20 laporan polis dibuat terhadapnya dan beliau tidak risau walaupun 2,000 laporan dibuat kerana beliau berpendapat tidak melakukan apa-apa kesalahan.

"Antara yang buat laporan termasuk Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Apa kredibiliti beliau untuk buat laporan polis, namanya sendiri baru-baru ini terbabit dalam skandal klip video V K Lingam.

"Kalau perbuatan saya salah, kenapa tiada tindakan terhadap Datuk Rosol Wahid dan 22 Ahli Dewan Undangan Negeri di Terengganu (Geng 22) yang membantah tindakan Sultan Terengganu kerana enggan memberi perkenan melantik Menteri Besar pilihan Barisan Nasional (BN).

"Begitu juga di Perlis. Kenapa ada pilih kasih. Umno yang mulakan penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agung dan Raja-Raja Melayu," katanya

Tiada ulasan:


'Paste'kan ke Blog Anda Tanda Sokongan

Koleksi Ayahanda