17 Januari 2009

5 ptg -10 mlm, 17 Jan 2009, K.Terengganu- Malaysiakini


Sebaik sahaja selesai 'peperangan' pada jam 5 petang, saya bersama-sama sahabat-sahabat mengemas markaz kami yang telah di gunakan sejak 24 Disember 2008, kemudian kami bergegas ke Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Ibai, kehadiran belum lagi ramai, screen baru aje di pasang dan tertera PAS sedang ketinggalan lebih daripada 200 undi, suasana agak sepi seketika, namun kelegaan sudah ada apabila ketinggalan 200 undi itu telah di campur dengan undi pos yang mana MAWE hanya mendapat 85 undi manakala Wan Farid memperolehi lebih dari seribu, paling kurang episod Pengkalan Pasir tidak berulang apabila menang Undi Awam, tetapi bila masuk undi POS terus kalah.

Kedatang semakin ramai, tatkala itu update semakin menunjukkan PAS mendahului, para penyokong dengan muka yang amat penat telah mula memenuhi kawasan Pejabat PAS Kawasan Kuala Terengganu, kali ini setiap Update di sambut dengan Takbir yang amat bergemuruh, ketika sedang mendahului dengan majoriti 1ebih dari 1700, saya keluar sekejap dan terserempak dengan SU Dewan Pemuda Pusat, beliau menceritakan bahawa ada pimpinan pemuda UMNO yang menghubunginya menyatakan keyakikan bahawa BN akan menang dengan majoriti lebih dari 1000, lepas itu terserempak dengan Wakil Calon PRK 036, Ustaz Wan Shukairi, bertanya kepada beliau hendak kemana, belia jawab ke Stadium dengan keyakinan kemenangan.
Tanpa berlengah saya terus menghubungi sahabat-sahabat sekereta, untuk terus ke Stadium Negeri Terengganu, masalahnya, pas masuk hanya ada 2, kami semua bertiga, ...saya fikir tak kirala apa jua pun 'malam ini kita yang punya', bertolak ke stadium, sesampai di kawasan Seri Iman kediaman resmi Menteri Besar Trg, deretan kereta penyokong BN yang amat panjang, mungkin sedang bersedia untuk 'berarak' lepas trafik light Pantai Batu Buruk, sudah ada road block, sahabat saya mengeluarkan pas masuk, kami di lepaskan polis walaupun tiada sticker kereta... kan dah kata...malam ini kita yang punya.

Sesampai di ruang parking stadium negeri, diluar pagar kelihatan hampir 10 ribu pejuang PAS sedang menunggu, sebahagian kecil menghulurkan tangan mereka kearah kami untuk mengucapkan tahniah, terus masuk ke dalam stadium....yang ada hanya POLIS, SPR, WARTAWAN dan PAS....UMNO tiada walau seorang pun...masuk kedalam lebih kurang seminit....Pegawai Pengurus Pilihanraya yang baru sedang bersedia untuk mengumumkan keputusan.... saya yang sedang duduk bersebelahan dengan bekas calon PAS Parlimen Kuala Terengganu, bertanya kepada beliau...'macamana ustaz? ustaz dulu ke ana dulu' dia tanya dulu apa? saya jawab TAKBIR sambil menanam azam..sebaik sahaja pengisytiharan resmi dibuat aku akan menjadi orang yang bertama mengagungkan nama ALLAH di dalam stadium ini, alhamdulillah aku berjaya...di sebalik tepukan orang lain aku melaungkan takbir atas kemenangan ini di ikuti oleh sahabat-sabahabat lain.

Pimpinan PAS, MAWE, Pimpinan Pakatan yang lain menjadi tumpuan wartawan pada masa itu, semasa sedang bersembang dengan wakil calon, dan beberapa pimpinan pemuda negeri dan Badan Perhubungan PAS Trg saya mencadangkan supaya sebaik keluar ini, mawe patut jumpa penyokong dulu kat luar, di jawab memang sudah di rancang.. sebaik tamat PC..pimpinan PAKATAN dan Mawe keluar dari Stadium dan terus menuju kearah penyokong...FRU terpaksa membuka jalan kepada gerombolan kemenangan...sesampai berhampiran dengan penyokong walaupun di halang oleh kubu FRU...lambaian tanya YB Hj Mohd Abd Wahid Endut di sambut oleh gempita takbir oleh penyokong-penyokong...YB MAWE di angkat...dan di sambut sedang seruan yang amat nyaring, gempita, 'LAILAHAILLAH.....LAILAHAILLAH....LAILAHAILLAH...LAILAHAILLAH' dari penyokong PAKATAN kalimah yang melambangkan kejujuran, ketelusan yang lahir dari hati yang paling dalam pejuang PAS..tanpa sedar airmata tidak dapat di tahan lagi.

Kepimpinan terus menuju ke kawasan hadapan Hospital Lama Terengganu...juga ribuan menunggu di sana..sekali lagi MAWE di julang dan sekali lagi kali Allah menggegarkan bumi Kuala Terengganu.

Selapas itu di lihat ribuan motorsikal, bersama-sama kereta dengan bendera PAS, orang-orang kampung di sepanjang jalan bersama anak-anak yang masih kecil memegang bendera PAS mengibar dengan penuh bangga...tiada lagi penyokong UMNO atau pemimpin UMNO yang membantah...kerana malam ini kita yang punya.

Saya jauhi kawasn itu dan menuju ke bilik gerakan kami untuk bertemu mata dengan pemuda-pemuda tempatan dan ajk upu-upu untuk ucapkan terima kasih. dan selepas itu berangkat pulang dengan penuh rasa syukur kepada ALLAH dengan kemenangan ini.

posting terdekat
1- Pembetulan Keputusan Pilihanraya P036 Kuala Terengganu
2- Gambar di dalam Stadium Negeri semasa pengistiharan kemenangan
3- The Battle of Gong Tok Nasek

Insyaalah Terdekat.

14 Januari 2009

UMNO Hina Palestine- Malaysiakini


Sekali imbas UMNO cuba menakutkan rakyat dengan perang yang sedang berlaku di Palestine sekarang, tetapi sebanarnya inilah penghinaan yang paling besar yang di lakukan oleh UMNO kepada rakyat Palestine selepas mereka (UMNO) menengepikan Menteri Luar Palestine dari Hamas semasa persidangan menteri-menteri luar NAM tempohari dengan menjemput Bekas Menteri Luar Palestine dari golongan Fatah yang telah tewas dalam pilihanraya UMUM Palestine.


Jangan Jadi Seperti Palestine boleh membawa kepada beberapa maksud, MUNGKIN katakan demikian adalah kerana mereka(UMNO) sememangnya seperti Zionis, terutama di Terengganu, tindakan mereka merobohkan Rumah Rakyat di Setiu, Kemaman, serta meroboh Masjid Bujal memberi petunjuk bahawa mereka sebenarnya Yahudi, Zionis kerana tindakan danperangi mereka sama, jadi maksud mereka JANGAN JADI SEPERTI PALESTINE membawa maksud JADILAH MACAM ISRAEL/ZIONIS.

Yang Kedua, Jangan Jadi Seperti Palestine, menggambarkan seolah-olah Rakyat Palestine mahukan benda tersebut, rakyat Palestine mahukan peperangan, ataupun mungkin apa yang UMNO mahu ialah jika ada orang yang mahu menceroboh dan merampas tanah kita, maka kita kena serah saja, jangan lawan, jangan berjihad, sebagaimana yang mereka lakukan di Johor, dengan menggadaikan sebahagian dari negeri kepada bangsa asing. Jika UMNO lah yang tinggal di Bumi Palestine sekarang ini sudah barang pasti dan confirm seluruh bumi yang berkat itu akan terjajah dan di serahkan secara total kepada Zionis Israel.

Sebenarnya Kita tidak tahu kenapa UMNO menghina Palestine dengan sepanduk ini, adakah Syahid ketika berperang dengan Zionis adalah sesuatu yang tidak patut kita contohi, adakah berjuangan mempertahankan tanah air sendiri adalah sesuatu yang hina, adakah mengorbankan nyawa untuk mempertahankan kaum keluarga adalah perbuatan yang tidak bermaruah??!!

Jika UMNO mahu menang dalam PRK KT ini sekali pun janganlah menghina, Palestine, buminya, rakyatnya, dan perjuangan mereka.

Apa Khabar Aqidah UMNO dengan ini- Malaysiakini













Ungkapan yang sememangnya mengejutkan akan tetapi membuktikan bagaimana pemikiran, keyakinan dan mungkin boleh juga dianggap sebagai AQIDAH kepada Pemimpin, penyokong dan pendokong UMNO totok. Ungkapan yang mungkin tidak pernah terucap dalam pilihanraya-pilihanraya yang lalu samada UMUM atau KECIL, tetapi pada pilihanraya Kecil KT kali ini, tembelang aqidah UMNO sudah pecah.


BN ADALAH SEGALA-GALANYA mungkin ialah satu ungkapan yang bukan besar bagi UMNO tetapi amat besar ertinya jika kita cuba menghayatinya dengan lebih mendalam.samada ianya di pandang dari sudut agama mahupun dari sudut adat, meletakkan BN segala-galanya seakan menafikan campur tangan dari unsur-unsur lain termasuklah Allah swt, ungkapan ini juga menggambarkan seakan jika BN tiada di atas muka bumi ini maka akan musnahlah segala-galanya, semua manusia akan mati, kerajaan dan bangunan akan musnah dan hancur, binatang-binatang tidak dapat lagi melata mencari rezeki di atas muka bumi ini.

Mungkin inilah kesan ajaran Islam Hadhari dan hasil dari penubuhan kelab-kelab ulul alBab yang sanggup menafikan akan kekuasaan Allah yang berkuasa di atas segala sesuatu.

BN ADALAH SEGALA-GALANYA juga menunjukkan bagaimana taksubnya penyokong dan pendokong barisan ini kepada PARTI mereka, seolah-olah apa yang dilakukan oleh orang lain adalah sia-sia dan tidak berfaedah, slogan ini juga amat merbahaya kerana bukan sahaja boleh menjejaskan aqidah umat Islam tetapi menyesatkan dan mesti di benteras. tidakkah UMNO/BN sedar bahawa slogan ini boleh menjadikan umat Melayu beragama Islam akan sekali lagi terhumbang ke dalam lembah kesesatan selepas mereka memperkenalkan Islam Hadhari, pihak-pihak berwajib seperti JAKIM, JHEAT sepatutnya peka dengan ungkapan-ungkapan yang boleh menjejaskan aqidah seperti ini, tetapi mungkin juga ungkapan-ungkapan ini sudah dalam pengetahuan mereka, tapi oleh kerana nak cari makan, maka agama dikesampingkan

Tetapi apa yang penting ialah penduduk Kuala Terengganu, mesti bangun untuk membasmikan fahaman, aqidah, keyakinan slogan, kata-kata, ungkapan yang sesat lagi menyesatkan ini dengan memberikan undi kepada mereka yang bergantung kepada ALLAH yang meletakkan ALLAH adalah segala-galanya bukan makhluk yang akan musnah dan hancur ini

13 Januari 2009

UMNO beli pengundi dengan lori tanah- Malaysiakini

UMNO dan BN perlu membuktikan keikhlasan mereka memerintah negeri dan negara ini bukan mengumpankan rakyat dengan projek-projek mee segera sehingga ke larut malam sehinggakan ada projek yang di jalankan itu tidak menepati spesifikasi yang sepatutnya, hal ini di tegaskan oleh penceramah Hj Abd Halim Tausah (gambar) yang juga AJK PAS Kawasan Besut.

Beliau yang hadir bersama-sama dengan kontijen DUN Jertih & Perak yang telah berkampung di UPU Gong Tok Nasek Kuala Terengganu dalam kempen PRK Kuala Terengganu.

Hal ini terbukti apabila pada hari ini telah dilihat bukan sahaja lori-lori yang datang membawa batu-batu untuk di buat jalan sehingga ke larut malam, bahkan yang lebih di kesalkan ialah proses penebangan pokok untuk di buat jalan di lakukan sehingga ke waktu maghrib, seolah-olah UMNO/BN baru memerintah dalam masa seminggu ini.

Dengan mengharapkan agar pihak pengundi memikirkan sikap dan tindakan yang di lakukan oleh pihak kerajaan BN ini seolah-olah memandang ringan dan rendah terhadap pengundi Kuala Terengganu yang menganggap pengundi-pengundi tersebut sebagai boleh di beli dengan jalan-jalan raya serta wang ringgit.

Namun di harapkan pengundi-pengundi Kuala Terengganu menyedari akan sikap dan tingkah laku kerajaan ini dan memberikan pengajaran yang sewajarnya kepada mereka dalam pilihanraya 17 Jan ini.


KT Bandaraya Metropolis dan Metrofulus....mana CICAKMAN!!- Malaysiakini


Kuala Terengganu boleh dikategorikan sebagai bandar paling selamat di Malaysia. Ini kerana dengan kehadiran 10,000 anggota polis yang dibawa ke sini sejak sebelum penamaan calon lagi.

Media kerajaan telah melaporkan seramai 6,000 anggota polis yang telah dikerah ke sini, namun daripada pemerhatian kami, lebih ramai polis daripada rakyat biasa yang berkeliaran di sekitar Kuala Terengganu, seolah-olah Bandar Kuala Terengganu ini Bandaraya Polis.

Menurut sumber, difahamkan kini penambahan lagi 2,000 anggota polis dari pelbagai unit terutamanya anggota dari Sarawak dijangka akan digunakan untuk mewujudkan insiden provokasi bagi menampakkan Pakatan Rakyat memulakan kekecohan dan huru-hara di kawasan pilihan raya


Penambahan tersebut kini dipercayai menghadapi masalah penempatan MARTEK polis yang ditempatkan di keempat-empat Dun.


Terdahulu, Ustaz Nasarudin Hassan Tantawi sewaktu dalam ceramahnya di Markaz PAS Pasir Panjang meminta kerajaan menghantar polis ke kawasan-kawasan maksiat di Kuala Lumpur bagi mencegah maksiat terutama di Lorong Haji Taib, yang dipenuhi dengan mak nyah dan pelacur sejak lama dulu.


Namun kerajaan mengerahkan anggota polis berkampung di Kuala Terengganu sehingga kawasan 'red spot' terabai.


Ahli Parlimen BN sendiri, Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh dalam sidang Parlimen 6 Disember 2008 yang lepas melahirkan perasaan kesalnya kerana setelah 10 tahun menunggu, Sabah masih menghadapi masalah kekurangan anggota polis, terutamanya di kawasan luar bandar.


Ahli parlimen Kalabakan itu berkata, Kementerian Dalam Negeri sering memberi alasan PDRM melalui proses `rebranding’ dalam usaha menyelesaikan masalah kekurangan anggota polis. Tambah beliau, selain masalah kekurangan anggota, polis juga hadapi masalah kekurangan kenderaan di kawasan luar bandar.


Hasilnya, Malaysia boleh 'menternak' dan 'membiak' tiga kumpulan gengster terbesar di Malaysia beroperasi dengan keahlian 17,252 orang dikesan sejak 2005 seperti syarikat tersenarai di bursa saham termasuk mempunyai kumpulan cawangan serta jalinan rangkaian yang canggih.

'fulus' berterbangan

Kuala Terengganu juga menjadi medan 'fulus BN' berterbangan di piliharaya kecil ini. Masing-masing di kalangan perwakilan UMNO di lihat mempromosi diri bagi membeli undi perwakilan dalam pemilihan Agung UMNO pada Mac nanti. Mereka bijak menggunakan peluang ini untuk mengambil hati perwakilan yang kebetulan berkumpul di sini berkempen sama.

Fenomena sebegitu sepatutnya tidak dimainkan di Kuala Terengganu. Pemimpin-pemimpin UMNO tidak perlu susah payah turun ke kawasan-kawasan yang dilihat hanya berkempen untuk diri sendiri.


Kenyataan tersebut disokong, YB Hj Ir Amirudin Bin Hamzah, ADUN Anak Bukit, Kedah. Jentera kempen UMNO hanya bergerak dengan 25% anggotanya manakala yang lain-lain sibuk dengan kempen pemilihan UMNO.

12 Januari 2009

PAS yakin sokongan lebih 50 peratus

PAS yang meletakkan calonnya untuk merampas semula kerusi Kuala Terengganu yakin sokongan pengundi sudah melebihi 50 peratus.

PAS pernah memenangi kerusi ini pada pilihan raya umum 1999.
Timbalan Pengerusi Pilihan Raya PAS Terengganu, Datuk Wan Abd. Muttalib Embong berkata, berdasarkan pemantauan pihaknya termasuk kunjungan dari rumah ke rumah, parti itu berada dalam kedudukan yang lebih baik.

"Berdasarkan perkembangan semasa, boleh dikatakan sedikit lebih daripada 50 peratus," kata beliau pada sidang media harian di Markas PAS Kuala Terengganu di sini, hari ini.

"Kami berada di kedudukan yang baik, tetapi perbezaan pola sokongan terlalu rapat," katanya.

Jelas beliau, pihaknya berupaya untuk mengekalkan arah aliran sokongan yang diperoleh Mac lalu.

"Kini sokongan masyarakat Cina juga mula meningkat, berpihak kepada calon PAS," katanya.

Bagaimanapun, beliau yang juga Pengarah Operasi PAS bagi Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu berkata, pihaknya tidak mahu berada dalam keadaan selesa dengan perkembangan tersebut.

Dalam pilihan raya kecil ini, Barisan Nasional (BN) diwakili oleh Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, PAS meletakkan Mohd. Abdul Wahid Endut dan calo Bebas ialah Asharudin Mamat @ Adam.

Pada 8 Mac lalu, kerusi itu dimenangi oleh Datuk Razali Ismail yang memperoleh 32,562 undi. Beliau menewaskan calon Bebas, Mohamad Sabu yang mendapat 31,934 undi dan calon Bebas, Maimun Yusof menerima 685 undi.

Dalam pada itu, Wan Abd. Muttalib mencabar BN mengadakan debat terbuka mengenai isu royalti sebelum hari pengundian Sabtu ini.

"Tetapkan masa dan tarikh, saya akan datang... kita adakan debat terbuka untuk menjelaskan isu royalti ini," kata beliau.

PAS menggunakan pembayaran royalti sebagai bahan berkempen kali ini.

UMNO guna Buak Tadika- Malaysiakini


Umno telah menggunakan budak-budak dalam kerja politik mereka, lebih dahsyat ada yang belum mumayyiz lagi (Calon BN, Wan Farid Wan Salleh- Kanan Sekali berbaju putih)

11 Januari 2009

UMNO Selangor lumpuh lagi

Umno USJ 1 yang terdiri daripada cawangan Angsana dan Subang Mewah lumpuh apabila 100orang ahlinya menyertai PAS selepas menyerahkan borang keahlian yang diserahkan dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Hotel 3K Majlis Perbandaran Subang Jaya, di sini semalam.

Kedua-dua cawangan ini terletak di bawah Umno bahagian Kelana Jaya yang diketuai oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Selangor,Tan Sri Muhammmad Mohd Taib.



Penyerahan 100 borang kemasukan keahlian PAS itu yang diketuai oleh bekas ahli Umno cawangan Angsana USJ 1, Azli Sham kepada Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Selangor,Dato' Dr. Hasan Ali.

Bekas ahli Umno itu berkata, beliau mengambil keputusan keluar dari parti itu untuk mendapat kebenaran selepas pimpinan Umno bahagian itu tidak lagi bersih dengan mengunakan kemudahan rakyat untuk kepentingan sendiri.

"Saya tidak bersetuju apabila Pengerusi Umno bahagian Kelana Jaya sebelum ini menukar nama dewan masyarakat kepada dewan parti sehingga menyebabkan tidak semua golongan boleh menggunakan kemudahan itu.

"Pada mulanya selepas membuat keputusan menyertai PAS, saya mensasarkan kira-kira 50 bekas ahli Umno yang lain terdiri daripada pemuda dan puteri Umno akan bersama-sama untuk keluar parti," tegasnya.

Namun begitu katanya, dalam tempoh 3 hari mereka mendapati lebih ramai ahli Umno mempunyai hasrat yang sama.

"Kita berjaya mengumpul 100 orang yang menunjukkan minat untuk menyertai PAS apabila melihat parti itu lebih bersih melalui cara kepimpinannya.

"Sikap pemimpin Umno sebelum ini seperti mahu memecahbelahkan apabila ada kemudahan dan sumbangan seolah-olah diberi kepada mereka menyertai parti sahaja.

"Saya mengambil contoh dalam pemberian sumbangan beg sekolah baru-baru ini, ada kanak-kanak yang tidak dapat menerima sumbangan itu apabila ibu bapa mereka tidak menjadi ahli Umno.

"Malah kemudahan dewan yang dibina dengan menggunakan wang rakyat juga tidak semua penduduk dapat menggunakan unutk melakukan aktiviti," jelasnya. - mks._

Salah Lapor Wawancara Wahid - Mingguan Malaysia Di Gesa Mohon Maaf

Akhbar Mingguan Malaysia digesa memperbetulkan kesilapan ayat yang hilang perkataannya dalam laporan wawancara bersama Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut yang tersiar dalam akhbar berkenaan hari ini.
Akhbar milik Utusan Melayu (M) Berhad ini telah menyiarkan wawancara dua calon yang bertanding iaitu Wahid dan calon BN, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh di halaman tujuh.Akhbar itu juga diminta memohon maaf kepada Calon PAS berikutan kesilapan yang bagi Pesuruhjaya PAS, Mustafa Ali sebagai sesuatu yang mungkin disengajakan."Kalau tersalah ejaan mungkin kita boleh terima, tetapi ini salah perkataan, seperti disengajakan," katanya kepada wartawan dalam satu sidang media di Markaz Tarbiah Kuala Ibai sebagaimana dilaporkan Harakahdaily.Wawancara yang disiarkan itu antara lain menyebut Wahid kononnya berkata " Saya kenal Allahyarham Razali (Dato' Razali Ismail bekas ahli Parlimen Kuala Terengganu).Allahyarham seorang yang profesional dan mengamalkan rasuah,"

Menurut Mustafa, perkataan 'mengamalkan rasuah' itu sebenarnya salah, sebaliknya setelah beliau meminta penjelasan sebenar Wahid, beliau menyatakan perkataan 'tidak' sepatutnya mendahului perkataan sebelum 'mengamalkan rasuah'."Sepatutnya ia ditaip 'tidak mengamalkan rasuah'," kata Mustafa Ali yang turut kesal dengan insiden yang dianggap sebagai kesilapan yang keterlaluan.Bagi Mustafa, ia melanggar etika dan profesionalisme media, dan beliau mengharapkan ia tidak diulangi.Beliua turut menyatakan pihaknya kini sedang mengkaji tindakan selanjutnya jika akhbar terbabit tidak membuat pembetulan dan memohon maaf dalam tempoh sebelum hari pembuangan undi.Selain itu Mustafa juga mengulangi amaran kepada pihak BN agar tifak terus menggunakan media arus perdana untuk menyelewengkan fakta mengenai kenyataan pembangkang.Malah paling dikesali, isu hudud yang tidak relevan dengan isu yang sepatutnya dibangkitkan dalam pilihan raya kecil ini dimainkan sekali lagi oleh akhbar arus perdana, katanya.Mereka kekurangan modal dan isu untuk menghentam pembangkang hingga isu yang tidak ada kena mengena dengan situasi kempen dimainkan dalam media, katanya.Mustafa sekali lagi memberi amaran kepada pihak terbabit agar profesional dalam melaporkan kenyataan mana-mana pihak yang terbabit dalam pilihan raya kecil ini

'Paste'kan ke Blog Anda Tanda Sokongan

Koleksi Ayahanda