06 Februari 2009

Untuk Menghalalkan Kezaliman




Golongan ini hanya berani dengan orang-orang yang berpelaikat baru pulang dari masjid, jika penyokong Pakatan inginkan rusuhan...pasti akan ranap FRU, tapi apa yang di tuntut hanya sebuah KEADILAN

Pasca Rampasan Kuasa di Perak- Malaysiakini



Selepas rampasan kuasa yang paling keji dalam sejarah Malaysia berlaku..maka skrip untuk hari-hari seterusnya akan dapat dan di telaah, antara yang di jangka akanberlaku pasca peristiwa ini ialah

1. Sultan Azlan Syah ialah di antara sultan yang paling di hormati bukan sahaja oleh rakyat Negeri Perak bahkan oleh seluruh rakyat Malaysia, Sultan yang dianggap paling berpendidikan dan bijak dalam menentukan apa-apa keputusan, tetapi rentetan daripada peristiwa ini maka sudah pasti rasa hormat dan kagum itu akan hilang dari hati rakyat, terutama dari hari ahli-ahli PR, yang selama ini mempertahan institusi di Raja ketika mana cuba di khianati oleh UMNO..takpayah cakap la semua orang tahu yang UMNO cuba untuk mencabut taring raja.

2. Perbicaran kes rasuah terhadap 2 pengkhianat akan berakhir dengan pembebasan kedua-dua itu dari sebarang pertuduhan rasuah, bahkan mungkin pihak peguam negara akan menarik balik semua pertuduhan atas alasan tiada bukti, maka jadi la makhluk 2 ekor tu makhluk yang paling bersih atas dunia.

3. Manakala pengkhianat tunggal dari DAP tu pulak, paling kurang akan dapat balik kerusi beliau sebagai timbalan speaker atau akan di lantik sebagai speaker DUN Perak., Dato’ Nasaruddin pastinya sah akan menjadi EXCO.

4. SPR, SPRM, PDRM bahkan Jabatan Peguam Negara, kesemua jabatan ini sudah tidak dapat membendung diri mereka, untuk memberitahu semua orang bahawa mereka semua ini adalah hantu raya & pelesit peliharaan UMNO, betul UMNO sebagai pemerintah maka mereka mesti ikut arahan pemerintah, tetapi di sana ada pertaturan, ada undang-undang yang perlu di hormati dan di ikuti, tetapi kesemua jabatan ini rela mengenepikan segalanya kerana mereka adalah pelesit dan hantu raya UMNO. Nak contoh jugak ke? Tak payahnya semua orang tahu.

5. Kepimpinan YAB Nizar akan di buruk-burukkan dengan sedahsyat-dahsyatnya oleh RTM 1, RTM 2, TV3, NTV7, TV9, Astro Awani, Bernama TV dan semua radio-radio tempatan, begitu juga UTUSAN MALAYSIA, BERITA HARIAN, METRO, KOSMO, SINAR HARIAN dan semua akhar harian tempatan dengan menggambarkan kegagalan, ketidak stabilan, huru hara, kemiskinan, kesempitan hidup semasa pemerintahan kerajaan PR selama 11 bulan. Dan lebihparah lagi akan di gambarkan sebagai penderhaka kepada Seri Paduka Sultan Perak.

6. Sasaran seterusnya adalah negeri Kedah, siri-siri penculikan pembelian akan di lakukan secara besar-besaran, walaupu bagaimanapun Najib dan juak-juaknya akan menafikan konon mereka tidak tahu menahu tentang perkara tersebut.

7. Rakyat semakin membenci UMNO/BN atas tindakan paling tidak bertamddun oleh mereka


Setakat itu dulu peristtiwa yang akan berlaku pasca rampasan kuasa di Negeri Perak..sesiapa yang rasa nak tambah sila-silakan lah, mungkin penulis tak terperasan

Sidang Akhbar Pemimpin Pakatan Rakyat

Kenyataan Akhbar Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat- Malaysiakini



–KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA–
6 Februari 2009

Pimpinan Pakatan Rakyat menyatakan rasa kesal terhadap tindakan biadap rampasan kuasa di Perak termasuk layanan terhadap YAB Dato’ Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak di mana semua barangan telah dirampas dari pejabat beliau. Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut.

Kami akan memfailkan satu saman bagi mencabar keabsahan perlantikan Menteri Besar yang baru dari Barisan Nasional. Panel peguam sedang mengkaji tindakan ini. Kami masih berpendirian bahawa YAB Dato’ Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi Menteri Besar Perak yang sah.

Pada ketika ini pelbagai reaksi sedang ditunjukkan oleh rakyat sebagai reaksi spontan kepada krisis di Perak ini. Reaksi tersebut adalah untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap penyalahgunaan kuasa oleh Barisan Nasional. Kami menggesa kepada semua agar bertindak secara aman dan tertib. Kami merayu agar pihak polis bertugas secara profesional dan tidak menimbulkan sebarang provokasi atau huru hara.

YB DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang / Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR)

YB LIM KIT SIANG
Ketua Ahli Parlimen Democratic Action Party (DAP)

YB USTAZ NASHARUDDIN MAT ISA
Timbalan Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

05 Februari 2009

Terkini di Perak 6 Febuari 2009 (6)- Malaysiakini

3.15 Petang

  • ketibaan para tetam untuk majlis angkat sumpah.. para penyokong merayu kepada Raja Di hilir yang berada di dalam kereta agar merayu kepada Sultan Azlan supaya membubarkan dun Perak
  • Kereta yang di naiki oleh Raja Nazrin Shah telah terkena bom pemedih mata FRU, walaubagaimanapun dapat masuk ke kawasan Istana.
  • Beberapa orang penyokong PR mula di tangkap dan di humbang ke dalam Black Maria.
  • Kesemua adun-adun BN dapat memasuki kawasan Istana selepas FRU memecahkan benteng manusia.

Terkini di Perak 6 Febuari 2009 (5)- Malaysiakini

Selepas solat jumaat para penyokong PR mula bergerak menuju ke Istana Iskandariah..berdepan dengan FRU yang pada mulanya berundur dengan desakan penyokong PR, kemudian mula menyusun kembali dan melepaskan gas pemedih mata, menyebabkan penyokong PR berundur semula ke masjid.

Sekarang penyokong PR sedang membuat benteng manusia untuk menghalang kemasukan adun-adun BN ke Istana Iskandariah, jumlah penyokong PR sekitar 2000 orang...doakan semoga mereka dapat bertahan....mereka yang berdekatan sila hadir ke hadapan Istana Iskandriah untuk menyertai serta memperkuatkan mereka.

tunggu perkembangans selepas ini

terkini 2.40 petang, 10 buah trak FRU dari Pekan Kuala Kangsar telah tiba, sekarang benteng manusia berada di tengah-tengah FRU, satu pasukan yang mengawal pintu istana dan 10 trak yang datang dari Kuala Kangsar... sekarang pihak FRU sedang mengeluarkan perintah bersurai kepada benteng manusia yang berada di tengah-tengah.

Kesemua ADUN-ADUN BN dan tetamu tidak dapat masuk kerana di halang oleh benteng manusia...doakan mereka tetap bertahan... JOM SERTAI MEREKA

terkini 2.45 petang, pasukan FRU dari 10 trak dari Kuala Kangsar sudah mula turun dari trak dan sedang siap sedia untuk bertempur dengan 'BENTENG MANUSIA'

Terkini di Perak 6 Febuari 2009 (4) - malaysiakini



11.45 Pagi

  • 3 Kereta Penyokong PR berjaya menembusi roadblock dan sampai ke Masjid melalui jalan kampung
  • Penyokong-penyokong PR sedang berkumpul di Taman Rekreasi Kuala Kangsar
  • Semua jalan kampung sudah di jaga oleh polis sekarang ini

12.00 Tghari
  • 5 kereta lagi berjaya masuk ke masjid melalui 'jalan tikus'
  • 2 buah trak polis mula parking dekat masjid
  • 20 polis pakaian seragam mula kawal masjid
12.15 tghari
  • Masjid baru nampak meriah, hampir 100 orng , tempat parking masjd penuh.
  • hampir 10 buah kereta berjaya tembusi ke masjid, alasan ambik budak sekolah dan orang kg asal,
  • Pelajar sekolah mulai pulang, pekan kuala sesak dengan penyokong PR
12.20 Tghari
  • Helikopter sudah mula kelihatan di atas masjid
  • Rombongan Di Raja Perak mula kembali ke Bukit Chandan

Terkini di Perak 6 Febuari 2009 (3) - malaysiakini




11.15 Pagi

  • Tiada pertambahan penyokong PR di Masjid
  • Orang Luar Perak tidak di benarkan masuk ke masjid atau persekitarannya, pihak polis melakukan semakan K/P jika no plat kereta luar dari perak
  • Oleh kerana jalan ke masjid juga jalan utama ke Istana Bukit Chandang (1KM) tempat angkat sumpah
  • Trak FRU & Polis mulai berkawal di istana

11.30 Pagi
  • Hanya Kereta VIP/Kerabat Raja/ Orang Tempatan yang di benarkan melalui jalan di hadapan masjid
  • Penyokong-penyokong PR sedang berkumpul di Pekan Kuala Kangsar.
  • Pekan Kuala Kangsar sesak dengan Penyokong PR dan orang yang baru pulang kerja

Terkini di Perak 6 Febuari 2009 (2) - malaysiakini



Masa

10.45 Pagi :

* Jalan /simpang ke masjid di tempatkan polis untuk kawalan
* Lebih Kurang 50 orang penyokong sudah berada di masjid
* Hujan Masih turun renyai-renyai
* Seorang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat perempuan dengan menaiki kenderaan WSB 670 Toyota Foruntire di percayai YB Zailah MP Rantau Panjang Kelantan

10.58 Pagi:

* Jalan Ke Masjid di tutup sepenuhnya, tidak kelihatan sebarang kenderaan awam menuju ke masjid

Terkini di Perak 6 Febuari 2009 (1) - malaysiakini

Lokasi : Masjid Ubudiah Kuala Kangsar

Masa;

09.30 Pagi : Masjid Masih Lengang

10.00 Pagi : Penyokong PR mula sampai ke Masjid

10.10 Pagi : Fru Sudah Mula membuat Roadblock di jalan menuju ke Masjid

10.30 Pagi : Hujan Mula Turun
: Sebuah Peronda Polis sudah mula memasuki perkaragan Masjid
: Fru Kelihatan sedang menuju ke Istana

04 Februari 2009

Terkini di Perak 1:Nizar sedang mengadap setelah Najib dua kali mengadap- Malaysiakini

5 Feb-:Menteri Besar Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaludin telah diarah mengadap Paduka Seri Tuankua Sultan sebentar tadi (kira-kira jam 12 tengah hari) selepas menerima mengadap dua kali Timbalan Perdana Menteri DS Najib Razak.

Sebelum itu, pada sebelah pagi, Najib telah mengadap mempersembahkan untuk membentuk kerajaan baru negeri Perak. Beliau kemudian n mengadap Paduka Seri Sultan Perak Sultan Azlan Shah sekali lagi bersama tiga adun PKR yang kelur parti dan menjadi calon bebas.


Pada sesi pertamanya, beliau mengadap memaklumkan bahawa Barisan Nasional telah memiliki majoriti berasaskan 3 adun PKR yang keluar parti dengan menjadi adun bebas dan menyokong BN. BN mempunyai 28 kerusi manakala Pakatan Rakyat juga 28 kerusi.


Pada sessi kedua pula Najib masuk bersama-sama tiga adun bebas berkenan mengadap sebagai mengesahkan bahawa mereka kini telah menyokong BN. Bagaimanapun pada sidang akhbarnya, Najib tidak mengumumkan apa-apapun kecuali memaklumkan pada wartawan telah mengadap Paduka Seri Sultan.

Sementara itu, Menteri Besar Datuk Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaludin yang sedang mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang melawat Model Ladang Sime Darby di Bagan Serai pada kira-kira jam 12 tengah hari tadi telah diarah mengadap Paduka Seri Tuanku.

Besar kemungkinan dijangka Paduka Seri Tuanku bersetuju membubarkan Dewan Undangan Negeri. anuarhashim.

03 Februari 2009

Keputusan SPR Di Pertikai- Malaysiakini



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersikap terbuka jika Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak mahu mencabar keputusan SPR yang memutuskan tidak wujud kekosongan bagi kerusi Behrang dan Changkat Jering.

Pakatan Rakyat, yang memimpin kerajaan negeri Perak pula memberi SPR tempoh 48 jam uutuk mengkaji semula keputusannya untuk tidak mengadakan pilihan raya kecil bagi kerusi Behrang dan Changkat Jering.

DAP, salah satu komponen Pakatan Rakyat pula menyifatkan keputusan SPR pagi tadi sebagai tidak demokratik dan bertentangan dengan perlembagaan.



BOLEH CABAR

Terdahulu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, Speaker DUN Perak mempunyai hak untuk mencabar keputusan itu jika beliau tidak berpuas hati.

"Kita negara demokrasi. Semua orang ada hak untuk mencabar dan mahkamahlah yang menentukan," kata beliau selepas selepas mesyuarat khas SPR berhubung isu peletakan jawatan dua ADUN iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering).

SPR hari ini memutuskan bahawa kedua-dua ADUN tersebut masih penyandang kerusi DUN terbabit kerana wujud keraguan dalam surat peletakan jawatan yang dikemukakan oleh Speaker DUN Perak, N. Sivakumar pagi semalam.

Sivakumar semalam menghantar surat memaklumkan kekosongan DUN Behrang dan Changkit Jering kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri selepas ADUN bagi kawasan tersebut, Jamaluddin dan Mohd Osman dikatakan telah menyerahkan surat peletakan jawatan mereka sebagai wakil rakyat di rumah beliau pada 5.45 petang Ahad lalu.

Bagaimanapun, kedua-dua ADUN berkenaan pada hari yang sama turut menghantar salinan surat yang menafikan mereka meletak jawatan.

Ditanya sama ada SPR memberatkan mana-mana surat untuk membuat keputusan, Abdul Aziz berkata, pihaknya meneliti kedua-dua surat tersebut secara sama rata.

"Ini bukan soal memberatkan mana-mana. Kita mengambil kandungan kedua-dua surat itu secara sama rata daripada orang yang sama." katanya.

KATA DUA PAKATAN

Dalam pada itu, Pakatan Rakyat memberi SPR tempoh 48 jam untuk mengkaji semula keputusannya untuk tidak mengadakan pilihan raya kecil bagi kerusi Behrang dan Changkat Jering.

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, jika SPR gagal melakukan demikian, Pakatan akan mengambil tindakan susulan yang akan ditentukan kemudian.

"Kami juga menggesa SPR supaya meletakkan jawatan memandangkan ia bukan lagi bebas," kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat DAP negeri di sini.

Kata beliau, SPR tiada kuasa untuk menentukan sama ada notis makluman kekosongan Speaker sahih ataupun sebaliknya.

Jelas beliau, di bawah Perkata 113 Perlembagaan Persekutuan SPR perlu mengadakan pilihan raya kecil dan tidak wajar mengetepikan keputusan Speaker.

"Undang-undang tidak membolehkan SPR menjalankan sebarang inkuiri, sebaliknya jika ada rasa tidak puas hati ia harus diputuskan oleh mahkamah," katanya.

"Malah, dalam kes, mereka masih boleh mengelak daripada meneruskan pilihan raya meskipun dimaklumkan oleh Perdana Menteri bahawa Parlimen telah dibubarkan," katanya.

TIDAK DEMOKRATIK

Pengerusi DAP, Lim Kit Siang berkata, SPR telah bertindak di luar perlembagaan dalam keputusannya tidak mahu mengiktiraf notis makluman kekosongan yang disampaikan oleh Sivakumar.

"Sebagaimana dijelaskan oleh bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, fungsi SPR ialah bertindak selaras dengan notis pemakluman rasmi Speaker Perak mengenai kekosongan yang wujud dan mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Lim yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor di Perak berkata, bukan urusan untuk SPR bertindak dan merampas jurisdiksi mahkamah dalam mempertikaikan keputusan Speaker DUN negeri itu.

Dalam soal ini, cabaran perundangan seharusnya datang daripada kedua-dua ADUN berkenaan jika mereka mahu mencabar kesahihan surat letak jawatan masing-masing, kata beliau.

Sehubungan itu, kata beliau, semua opsyen akan dipertimbangkan untuk menyelesaikan krisis politik di Perak.

02 Februari 2009

LIMO Presiden USA- Malaysiakini


Limo Obama....jangan kita biarkan sehingga Najib & Rosmah terlintas untuk memiliki kereta seperti ini, pasti mereka tersungkur bersama-sama dengan UMNO

01 Februari 2009

(3 Perkara besar hari ini) Speaker Perak Temu SPR, MB Mengadap Sultan Perak, Jamaluddin & Osman buat PC - Malaysiakini



Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar telah memaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Perak mengenai kekosongan kerusi DUN Changkat Jering dan Behrang.

Beliau menemui pengarah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Perak, Adli Abdullah jam 8 pagi ini.


Semalam, Sivakumar berkata beliau telah menerima surat peletakan jawatan dari Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu.

Jamaluddin bagaimanapun menafikan beliau telah meletak jawatan dan masih kekal sebagai ahli dewan undangan negeri.

Beliau yang juga exco kerajaan negeri turut mencabar kesahihan surat tersebut.

Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Mohamad Nizar Jamaluddin mengadap Sultan Perak pagi ini.

Pertemuan tersebut berlangsung selama 25 minit di Istana Kinta pada jam 10 pagi.

Beliau bagaimanapun enggan bercakap dengan pemberita berhubung pertemuan tersebut.

Difahamkan Jamaluddin dan Osman akan mengadakan sidang akhbar di Shah Alam hari ini.

'Paste'kan ke Blog Anda Tanda Sokongan

Koleksi Ayahanda