23 Jun 2011

Pesanan Ust Fadhil Noor Kepada Anak-anak Muda ( Sempena Ulangtahun Pemergian Ust Fadhil)


“Tunaikan solat kerana solat itu amanah Allah swt supaya kita layak digelar hamba-Nya”.

“Jangan masuk PAS kalau hampa cari dunia. Jangan panggil diri hampa pejuang Islam kalau hampa nak manusia puji hampa. Hampa jangan dok perasan macam hampa ulama kalau perjuangan hampa hanya setakat serban, jubah dan kopiah”.

“PAS bukan untuk orang yang buru dunia. PAS adalah untuk orang yang buru akhirat. Hidup mulia atau mati syahid. Mati beriman. Hidup bermaruah. Minta ampun dengan Allah Ta'ala kalau ada buat dosa tapi jangan putus asa dengan Allah Ta'ala”.

“Mana ada manusia tak pernah buat dosa? Rasulullah saw jadi ma’sum sebab Allah Ta'ala belah dada dia. Dia manusia pilihan Allah Ta'ala untuk didik dan selamatkan kita semua. Dia kekasih Allah Ta'ala. Jangan dok pikiaq, ooooo kita banyak dosa, kita banyak dosa, lepas terus lupakan perjuangan."

“Baca, faham dan kaji sejarah Umar al-Khattab. Baca sejarah Khalid al-Walid. Baca, faham dan kaji. Semua pernah lawan Islam tapi lepas depa taubat, mereka jadi orang orang yang mati hidup dengan Islam. Dosa hampa tentu bukan dosa lawan Islam. Dosa depa nih dosa lawan Islam. Allah Ta’ala terima depa dan bagi penghormatan kepada depa”.

“Yang penting, minta ampun dengan Allah Ta’ala walau di mana hampa berada. Allah Ta’ala Maha Mendengar. Hampa minta, InsyaAllah, Allah Ta’ala akan bagi. Dia bukan zalim atau kedekut macam manusia”.

“Jangan dok cari salah orang lain. Cermin diri sendiri dulu. Diri sendiri tu pun belum tentu masuk syurga. Jangan pertikai latar belakang orang lain. Jangan dok bahas iman orang lain. Jangan dok debat amalan orang lain. Tak pasai pasai masuk neraka pasai dok sibuk pasai orang lain. Cermin diri kalau nak masuk syurga. Syurga nih bukan hak milik sapa sapa. Jadi, toksah dok nilai iman dan amalan orang lain”.

20 April 2011

Bukan TG Hj Hadi Yang perlu di ganti

Ramai yang memperkatakan tentang PAS selepas daripada gagal dalam pilihanraya Dun Sarawak baru-baru ini, sehingga ada yang menyarankan agar Presiden PAS di tukar dengan berbagai-bagai alasan dan sebab, dari ahli politik cabuk di bawah(kalau ada) sehingga ke Prof di menara gading( Sememangnya ada) dengan menggunakan berbagai label kepada presiden PAS. Bukan itu sahaja bahkan kegagalan PAS di PRN Sarawak telah di ratib dengan begitu hebat, seolah-olah inilah peluang keemasan untuk menghentam pimpinan PAS terutama TG Presiden PAS.

Sekali-sekala membaca analogi yang di tulis itu telah mengundang satu pertanyaan, mengapa PAS yang bertanding di 5 kerusi dan tewas kesemuanya tetapi mendapat undi yang ‘mencapai sasaran’pimpinan PAS telah begitu di herdik dengan berbagai-bagai rencana dan komentar…bagaimana pula dengan PKR? Bertanding 49 kerusi, hanya menang 3!!.....ooo ada orang kata ada juga yang menang, so kita tanya balik adakah kemenangan 3 kerusiitu menunjukkan PKR sudah di terima oleh masyarakat Sarawak atau ianya hasil dari kekuatan individu calon yang bertanding, sebab kalau sekiranya kemenangan 3 kerusi itu diatas sebab rakyat Sarawak menerima dasar PKR, maka pastinya paling kurang PKR akan dapat 20 kerusi kalau tidak lebih pun.

Tulisan ini bukanlah untuk menimbulkan pertelingkahan dan saling salah menyalah pasca pilihanraya Sarawak akan tetapi untuk mengimbangi dan mengajak semua berfikir kerana rata-rata cuba untuk menyalahkan PAS dalam perkara ini, sehingga ada seorang prof yang menyatakan Presiden PAS sebagai liabaliti kepada PR.

Orang PAS biasanya amat menjaga hati rakan sepakatan, sejak dari Angkatan Perpaduan Ummah lagi sehinggalah sekarang ini, tidak pernah mengeluarkan kenyataan ataupun ’menyuruh’ prof ke atau sesiapa sahaja untuk menyakitkan hati rakan-rakan, namun seperti biasa sejak dari angkatan perpaduan Ummah dulu lagi, rakan-rakan PAS lah yang sentiasa bertindak, mengeluarkan kenyataan atau ‘menyuruh’ orang mengeluarkan kenyataan memburukkan PAS.

Hari ini sebagai persiapan untukmenghadapi pilihanraya Umumke 13, dan kesan yang kita lihat daripada PRN Sarawak baru-baru ini maka yang pasti Anwar Ibrahim mesti di tiadakan buat sementara dari arena poitik Malaysia, bukan beerti Anwar tidak hebat, beliau tetap hebat, akan tetapi kewujudan beliau di dalam PR lebih-lebih lagi di lihat sebagai ‘kepala’ PR walaupun ini tidak pernah di putuskan oleh majlis presiden telah banyak membebankan PR, sehingga PR terpaksa menjawab segala tohmahan tersebut dan menjadikan PR berada di dalam keadaan defensif, Ya kita memperakui jasanya beberapa tahun dahulu, akan tetapi sekarang banyak yang perlu di jawab sehingga menyebabkan banyak dasar-dasar PR yang sepatutnya boleh di hadamkan dengan sempurna terpaksa di tangguhkan lantaran sibuk menjawab fitnah BN

Jesteru itu yang perlu tidak ada semasa pilihanraya ke 13 Nanti Ialah ANWAR IBRAHIM...kerana beliau adalah sebenarnya liabaliti kepada PR... memang dia yang baik, ada karisma, namun tumpuan mestilah di tumpukan menjelaskan dasar-dasar kerajaan PR yang sedia ada dan apakah yang di tawarkan kepada rakyat, antara isu yang menjadi bebanan PR sekarang


1) 16 September- Betul pada waktu di gempur 16 september itu boleh dianggap sebagai strategi...tetapi sekarang?! macamana, ianya sudah menjadi liabaliti yang besar kepada PR terutama di peringkat penyokong di bawah....."Penyokong UMNO kata...dulu tipu dah....kamu percaya lagi?"...macamana weh nak jawab.

2) Video Sex & Liwat- Ye kita amat yakin Anwar TIDAK terlibat, tetapi UMNO sudah mula menayang video tersebut di kampung-kampung, dan suri-suri rumah yang tengok..mereka tak baca media ketiga ni....dia orang pakai telan terus....bila kita pergi terang kat dia...'dia jawab aku tengok sendiri..sah dia Anwar'

3) Kekecohan dalam PKR...ianya telah memberikan gambaran keupayaan Anwar menguruskan parti beliau sendiri, ramai pemimpin yang meninggalkan PKR, so ianya menjejaskan pandangan masyarakat kepada PR...UMNO kata "nak perintah Malaysia.....perintah parti kita dulu biar betul"....so macamana...?? bukan kah ini ialah liabaliti kepada PR...

cadangan....Anwar kena hilangkan diri dari politik Malaysia...pergi la duduk mana-mana di luar negara...selagi ada anwar selagi itulah dia menjadi liabaliti kepada PR.

Itu kita tak bincang lagi soal petugas semasa PRU ke 13 nanti, soal pembahagian kerusi, dan banyak lagi la

Kepada Aziz Bari dan sekutu-sekutu....inilah dia LIABALITI PR yang besar

15 April 2011

Alangkah indahnya Jamaah



Dari: mStar Oline

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan tidak akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS pada pemilihan parti itu Jun ini.

Sebaliknya, beliau hanya akan mempertahankan jawatan Naib Presiden yang disandangnya sekarang.

"Saya sudah ada keputusan yang dibincang bersama parti iaitu saya tidak akan bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden.

"Saya harap nama saya tidak akan dicalonkan. Biarlah mereka yang lebih layak pergi ke jawatan itu," katanya ketika dihubungi di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pendiriannya sama ada akan bertanding atau sebaliknya jawatan nombor dua dalam parti pada Muktamar PAS ke-57 Jun ini.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, keputusan tersebut dibuat demi memastikan masa depan dan perpaduan parti terjamin.

"Ada ramai lagi calon yang berwibawa dan layak untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden. Keputusan saya ini cukup jelas," katanya.

Dengan keputusannya itu, beliau berharap PAS kawasan yang sedang mengadakan mesyuarat mengenai calon yang akan dipilih pada pemilihan parti nanti tidak mencalonkan namanya bagi jawatan Timbalan Presiden.

Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden, Salahuddin Ayub turut mengesahkan beliau tidak akan bertanding jawatan Timbalan Presiden namun sedia mempertahakan jawatan yang disandangnya ketika ini.

"Saya tidak layak untuk ke jawatan itu (Timbalan Presiden).

"Jika saya bertanding, saya hanya berminat untuk mempertahankan jawatan yang sudah disandang (Naib Presiden). Itupun terpulang kepada perwakilan untuk menilai sama ada mahu mengekalkan saya, atau sebaliknya," katanya.

Seorang lagi Naib Presiden, ialah Datuk Mahfuz Omar.

Pemilihan PAS pada tahun ini dijangka menarik perhatian banyak pemerhati politik kerana ada ura-ura menyatakan Nasharuddin Mat Isa tidak akan mempertahankan jawatan yang disandangnya sejak tahun 2007.

Bagaimanapun sehingga kini, beliau masih belum membuat pengumuman rasmi mengenainya.

PAS mempunyai 171 bahagian di seluruh negara dan setiap bahagian perlu menghantar pencalonan untuk jawatan tertinggi PAS pusat iaitu, presiden, timbalan presiden, naib presiden dan ahli jawatankuasa PAS pusat.


**********************

Indahnya Jamaah apabila semua mengetahui kelebihan dan kedhoifan masing-masing.....masalahnya apabila Dhoif terasa gagah..tak layak merasa layak

07 April 2011

Selamat Bermusyuarat Agong PAS Besut



Berbicara tentang perjuangan, masing-masing mendakwa bahawa mereka adalah yang paling ikhlas, paling kuat dan paling banyak berkorban. Samalah juga bila berbicara tentang tanggungjawab kepimpinan, maka masing-masing mendakwa bahawa mereka bukan meminta untuk di lantik, tetapi rakyat yang pilih, saya tak minta pun…walhal sebelum daripada itu bagai nak rak anak-anak buah berkempen, mempromosikan nama dengan berbagai cara, termasuk dengan cara pihak Musuh, apabila berbicara tentang kepimpinan maka kita akan teringan dengan satu hadis Rasulullah berkenaan dengan Abi Dzar
أَنَّ أَبَا ذَرٍّ سَأَلَ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم الإِمَارَةَ ، وَأَنَّ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ : إنَّك ضَعِيفٌ وَإِنَّهَا أَمَانَةٌ , وَإِنَّهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ خِزْيٌ وَنَدَامَةٌ , إِلاَّ مَنْ أَخَذَهَا بِحَقِّهَا وَأَدَّى الَّذِي عَلَيْهِ فِيهَا
Sesungguhnya Abi Dzar meminta daripada rasulullah supaya di berikan kepadanya kepimpinan (lantaran besarnya ganjaran), Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya kamu (wahai Abi Dzar) adalah seorang yang Dhoif dan kepimpinan ini adalah amanah, dan sesungguhnya pada hari akhirat kelak ianya merupakan kerugian dan penyesalan kecuali sesiapa yang menunaikan hak-haknya dan melaksanakan apa yang di wajibkan keatasnya
Konsep pertama yang di sebut oleh Rasulullah saw yang juga merupakan asas yang paling utama ialah BUKAN SEORANG YANG DHOIF , ataupun seorang yang lemah, apakahyang di maksudkan disini lemah di sudut fizikal semata-mata sebagaimana Abu Dzar yang merupakan seorang tua?, tidak, kedhoifan disini bukan hanya di tujukan kepada kedhoifan fizikal akan tetapi kedoifan disini ialah kedhoifan dalam semua perkara yang boleh menghalang kita daripada menunaikan amanah tersebut, ada kedhoifan tersebut tidak disedari oleh kita tetapi disedari oleh orang ramai, dan ada kalanya kedhoifan ituamat disedari oleh kita akan tetapi lantaran kedegilan kita kerana merasakan hanya kita sahaja yang boleh dan mampu dan lebih parah lagi jika kita menganggap bahawa orang lain tidak pandai.
Dr Harun Din pernah menyatakan dalam ucapannya semasa muktamar agung di Stadium Malawati selangor bahawa beliau tidak bertanding semasa PRU 1999 dahulu kerana pada waktu itu beliau berada di dalam keadaan Dhoif, bukan dhoif tubuh badan, bukan doif wang ringgit, bukan dhoif masa, tetapi keadaan yang menyebabkan beliau dhoif, maka demi untuk Jemaah dan Parti maka beliau tidak bertanding, ini adalah qudwah yang amat baik dari seorang pimpinan yang menyedari kedhoifan diri dan bertindak mengikut yang sepatutnya bukan berdegil walaupun menyedari diri berada di dalam keadaan yang dhoif, jesteru itu kedhaoifan ini bukan sahaja dihadkan kepada fizikal akan tetapi kepada semua keadaan, masa, wang ringgit, jarak, buah fikiran, sikap, dan semua perkara yang boleh menyebabkan tanggungjawab terlaksana dengan sempurna….kecuali di tempat kita itu semua orang yang ada sekeliling itu terlalu bodoh dan dungu untuk memimpin.
Berbicara tentang kepimpinan, maka ada orang yang mempersoalkan tentang ukhuwwah, mempersoalkan tentang ukhuwaah apabila kita berada diatas, dan merasakan seoalah-olah ada orang yang ingin menjatuhkan kita, maka pada ketika ini ‘kita’ pun berbicara tentang ukhuwwah, sedang ‘kita’ lupa semasa ‘kita’ mula menapak dahulu, adakah ‘kita’ meletakkan ukhuwwah itu di hadapan kita, apakah ketika ‘kita’ gah di atas singgahsana kita cuba semak berapa kepalakah yang terfitnah oleh orang-orang yang mendokong kita lantaran mahu kita bertahta di singgahsana itu, tiba-tiba pada hari ini apabila kita merasakan tidak selesa di atas sana maka kita sibuk berbicara tentang ukhuwwah sedang satu masa dahulu kita lupa lansung tentang ini. ‘kita’ percaya dengan dakwaan bahawa selagimana si polan bin si polan yang memimpin jemaah atau parti maka selama itulah parti tidak akan menang, dakwaan dan dakyah yang seakan-akan cuba merampas kuasa Allah yang mentukan menang atau kalah, tetapi ‘kita’ mempercayai dan akhirnya hasil daripada itu kita melupakan ukhuwwah yang kita tuntut pada hari ini…jawapannya…pppppeeeeegggiii daaaaah!!!
Berbicara sebagai anggota jemaah Islam, Asy Syahid Hassan Al Banna menggariskan rukun baiah, hampir semua orang ingat tetapi saya tak ingat…minta maaf, walaubagaimanapun salah satu rukun baiah itu ialah Tajarrud, kita menyerahkan sebulat-bulat keyakinan kepada jemaah kita, bukan apabila kita terlekat dengan apa-apa kepentingan maka kita duk sibuk mencari surat perakuan bagi menafikan kita sebagai anggota jemaah, ye….maslahah…tetapi maslahah itu untuk ahli bukan untuk mereka yang memimpin dan menjadi contoh kepada rakyat, apa akan jadi jika rakyat menjadikan tindakan ini sebagai contoh dan tauladan?! Akan tetapi ‘kita’ telah menjadikan orang-rang yang sebegini sebagai penolong yang pembantu dan penasihat…kalau sekiranya tidak mampu untuk bertajurrud dengan bersungguh-sungguh bermakna itu kedhoifan maka kedudukannya macam Abi Dzar, bukan penyibuk mencari 2 undi bagi menaja sesiapa sahaja…
Walaubagaimanapun kita jangan sekali-kali menganggap bahawa matahari itu naik kerana kokokan kita, saya masih lagi menyimpan bicara tentang saraf, duit dan perkara-perkara lain, Cuma akhir sekali jika apa yang dinyatakan diatas tu tidak kena mengena dengan ‘kita’ maka gezzettelah ‘kita’ sebagai pimpinan sehingga mati…tidak ada orang pun teringin perkara yang menjadi kerugian dan penyesalan pada hari kiamat nanti

06 Februari 2011

Presiden PAS BODOH-MSO

Sebodoh-bodoh Presiden PAS inilah tempatnya, secerdik-cerdik MSO...dimana ye?


Selepas PRK tenang sekali lagi TGHH cuba di sumbat di kandang pesalah sebagaimana selepas PRK Bagan Pinang, cuma yang berbeza ialah pendakwanya, Kalau dahulu Aziz Bari, sehingga mencetuskan polimek yang besar di dalam PAS, sekarang ini pendakwanya ialah MSO, cuba untuk mem’perbodoh’kan Presiden PAS, saya membaca komentar dia untuk kali keduanya cuba untuk memperkuatkan hujjahnya, dengan cubaan untuk mengabsahkan lagi tuduhan beliau, mungkin kawan-kawan yang juga colomunis di ‘siasah’ tidak akan berani untuk membuat komentar balas terhadap kritikan bosnya ini, al maklumlah bos ini penulis tersohor dan apa yang di tulisnya itu adalah sesuatu yang hebat.

Ada 2 perkara yang dapat dari penulis beliau ini,

1) Tak dapat menafikan kewarakan TGHH

Begitulah dengan Abdul Hadi atau Nik Aziz. Saya mengakui akan kehebatan dan keagungan dia sebagai ulamak. Saya tidak menafikan itu. Saya tidak menghina akan kewarukan dan kealimannya seperti mana diduga oleh sesetengah guru yang mengajar saya ikat tali kasut. Mana saya ada kritik mereka dalam bidang yang mereka pakar itu, malah saya tetap menyanjunginya.

2) TGHH bodoh untuk jadi presiden PAS

Dalam pada itu Hadi juga sekali lagi mendakwa kekalahan itu kerana berlakunya pilihan raya yang tidak adil dan berat sebelah. Itulah sebaik ulasan dan untuk melindungi rasa kecewa dan kebodohan sendiri presiden Pas berkenaan’

Sepanjang mana sekalipun tulis MSO, sehebat mana sekalipun hujjahnya, arah tuju beliau ialah dua perkara ini dan yang paling utama ialah yang kedua, ketidaklayakan TGHH menjadi presiden PAS, ada beberapa perkara yang sangat menyakitkan hati MSO, seperti perkataan ‘kolektif’ yang selalu di sebut oleh TGHH, mungkin MSO lebih suka cara Anwar yang buat keputusan sendiri berbanding TGHH yang lebih suka berbincang dengan Kawan-kawan, entah la…di zaman Rasulullah SAW, tidak ada kerja lain yang di sebut Muhammad SAW sepanjang di Makkah di sebut ‘Allah itu esa’, ‘Allah itu satu’…boring la….itu je ke yang reti sebut.tak ada benda lain ke !!

TGHH kaku berdepan dengan wartawan, bagi saya lebih baik TGHH senyap je bila berdepan dengan wartawan ni, dan sememangnya patut TGHH bersikap demikian, daripada merapu tentang perkara-perkara yang tidak berpijak di bumi yang nyata, ke MSO akan rasa puas hati bila TGHH jugak bercakap macam cerita 16 sept tempohari, atau seperti sekarang ini yang bercakap tentang tawan Putrajaya, itu baru di katakan politik dan kehebatan.

Bukan maksud saya TGHH tidak boleh di kritik, di muktamar PAS berapa ramai perwakilan mengkritik presiden di depan mata, tiada siapa pun yang marah, kalau nak marah dia dengan lebih selesa pergi ke Pantai Rusila petang jumaat, beliau biasa ada bersantai dengan keluarga dia…pergi la nak kritik ke apa ke, tapi pergi tu dengan betullah, adab dan cara ziarah yang betul…bimbang takut kena macam aduka teruna baru ni je, MSO seolah cuba menggambarkan seperti Presiden PAS itu tidak boleh di kritik…..Ahli PAS tidak marah kalau nak kritik presiden PAS, tapi penyokong PAS akan marah jika kritikan tu di campur dengan NISTA, Cerdik sangatkah MSO untuk BODOHkan TGHH, atau kalau MSO ada orang yang merasakan beliau lebih cerdik dari TGHH, sila tampilkan diri dan bertanding dalam Pemilihan tahun ini, kalau tak berani, macamana nak jadi presiden.

Keupayaan TGHH menjadi Presiden PAS cuba di pertikai oleh MSO, atas beberap alasan, seperti kalah dalam PRK, selalu guna perkataan kolektif, kaku dengan wartawan, tiada idea baharu (dakwanya). Kekadang rasa nak tergelak pun ada dengan alasan tersebut, tapi tak apa la, oleh kerana MSO ni penulis tersohor kita terimalah alasan dia tu, tapi lupakah MSO tentang kejayaan Presiden PAS yang bodo ini, mengapa kemenangan dalam PRK yang lain tidak di kaitan dengan TGHH, hanya kekalahan sahaja yang di kaitkan dengan beliau, mengapa sikap suka berbincang dengan kawan-kawan serta menghormati keputusan mesyuarat atau lebih di sebut sebagai kolektif yang sepatutnya di hargai, tapi nampaknya MSO lebih suka kepada diktator dan one man show, tiada idea-idea baru? DHPP sebagai contoh, adakah itu bukan idea baru, pemerkasaan parti yang hanya boleh di rasai oleh orang yang bersama dengan perjuangan PAS.

Bagaimana dengan kejayaan TGHH mengawal ahli dan pemimpin-pemimpin PAS, adakah itu mampu di lakukan oleh orang sebarangan, Presiden UMNO, MCA, MIC, hatta KETUA UMUM PKR gagal untuk melakukan, adakah kesemua ini boleh di lakukan tanpa ada ketegasan.

Kekadang ramai di kalangan kita cuba untuk membuktikan sesuatu yang tidak berlaku, tetapi lantaran perkara itu sudah sebati dalam benak kita, maka kita tetap berusaha agar pendapat kita itu benar walhal ianya bertentangan dengan keadaan yang sebenar, seperti golongan Muktazilah yang berusaha agar al Quran itu menyerupai pendapat mereka bukannya mereka berusaha agar kepala otak mereka selari dengan al-Quran, sebagai contoh, ramai yang menyatakan bahawa TGHH ialah seorang yang keras, seolah-olah tiada ada tolak ansur, Rusila itu macam kubu perang, penuh dengan pedangdan senapang, pelajar-pelajar di Rusila setiap hari di minta meludah muka pemimpin UMNO sebelum masuk ke kelas. Walaupun perkara ini tidak mempengaruhi ahli PAS tetapi amat ramai yang menyatakan bahawa TGHH ini keras, radikal dan sebagainya, lantaran itu mereka cuba untuk memaksa supaya perkara ini di terima sehingga buta terhadap semua perkara, sebab itu ramai yang tidak boleh menerima idea Kerajaan Perpaduan kerana ramai yang seakan tidak percaya TGHH yang radikal ini sanggup berbincang dengan UMNO.

Begitu juga pendapat MSO yang menyatakan bahawa TGHH bukan bahan mentah untuk di jadikan PM Malaysia, kerana pastinya bagi beliau adalah Anwar Ibrahim, maka untuk membetulkan pendapatnya itu maka di ratib benda-benda remeh sehingga melupakan perkara-perkara asas untuk menjadi pemimpin, bukan niat nak perlekehkan Anwar, tetapi kemampuan untuk mengawal ahli-ahli PKR terutama MP-MP amat diragukan, itu perkara basic untuk jadi PM, kalau MP sendiri tidak terkawal, bagaimana nak kawal orang lain.

Jadi kepada MSO tak payah nak jadi jaguh la…kalau nak buat kritikan, kritik dengan baik, guna bahasa yang bersopan……BODOH ini bukan kritikan itu kejian, atau kritikan dari orang yang tak ada hujjah….so saya rasa MSO kena minta maaf dengan TGHH, bukan kerana kritik beliau, tapi perkataan BODOH itu…..

Sebahagian Gambaran dari Medan Tahrir






Ada masa kita kongsi lagi

02 Februari 2011

Isu Nasionalisme : Jawapan Saya Untuk Tun Mahathir




Saya gembira apabila Tun Dr. Mahathir memberikan ulasan berkenaan pandangan saya tentang nasionalisme. Bagi saya, ini membuktikan kesediaan beliau untuk mendengar pandangan dan berhujah. Ia baik untuk percambahan minda masyarakat agar masyarakat segar dengan hujah dan tidak bergantung kepada seringgit dua habuan menjelang pilihanraya semata-mata.

Jawapan saya ini bukan hanya untuk Tun Dr. Mahathir sahaja, tetapi juga merupakan jawapan yang saya cadangkan untuk dijawab pada hari di mana saya, Tun Mahathir dan manusia keseluruhannya berdiri di hadapan Allah SWT satu masa nanti. Ini kerana saya beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan di dunia ini akan diadili di akhirat nanti. Setiap kenyataan yang keluar melalui televisyen, akhbar bahkan blog sekalipun direkod oleh malaikat-malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT untuk dibentangkan di hari yang kita tidak lagi mempunyai kuasa ke atasnya.

Firman Allah SWT yang bermaksud : Pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. – Surah al-Nur, ayat 24

Hakikatnya saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu oleh UMNO. Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti pimpinan UMNO. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew.

Pertama saya ingin nyatakan kepada Tun Mahathir bahawa asas Islam tidak sama dengan nasionalisme. Di dalam ajaran nasionalisme, tidak pernah dinyatakan apakah tujuan hidup ini. Tidak pernah saya terdengar sepatah kata dari pimpinan UMNO yang menghuraikan berkenaan tujuan hidup seorang manusia di muka bumi.

Jikapun ada, hanya sebaris dua dari menteri yang dimanahkan menjaga hal ehwal agama. Adapun pemimpin utama UMNO, tujuan hidup ini seolah-olah tidak menjadi agenda penting sehingga tidak pernah sedikitpun terkeluar isu ini dari bibir mereka.

Islam meletakkan bahawa tujuan hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Justeru, manusia dihidupkan untuk diuji oleh Allah SWT siapakah di kalangan mereka yang terbaik amalannya.
Firman Allah SWT yang bermaksud : Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amal dan aktivitinya ; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) (Surah al-Mulk, ayat 2)

Apabila tujuan hidup untuk mengabdi kepada Allah SWT, dan hidup sendiri merupakan ujian untuk menguji siapakah yang beramal soleh, justeru manusia perlu bersyahadah dengan maksud sanggup menjadi saksi untuk menyatakan ketuhanan Allah SWT dan kenabian Nabi Muhammad SAW. Jika syahadah manusia pada lafaznya, maka syahadahnya pertubuhan ialah pada dasarnya.

Ingin saya bertanya kepada Tun Mahathir, apakah dasar perjuangan UMNO? Di celah manakah UMNO meletakkan Islam setelah dasar kebangsaan dijadikan sebagai dasar perjuangannya? Dari sudut praktikalnya, adakah perjuangan UMNO merupakan satu amal soleh?

Adakah pada saat UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan mengeluarkan lesen judi itu merupakan amal soleh? Adakah pada saat UMNO menghapuskan tulisan jawi pada tahun 1968 sehingga melahirkan generasi yang buta al-Quran itu merupakan amal soleh? Adakah pada waktu Tun Mahathir menarik balik peruntukan perkapita untuk sekolah agama rakyat itu merupakan amalan soleh?

Kedua, Tun Mahathir melabelkan saya dan PAS sendiri sebagai punca pecah belah orang Melayu. Barangkali kerana sayalah yang menyebabkan parti UMNO diharamkan pada tahun 1987 yang membawa kepada penubuhan Semangat 46.

Barangkali sayalah juga penyebabnya sehingga terpecat Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1999 yang membawa kepada penubuhan parti Keadilan dan kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat. Saya bimbang, Tun Mahathir sudah dijangkiti penyakit Melayu Mudah Lupa yang pernah disebutnya satu ketika dahulu.

Suka saya jelaskan. Islam meletakkan bahawa pecah belah ialah satu perkara yang pasti berlaku di kalangan masyarakat manusia.

Allah SWT berfirman yang bermaksud : “..dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)". – (Surah al-Baqarah, ayat 36)

Perpecahan telah digazetkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran lama sebelum PAS ditubuhkan lagi. Ia berlaku apabila ada yang memilih hidayah dan ada yang menolaknya. Nabi Muhammad SAW datang membawa hidayah daripada Allah SWT dan ditolak oleh kaum yang sebangsa dengannya.

Utbah bin Rabiah yang mewakili gerakan nasionalis Quraisy pada zamannya, bangkit dengan tegar melabelkan bahawa Nabi Muhammad SAW sebagai pemecah belah dengan kata-katanya yang bermaksud : Dengan agama yang kamu bawa, kamu telah memecahbelahkan kesatuan mereka!

Adakah benar baginda merupakan pemecah belah? Tentu sekali tidak, tetapi itulah natijahnya apabila membawa kebenaran seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Dari zahirnya kelihatan Tun Mahathir sebagai seorang yang sangat cintakan perpaduan Melayu. Sedarkah Tun Mahathir bahawa UMNOlah selama ini yang menzalimi orang-orang Melayu? Pada tahun 1961, siapakah yang menculik ADUN-ADUN PAS di Terengganu yang menyebabkan akhirnya kerajaan PAS pimpinan Allahyarham Daud Samad digulingkan dari pintu belakang?

Di Kelantan, mereka juga menculik lima wakil rakyat PAS dengan tujuan menggulingkan kerajaan yang dipimpinan oleh Allahyarham Dato Asri Muda namun usaha mereka gagal. Ini boleh disahkan oleh bekas wakil rakyat Tanah Merah Timur yang masih hidup sekarang ini, Che Omar Mohamad yang turut menjadi mangsa. Siapakah yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak demokratik ini kalau bukan UMNO?
Episod-episod kezaliman ini masih segar di ingatan pejuang-pejuang PAS. Bukan untuk menyemarak api permusuhan lama jauh sekali menyimpan dendam, tetapi sekadar untuk memperkukuhkan fakta sejarah buat generasi muda yang saya bimbang terbuai dengan dodoi Ketuanan Melayu yang ditaja oleh UMNO.

Di zaman Tun Mahathir, siapakah yang bertanggungjawab melakukan persempadanan pilihanraya pada tahun 2003 yang menafikan pertambahan kerusi parlimen dari negeri yang majoritinya orang Melayu kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir?

Siapakah yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan beramai-ramai Ibrahim Libya di Memali bersama pengikut-pengikutnya yang kesemuanya terdiri daripada orang Melayu tanpa sebarang sebab yang munasabah kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir? Siapakah yang memperkenalkan pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang kemudiannya ditolak sendiri oleh UMNO kalau bukan Tun Mahathir?

Hari ini, UMNO masih lagi menjuarai amalan tidak demokratik. Di Perak, mereka gulingkan kerajaan dari pintu belakang. Di Selangor, mereka melantik Setiausaha Kerajaan tanpa sedikitpun perbincangan dengan Menteri Besar.

Peliknya, juara Ketuanan Melayu inilah pula yang menentang usul mengembalikan kuasa sultan di Selangor. Tidak malukah mereka kepada DAP yang mereka dakwa sebagai parti cauvinis Cina? Di Kelantan, mereka nafikan royalti minyak serta menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Jika begini, demokrasi pun tidak, federalism pun tidak, Islam jauh sekali!

Apa yang lebih penting, Islam tidak akan sempurna tanpa iman. Al-Quran sering menyebut Wahai orang-orang yang beriman tetapi al-Quran tidak menyebut Wahai orang-orang Islam. Ini kerana seorang yang mengerjakan rukun Islam sahaja belum layak dipanggil orang yang beriman jika hatinya tidak beriman dengan yakin kepada Allah SWT.

Jika Tun Mahathir berkata bukti UMNO berjasa kepada Islam dengan membina masjid, maka Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah SAW lebih dahulu membina masjid yang dikenali sebagai Masjid Dhirar.

Jika Tun Mahathir menyatakan bahawa UMNO berjasa kepada Islam dengan membina sekolah agama, maka di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama. Bahkan jika Tun Mahathir berkata bahawa jasa UMNO ialah arak tidak dihidangkan di majlis rasmi kerajaan, maka apakah bezanya jika arak tetap diberikan lesen secara besar-besaran dan judi pula terus dinikmati sekalipun bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan kemanusiaan.

Pertanyaan saya pula kepada Tun Mahathir, sebutkan apakah yang saya lakukan di Kelantan yang bertentangan dengan Islam. Jika tidak ada, maka untuk apa kami dilawan?

Akhir kata, saya akui Tun Mahathir seorang yang bijak, dan alangkah baiknya kebijaksanaannya digunakan untuk Islam. Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT.

Jika saya ditanya adakah saya telah mengajak Tun Mahathir dan rakan-rakan sealiran dengannya agar meninggalkan aliran nasionalis sekular dan menerima Islam yang syumul, saya Insya-Allah akan menjawab : (Ya Allah, aku telah menyampaikan..)


HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Kg. Pulau Melaka, Kota Bharu.

Bertarikh : 29 Safar 1432H / 2 Februari 2011

05 Januari 2011

Pejuangan Melayu



Inikah yang dimaksudkan oleh UMNO sebagai pejuangan melayu, mempertahankan melayu, kalau inilah caranya melayu di perjuangkan terlalu jauh rupanya daripada tamaddun, kalau ada orang yang menyatakan kita ini bukan berasal dari Malaysia, atau Indonesia...apa yang merugikan kita, adakah dengan pandangan itu akan hilang kemelayuan kita, atau menyebabkan kita tak leh masuk syurga Allah pada hari akhirat kelak.

Sebab itulah dalam kehidupan kita seharian....pertimbangan kita ialah Islam, kerana dengan Islam sahaja yang akan boleh di jadikan hujjah apabila berdepan dengan Allah kelak, apa Melayu boleh buat bila berdepan dengan Allah kelak?!!....melayu boleh bagi syafaat ke? melayu boleh mudahkan kita berjalan diatas Sirot ke? atau melayu boleh menyebabkan malaikat penjaga neraka takut pada kita.

So...tak padan la kita nak hina orang..walaupun dia tu bukan Islam dan bukan Melayu hanya kerana dia komen pasal melayu sebab kalau mati atas dasar melayu tak mati syahid bro....mati pertahankan Islam bari syahid bro....... tapi...ini lah perjuangan UMNO

'Paste'kan ke Blog Anda Tanda Sokongan

Koleksi Ayahanda