28 Jun 2008
24 Jun 2008
Wasiat Syeikh Muhamad Mutawalli Sya'rawi Kepada Hosni Mubarak ( UMNO pun kenap faham jugak)
Terjemahan
Apa yang Allah Taala kata?
“..Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya (sedangkan dia dalam kekafiran), kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan (Namrud)…” - (Surah al-Baqarah:258, al Quranul Karim)
Maka kekuasaan itu Allah diberi kepada sesiapa yang dia mahu. Maka jangan kamu melakukan tipu helah terhadap Allah. Dan jangan kamu membuat komplot (penipuan) terhadap Allah. Kerana seseorang tidak akan mendapat kekuasaan di dalam kerajaan Allah kecuali dengan kehendak Allah. Kalau dia seorang yang adil, maka manusia akan mendapat manfaat dengan keadilannya. Dan sekiranya dia seorang yang zalim, maka dia menjadi hodoh dengan kezalimannya dan Allah akan menjadikannya buruk di dada-dada manusia. Maka disebabkan Allah menjadikan dia buruk di dada manusia, rakyat akan membenci setiap orang yang zalim walaupun dia tidak terlintas membenci pemerintah itu.Aku berkata kepada kamu sekalian, Alhamdulillah, telah jelas kebenaran pada kata-kata Tuhan berdasarkan dengan peristiwa-peristiwa yang telah terjadi. Bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah :
“..Wayamkuruuna wayamkurullah..” (dan mereka merancang perkara yang jahat dan Allah juga turut merancang). Dan bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah : “..Innahum yakiidunakaidan wanakiiuunakaida..” (Sesungguhnya mereka membuat tipu daya dan Allah membuat tipu daya juga).
Siapa yang terlintas di dalam kepalanya untuk menjadi pemerintah, aku nasihatkan supaya dia jangan meminta-minta. Akan tetapi menjadi kewajipannya menjadi pemerintah ketika mana dia dilantik. Sabda Rasulullah salallahualaihi wasalam;
“..Siapa yang dilantik untuk sesuatu perkara, maka dia akan ditolong oleh Allah. Dan sesiapa yang meminta-minta sesuatu perkara, maka perkara itu akan menjadi beban kepadanya..”.
Wahai Tuan Presiden, aku ingin katakan satu perkara kepada engkau, mungkin ini adalah pertemuan terakhir kita! (Sheikh Mutawalli Sya’rawi memegang bahu presiden Mesir dan berkata “..Jika nasib kami bergantung kepada engkau, moga-moga Allah memberi taufiq(menunjukkan kepada kamu jalan yang benar). Dan jika nasib kamu bergantung kepada kami, moga-moga Allah menolong kamu untuk menanggung beban(untuk menghadapi kami).
22 Jun 2008
Muhasabah Untuk Siapa?
- Suara wanita bukanlah lagi aurat, justeru mereka menerima Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Ketua Pembangkang dan meletakkan calon wanita bertanding dalam pilihan raya.
- Berkawan dengan parti bukan Islam tidak lagi kafir atas sebab itu mereka sanggup membantu berada dalam satu kerajaan dengan DAP di Perak dan Selangor. Biarpun hakikatnya di Perak, Pas tidak ubah hanya menjadi boneka kepada DAP.
- Tidak apa menyokong dasar yang salah demi mempertahankan kekuasaan atas sebab itulah mereka menyokong projek ternakan babi di Selangor.
Pertama apabila membaca tulisan ini kita dapat menilai bahawa Zulkiflee bukan seorang yang pernah belajar agama secara formal dan mungkin secara tidak formal pun tak pernah, mungkin juga kalau dia pergi mendengar kelas agama di masjid pun...beliau hanya dengar bab Haid dan Nifas sahaja (bukan kata bab tu tak penting)
Pertama tentang suara wanita.. saya ingatkan beliau seorang yang bekerja di surat khabar yang besar tentu maklumatnya lengkap, rupanya utusan malaysia ni tiada pusat sumber yang lengkap untuk rujukan wartawan mereka, apa yang pernah di bahaskan oleh PAS tentang suara wanita ialah apabila suara tersebut di'lagu'kan ketika membaca al Quran, perkara ini heboh satu ketika dahulu apabila kerajaan Kelantan tidak membenarkan Qariah menyertai pertandingan Ujian Tilawah al Quran, kerana di dalam Islam terdapat dua pendapat dalam perkara ini, satu menyatakan ianya tidak aurat, manakala satu lagi menyatakan aurat dan kita sebagai orang Islam boleh menerima mana-mana hukum yang bersesuaian dengan persekitaran kita....Islam ini luas Zulkiflee, kalau u rasa benda ni tak betul maknanya u sendiri tak berapa berbangga dengan Islam. Dan pada masa itu kerajaan Kelantan mengguna pakai Hukum tidak boleh orang perempuan melagukan suara ketika membaca al Quran kerana di anggap ianya adalah aurat. Dan tidak mustahil satu masa nanti Kerajaan Kelantan akan mengguna pakai hukum tidak aurat pulak berdasarkan kepada keadaan dan persekitaran yang ada sekarang ini. itulah di panggil keterbukaan Islam. (nak tahu panjang lagi dalam masalah ni pegi mengaji, jangan dok hentam kromo).
Zulkiflee sebut pulak tentang calon wanita...ni satu lagi senduk punya pemikiran, Khatijah Sidek dulu bertanding di Dungun Terengganu atas tiket PAS, Khatijah Sidek tu laki ke perempuan? PAS tak pernah haramkan perempuan menjadi calon, cuma UMNO je dok kata PAS haramkan wanita jadi calon, dan kalau nak kaitkan dengan aurat suara..perkara yang kita bincang di atas ialah apabila suara itu di'lagu'kan, ceramah di lagukan ke? bercakap dalam parlimen di lagukan ke? Dalam Islam bukan setakat ceramah orang perempuan je boleh kita dengar (Aisah r.a pernah mengajar para sahabat) Safiah R.A berperang bersama dengan Rasulullah SAW, UMNO je rasa PAS pinggirkan wanita, kemudian dia bagitahu kat orang lain kata PAS pinggirkan wanita, kemudian di dengar oleh wartawan bidan terjun macam Zulkiflee..terus tulis.
Kedua. berkawan dengan orang kafir, di zaman Rasulullah ada dua kali tawaran yang di kemukakan oleh orang Kafir, satu Rasulullah Tolak, satu lagi Rasulullah terima. Rasulullah saw tolak tawaran kafir Quraisy bila kafir Quraisy tawarkan harta, perempuan, kuasa (semua orang tahu cerita ni....Zul! kau pernah dengar tak cerita ni?) tapi Rasulullah tolak walaupun di janjikan kuasa, kalau UMNO terus terima je, kan dapat kuasa, lepas dapat kita buatla negara Islam, tapi...Rasulullah Tolak! kenapa? sebab kalau Rasulullah terima Rasulullah kena terima syarat Quraisy..iaitu tinggalkan Dakwah. Kemudian semada Rasulullah sampai di Madinah tiba-tiba Rasulullah mengadakan perjanjian dengan golongan Yahudi di Madinah sedangkan Yahudi dan Quraisy lebih jahat Yahudi, tetapi kenapa Rasulullah terima? Kerana pada waktu itu Rasulullah menguasai mereka. Baik dalam keadaan sekarang Zulkiflee kata PAS adalah boneka di Perak, adakah zulkifli tak nampak ke bahawa di perak tu jika sekiranya PAS menarik diri dari PR, maka kerajaan PR di Perak akan runtuh, kuat mana pun DAP dan PKR kalau PAS keluar kerajaan PR akan runtuh, begitu juga di Selangor, beerti DAP tidak sama sekali boleh membonekakan PAS, dan kesemua teras-teras pemerintahan PR di Perak telah di persetujui bersama dan tidak bertentangan dengan Dasar Perjuangan PAS.
Ketiga. Tak apa menyokong dasar yang salah, dasar apa yang salah? Pelihara babi ni dasar ke? Zulkiflee ni kurang belajar agama, pertama kita kena ingat kalau kita sentuh babi, kita kena samak dia dengan air sebanyak 7 kali salah satu dengan air tanah, tapi kita tak berdosa, kalau ada orang kata sentuh babi berdosa...suruh dia baca kitab semula, kita sentuh babi, anjing semua tu tak berdosa cuma kena samak je sebab dua benda ni termasuk dalam najis berat, ulama' membahaskan tentang cukai daripada kedua-dua binatang ini, bila ulama' bahas maknanya benda tu ada dalam Islam dan di benarkan dalam negara Islam, bahkan arak pun di benarkan oleh Islam cuma dengan jumlah yang terhad untuk masyarakat bukan Islam sahaja bukan jual macam air sejuk oleh UMNO sekarang....cuma UMNO je rasa tak leh.
Akhir sekali, dah la Zul...awak tu wartawan...tak malu ke pada Rasulullah saw bila awak dok mereka-reka hukum yang di turunkan oleh Allah, PAS ni cuma penyampai apa yang ada dalam Hukum Allah melalui al Quran, Sunnah, Ijma' Qias. Bila ulama' PAS mengeluarkan kenyataan boleh atau tak boleh, itu bukan pandangan mereka sahaja, mereka sandarkan pada Kitab-kitab yang muktabar, Munaqasyah, perbincangan dan bila perkara itu dah sama dengan pandangan-pandangan ulama' dahulu dan sekarang barulah mereka keluarkan kenyataan. nasihat saya pergi la belajar agama dari guru yang mursyid jangan dok merapu dalam akhbar tak tentu pasal.
www.zahidyusof.blogspot