Anwar kembali ke dewan yang mulia itu selepas 10 tahun apabila meraih kemenangan besar malam tadi dengan menewaskan calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah sebanyak 15,671 undi.
Mantan menteri kewangan itu, dipercayai akan terus dilantik sebagai Ketua Pembangkang esok, berdepan dengan rakan kabinet lamanya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam pembentangan Bajet 2009.
Kemunculan bekas timbalan perdana menteri ini paling dinanti-nantikan oleh banyak pihak, khususnya selepas ura-uranya merancang pembentukan kerajaan baru menjelang 16 September ini.
Ketua Whip PKR, Mohd Azmin Ali dilaporkan berkata beliau akan menghantar surat kepada yang dipertua Dewan Rakyat bagi memaklumkan pemilihan Anwar mengetuai ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat.
"Surat itu akan diserahkan petang ini," naib presiden PKR itu dipetik berkata di lobi Parlimen hari ini.
Ulasan
- Di doakan semoga hidayah Allah bersama beliau
- Semoga dapat mengubah lanskap politik negara.
- Semoga Allah memudahkan jalan ke Putrajaya