11 April 2010

Mursyidul Am di hina...mana pahlawan

Bagi aku mereka yang tampal lambang ni kat blog mereka, ialah golongan tak ada stone
(1)
Terlalu jarang saya menjengah blog-blog yang di tulis oleh Kickdefella ke atau Aduka Teruna ke, atau mana-mana blog yang sekarang ini mula menghalakan muncungnya kearah pimpinan PAS secara keseluruhannya, tapi petang rasa nak tengok apa sebenarnya yang di dakwa sebagai pendedahan yang di heboh-heboh kan… memang hebat geng-geng ini, atau mereka merasakan mereka hebat dengan pendedahan ini, hari ni saya tengok

kickdefella attachkan bersama dalam blog dia minit mesyuarat AJK PAS tahun 1986…lama tu…isinya..malas nak baca selepas membaca perenggang pertama
“Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahlah DAP, Syaitan pun saya boleh terima,” – YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan, 23 Januari 1999.
Selepas menerima persahabatan dengan DAP atas alasan keikhlasan DAP menerima perjuangan PAS, sudahkah Nik Aziz mengadakan persahabatan dengan Syaitan kerana saya yakin, orang sehebat Nik Aziz, bila-bila pun Syaitan in mendampingi.
Selepas membaca ini, perkara pertama yang saya terfikir dalam kepala otak saya…
• Dimana hebatnya orang ni?
• Kenapakah ada orang memandang dia ini hebat sehingga membawanya masuk ke pentadbiran kerajaan kelantan?

Dua persoalan yang berpaksikan kepada 1 perkara iaitu kehebatan manusia ini, saya terlintas persoalan ini adalah kerana apa yang dia tulis dan apa yang dia simpulkan di awal penulisan itu sudah tidak melihatkan kehebatan beliau, kesimpulan yang terlalu dangkal dan tidak kena langsung dengan apa yang di ucapkan oleh TGNA berkenaan dengan berkawan dengan Syaitan ini. Saya nak ulas sikit…kata kunci ucapan TGNA itu ialah IKHLAS jika DAP ikhlas maka PAS boleh menerima..tetapi jika DAP tak Ikhlas maka PAS tak terima..mudah je sifir dia…dan Ikhlas ni bukan sahaja dari DAP, dari mana-mana pihak jika ikhlas maka PAS akan terima walaupun daripada syaitan. Itu tanda keterbukaan PAS… Pesoalannya sekarang ini adakah syaitan itu ikhlas sehingga kickdefella berani bertanya “sudahkah Nik Aziz mengadakan persahabatan dengan Syaitan kerana saya yakin, orang sehebat Nik Aziz, bila-bila pun Syaitan in mendampingi”.
Inilah susahnya apabila susahnya bila bercakap dengan orang yang tidak mengaji, sampai bila pun mereka tidak akan faham dan tidak akan mengerti perumpamaan yang di berikan oleh TGNA atau pun mereka sengaja tidak mahu faham, atau sememangnya mempunyai niat yang jahat dalam percakapan dan penulisan mereka.
Saya tidak mahu meletakkan link rencana yang di tulis oleh Kickdefella ini kerana blog dia ialah blog yang terlalu kotor dan najis untuk di lawati.

Dia berhujjah lagi..dengan Hj Lah Geting, Tumpat…Hj Lah ni bukan setakat TGNA je sesat, habis semua sekali sesat, Hassan Al Banna, Syed Qutb, dan beliau adalah pendokong golongan Ahbash yang sekarang ini sedang rancank di susun untuk memberi ceramah di pondok-pondok di Kelantan di bawah tajaan YADIM (Nakhaie) dan Ahbash ni telah di fatwakan sesat oleh DR Wahbah Zuhaili…terpulang la kepada kita nak percaya Hj Lah Geting ke, atau Dr Wahbah Zuhaili….saya tak nak hujjah tentang kata-kata Hj Lah Pada TGNA (kita bincang lain kali).
(2)
Bila terbaca blog ini, saya teringat semasa awal-awal selepas pilihanraya UMUM..apabila Pak Lah menyatakan bahwa memang ada perjumpaan dengan PAS, bertempiklah sebahagian blogger yang mendakwa diri mereka sayangkan PAS, tidak mahu PAS terkena sengat 2 kali dalam satu lubang, macam-macam istilah yang keluar, PAS pada waktu itu telah di usahakan supaya terbahagi kepada 2, satu penyokong TGNA satu penyokong TGHH…bila kita masuk kedai kopi orang PAS…terdengar kata-kata “celaka Hj Hadi ni..baso jenis lapar ko jawatan, serupo dengan Nasaruddin…baso jenis gilo” blog-blog yang mendakwa diri mereka sebagai penyokong TGNA terus menyerang golongan yang di dakwa sebagai fraksi UMNO, kalau menyumpah dah habis segala binatang dalam hutan telah di sumpah kepada beberapa golongan yang di dakwa sebagai pro UMNO dalam PAS, dalam keadaan begini blogger-blogger ini terus menerus mempertahankan TGNA, ungkapan Nasib baik ada TGNA kalau tidak PAS dah Hancur begitu banyak terpampang di dalam blogger-blogger yang di katakan sebagai pembela TGNA.
Ada beberapa peristiwa besar semasa keadaan panas ini berlaku,
1) 16 September- memperlihatkan pertembungan terbuka di antara TGNA dengan Dato’ Mustafa Ali
2) Pilihanraya kecil Kuala Terengganu –Apabila calon pilihan presiden di pertikaikan
3) Peristiwa TGNA ‘menghalau’ YB Ust Nasaruddin Mat Isa dari PAS.
4) Pilihanraya kecil Manik Urai- Sebahagian Pimpinan PAS tidak di benarkan masuk berkempen kerana di dakwa menentang TGNA.
5) EGM yang di cadangkan oleh TGNA yang di dakwa untuk merombak semula kepimpinan PAS yang mana di dakwa sebagai pro UMNO.

Ini sebahagian kecil dari peristiwa yang berlaku, dan seakan memperlihatkan kekuatan dan kelantangan blogger-blogger yang mendakwa sebagai pembela TGNA, Semasa PRK Manik Urai..ada banner yang di gantung tertulis ‘JEMAAH PENYOKONG TOK GURU NIK AZIZ’ di gantung di seluruh pelusuk Manik Urai, Semasa kelam kabut untuk di adakan Seminar Khas bagi menggantikan EGM, ada sumber-sumber yang sampai ke telinga saya ungkapan “SIAPA YANG KATA TAK MOLEK PADA TGNA, MAKAN PENAMPAR AKU LA JAWABNYA”

Blogger-blogger yang mendakwa diri mereka penyokong TGNA pulak bagaikan di rasuk kegembiraan apabila TGNA halau Ust Nasa, ada 10 budak hitam ahli-ahli Parlimen PAS termasuk seorang dewan Harian PAS Pusat (Dr hatta) mengeluarkan satu memorandum menyokong TGNA (maknanya..ada lah yang mereka tentang). Fenomena ini pada masa itu seakan mula menular keperingkat bawah, sampai ke cawangan, tetapi alhamdulillah masa tu tidak ada “JEMAAH PENYOKONG TGHH” walaupun orang belajar di masjid Rusila mungkin lebih ramai dari yanng mengaji di Dataran Ilmu Kota Baru, tiada kata-kata “SIAPA YANG KATA TAK MOLEK PADA TGHH, MAKAN PENAMPAR AKU LA JAWABNYA” walaupun kita tahu penduduk Rusila dan sekitarnya ramai juga yang berjiwa pendekar,ALHAMDULLAH Allah mahu menyelamatkan jemaah ini. Kalau ada…wallahua’lam..tak tahu macamana akan jadi pada PAS, blogger-blogger yang mengambil jalan tengah tidak terlalu mengapi-apikan suasana.

Hari ini, SALAH SEORANG DARI BLOGGER YANG MENDAKWA SAYANGKAN TGNA, telah mengeluarkan kenyataan
1) Sudahkah Nik Aziz mengadakan persahabatan dengan Syaitan kerana saya yakin, orang sehebat Nik Aziz, bila-bila pun Syaitan in mendampingi.
2) Budaya kasar dan ayat-ayat yang amat kesat mungkin menjadi budaya bagi segelintir pihak di dalam PAS kerana ia memang dihalalkan oleh Mursyidul Am PAS. Ia hanya akan membawa persepsi buruk terhadap Ajaran Islam yang menjadi perjuangan PAS.
3) Akhirnya setelah sekian lama menanti, Nik Aziz bersuara juga. Malangnya Nik Aziz memilih untuk tidak berlaku jujur. Mustahil Nik Aziz tidak mengetahui semua ini. Saya tahu Nik Aziz menghabiskan masanya dengan membaca kitab atau Al Quran sewaktu mesyuarat berlangsung dan kerap juga tertidur apabila topik yang dibincangkan tidak difikirkan penting baginya tetapi untuk beliau mendakwa bahawa beliau tidak tahu, ini adalah satu kenyataan yang paling tidak jujur dari YAB Menteri Besar Kelantan.

So..sekarang saya sedang tunggu….kemana pergi blogger pembela tgna dan pembela pas yang meletakkan lambang pas reform dalam blog masing-masing…atau kamu semua sudah jadi munafiq?..sila nyatakan pendirian sekarang?!! Mursyidul am di nista sekarang ni, mursyidul am di tohmah, di mana kamu semua…..ini sebahagian yang mendakwa berjuangn untuk mempertahankan mursyidul am pas dan parti pas…napa kamu semua diam, sepatutnya tidak ada agenda lain yang kamu semua mainkan sebagaimana kamu pernah lakukan dahulu….. Ini baru sebahagian je ni…sapa-sapa nak tambah silakan

http://ppmas-proreform.blogspot.com/
http://motherof3mohd.blogspot.com/
http://greenboc.blogspot.com/
http://manjongmari.blogspot.com/
http://bloglistpolitik.blogspot.com/
http://alhusseyn51.blogspot.com
http://perisik-rakyat.com/
http://g-82.blogspot.com/
http://www.malaysiawaves.com/
http://adukataruna.blogspot.com/
http://reformisjalanan.blogspot.com/
http://cipantapirtenuk.blogspot.com/
http://baganutama.blogspot.com/
http://xenanhu.blogspot.com/
http://edyesdotcom.blogspot.com/

Begitu juga saya sedang tunggu JEMAAH MENYOKONG TGNA yang naikkan banner yang banyak semasa PRK Manik Urai…. Yang aku dengar …..eerrrr tak dengar apa-apa….




'Paste'kan ke Blog Anda Tanda Sokongan

Koleksi Ayahanda