07 Oktober 2008

Tazkirah Untuk Pentazkirah PAS Terengganu

Dengan merujuk kepada artikel yang di tulis oleh Cacing Hijau di http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=16947 yang dengan mudah membuat andaian dan analisa yang mempunyai niat yang tidak baik terhadap PAS Terengganu

Cacing hijau kata

Saya bersetuju atas semua pandangan untuk mengukuhkan halatuju dan gerak tari perjuangan Pas. Namun saya kurang bersetuju apabila taktikal dan strategi yang dirangka oleh pemimpin-pemimpin Pas Terengganu begitu diagung-agungkan oleh pendokong Pas.

Sesuatu yang perlu beliau perjelaskan dengan betul..apakahyang dimaksudkan dengan strategi yang dirangka oleh pimpinan-pimpinan PAS Terengganu dan agung-agungkan oleh penyokong PAS…Apa Strategi itu? Satu kenyataan penghinaan terhadap kepimpinan PAS dari negeri-negeri lain yang seolah-olah dipaksa menerima pandangan, Ingat Pasca Pilihanraya 2004 apabila PAS seluruh Terengganu sedang mempersiapkan Petisyen, tetapi lantaran Strategi PAS Kelantan di bawah Dato' Husam yang mengadakan hubungan sulit dengan Khairi Jamaluddin (tak lapor pun kepada Mesyuarat AJK Pusat) telah menyebabkan PAS Terengganu menggugurkan semua Patisyen PAS di negeri Terengganu walaupun ada bukti kukuh untuk itu….nilai dahulu percakapan kita sebelum bertutur dan menuduh.

Cacing Hijau Kata

Prinsipnya mudah, semua orang hanya boleh memberi satu undi.

Orang Islam dan bukan Islam, semua satu undi.

Orang kaya dan orang miskin, juga masing-masing satu undi.
Orang segak dengan orang capik, juga satu undi.
Orang sihat dengan orang sakit, masing-masing satu undi.
Bagi mendapat sokongan majoriti dan diterima secara menyeluruh Pas mesti mengambil kira semua komponen masyarakat yang ada.
Pas tidak boleh menang dengan hanya undi orang Pas sahaja.

Inilah yang tidak dilakukan oleh Pas Terengganu.
PKR Terengganu lumpuh dan tenat 'diganyang' oleh Pas.

Jika anda tidak tahu secara sepenuh berkenaan perundingan antara PAS dan PKR di Terengganu jangan pandai-pandai menuduh. Jangan sedap mulut menuduh PAS Terengganu mengayang PKR sampai lumpuh….anda patut bertanya kepada PKR sendiri jika mereka lumpuh….Berapa kerusi yang di berikan kepada mereka walaupun semua tahun mereka tidak ada Ahli dan petugas…..berapa banyak peyokong dan petugas PAS marah kepada PAS Terengganu kerana memberikan kerusi tersebut kepada PKR, Siapa yang membayar Wang Pertaruhan untuk calon-calon PKR dalam Pilihanraya ke 12 di Terengganu kalau bukan PAS Terengganu, siapa yang siapkan Poster calon PKR di Terengganu kalau bukan PAS Terengganu.?

Sehari Sebelum Penamaan Calon di adakan majlis Berbaiah calon-calon…PKR masih belum dapat menentukan calon mereka di SeberangTakir, PAS tetap tidak merampas kerusi tersebut kerana itu hak PKR, Kerusi Bandar adalah hak PKR dan walaupun PAS berpendapat bahawa lebih baik calon berbangsa cina yang semoleknya bertanding…akan tetapi oleh kerana itu hak PKR maka PKR lah yang tentukannya.

Cacinghijau kata

Akibatnya, ketika negeri-negeri lain begitu gah meraih kemenangan, Pas Terengganu ditolak oleh rakyat yang majoritinya Melayu dan Islam.

Kalau dah orang Melayu dan Islam sendiri menolak Pas, apa lagi yang Pas Terengganu hendak banggakan.

Ketika negeri lain yang Pasnya tidak begitu kuat seperti Johor, Perak, Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan dan lain-lain boleh menang, kenapa Pas Terengganu tersungkur penuh keaiban?

Mengikut kenyataan dari Jawatankuasa Post Mortem PAS Pusat, Undi Melayu yang memihak kepada pembangkang yang meningkat hanya di Kelantan, manakala negeri-negeri lain mengalami penurunan…sebab itu di Pulau Pinang PAS hanya menang 1 kerusi, di Perak PAS menang paling sedikit walaupun PAS bertanding paling banyak, kerana pengundi melayu di Perak tetap memilih UMNO, begitu juga di Selangor..macamana dengan kawasan majoriti melayu? PAS Selangor menang 8 kerusi sama macam PAS Terengganu..jangan menuduh Melayu/Islam hanya menolak PAS di Terengganu..tetapi Melayu Islam menolak PAS di semua negeri. Di Terengganu hanya 3 dun yang ada pengundi cina yang agak ramai… Jertih, Cukai dan Kuala Terengganu, di Pengkalan Berangan tidak menjadi penentu. Kekadang kita tertanya-tanya mana peranan petugas PKR dalam menguasai pengundi cina ini!!??

Cacinghijau merapu

Jawapannya mudah, strategi politik Pas Terengganu tidak menjadi. Saya berautoriti untuk mengatakan hakikat ini kerana saya orang Terengganu dan terlibat dengan jentera Pas Terengganu.

Tak tahulah pulak kalau ada kawan-kawan daripada negeri lain yang lebih faham tentang negeri Terengganu berbanding saya, lalu ingin menentang pandangan saya.

Apa autoriti kamu untuk bercakap tentang strategi PAS Terengganu..kalau setakat terlibat dengan UPU atau kawan seorang calon?! Apa yang kamu faham tentang negeri kamu ini? Jangan cuba untuk bercakap tentang PAS Terengganu jika baru mengenal Jentera Terengganu semasa pilihanraya ke 12 baru ini, atau apakah yang di mnaksudkan dengan jentera itu hanya pimpinan di perinkat atas sahaja?! bagaimana dengan kamu di peringkat upu yang kamu amat banggakan itu..adakah tugas yang di amanahkan oleh JPN Terengganu kamu laksanakan? Jangan cuba cakap pasal autoriti

Selain itu Pas Terengganu juga sentiasa memusuhi dan meletak prasangka yang sangat tinggi kepada Anwar Ibrahim.

Sedangkan pada masa sekarang dan dalam PRU 12 lepas, massa/rakyat umum begitu menerima dan mengagumkan Anwar.

Pas Terengganu tidak bijak memanfaatkan peluang ini untuk mendapat sokongan dan kepercayaan masyarakat.

Akhirnya mereka tewas teruk dalam PRU 12 yang lepas.

Dalam gerakan Islam, apa sahaja strategi yang syarie boleh digunakan untuk mencapai matlamat perjuangan.

Apa yang tidak syarienya mempergunakan Anwar untuk Pas menang di Terengganu?

Jika strategi mempergunakan Anwar berjaya dalam pilihanraya baru-baru ini, mengapa kawasan melayu di negeri lain yang jugak menggunakan Isu Anwar jugak tewas? Seperti yang di huraikan di atas? Hatta di Pulau Pinang sendiri…mungkin Betul apa yang di katakan oleh Muhamad Sabu bahawa Isu Anwar hanya berkesan di kawasan Bukan Melayu sahaja…

PAS Terenggnu memusuhi Anwar?!! Ni ambik dari mana?kalau nak di kira dari kenyataan Pesuruhjaya PAS baru ni..itu kenyataan lepas Pilihanraya (itupun kalau nak diistilahkan memusuhi…tapi sebenarnya teguran dan pandangan)….apa bukti PAS Terengganu musuhi Anwar sebelum pilihanraya?

Ulasan Cacinghijau tentang Erdogan…satu-satunya ulasan yang paling merapu yang pernah saya baca….sebagaimana yang saya kata pada awal…..takat mana sangat PAS Terengganu boleh kuasai pemikiran Ahli PAS seluruh Malaysia…dan jangan kamu terlalu busuk hati dengan PAS Terengganu dengan tohmahan sebegini, kamu sebenar yang melebelkan PAS Terengganu dengan berbagai lebel dari awal tulisan kamu hingga ke akhir tulisan kamu.

Terlalu lama saya membiarkan penyangak yang kurang ajar menyerang PAS Terengganu….tanpa sebab….PAS Terengganu tak pernah kata kepada PAS Lain semasa menang 1999, tak pernah kata ke Selangor kenapa tak pandai tawan pengundi, tak pernah kata ke Kedah, dan tak pernah kecik hati kepada PAS Kelantan kerana demi untuk menyelamatkan Kelantan, PAS Terengganu terpaksa gugurkan semua patisyen walaupun tugas mengumpulkan bukti mengambil masa berminggu… Kerana AHLI, PENYOKONG, PENDOKONG PEMIMPIN PAS DI TERENGGANU MENYEDARI BAHAWA KITA ADALAH PARTI ISLAM SEMALAYSIA.

26 September 2008

Muhd: Tangguh untuk redakan Umno- Malaysiakini

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, keputusan untuk menangguhkan perhimpunan agung dan pemilihan Umno dapat meredakan keadaan dalam parti itu sekarang berhubung isu peralihan kuasa.

umno supreme council special meeting 260809 taib"Penangguhan itu juga baik untuk semua, untuk Pak Lah dan kepada parti," katanya selepas mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini.

Sebelum itu, mesyuarat pagi tadi memutuskan menangguhkan perhimpunan agung dan pemilihan Umno dari Disember ini ke Mac tahun depan.

Bagaimanapun, mesyuarat perwakilan bahagian akan tetap diteruskan selama sebulan mulai 9 Oktober ini untuk mencalonkan jawatan-jawatan presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden dan anggota MT.

Menurut Muhammad, perhimpunan agung dan pemilihan parti dijangka diadakan akhir Mac.

Sehubungan, katanya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga akan umumkan keputusannya sama ada akan bertanding mengekalkan jawatan presiden sebelum bermula mesyuarat bahagian.

Dalam sidang akhbarnya selepas mesyuarat MT, Abdullah berkata, beliau belum lagi memutuskan sama ada akan bertanding mempertahankan jawatan presiden.

Desak dipercepatkan

"Semua ahli MT menyambut baik keputusan penangguhan tersebut meredakan keadaan seperti panas (dalam parti)," kata Muhammad.

Beliau dipercayai merujuk perkembangan semasa dalam Umno berhubung pelan peralihan kuasa pada 2010.

Bagaimanapun, pemimpin akar umbi Umno tidak sekata mengenai tarikh tersebut dan banyak yang mendesak supaya tarikh itu dipercepatkan lagi.

Malah, sebahagian Umno bahagian secara terbuka dilaporkan mahu mencadangkan calon lain untuk jawatan presiden.

muhyiddin yassin and najib and umnoRegu pilihan mereka ialah Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, masing-masing bagi jawatan presiden dan timbalan presiden.

Ternyata perkembangan itu membimbangkan beberapa pihak dalam MT sendiri, sehingga mencadangkan Abdullah tidak bertanding kerana bimbang tidak mendapat pencalonan mencukupi.

Untuk layak mempertahankan jawatan presiden, Abdullah mesti mendapatkan sekurang-kurangnya 30 peratus pencalonan atau 58 bahagian. Umno mempunyai 191 bahagian.

Mesyuarat bahagian

Mengulas lanjut mengenai keputusan mesyuarat MT tadi, Muhammad berkata, keputusan itu bermakna perdana menteri "mendengar suara di peringkat bawah".

Perdana menteri, tambahnya, akan mengumumkan pelan peralihan kuasa tersebut tetapi tidak tahu tarikhnya.

"Tetapi ada kena-mengena penangguhan perhimpunan agung Umno dengan pelan peralihan kuasa Abdullah kepada Najib.

"Pak Lah kata beliau akan umumkan sebelum mesyuaat bahagian 9 Oktober depan," katanya.

rahim thamby chikSementara itu, seorang lagi ahli MT Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik pula menyifatkannya sebagai satu kaedah penyerahan kuasa.

Menurutnya, ia dipersetuju sebulat suara oleh ahli-ahli MT ketika ia dibincangkan dalam mesyuarat hari ini.

"Mesyuarat MT hanya membincangkan isu ini sahaja dengan ramai MT yang bercakap mengenai perkara tersebut," katanya.

Ulasan.
Apabila kita melihat keadaan UMNO ini seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena sedang berlegar di kalangan mereka, dan hakikatnya mereka sendiri pun tidak mengetahui apakah yang tidak kena itu, kerana jika sekiranya yang di katakan tidak kena itu adalah kepimpinan Pak Lah, bagi saya itu adalah kurang tepat kerana UMNO melakukan keputusan hasil dari perbincangan Majlis Tertinggi mereka, apa jua keputusan datang dari Majlis Tertinggi... Ok jika berlaku pengunduran Pak Lah atau dalam erti kata lain, Pak Lah sudah tidak menjadi PM, apakah MT jugak akan berubah....mungkin ada sedikit perubahan, yang pasti MT UMNO akan tetap di duduki oleh mereka yang bersama Pak Lah sekarang dan tetap akan membuat keputusan sama dengan keputusan yang di lakukan oleh Pak Lah sekarang.

Umno sebenarnya perlu mencari apakah yang sedang melanda mereka sehingga menyebabkan mereka berada dalam keadaan yang sesak nafas macam ni...Perubahan Tarikh Pemilihan di katakan untuk meredakan UMNO...betul kah begitu ataupun ianya akan menambahkan lagi suhu kepanasan UMNO dengan ruangan untuk segala jenis sebaran dan suapan terbuka dengan lebih luas...

Jika UMNO masih belum menjumpai apakah yang menyebabkan mereka begitu sesak nafas sekarang, maka ahli-ahli UMNO mesti melakukan tindakan yang berani untuk menyelamatkan perjuangan membela melayu...Ahli-ahli UMNO kena bertanya kepada diri mereka....manakah yang lebih penting antara 3 perkara ini .

1) UMNO
2) Poket
3) Membela Melayu.

jika pilihannya antara 1&2 maka teruskanlah berada di dalam UMNO dan carilah seberapa banyak peluang untuk memenuhkan poket lebih-lebih lagi dalam pemilihan UMNO ini..melihatkan begitu ramai calun yang menawarkan diri untuk bertanding...maka peluang itu mesti di rebut dan di ambil sepenuhnya....kerana selepas itu, UMNO mungkin akan karam..

Jika Ahli UMNO memilih yang ke 3 dengan penuh keikhlasan, maka AHLI UMNO di semua peringkat mesti melakukan penghijrahan secara besar-besaran dengan memilih wadah perjuangan yang lain, dan yang paling sesuai sekarang ini ialah PAS, kerana UMNO sudah tidak boleh di harapkan lagi, cuba bilang apakah jenis jenayah yang UMNO tidak buat lagi...
Bunuh....Dato' Mokhtar Hashim VS Dato' Taha Talib ( dikatakan bermotifkan politik)
Rogol......Dato' Rahim Tamby Chik ( dengan budak bawah Umur)
Rasuah..... Nak Bilang terlalu banyak sehingga kepada politik Wang dalam UMNO yang masih belum reda.
Curi (songlap).......kita ambik kes lama BMF, Maminco masih belum selesai. (kalau ada orang nak tambah silakan)

tu kita ambik yang besar-besar la, yang kecik-kecik tu pasti tak muat dalam ruangan ini... apa yang pasti, jika Ahli UMNO itu ikhlas perjuangkan Melayu...mereka tidak ada pilihan lain lagi selain dari HIJRAH, jika mereka Sayangkan Malaysia...mereka kena HIJRAH....Jika Mereka Sayangkan Islam...Mereka Kena HIJRAH..

Semoga Sahabat dari UMNO dapat berfikir dengan waras sempena dengan Aidilfitri ini......jangan kita hanya salahkan PAS atau ahli PAS yang bercakap berkenaan dengan kita, tetapi adakah kita pernah berfikir kenapa PAS atau Ahli PAS bercakap demikian terhadap kita..... Mari kita renungkan.

22 September 2008

ULASAN TERHADAP MUHASABAH SESAMA KITA : DARI ARTIKLE Al BAKISTANI




Kali ni saya malas dah untuk menulis panjang-panjang kerana (maaf sebut) hujahan yang di berikan terlalu dangkal…saya akan jawab ringkas-ringkas je..dan minta pembaca fikirla baik-baik dan nilaikan

PERTAMA:

ULASAN Bakistani

Setelah berjumpa dengan sebilangan pengikut setia Anwar, ana dapat simpulkan bahawa mereka menyokong Anwar seperti berikut;

a. Kerana Taassub membabi buta
b. Kerana ambil kesempatan, kononnya Perdana Menteri.
c. Kerana idealisma perjuangan beliau

Golongan pertama dan kedua, tidak perlu dibincangkan, tetapi ana tidak nafikan, wujud manusia yang menjadi pengikut setia Anwar kerana idealisma perjuangan beliau.

Ana dimaklumkan bahawa antara tokoh-tokoh islam yang diminati oleh Anwar adalah Sayed Naqib Al-Attas. Sejak dari itu, ana mula membaca berbagai-bagai tulisan Sayed Naqib Al-Attas, juga tulisan Ahmad Wahib, dari bukunya yang bertajuk "pergolakkan pemikiran islam".

Ekoran dari itu, ana dapat rasakan ada sesuatu yang hendak dilakukan oleh Anwar Ibrahim. Justeru itulah, ana menulis satu article yang bertajuk "andaian terhadap politik Anwar dan Kerajaan Pakatan rakyat" (Sila rujuk : (1) http://one-g.blogspot.com/2008/08/mengandaikan-politik-anwar-dan-pakatan.html (2) http://one-g.blogspot.com/2008/08/andaian-terhadap-politik-anwar-dan.html)

Apakah kita boleh menilai idealisma sesorang itu hanya dengan kita tengok buku yang dia baca sahaja? kalau saya kata saya dah baca Das-Kapital, anda boleh kata saya komunis?- saya nak minta Bakistani korek-korek siapa Sayed Naqib al Attas ni

KEDUA:


ULASAN Bakistani…
Pada ana, idealisma perjuangan PKR adalah Anwar. Dan idealisma perjuangan Anwar bukan PKR. Setelah meneliti bahan bacaan Anwar, ana menilai bahawa Anwar ada sesuatu yang dia hendak lakukan di Malaysia. (Sila rujuk tulisan ana yang lalu, bertajuk : Andaian terhadap politik Anwar dan kerajaan pakatan rakyat)

Takrifkan sikit idealisma tu apa? Komen saya macam yang pertama, nak nilai idealisma perjuangan Anwar dengan tengok buku dia baca? Betul ke macam tu sedara…Ada sesuatu yang dia nak lakukan di Malaysia…itu telahan anda sebab anda taksub pada dia.
KETIGA:

ULASAN Bakistani:

Dalam peperangan, orang yang berjaya mengalah tentera musuh adalah orang yang berjaya menjadikan Musuh menari dengan gendang yang dimainkannya.

Dalam kes Anwar dilihat sebagai orang yang lebih kehadapan berbanding PAS. Dilihat seperti Anwar naik kerana Isu.

Ana tidak berfikir rakyat malaysia sebodoh yang disangka. Berapa ramai manusia yang cerdik di Malaysia ini boleh termain dengan isu-isu.

Memang Anwar menjadi isu perbincangan rakyat. Masakan tidak, bukan musuh sahaja menari dengan isu Anwar, bahkan PAS sendiri juga menari.

Ekoran menari itulah, menyebabkan keluar kenyataan Dato’ Pa. Mungkin kita akan berkata, kenyataan Dato’ Pa itu bertujuan meredakan tarian dari pimpinan PAS yang sedang menari. Tetapi perlu diingat, kenyataan Dato’ Pa itu dibidas pedas oleh Mursyidul ’Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat.

Masakan Mursyidul Am tidak cerdik?? Bahkan ada ulama di kelantan menyebut bahawa kepala tok guru Mursyidul ’Am seorang, menyamai dengan 8 kepala orang Ulama besar di Malaysia.


Kita nak jadikan PAS ni Parti yang hidup dengan Isu semata ke macam PKR dan Anwar?, Atau kita mahu mencipta isu-isu yang tidak berpijak di bumi nyata semata nak publisiti…sekali dua boleh la…lama-lama orang benci

Kenyataan Dato' Pa adalah untuk meredakan ketaksuban orang PAS macam anda terhadap 916…itu pun tak reti lagi, meredakan orang PAS dari Politik Khayal yang tidak berpijak di bumi nyata….sekarang dah terbukti

Tok Guru Nik Aziz bukan Maksum dan juga boleh salah dalam bacaan politik (malas nak kata pada orang sekeliling tok guru yang bagi tak limat salah)

KEEMPAT:

ULASAN Bakistani:

Tidak perlu cari punca, bahkan memadai saudara tinggal dikawasan yang penduduknya ramai terdiri rakyat berbangsa selain melayu. ana tergamak menyebut PAS Syok sendiri apabila berjumpa dengan Non Muslim, dan bercerita tentang Islam yang diperjuangkan oleh PAS, menyebabkan mereka baru mengakui bahawa mereka baru sahaja memahami bahawa perjuangan PAS adalah murni.

Persoalannya, bukankah PAS sudah wujud sejak 1951 lagi. Mengapa non muslim ini baru memahami perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Ini menunjukkan bahawa perjuangan PAS itu masih lagi berlegar dikalangan melayu. jika dianggap tidak berlegar sesama melayu, bahkan sudah menjangkau kepada non Muslim, mengapa harakah pada hari ini mengeluarkan satu kenyataan Mujahid Yusuf Rawa yang menyebut bahawa YDP Pas di semua kawasan perlu serius terhadap kelab penyokong PAS. Kalau desakan ini keluar, menunjukkan sebelum ini dan sekarang pun, PAS agak tidak serius dalam Non Muslim.

Itu masalah di tempat anda..jangan nak paksa orang lain ikut waqi' tempat kita….tempat kita kita la yang buat…nak usrah dengan NON muslim ke…nak apa ke dengan Non Muslim…kan anta AJK Ulama' Negeri…buat la.

KELIMA:


ULASAN Bakistani

Telah disebut dalam article lalu. Padaku, 16 september merupakan strategi Anwar untuk menjatuhkan Barisan nasional, sepertimana strategi slogan "Negara berkebajikan" yang dilaungkan oleh PAS dalam pilihanraya lalu untuk menjatuhkan BN.

Pimpinan kita juga ada mengulas isu ini, seperti Khalid Samad, Hussam musa, Mahfoz Omar dan sebagainya. agaknya, kita boleh rujuk terhadap tulisan-tulisan mereka dalam blog mereka, juga akhbar-akhbar.

"16 september merupakan strategi Anwar untuk menjatuhkan Barisan nasional", ayat ini keluar hanya selepas 16 september….jangan cuba nafikan perkara ini…semua orang tahu la akhi. Sebelum tu…confirm….saya tak bincang anta punya pendapat…saya bincang 916 ni telah menyebabkan politik khayal pada ahli PAS…ahli lain lantak dia la.


KEENAM:

ULASAN Bakistani

Ana dimaklumkan bahawa sebelum ini banyak strategi Anwar dibocorkan yang melembabkan gerak kerja Anwar. Ianya rentetan tuduhan liwat dari Saiful Bukhari dikala bekerja dengan beliau.

Begitujuga, mengikut ceritanya, sengaja Anwar tidak menyiarkan nama-nama MP itu, kerana didakwa BN akan menggunakan ISA dan seangkatan ISA terhadap MP-MP tersebut.

Yang pastinya, senarai-senarai MP-MP itu sudah berada dibawah pengetahuan PAS, iaitu menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Ustaz Ahmad Awang, salah seorang Naib Presiden PAS, bahkan Ahmad Awang mengakui kewujudan MP-MP yang mahu melompat itu.

Strategi apa? Takkan strategi boleh berubah sekejap-sekejap..sekejap boleh sekejap tak boleh…. Kalau Saiful Bukhari yang bocorkan strategi Anwar dah tentu di siar dalam akhbar strategi tu…saya di lihat tak ada pun strategi Anwar yang Saiful bocorkan.

Kenyataan Ustaz Ahmad Awang..dia kata dia tengok ada MCA dan MIC jugak akan lompat….. SU MIC kata MP MIC ada 4 orang je semua Menteri dan Timbalan Menteri dan semua nafi…dah bila orang nafi tu …siarlah namanya siapa!

Jangan baca Kenyataan Ust Ahmad Awang Saja…baca la jugak Kenyataan Ust Hashim Jasin bawah dia tu…Kata ust Hashim hanya tahu bilangan bukana nama bilangan ikut negeri…Sabah berapa, Serawak berapa…… Lain kali baca kena habis.


KETUJUH:


ULASAN Bakistani
Yang pastinya memang mereka sudah pergi. Juga yang pastinya mereka tetap menyatakan "on Track". Adakah mesti 16 september, pada ana, ia bukan isunya. Kerana sudah dinyatakan tadi, 16 september sebagai strategi untuk mengugat UMNO/BN. Yang lebih penting dari itu, perubahan kerajaan mesti berlaku, walaupun selepas dari 16 september.

Pengantin lelaki itu sudah ditimpa kemalangan, lalu dimasukkan ke dalam hospital dan mendapat rawatan Doktor. Apabila ditanya, Doktor menyatakan, pengantin itu mampu meneruskan majlis perkahwinannya dengan alasan luka dari kemalangan itu tidak terlalu kuat, lalu didapati majlis tersebut tidak dapat dilangsungkan juga pada hari itu, dan diminta agar diperlewatkan masa majlis perkahwinan itu. apakah ini membatalkan majlis perkahwinan tersebut????

'On Track' tu on track 16 september la…..tak ada strategi-stategi lagi..tak caya baca ni…http://fuziahsalleh2.wordpress.com/2008/09/16/anwar-last-night/ dan baca lagi http://fuziahsalleh2.wordpress.com/2008/09/13/the-typhoon-rages/


KELAPAN:

ULASAN Bakistani

Dalam tulisan lepas, saudara Zahash minta agar ana bertindak lebih manis. Agar tidak disebut nama pimpinan PAS itu. Tiba-tiba dalam tulisan kali ini, diminta agar disebut secara jelas tentang si Naib Presiden itu.

Secara nyata, ana nyatakan bahawa Naib Presiden dalam PAS ada tiga orang sahaja. Naib Presiden yang ana maksudkan adalah manusia yang tidak pernah puas mengkritik Anwar sejak dahulu hingga sekarang.

Beliau adalah Naib Presiden PAS yang sering bergurau menyebut mahu menjadi Menteri Dalam negeri.

Mungkin beliau bergurau, tetapi apakah dikira sebagai gurau, jika ucapan 'nama ana tidak dicalonkan sebagai salah seorang Kabinet menteri PR' dikala beliau sedang mengkritik Anwar habis-habisan.?? Macam frust jer???

Mungkin lepas ni, pihak wartawan boleh tanya si Naib Presiden pula untuk mendapat kepastian.

Itu Presepsi anta…saya ingat satu kenyataan resmi dalam mesyuarat ke…kalau presepsi ramai orang boleh melihat dari sudut lain dan bukan dari sudut pandangan anta… apa yang kita bincang ini ialah fact…. Kalau macam tu saya boleh kata Husam Musa, Syed Azman, Khalid Samad, Dr Hatta pun nak jadi menteri kabinet sebab di mana sidang akhbar Anwar disitu ada mereka di belakang….tentu anta jawab..tak leh cakap gitu sebab mereka hadir bagi sokongan….tak kira la itu presepsi saya.

KESEMBILAN:

ULASAN

Bukan dari ajaran islam semata-mata merujuk kepada habuan akhirat disamping meninggalkan habuan dunia. Itu bukan islam, itu dunia kepadrian yang merujuk kepada kristian, dan dunia kesamian yang merujuk kepada hindu.

Yang penting adalah, adakah dunia itu dijadikan sebagai tempat bercucuk tanam untuk menuju akhirat atau tidak???

Disebabkan kita tidak dicalonkan Menteri menjadi sebab kita hentam habis-habisan terhadap salah satu usaha menjatuhkan kerajaan BN/UMNO. Adakah kita tidak lagi menghentam, apabila kita mendapati nama kita salah seorang calon menteri???

Memang kita perlu berlumba dengan PKR dan DAP, tetapi apakah cukup kita berlumba itu dengan mendakwa PKR dan DAP seperti musuh, sedangkan mereka adalah sasaran dakwah kita.

Sebab itu, pada ana, rakyat tidak melihat PAS kerana mereka menilai PAS belum bersedia untuk memegang tampuk pemerintahan Malaysia.

Di manakah dasar ekonomi PAS, dasar pendidikan PAS, dasar luar PAS, perlembagaan Islam yang dicadangkan oleh PAS dan sebagainya.?????

Memang dasar islam sudah menjadi pegangan PAS, tetapi PAS belum bersedia kerana tidak mempunyai satu plan pemerintahan cara islam dikala memerintah Malaysia nanti.

Sebahagian kenyataan di atas tu dah menyokong kenyataan saya..ok dah

Cuma sebahagian lagi tu….kalau saya kata awak lidah UMNO, awak marah.tapi persoalan yang diberikan di ajukan itu ialah persoalan UMNO yang mahu memperlekehkan PAS, kalau saya tanya mana Dasar Ekonomi Anwar ke takat turun harga minyak je?, dasar Pendidikan Anwar mana? Dasar Luar Anwar mana?

Anta sudah mula tidak yakin pada PAS, masa PAS tawan Kelantan dulu ada orang persoal benda-benda macam ni….yang persoal ialah UMNO sahaja

KESEPULUH:

ULASAN Bakistani

Benar, ianya hasil perbincangan antara PAS, PKR dan DAP. Yang pelik, ada Dun-Dun dan parlimen-parlimen yang dulunya kepunyaan PAS, tetapi pilihanraya ke 12 telah jatuh ke tangan PKR dan DAP.

Tempat ana adalah antara contohnya. Dan ada pula kerusi itu memang sudah menjadi kepunyaan PAS, lalu diberikan mentah-mentah kepada PKR. Lalu apabila berlaku sedikit bantahan menyebabkan diberikan balik kepada PAS. hal ini berlaku di parlimen kota Raja. Boleh tanya Dr Hasan Ali.

Juga, ada Dun dan parlimen yang telah diberikan kepada PAS, yang Dun dan perlimen itu, rakyat terdiri ramai non Muslim, atau diletakkan calon non muslim, tetapi kenapa tidak dijadikan Dun atau parlimen itu sebagai dun atau parlimen focus????

Baru anta tak setuju PAS bertanding di kawasan Melayu sahaja, sekarang tak setuju PAS bertanding di kawasan Non Muslim pulak…mana satu ni sedara.

Masalah ini berlaku di Selangor…kan Khalid Samad kata PAS Selangor kuat… takkan ada masalah jugak…..tempat lain tak ada masalah pun…macam tu. PAS tolong beli/buat bendera PKR ada la.


KESEBELAS:

ULASAN bakistani

Isu selangor, ana rasa, ana lebih mengetahuinya, disebabkan ana hampir dengan mereka-mereka ini.

Pada ana, seseorang yang ada kredabaliti bukanlah kerana ilmunya tinggi tahap bumbung, banyak PHd, pandai ceramah dan sebagainya. Orang yang ada kredabaliti adalah manusia yang dihormati oleh kawan dan lawan.

Isu Salihin Mukhyi jumpa MB pula, bukan isu MB tidak mahu berjumpa, tetapi ia melibatkan isu sultan selangor.

Memang ana akui, kalau DAP ada wakil melayu, sudah pasti Nizar tak jadi MB. Pun begitu, setelah kejatuhan BN di Perak, Allah telah menetapkan Nizar sebagai MB.

Inilah yang diharapkan berlaku di Malaysia setelah kejatuhan BN/UMNO dalam target 16 september yang tarikhnya dienjakkan itu.

Sekarang ust Salihin tu memegang Jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor..tak kira la ilmu di banyak ke sikit….hatta kalau dia lulus sekolah rendah sekalipun, dia tetap Ketua DPPNS, dan PAS ini salah satu parti pemerintah…tiba-tiba nak jumpa MB pun tak leh….apa hal ni…. Ada apa-apa ke?....jumpa dulu la dengar dulu DPPNS nak cakap apa.

KEDUA BELAS:


ULASAN Bakistani

Memang apa yang sedang PAS lakukan untuk dakwah non Muslim itu agak positif, tetapi masih lagi ditahap yang lembab.

Apabila dilihat sebagai lembab, ini membuktikan kita tidak menjadikan dakwah Non muslim ini sebagai perkara utama dalam perjuangan PAS.

Takkan sejak tahun 1951, dakwah Non muslim ini masih tidak kemas lagi kot????

Bahkan ana ada membaca satu tulisan, bahawa memahamkan Dasar PAS ini kepada non Muslim pernah disebut oleh Profesor Zulkifli Ahmad dalam satu muktamar PAS dahulu. Tetapi yang peliknya, sekarang kita boleh menjawab ianya perlu diperkemaskan lagi. Persoalannya, ianya perlu diperkemaskan lagi, atau ianya baru hendak bermula???

Ana pun tidak menafikan usaha PAS ini secara total, tetapi yang pastinya, ana menolak secara total tentang keseriusan PAS dalam dakwah non Muslim. Buktinya, kenyataan Mujahid Yusuf Rawa dalam harakah keluaran hari ini, berkenaan kelab Penyokong PAS.

Jentera di peringkat anta tu la kena sambut seruan pimpinannya…takkan itu pun tak faham…kalau Prof Zul dan sebut lama dulu…dan di ulang-ulang di peringkat Muktamar selepas itu…..maka jentera di peringkat bawah…anta sebagai AJK Ulama Negeri, apa pandangan anta kepada mesyuarat peringkat negeri Selangor dalam hal ini oleh kerana anta melihat ini adalah masalah yang paling utama.

Pimpinan dah letakkan dasar, sejak dari Prof Zul lagi….kit adi bawah ni la yang buat nya.

KETIGA BELAS:
ULASAN Bakistani

Ulasan ana dalam article lalu, bukanlah dengan tujuan untuk mencari publisiti sepertimana orang UMNO mencari publisiti. Ana menulis article itu sebagai seorang yang berhadapan dengan Non Muslim dan "manusia-manusia pelik" yang masih lagi tidak memahami dasar perjuangan PAS.

Mengapa mereka tidak faham lagi dasar perjuangan PAS, walaupun PAS sudah terlibat dengan dunia politik sejak sebelum merdeka lagi???


Dah Terjawab di atas, orang yang pegang jawatan di bawah ni malas dan beralasan nak sambut seruan pimpinan.


KEEMPAT BELAS:


ULASAN Bakistini

Pada ana, dalam bekerja islam tidak cukup sekadar Ikhlas lillah sahaja. Bahkan perlu mengikut piawaian nabi, disamping mempunyai strategi dakwah yang dapat memberi kesan positif kepada Islam. Inilah yang telah dibahas panjang oleh ulama-ulama Hadis dan ulama-ulama dari bidang dakwah.

Kita tak bincang tentang Uslub atau Asalib dakwah di sini.,,,kalau pandai strategi tapi tidak lillah…Cuma strategi nak jadi PM je ……boleh ke macam tu?

KELIMA BELAS:

ULASAN Bakistani:

Memang diperingkat awal ana membicarakan peralihan kuasa. Di akhirnya pula ana bicara tentang dakwah islamiyyah. Sengaja ana mengulas sedemikian kerana, peralihan kuasa yang hendak dilakukan ini dirasakan "haru biru" oleh PAS disebabkan usaha dakwah islamiyyah kita tidak serius.

Pada ana, orang menerima PAS kerana mereka faham Islam yang diperjuangkan oleh PAS. kalau mereka tidak faham Islam, ana tidak yakin mereka menerima PAS.

Persoalannya, bagaimana hendak memahamkan islam kepada non Muslim?? Sudah pasti dengan dakwah islamiyyah yang dilakukan secara serius.

Non Muslim tu termasuk UMNO ke tak?, kalau masuk ye la tu


Saya rasa seperti mengulang-ulang hujjah yang sama…yang begitu sukar untuk di fahami oleh Al Bakistani….kalau begini la sikap yang ada …maka tidak akan berkesudahan….Cuma untuk akhirnya…….Jangan la kita terlalu terikut dengan politik yang mengutamakan isu semata kerana ianya tidak akan bertahan lama…kalau anta rasa strategi PAS ni tak betul dan tak bijak..PKR lebih bijak dan Anwar lebih bijak dari TGHH..saya cadangkan anda sertai PKR je…senang…PKR pun dalam PR lagi….Pun nak tegakkan Negara Islam..

21 September 2008

Jawapan Kepada Sahabatku Al Bakistani

Pertamanya saya amat berbesar hati apabila pandangan saya terhadap penulisan Al Bakistani telah di beri respon yang begitu panjang lebar..kalau di 'paste' semula ke dalam 'word' ianya akan mengambil ruang sebanyak 7 mukasurat, dan pastinya beliau memerlukan masa yang sesuai untuk menjawab balik persoalan saya, melihat pada nota..jawapan beliau tamat di tulis pada pukul 4.45 pagi….mungkin lepas qiam malamta di terus 'mengadap saya'

Saya tidak mahu tranungkite ini menjadi medan kami berdua bermuhasabah, dan jika sekiranya beliau mengambil sikap mengubah beberapa persoalan yang telah saya ulas sebagaimana saya juga ada menerima beberapa poin pentinng dalam tulisannya itu, pastinya saya akan biarkan pembaca yang menilainya..akan tetapi oleh kerana beliau telah menyebut nama saya di dalam tajuk tulisan beliau, maka pastinya saya akan menjelaskan kembali (bukan berkelahi) mengapa dan kenapa saya berpendapat demikian.


PERTAMA:


Ulasan beliau
Tulisan ana itu, bukanlah dengan tujuan menempelak PAS, tetapi lebih bersifat "muhasabah" disebalik kelemahan yang berlaku. Ianya ditulis, dengan tujuan, agar PAS lebih bersifat segar, juga berjaya menarik satu pengaruh yang kuat sehingga pengaruhnya itu berjaya mengalahkan segala pengaruh-pengaruh individu-individu atau parti-parti yang lain.

Memang tidak dinafikan PAS adalah parti terbesar selepas UMNO, tetapi pelik, mengapa rakyat masih lagi nampak Anwar berbanding PAS????

Memang PAS telah membuktikan kejayaan memerintah di Kelantan, tetapi mengapa diperingkat nasional pula, rakyat tidak melihat kepada PAS, bahkan lebih suka melihat kepada Anwar Ibrahim??? Di manakah silapnya???


Beliau menerima pandangan saya bahawa PAS ada parti yang terbesar selepas UMNO, tetapi yang menjadi persoalannya ialah kenapa rakyat tidak melihat kepada PAS tetapi kepada Anwar Ibrahim?

Sememangnya adalah tidak adil untuk membandingkan antara PAS sebagai sebuah parti dengan seoarang individu, akan tetapi sedar atau tidak kita apakah yang menyebabkan rakyat melihat kepada Anwar Ibrahim? Apakah rakyat melihat kepada Anwar Ibrahim sekarang (bukan Anwar Ibrahim di zaman 70an) sebagai tokoh yang mempunyai idealisma perjuangan, adakah rakyat yang menyokong beliau pada hari ini adalah rakyat yang mendokong idealisma perjuangan beliau?

Al-Bakistani mungkin boleh menerima bahawa perjuangan Anwar sekarang tidak mempunyai idealisma sebagaimana beliau lakukan pada masa dahulu, apakah ada orang bertanya apakah idealisma perjuangan PKR? Kalau PAS dengan Islam, UMNO dengan Nasionalisma, DAP dengan Sosial Demokratnya, PKR/Anwar? Rakyat masih mencari-cari… ok idealisma bukan persoalan persoalannya ialah kenapa rakyat melihat Anwar?

Tentu saudara boleh bersetuju Anwar dikatakan berjaya menarik perhatian rakyat melebihi PAS adalah kerana isu, isu yang berlegar di sekeliling beliau, isu yang dicipta oleh beliau, dan isu yang di tohmahkan kepada beliau, Anwar bukan dilihat kerana idealisma perjuangan beliau, sebagaimana beliau di lihat suatu masa dahulu oleh masyarakat dengan Idealisma perjuangan Islam yang di bawa semasa di dalam Abim, Sebab itu Karpal Singh ada menyatakan baru-baru ini, bahawa Anwar bukan lagi Anwar yang dahulu.

Saya sedar bahawa pandangan saya tentang Anwar ini akan di sanggah oleh ramai orang, terutama yang terlalu yakin dengan 916 (walaupun dah tak jadi)

Adakah kita mahu kita mendapat perhatian kerana isu, dan isu yang pasti akan mendapat tempat dan perhatian ialah isu yang kontroversi, saya amat yakin pimpinan kita tidak mahu parti kita di jadikan bahan polimek isu yang satu sudut orang melihat ianya sebagai sesuatu yang menguntungkan sebab tiap-tiap hari akan masuk TV, Akhar. Tetapi apa akan jadi kepada penyokong di bawah?

Sebab itu jika kita melihat kepada kerajaan Kedah sekarang, mereka cuba mengelak dari terjebak kontroversi isu, akan tetapi mereka membina kerajaan dan memperkenalkan dasar-dasar kerajaan dalam keadaan yang selesa.

Ada orang menyatakan Isu juga penting, kerana kita parti politik kita tidak boleh terlepas dari isu, YA, itu diperakui, akan tetapi bagaimana dengan isu yang tidak berpijak pada alam nyata, sebagai contoh peralihan kerajaan pada 916, satu isu yang di cipta sehingga mendapat perhatian yang begitu hebat..tapi apakah kita mahu isu sebegitu di suapkan kepada penyokong dan ahli kita

BENAR ITU AMANAH, BOHONG ITU KHIANAT

KEDUA:

ULASAN BELIAU:
Tidak dinafikan memang PAS memang ada kebaikan yang banyak. Lebih-lebih lagi, dasar PAS itu adalah dasar Islam yang sudah pasti lebih baik dari segala parti-parti yang wujud di Malaysia.

Persoalannya; Bukankah, dengan merujuk kebaikan kita sahaja, tanpa melihat kelemahan kita, itu dipanggil sebagai "Syok sendiri'???? begitujuga, dengan merujuk kelebihan kita disamping menafikan kelebihan orang lain juga disebut sebagai "Syok sendiri"???

apakah dengan sebab dasar islam yang PAS perjuangankan, sehingga PAS ini menjadi parti Ma'sum sehingga tidak mempunyai sebarang kelemahan??? Kalau tidak mempunyai kelemahan, mengapa sebilangan pimpinan PAS merasakan bahawa mereka diterima, sedangkan dalam masa yang sama, rakyat lebih melihat kepada Anwar Ibrahim berbanding pimpinan PAS??? Di manakah silapnya???

Persoalan syok sendiri ini saya ulas di akhir tulisan saya, tetapi al bakistani telah meletakkan di bawah tajuk kedua..begitu kuat sangkaan bahawa PAS ini Syok sendiri, saya amat sedih dengan pandangan beliau ini, bila saya melawat blog beliau saya dapati beliau adalah seorang pejuang PAS, tetapi tergamak berkata perkara yang tidak sebenar terhadap PAS,

Pesoalan syok sendiri ni mungkin pada pandangan beliau adalah kerana PAS merasakan bahawa ini baik dan tidak melihat kepada kelemahan sendiri, dua perkara yang saya rasa beliau terlupa untuk jelaskan, PAS adalah yang terbaik dan tidak ada kelemahan dari sudut dasarnya, dan saya rasa al Bakistani amat bersetuju dengan saya. Mungkin yang beliau maksudkan ialah strategi dan pelaksanaannya PAS dianggap syok sendiri, sehingga sekarang saya masih belum nampak lagi apa yang di maksudkan dengan tuduhan beliau dan jawapan yang saya berikan dalam jawapan saya terhadap tulisan beliau itu pun beliau tidak mengulasnya, Cuma yang ada kata-kata PAS SYOK SENDIRI.

Nak dikatakan PAS tidak boleh menerima kritikan, Beliau pun tahu bagaimana stand PAS dalam menghadapi kritikan kerana beliau juga adalah pelanggan tetap Muktamar PAS, Merujuk kepada kebaikan kita sahaja? apakah kita tidak boleh merujuk jika sekiranya itu benar-benar kebaikan, PAS menafikan kebaikan orang, apakah tidak boleh menafikan jika sekiranya di sana terdapat ketidak baikan.

PAS tidak pernah menganggap PAS maksum, Hanya orang-orang UMNO sahaja yang menuduh PAS ini maksum, jika PAS ini maksum pastinya PAS tidak akan bertalluf dengan parti-parti lain sehingga kekadang PAS kehilangan pengaruh akibat tahalluf itu, PAS satu masa pernah menerima CCC akhirnya PAS kalah teruk 1982, Saya masih lagi belum faham dengan kenyataan bahawa PAS menafikan kebaikan orang lain, dan hanya merujuk kepada kebaikan kita sendiri. Apakah sebenar yang bermain di benak al bakistani ini sehingga mengeluarkan kenyataan begini, jika sekiranya masalah ini berlaku di kawasan saudara…tolong jangan libatkan PAS SeMalaysia.

Atau mungkin beliau merujuk kepada pandangan Cikgu Pa terhadap 916, itu pandangan Cikgu Pa, adakah orang lain ada merujuk kepada kebenaran kenyataan Cikgu Pa itu, tidak ada, bahkan herdikan yang ada, ada Cikgu Pa melenting apabila orang tidak menerima kenyataan beliau itu, tidak. Atau adakah Cikgu Pa mengeluarkan kenyatan ' memulang paku buah keras' apabila Anwar pun meminta supaya Pak Lah mengadakan sidang tergempar parlimen..pun tidak. (kalau pandangan Cikgu Pa di anggap sebagai Syok sendiri)

Saya masih lagi berpusing-pusing mencari punca mengapa seorang pejuang seperti beliau ini sanggup menuduh wadah beliau sendiri sebagai syok sendiri.

KETIGA:

ULASAN Beliau lagi..
Tidak diketahui apa sebenarnya yang sedang berlaku dalam mesyurat Presiden. Pada aku, 16 september bukan isunya. Tetapi isunya adalah, bagaimana hendak menjatuhkan UMNO dan BN. Padaku, 16 september merupakan strategi Anwar untuk menjatuhkan Barisan nasional, sepertimana strategi slogan "Negara berkebajikan" yang dilaungkan oleh PAS dalam pilihanraya lalu untuk menjatuhkan BN.

Persoalannya; Kalau kejayaan 16 september berjaya, bukankah itu serupa kejayaan kita melaksanakan "Negara kebajikan" yang kita laung-laungkan??

Salahkah melaungkan 16 september sebagai hari kejatuhan BN?? Jika salah, apa bezanya dengan PAS yang melaungkan dalam setiap Pilihanraya bahawa 'kita akan memerintah terengganu', tetapi tidak menang juga dalam pilihanraya???

Diandaikan 16 september hari itu berlaku, apa yang PAS telah lakukan untuk menjayakan target itu??? Dan diandaikan juga, sekiranya pada 13 oktober peralihan kuasa ini berlaku, apa peranan PAS pula ketika itu???

Naib Presiden Tuan Haji Muhammad Sabu telah menjelaskan dalam harakah bahawa 916 ini romurs, maknanya Jawatankuasa PAS Pusat yang di ketuai oleh Presiden yang juga anggota majlis presiden PR tidak mengetahui asal usul tarikh 916 ni lahir, dalam erti kata penetapan tarikh itu tidak di bincang dalam mesyuarat majlis Presiden.

Yang kedua, Bukan masalah 16 Sept…macamana boleh jadi macam tu pulak…tajuk tulisan Al Bakistani "16 september : kita bersedia atau tidak??" maka sebab itu lah saya tekankan 16 September, dan kenapa hampir kesemua pimpian PKR dan sebahagian dari PAS yang termakan dengan hal ini (mudahan al Bakistani tidak) masih lagi mendondangkan 916 sehingga ke saat akhir 15 September dalam keadaan mereka tahu bahawa 916 itu tidak akan berlaku?

Saya tidak menentang peralihan kuasa, bahkan saya yang pertama setuju…masalahnya kenapa di sogokan dengan tarikh yang sedemikian, YB Fauziah mengeluarkan kenyataan dari Taiwan bahawa plan 916 masih tidak berganjak, YB Tian Chua sebaik sampai di KLIA dari Taiwan juga masih menyatakan 916 tidak berganjak, sehingga rakyat tertunggu-tunggu dalam keadaan yang tidak pasti.

Bila tak jadi 916…maka kenyataan beralasan pun keluar…oooo bukan 916 target kita, 916 bukan isu, habis tu kenyataan yang bertali arus menyakinkan plan 916 tu orang panggil apa?

Tidak ada satu pun ayat Insyaallah…bila sebut 916, dengan penuh keyakinan, dengan kehebatan….tiba-tiba peranan PAS di persoalkan…Kebenaran Senarai ahli MP yang ingin melompat ada di persoalkan….Anwar kata ada dah senarai 30 orang, 31 orang, 35 orang, ada sesiapa yang cuba persoalkan kebenaran itu, kerana ketika Anwar mengistiharkan adanya MP seramai 35 orang yang akan lompat…tiba-tiba yang sebelah sana menafikannya.. Sepatutnya keluarkanlah senarai..atau paling kurang kepada Majlis Presiden…tidak ada pun.

Mengapa tidak ada seorang pun termasuk Al Bakistani mempersoalkan kebenaran senarai MP yang akan melompat…oooo itu strategi….kalau sekiranya menyembunyikan itu satu strategi….kenapa tidak kita mengambil sikap menyiarkan senarai nama itu juga satu strategi…. Yang boleh menjadikan momentum desakan yang lebih kuat.
KEEMPAT:

ULASAN beliau lagi

Apakah mustahil berlaku orang yang sudah jemput hadir kenduri kahwin pada 16 september, yang sudah pasti sudah diketahui siapa pengantinnya, dan tempat majlis perkahwinan berlaku, tiba-tiba, majlis itu terpaksa ditangguhkan pada tarikh lain, disebabkan pengantin lelaki diketahui terlibat dalam kemalangan, atau tertangkap ekoran terlibat dalam satu tuduhan jenayah?? Apakah ini mustahil????

16 september yang dicadangkan, tetapi disebabkan plan politik yang tersilap percaturan, BN telah bawa lari MP-MPnya keluar Negara. Justeru itu, apabila dicadangkan penangguhan tarikh. Apakah ini satu tindakan yang salah????? Dan kalau semua rakyat tahu tindakan BN itu, apakah mereka masih lagi merasa hampa dan frust??? Ya!! Memang hampa, tetapi apakah hampa pada usaha menjatuhkan kerajaan BN, atau hampa kerana benci dengan sikap BN yang bawa lari MP-MPnya???


Sekarang ni persoalannya tidak ada yang mati dan kemalangan, apabila BN bawak lari MP mereka ke Taiwan PKR juga hantar wakil 5 orang untuk berjumpa mungkin mengesahkan stand mereka, jawapannya YB Fauziah menyatakan clear, plan 916 berjalan seperti biasa, Yb Tian Chua kata MP yang akan lompat masih tetap mahu lompat Cuma tunggu pimpinan PR buat keputusan 916 masih dalam target… Malam Menyambut Hari Malaysia di sebuah Stadium di Selngor juga menyatakan jadi.

Dalam bahasa yang Al Bakistani ulas itu , saya boleh kata tidak ada kemalangan tehadap pengantin lelaki, pengantin lelaki tidak ditangkap pun…kita dah hantar 5 orang wakil kita pergi tengok…wakil kita kata OK, semua macam biasa…tapi..tak jadi jugak…kenapa ye?

KELIMA:

ULASAN beliau lagi

Kalau ikutkan hati, hendak sahaja ditulis nama naib presiden itu. Tetapi, sengaja tidak ditulis namanya, kerana hendak menjaga air muka si naib presiden tersebut.

Persoalannya, apakah salah menyebut bahawa ada Naib presiden bercakap sedemikian??? jika tidak boleh, apa bezanya sebilangan pimpinan PAS yang menyebut terang-terangan ketidaksetujuan mereka secara jelas terhadap pimpinan parti lain, yang kadangkala menyebut namanya secara terang??? Ke kepada PAS tak boleh, tetapi kepada parti lain tak mengapa???

Kalau itu pandagan Al Bakistanil mengapa tidak menyebut sahaja nama naib presiden tersebut? Jika beliau melihat bahawa dengan tidak menyebut itu sebagai satu masalah, kita boleh dengar pulak apa komen naib presiden tersebut, dan kalau betul dia berkata dengan dalam keadaan dia dah tahu Kabinet Anwar Ibrahim, Perwakilan boleh menilai dalam pemilihan yang akan datang..bila masa PAS melarang hal-hal demikian? Atau Al Bakistani sahaja yang merasakan bahawa PAS melarang, saya cadangakan saudara menyebutnya..kerana mengikut kenyataan saudara ini akan menyebabkan padangan serong pada PAS jika tidak di sebut.. maka sila sebut. Dan saudara kena bertanggungjawab di atas kenyataan itu.!


KEENAM;

ULASAN beliau lagi

Setahu ana, semua pimpinan PAS bukan malaikat, bahkan manusia yang mempunyai hawa nafsu dan tidak lepas dari gangguan Syaitan. Tak taulah pulak kalau kita berpegang sepertimana pegangan puak-puak Syiah yang mendakwa "imam" mereka sebagai ma'sum.???

Bahkan PAS sudah ada sejarah, bahawa Ustaz Nakhaei masuk UMNO dikala beliau berada dijawatan naib Presiden PAS. apakah Ustaz Nakhaei masuk UMNO itu kerana habuan Akhirat???

Bila saya menyatakan bahawa pimpinan PAS Malaikat cuma saya mahukan agar penyokong dan pendokong PAS menilai yang mana satukah antara Naib Presiden tersebut yang gilakan akan habuan dunia, fikir dan pertimbangkan..

Atau Al Bakistani yang mengharapkan pimpinan PAS ni seperti malaikat takpayah fikir pasal dunia, fikir pasal akhirat sahaja, habuan dunia ni kita bagi kepada DAP dan PKR sahaja… kalau pimpina PAS pikir pasal dunia….oooo tak boleh..anda dari parti Islam…anda pikir pasal akhirat sahaja?

KETUJUH;

ULASAN beliau lagi:

Pada ana, PAS masih lagi berpolitik ala melayu, lantaran itu banyak kerusi-kerusi PAS diletakkan di dun-dun dan parlimen-parlimen mejoriti melayu.

Kalau letak di Dun-Dun dan Parlimen yang mejoriti bukan melayu, itupun amat terpencil, bahkan dijadikan Dun atau parlimen tersebut sebagai Dun atau parlimen yang bukan focus.

Persoalannya;

Mengapa tidak fokuskan kepada Dun dan perlimen yang mejoriti rakyat non muslim dan bukan melayu????

Persoalannya Akhi…pembahagian kerusi itu adalah kesepakatan diantara PAS dan PKR, mesyuarat diantara PAS dan PKR, bukan terletak di tangan PAS semata-mata, kedudukan kerusi di PUTUSKAN BERSAMA diantara PKR dan PAS, dan kemudian PKR berunding dengan DAP.


KELAPAN:

ULASAN beliau lagi
Memang benar dilihat PAS sudah dipencilkan. Keadaan ini berlaku di Selangor, tetapi mungkin agak tidak berlaku di negeri perak.

Persoalannya;

PAS dipencilkan itu, adakah kerana orang melihat kepada PAS, atau kerana pimpinan PAS dalam kerajaan itu tidak mempunyai kredibaliti yang meyakinkan???

Mengapa keadaan selangor tidak berlaku di perak????

Pertama terima kasih kerana memperakui akan kenyataan bahawa bahawa sedang di pencilkan di Selangor..tetapi Al Bakistani mempersoalkan pulak kewibawaan pimpinan PAS Selangor, Apa Dato' Dr Hassan Ali tak ada wibawa ke? Orang akan tidak setuju kalau saya kata bahawa Dato' Hassan Ali tidak berwibawa, adakah pimpinan-pimpinan PAS di Selangor tidak cukup kreadibaliti ke untuk memimpin GLC-GLC di Selangor, atau adakah Ustaz Salehin Muhyi tidak cukup syarat untuk bertemu dengan MB Selangor yang amat berwibawa dan berkredabaliti itu?

Di Perak! Apa kata anta jika di Perak DAP ada wakil Rakyat yang Melayu Islam, adakah Nizar akan jadi MB?

KESEMBILAN;


ULASAN;

Kalau baca article ana yang lepas, ana menyatakan bahawa PAS berpolitik 'ala melayu'. Ana tidak tulis 'terlalu melayu'.
Apabila menyebut "ala melayu", bermaksud, PAS masih lagi berpolitik dalam lingkungan melayu, walaupun berhadapan dengan non melayu.
Isunya, mengapa islam telah dikecilkan skopnya. Sedangkan islam merupakan agama universal.
Ana melihat, orang-orang PAS masih lagi suka berusrah sesama ahli PAS, dan sesama melayu, tetapi tidak serius "berusrah" dengan non Muslim.
Ekoran dari itu, Non Muslim masih lagi kabur dengan bentuk kerajaan islam yang PAS perjuangkan. Jika benar PAS sudah melepasi lebih dari sempadan melayu, mengapa non Muslim masih lagi kabur dengan perjuangan PAS????
Mungkin akan dijawab, bahawa UMNO punca segala-galanya, oleh itu, apa yang telah dilakukan untuk membaiki balik pandangan buruk itu???
Jika telah dilakukan, adakah secara serius atau tidak???
Apabila tertubuh 5 kerajaan pakatan rakyat, dikelantan dan di kedah, sudah dilakukan dialog dengan Non muslim dan Non Melayu ini, tetapi bagaimana pula di Selangor??? Mungkin di perak sudah lakukan, tetapi bagaimana pula di Pulau penang???
Yang lebih bermain dalam pemikiran ana, PAS pusat sendiri, apakah tindakan yang telah mereka lakukan untuk memahamkan Non Muslim dengan islam itu sendiri??? Kalau telah dilakukan, adakah secara serius atau tidak?? Kalau sudah serius, benarkah itu sememangnya serius, atau lebih bersifat bagaikan melepaskan batuk ditangga sahaja, tetapi didakwa sebagai serius????

Persoalan yang di bangkitkan ini ialah persoalan sejauh mana pendekatan PAS terhadap non muslim, dan dakwah terhadap mereka, bagi saya persoalan ini begitu banyak diperkatakan sejak 2-3 tahun kebelakangan ini terutama di dalam Muktamar, bagaimana untuk menangani permasalahan ini? Terdapat berbagai cadangan dan usul yang telah di kemukakan dan di bahaskan termasuk berkaitan dengan keahlian terhadap golongan non-muslim ini.

Walaubagaimanapun bagi pandangan saya tindakan yang sedang PAS lakukan ini adalah sesuatu yang boleh di anggap sebagai positif, walaupun ianya belum lagi dapat memuaskan hati al Bakistani akan tetapi kita mendoakan agar ianya akan lebih efektif di masa akan datang.

Mungkin desakan dari perwakilan belum cukup..atau mungkin kerangka kerja di peringkat pusat masih belum kemas ke arah ini, tetapi untuk menafikannya secara total dan menafikan jalan kearah perkara itu adalah sesuatu yang tidak adil kepada PAS.

Secara perbuatan PAS telah tunjukkan di Kelantan, tapi mungkin ada yang masih belum berpuas hati dengan apa yang di lakukan di Kelantan, walaupun apa yang berlaku itu telah memberikan impak yang amat besar kepada golongan Non Muslim di dalam dan luar Kelantan terhadap pandangan mereka terhadap PAS dan Islam.


KESEPULUH:

ULASAN Beliau ;
Tulisan ana yang lepas, lebih melihat kepada pengalaman ana sebagai seorang ahli PAS yang berjawatan diperingkat kawasan dan negeri yang bergaul dengan Non Muslim, juga dari ahli-ahli parti yang bukan dari parti PAS.

Ana sudah cuba melakukan satu perubahan, tetapi menyedihkan agak kurang mendapat sokongan dan dokongan. Ekoran itulah, article itu terpancul keluar.

Persoalannya;

Apakah tulisan ana itu menggambarkan ana melihat PAS bukan dari kacamata islam??? Jika benar bukan dari kacamata Islam, ana ingin bertanya, apa agaknya yang non Muslim fikirkan tentang PAS apabila melihat PAS sebagai sebuah parti Islam????

Beliau gagal memahami maksud saya dari kacamata UMNO, maksud saya dari kacamata UMNO ialah, apabila kita melihat kepimpinan PAS sama seperti orang UMNO melihat Kepimpinan UMNO.

Orang UMNO melihat kepimpinan mereka sebagai pemimpin yang mengambil kesempatan terhadap habuan dunia menyebabkan mereka pun sama bertindak macam pemimpin mereka, Mereka melihat apabila Pimpinan mereka mengeluarkan pendapat, maka pendapat itu adalah untuk cari glamour dan publisiti

Kita tidak mahu melihat kepimpinan kita seperti itu!, dengan tidak menafikan akan ciri 'kemanusiaan' mereka, tetapi 'tahap keikhlasan ' dan 'lillah' kepimpinan PAS perlu di nilai sama dan jangan menyamakan dengan pimpinan UMNO.

Walaupun kekadang kita melihat strategi mereka tidak berapa kena (mengikut padangan kita) janganlah kita menuduh mereka sengaja mencari publisiti dan galmour untuk habuan dunia semata-semata, kerana kalau itu yang mereka cari tentunya mereka telah bersama UMNO.

PENUTUP al Bakistani

Pada ana, tulisan saudara Zahash bukanlah memfokuskan kepada isu-isu dasar yang ana kemukakan dalam article yang lalu.

Jika merujuk balik kepada article ana yang lalu, ana lebih memfokuskan PAS sebagai parti dakwah yang perlu diperkasakan usaha dakwahnya, yang bukan sekadar dikalangan orang melayu, tetapi hendaklah menjangkau usaha dakwah sehingga kepada Non Muslim.

Begitu juga, ana menekankan agar pihak PAS lebih memfokuskan kefahaman tentang islam yang perlu mereka tekankan ketika berhadapan dengan non Muslim, bukannya sekadar isu-isu politik sahaja yang dibentang.

Juga, perlu diadakan satu usaha yang kuat, dalam berdampingan dengan non Muslim, juga "orang-orang pelik" dalam usaha menyampaikan mesej islam kepada mereka.

Pada pandangan ana ini, kita masih lagi tidak melakukan semua ini secara serius.

Saudara membicarakan perkara ini di akhir artikel saudara sahaja..peringkat awal saudara banyak membicarakan tentang peralihan kuasa sahaja, tanpa membincangkan perkara-perkara yang saudara dakwa sebagai dasar itu.

Saya harap..apabila kita berbicara, berbicaralah mengikut tajuknya..satu persatu

www.zahidyusof.blogspot.com

20 September 2008

Kerajaan 16 Sept: Kita bersedia atau tidak? - Satu penilaian

Apabila membaca tajuk artikel ini (http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=16393), sama sekali tidak menyangka bahawa artikel ini adalhuntuk menempelak PAS dan meragui keupayaan dan ke jentera PAS dalam mentadbir negara, sedangkan PAS adalah parti yang kedua selepas UMNO memegang kuasa memerintah iaitu di Kelantan yaang mana sampai hari ini tidak ada siapa pun yang boleh menafikannya

Al-Bakistani menulis
"Macam-macam makian dan celaan yang telah terbit keluar dari mulut dan minda orang-orang tertentu dalam parti PAS terhadap 16 september yang dicadangkan oleh Anwar Ibrahim. ada sebilangan kawan yang menghantar SMS memaki hamun, ……..

Memahami akan harapan yang menggunung oleh beliau terhadap kerajaan 916, akan tetapi sepanjang tempoh tersebut apa yang di lihat ialah penyokong PAS dan pimpinan PAS agak bertenang dalam menghadapi sindiran dan cemuhan media-media BN tentang gagalnya 916, Cuma yang PASTI ialah pimpinan PAS yang diserang, sebagai contoh http://mimpiboneka.blogspot.com/2008/09/mustafa-ali-masuk-umno-lah-natang.html walaupun pandangan dan pendapat pimpinan PAS itu di terima pakai (apabila Anwar minta Pak Lah adakan Sidang Parlimen Tergempar), tetapi sebelum itu apa nista yang tidak di lemparkan kepada pimpinan PAS ini

Nasihat saya, Kadang-kadang apabila kita terlalu taksub kepada sesuatu perkara, kita lupa akan kebaikan yang cuba di nyatakan oleh orang yang yang bertentangan dengan ketaksuban diri kita


Al Bakistani berkata
Secara peribadi, aku menganggap bahawa PAS, PKR dan DAP sependapat denganku, bahawa tarikh 16 itu adalah tarikh kejatuhan UMNO/BN. Jika ini telah disepakati, tidak perlu kita berbalah tentang 16 september. Kalaupun ianya tidak berjaya dilaksanakan pada 16 september pun, …….

Satu perkara yang semua mesti menyedari tentang tarikh 16 Sept, adakah ianya di sepakati atau tidak? Bagaimana boleh lahirnya tarikh ini?.. Pakatan Rakyat adalah satu pakatan yang baru di tubuhkan selepas pilihanraya umum ke 12 yang lalu, sehingga ke hari ini masih belum ada sesiapa yang di nobatkan sebagai ketua kepada pakatan ini, yang ada ialah kesepatakan untuk melantik Dato' Seri Anwar Ibrahim (Bukan Presiden PKR) sebagai PM jika sekiranya PR berjaya menawan Parlimen…Jadi bagaimana PR ini berfungsi dan bergerak…ianya bergerak melalui mesyuarat Majlis Presiden diantara 3 parti dan dipengerusikan secara bergilir serta di adakan mengikut tarikhyang di persetujui bersama.

Sekarang ni tarikh 16 Sept itu di luluskan dalam Mesyuarat Majlis Presiden yang mana? Apakah ianya juga, sebelum meletakkan tarikh 16 september itu dibincangkan secara bersama dengan PAS dan DAP?, jawapannya TIDAK, ianya adalah tarikh yang di buat oleh DSAI dan meminta (memaksa) agar PAS dan DAP menerima tarikh tersbut sebagai tarikh peralihan kuasa, sebab itu apabila ditanya pimpinan PAS seperti Muhamad Sabu (Naib Presiden) beliau jawab semua itu rumours sahaja, tanpa apa-apa persetujuan awal oleh majlis presiden….. Tentu Al Bakistani tahu konsep syura tu macamana!

Mengapa sekarang baru di nyatakan perkara ini, Tidak, PAS cuba untuk menyatakan perkara ini sudah lama, bagaimana tarikh 16 September ini tidak relevan, Suara-suara tidak senang ini telah dapat di dengari sebelum Muktamar PAS dan paling kemuncak ialah semasa Muktamar PAS.

Al Bakistani menitip lagi
Ini dapat diumpamakan seperti kita hendak menghadiri satu majlis yang dijadualkan pada pukul 1 tengahari. Ketika bertolak, kita menjangkakan dalam masa setengah jam sahaja kita sudah sampai ke tapak majlis, tiba-tiba dipertengahan jalan berlaku sedikit kemalangan jalan raya, menyebabkan perjalanan jem dan agak perlahan, yang akhirnya kita sampai kedestinasi pada pukul 1:30 tengahari.

Apa yang penting, walaupun kita sudah lewat setengah jam dengan sebab jem yang berlaku, tidak selayaknya kita terus berputus asa dari meneruskan perjalanan. Bahkan, sewajibnya kita berazam untuk sampai ke destinasi yang dituntut, walaupun agak lewat sedikit.

Jika hari yang sama, itu mungkin orang akan kata tak mengapalah..ada masyaqqah di tengah jalan…ni dah masuk hari lain dah…tuan majlis kenduri dah basuh periuk belanga dah majlis dah habis…kalau kita sampai pun orang tak kata kita pegi untuk hadir majlis tu dah…tapi orang kata kita hanya ziarah baisa tuan rumah….bagaimana dengan andaian/kiasan ini, dalam dua keadaan ada dua kenyataan

1) Aku nak kawin tahun ini.
2) Aku akan kawin pada 16 September 2008 ni.

Kalau yang pertama tu tak jadi orang tak kisah mana pun…sebab mereka kata nak kawin, pengantin perempuan tak tahu lagi, duit pun tak tahu kat mana lagi, lembu pun tak beli lagi.
Tapi kenyataan kedua seudah tentu dalam benak dan pemikiran manusia yang waras akan menyatakan tentu sudah ada Pengantin perempuan (kalau tak ada takkan boleh tentu tarikhnya) tentu duitnya dah ada, tentu lembunya sudah di bayar deposit, tentu kad kawin sudah di edar (sebab tarikh dah ada) lebih-lebih lagi di yakini oleh YB Fauziah dari Taiwan
Cuba kita renung kesan dari dua keadaan ini, dan dalam keadaan manakah kita? Pasti nya kita dalam keadaan kedua….tiba-tiba tak jadi…bagaimana perasaan? Hampa, frust atau marah kerana dipermainkan?!

Saya rasa pembaca boleh menilainya….

Al Bakistani Berkata lagi…
Aku pernah bersembang dengan salah seorang Naib Presiden PAS tentang isu 16 september. Dia tidak mengulas panjang, bahkan lebih mengambil sikap, tunggu dan lihat. Tetapi, setelah ditanya dengan beberapa soalan tajam, beliau agak tidak bersetuju dengan peralihan kuasa pada 16 september itu.

Setelah didalami, didapati politik dendam terhadap Anwar Ibrahim juga membara dalam jiwa beliau. Beliau ada menyebut, bahawa beliau tidak dicalonkan sebagai salah seorang menteri dalam kerajaan pakatan rakyat.
Mendengar itu, aku meyakini, mereka yang tidak bersetuju ini kebanyakkan adalah kerana mereka tidak mendapat habuan dunia.

Saya minta supaya beliau berhati-hati dalam bercakap, kita semua berpuasa, walaupun mungkin kita berkata benar tentang sesorang namun jika tujuan kita untuk menjatuhkan airmuka seseorang itu pastinya ada hukumnya….saya percaya di Pakistan pun ada belajar benda ni. Naib Presiden PAS ada 3 orang

1) YB Husam Musa
2) Sdr Muhamad Sabu
3) Ustaz Ahmad Awang

Siapa yang di maksudkan oleh beliau dan kesemua itu bukan Ahli Parlimen, dan betulkah Anwar telah membentuk kabinet? Bersama siapa Kabinet itu di bentuk? Majlis Mesyuarat Presiden? Atau macam cerita letak tarikh 16 Sept, letak sendiri kemudian suruh orang lain setuju…..macam tu? Mana konsep syura?...pimpinan PAS mahu pun DAP dilihat tidak banyak memberi komen dalam perkara pertukaran kerajaan ini…kenapa? Sebab mereka tidak tahu….

Tentang tuduhan pimpinan PAS mahukan habuan dunia….ahli-ahli PAS boleh fikirlah sendiri..berasas atau tidak tuduhan itu di lemparkan kepada salah satu dari 3 orang naib Presiden PAS


Al Bakistani Terus Menulis

Padaku, peralihan kuasa perlu difikirkan secara adil tanpa melibatkan kepada sentiment dan kepentingan diri.

Yang paling penting, jangan disebabkan perangai dua tiga kerat pimpinan kita, menyebabkan kita menjadi golongan yang pasif dalam usaha menjatuhkan kerajaan BN/UMNO.

Dibimbangi dengan tindakan kita ini, menyebabkan apabila berlaku perubahan kerajaan, kita pula terhegeh-hegeh untuk memohon jawatan dalam kementerian-kementerian tertentu, tetapi dalam usaha untuk menjayakan kejatuhan BN/UMNO pada 16 september, kita dilihat agak tidak serius, bahkan seperti melepaskan batuk ditangga sahaja.

Wow. Hebat andaian….PAS menjadi golongan Pasif ?!!, Sejak bila PAS ini Pasif? PAS adalah parti yang paling aktif dalam usaha menjatuhkan UMNO sejak 1951, Al Marhum Tuan Guru Hj Fadhil Mohd Nor pernah menyatakan '….Perjuangan PAS ini ibarat ombak yang sentiasa memukul pantai, kadang-kadang ianya perlahan, kadang-kadang ia menjadi badai yang amat besar…namum untuk berhenti tidak sama sekali…'

Apa yang berlaku berkaitan dengan 916 ini, ialah PAS tidak mahu ahli dan penyokong PAS di hidang dengan suatu yang telah di lihat oleh pimpian sebagai sesuatu yang tidak jadi, tidak ada satu pun kenyataan pimpinan PAS yang cuba menafikan akan peralihan kuasa ini, Cuma komentar dari Cikgu Pa ialah teknikal yang tidak memungkin akan berlakunya peralihin kuasa pada 916. Kalau betul Anwar boleh buat dengan teknikal yang betul, parlimen pun bersidang..tidak ada seorang pun pimpinan PAS yang menafikannya

Persoalannya..kenapa strategi yang jelas tidak menepati target yang sebenar ini masih terus di bela dan dipertahankan sedangkan ianya benar-benar telah gagal. (tarikh 916..tarikh lain kita tunggu pulak)

Al Bakistani menulis lagi…

Tidak dinafikan, PAS mempunyai petugas-petugas yang ramai, tetapi disebabkan PAS berpolitik ala melayu, menyebabkan PAS banyak meletakkan kerusi-kerusinya dikawasan melayu, lalu dalam pilihanraya lepas, kerusi-kerusi melayu ini masih lagi dipegang oleh UMNO/BN, menyebabkan PAS menjadi parti yang terpencil dalam Pakatan Rakyat

Dengan mengakui akan kelemahan PAS dalam pilihanraya umum yang lalu (parti lain tak nak mengaku mereka lemah jugak…lantak dia) meletakkan PAS di kebanyakan kerusi Melayu adalah sesuatu yang di putuskan bersama oleh PAS dan PKR..masa tu DAP tak masuk lagi selepas keluar BA, dan PAS menerima itu di atas semangat syura bersama,

Bila PAS bertanding di kawasan melayu apakah stail politik yang perlu di bawa? Ala cina?, ala India, tentu ala melayu (walaupun itu juga salah)…PAS membawa ala Islam, politik yang bersih dari kemunkaran, sogokan, rasuah, Biadap, sehingga setiap calon yang terpilih mestilah berbai'ah dengan parti agar tidak melakukan perbuatan yang mengkhianati perjuangan Islam. Dan banyak lagi yang PAS bawa sebagai kesinambungan kepada Dakwah Islam yang bukan sahaja bermatlamatkan kemenangan, jika kemenangan sahaja matlamat maka PAS tidak akan meletakkan calonnnya di Sabah dan Serawak.

Satu perkara yang perlu di sedari ialah sekarang ini PAS parti yang terpencil atau PAS sekarang ini cuba di pencilkan. Banyak perbahasan yang di buat oleh Perwakilan Selangor tentang sikap Kerajaan Selangor yang di lihat cuba memencilkan PAS, bagaimana Dewan Pemuda PAS Selangor cuba untuk bertemu MB Selangor tetapi tidak di terima. Tapi PAS masih lagi dengan semangat dan keputusan Muktamar…perkuatkan PR.


JANGAN SYOK SENDIRI

Dalam tajuk ini Al Bakistani cuba mengengahkan 3 perkara .

1) PAS Syok Sendiri, rasa bagus berbanding dengan parti lain
2) PAS Kritik Anwar Ibrahim dan Auranya
3) PAS KeMelayuan

Saya pun tidak mengetahui dari kacamata mana al Bakistani melihat PAS, samada beliau memakai kacamata UMNO atau PKR..tapi jika beliau mendakwa bahwa beliau menggunakan kacamata PAS, itu tidak sekali-kali.

Beliau menyatakan bahawa PAS SYOK SENDIRI, dari sudut mana tidak di ketahui pandangan ini, kalau PAS syok sendiri..pasti PAS akan berjuangan sendiri tidak menghiraukan sesiapa…sedangkan sejarah telah membuktikan bahawa PAS telah berusaha untuk menggabungkan diri PAS dengan parti-parti lain, S46, PKR Berjasa termasuk UMNO dan BN dahulu.

Oooo itu cerita lama….ok cerita baru kalau PAS SYOK SENDIRI, PAS tidak akan menyerahkan kerusi-kerusi mereka dalam pilihanraya umum ke 12 baru-baru ini di Terengganu dan Kelantan kepada PKR walaupun PAS tahu di kawasan itu PKR hanya ada 1 cawangan dan 6 orang AJK Bahagian.

Tetapi PAS juga menyedari walaupun tiada cawangan tetapi disana PKR juga ada kekuatan walaupun tidak seberapa…..di serahkan juga kerusi tersebut. (menang atau kalah..itu kerja Allah)

Beliau juga menyatakan bahawa PAS banyak bercakap pasal Anwar Ibrahim di dalam Muktamar Agung baru-baru ini terututama muktamar Pemuda, seperti yang di nyatakan di atas tadi bahawa PAS telah bersetuju untuk menerima Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, apabila PAS bersetuju beliau sebagai PM maka pastinya PAS mengharapkan beliau mampu dan boleh membawa mandat PAS sebagai Perdana Menteri.

Oleh kerana beliau akan juga membawa mandat PAS sebagai pemerintah, maka pastinya beliau perlu di bincangkan..bila di bicangkan pasti akan ada kritikan dan sokongan…ke Anwar ni tak leh di kritik…kalau tak leh di kritik itu namanya Diktator.

Sejarah Muktamar PAS memperlihatkan kepada kita semua pimpinan PAS pernah di kritik, sebab itu budaya PAS, ada yang dirasakan tak kena maka mereka akan kritik, apa yang di rasakan betul dan tepat dengan Islam maka mereka akan sokong, mereka tidak akan mendiamkan diri.

PAS KeMelayuan, satu kenyataan yang saya sendiri kurang mengerti, PAS melalui lidah pimpinannya sendir menerangkan bahawa Dasar PAS ialah Islam, dan Islam melepasi batas perkauman dan warna kulit.

PAS tidak pernah menetapkan bahawa melayu sahaja yang boleh menyokong PAS, Bangsa lain tak boleh…..'oppssss sedara kita bukan bincang dasar..kita bincang strategi PAS terlalu melayu sangat…'

Dalam pilihanraya umum yang lalu PAS telah meletakkan ramai calon-calon bukan melayu tetapi ISLAM, Di Perak sekarang menjadi Ketua BBC DUN Perak, Di Kelantan sekarang menjadi EXCO kerajaan Kelantan…. Di Johor, untuk memperlihatkan keterbukaan PAS, PAS telah memberikan kerusinya kepada Sdri Kumata (Ketua Kelab Penyokong PAS Johor) untuk bertanding, seorang India yang masih belum Islam.. Atau apa yang di kehendaki oleh Al Bakistani? Dan muktmar baru-baru ini pun memberi gambaran bahawa kemungkinan akan ada calon PAS dari kalangan bukan Islam dalam pilihanraya ke 13 nanti.. (ke balik awal muktamar baru ni)

Akhirnya apa yang saya minta ialah kita fikirkan tentang survival Islam, bagaimana keadaan Islam akan datang, jika PAS di kritik kerana menyetuh perkara-perkara remeh temeh, yang boleh di selesaikan selepas UMNO jatuh, mengapa saudara tidak menulis tentang DAP yang banyak menyentuh perkara yang remeh temeh, tulisan jawi dan perkara remeh temeh oleh PKR, soal Azan (YB Xavier) Soal surau dan perkara-perkara lain.

Lihat lah PAS dengan kacamata Islam bukan dengan kacamata UMNO atau lain-lain parti.

17 September 2008

Masa untuk menyertai PAS



Oleh Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Umum mengetahui bahawa negara kita kini berada dalam suasana kegawatan ekonomi yang menekan rakyat yang sebahagiannya adalah hasil dari kalutnya kepimpinan negara dalam menguruskan polisi dan pelaksanaan pembangunan ekonomi negara.

Suasana ini diburukkan lagi dengan kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui oleh Umno untuk memastikan suasana kestabilan politik dan keharmonian kaum yang terus dihormat.

Umno yang satu ketika dahulu digambarkan sebagai lantang memperjuangkan nasib orang Melayu di awal penubuhannya, kini telah hilang taring dan gagal dalam memastikan maruah umat Islam dan orang Melayu terbela.

Gambaran bahawa terjejasnya keharmonian kaum ini oleh pimpinan Umno seolah-olah hubungan kaum di Malaysia kini berada pada tahap yang paling rendah juga sebenarnya adalah cubaan Umno untuk mengalih masalah yang berlaku di kalangan parti komponen BN pada ketika ini.

Sehubungan itu, Parti Islam Se Malaysia (PAS) berpendapat bahawa sudah sampai masanya bagi umat Islam dalam negara kita ini untuk berhijrah kepada PAS dan seterusnya menjadikan PAS sebagai parti tempat bernaung.

PAS adalah parti yang tidak diasaskan kepada prinsip perkauman atau asas perjuangan yang sempit, tetapi dibina di atas dasar memperjuangkan Islam dan keadilan yang lebih universal sifatnya, maka PAS percaya bahawa orang-orang Islam di Malaysia secara umumnya dan ahli-ahli Umno beserta pimpinannya secara khusus memerlukan satu wadah baru yang lebih konsisten dan mampu menjadi penyelamat yang akan memartabatkan maruah ummah.

Sebagaimana yang dipertegaskan oleh PAS dalam Muktamar PAS ke-54 yang lalu dengan tema "PAS UNTUK SEMUA", bahawa sebenarnya perjuangan PAS tetap kekal utuh dan bertahan sehingga ke hari ini kerana mempunyai tujuan penubuhannya yang berteraskan kepada akidah perjuangan yang jelas.

PAS bukannya sebuah parti politik semata-mata, tetapi adalah satu wadah dakwah dan tarbiyah. Perjuangan PAS adalah bersifat universal, untuk seluruh umat manusia, membawa keadilan sejagat, sebagaimana yang termaktub dalam Bab Ketiga, Fasal 6, Perkara (8), (9) dan (10), Perlembagaan PAS di mana usaha-usaha PAS ialah:

� Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam,

� Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini,

� Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjamin hak-hak asasi manusia serta manghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.

Bertitik tolak dari hakikat ini, maka PAS sudah lama bersedia untuk mengisi kekosongan politik yang ditinggalkan oleh Umno ini. PAS percaya bahawa ahli-ahli dan pimpinan Umno ini boleh memberi sumbangan tenaga mereka menerusi PAS.

Marilah bersama-sama kita bina wadah PAS ini supaya menjadi lebih kuat dan mampu berdepan dengan pelbagai cabaran yang mendatang.

Marilah bersama-sama menyertai PAS!

16 September 2008/ 16 Ramadhan 1429

DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG
Presiden, Parti Islam Se Malaysia (PAS)

16 September 2008

916, Apa Pun Alasannya, Ia Tetap Tidak Menjadi- Malaysiakini


Alhamdulillah, apa jua keadaan dan keputusannya kelmarin telah berakhir tarikh 916 yang masyhur, namun apa yang di harapkan oleh seluruh rakyat yang ingin melihat perubahan kepada kerajaan pusat hampa…

(i)

Teringat pada hari Jumaat lalu..ada satu taklimat dalam parti yang diadakan di sebuah masjid, surat berkenaan taklimat itu telah di edarkan dan telah di nyatakan maksud dan tujuan taklimat itu di adakan, pada pagi tersebut sebaik sahaja selesai menyampaikan kuliah pagi jumaat juga di masjid berkenaan, saya bertanya kepada salah seorang JK masjid tentang taklimat yang akan di adakan pada sebelah petang di masjid yang sama, tujuan bertanya ialah berkenaan dengan persiapan pembesar suara dan sebagainya… tapi dijawab oleh pegawai Masjid tersebut….'tak apa ustaz kita umum lepas solat jumaat nanti' saya pun hairan kenapa perlu di isytiharkan sedangkan jemputan hanya Ketua & Bendahari cawangan sahaja, lalu beliau menjawab 'Ehh bukan ke taklimat petang ni berkenaan peralihan kuasa 16 Sept ni' saya jawab 'Tidak hal lain'.

(ii)

Pada sebelah malam yang lain…sebaik sahaja selesai solat Terawikh….macam biasa minum di 'parlimen kampung' dulu, kalau ustaz tak duduk kedai kopi nanti orang kata sombong, kebesaran, angkuh dan macam-macam, terkeluar la tajuk berkenaan dengan road tax kereta dan Insurance kereta yang tidak boleh lagi di bayar untuk 3rd Party, masing-masing bahas dengan pandangan dan pendapat masing-masing (tapi tak la sehebat MP Shah Alam, parlimen kampung bukan ada apa pun, orang-orang kampung yang ada mengajadi takat SPM, SRP, tak mengaji pun ada) tiba- tiba yang buat kesimpulan, kesimpulannya "kita tak payah bayar roadtax lagi, kita bayar 17 @ 18 September ni, sebab masa tu Anwar dah jadi PM, tentu la tak macam ni lagi"

Dua cerita yang jika kita perhatikan dengan teliti, tentu kita boleh menafsirkannya dengan berbagai tafsiran, walaubagaiman pun yang penting di sini ialah semua lapisan masyarakat mengharapkan kepada peralihan kuasa pada 16 September 2008, ahli/penyokong PAS yang tidak pernah di bohongi oleh presiden mereka pasti akan mempercayai tarikh ini sebagaimana mereka mempercayai pimpinan-pimpinan mereka…mereka sanggup berdebat dengan mana-mana UMNO yang cuba untuk menafikan kemampuan Anwar mengambil alih kerajaan pada 916, mereka sanggup bersingsing lengan kerana itu, bah kan mereka sanggup lakukan apa sahaja kerana mereka ini ikhlas dengan perjuangan yang mereka sedang dokong ini. Apa sahaja momokan TV & akhbar mereka ketepikan ada yang marahkan anak kerana 'pasang tv' pukul 8 malam kerana serabut kepada momokan UMNO

Tiba-tiba……16 September tiada peralihan kuasa!!! Alamak! Mana mereka nak letak muka mereka di depan pimpinan UMNO di kg yang telah mereka lawan minggu lepas, di mana mereka nak letak muka di depan sanak saudara mereka yang UMNO setelah mereka sergah 2 hari yang lalu akibat cuba menafikan kejayaan 916 itu..lebih-lebih lagi ada laporan dari Taiwan oleh YB Fauziah bahawa rancangan 916 berjalan lancar…..di mana penyokong/pendokong PAS ni nak letak muka mereka?!!!

Tiba-tiba ada suara yang menyatakan bahawa tarikh bukan masalah besar…itu hanyalah target yang di letak…macam kita PAS pun buat jugak seperti Tahun Tawan Selangor, Tahun Tawan Terengganu, tapi tak jadi pun itu hanya target untuk kita bekerja kearah itu…Tetapi golongan yang mengemukakan alasan ini terkadang lupa akan perbezaan kepada dua kenyataan….

1) Aku nak kawin tahun ini.

2) Aku akan kawin pada 16 September 2008 ni.

Kalau yang pertama tu tak jadi orang tak kisah mana pun…sebab mereka kata nak kawin, pengantin perempuan tak tahu lagi, duit pun tak tahu kat mana lagi, lembu pun tak beli lagi.

Tapi kenyataan kedua seudah tentu dalam benak dan pemikiran manusia yang waras akan menyatakan tentu sudah ada Pengantin perempuan (kalau tak ada takkan boleh tentu tarikhnya) tentu duitnya dah ada, tentu lembunya sudah di bayar deposit, tentu kad kawin sudah di edar (sebab tarikh dah ada) lebih-lebih lagi di yakini oleh YB Fauziah dari Taiwan

Cuba kita renung kesan dari dua keadaan ini, dan dalam keadaan manakah kita? Pasti nya kita dalam keadaan kedua….tiba-tib tak jadi…bagaimana perasaan? Hampa, frust atau marah kerana dipermainkan?!

Mungkin ada yang menyatakan kita tidak boleh kias begitu, kalau tidak boleh kias begitu, kita nak kias macamana?

Dato' Mustafa Ali

Bukan untuk menangkis atau membela sesiapa, apabila Cikgu Pa mengeluarkan kenyataan bahawa 916 tidak akan berlaku..bagi saya itu satu kelegaan terutama untuk menghadapi orang-orang kampung macam cerita di atas yang telah terapung-apung mengharapkan peralihan yang tidak jadi itu dari berlaku, sekurang-kurangnya pendokong/penyokong di peringkat bawahan ini tidak terlalu terawangan mengharapkan perkara yang tidak jadi….dalam kenyataan tersebut beliau menyatakan bahawa 916 ni tak jadi berdasar kepada beberapa faktor…dan faktor-itu ada kebenarannya, beliau tidak menyatakan bahawa peralihan itu tak akan berjaya..kalau dah cukup orang menlompat dan boleh di kemukakan undi tak percaya dalam parlimen…tak apa la ianya jadi lah…

Cuma beliau tidak berapa setuju kerana cara itu di anggap beliau tidak bermoral, takkan la kita nak serupa dengan UMNO, bila UMNO buat benda yang tidak baik maka kita pun nak buat benda yang tidak baik…tapi ada orang kata pulak…kalau UMNO buat memang tak bermoral..tpai kalau kita buat tak apa..bermoral. Ada ke hukum macam tu? Sepanjang pengajian saya tak jumpa lagi macam tu, kalau orang curi barang kita..takkan kita nak curi barang orang lain pulak. Kalau macam tu tidak akan selesai la masalah, kita haramkan kepada orang lain..tiba-tiba kita halalkan untuk kita pulak.

Pernah di tanya tentang cara untuk menegakkan Negara Islam, seorang yang bekerja sebagai Pegawai SPR, Bolehkan beliau menipu dalam kerja dia untuk menegakkan negara Islam? Tak kira la masa kira undi ke, masa kempen ke, tapi beliau menipu untk memberikan kemenangan kepada Parti Islam, boleh ke macam tu? Pastinya tidak boleh kerana Islam bukan satu ajaran yang mengamalkan Matlamat menghalalkan cara.

Kepada yang cuba untuk menafikan peranan Cik Gu Pa kepada parti, cuba tengok diri kita tu dulu, setakat mana sumbangan kita kepada parti, sejauhmana pengorbanan kita kepada parti..sehingga begitu celupar menyumpah Cikgu Pa dengan lafaz 'Binatang' http://mimpiboneka.blogspot.com/2008/09/mustafa-ali-masuk-umno-lah-natang.html

Bukan nak bela sangat Cik Gu Pa, paling kurang hormat sikit kepada beliau sebagai orang tua. Dan baca kenyataan dia dalam Harakah tu sampai habis.


Walaubagaimanapun...UMNO/BN mesti di turunkan, bahkan mesti di hancurkan dan di lenyapkan, agenda kita masih banyak....peranan yang telah di amanahkan kepada kita mengikut posisition kita mesti di bereskan sebaiknya. YB mainkan sebaik mungkin peranan, yang bukan YB juga ada peranan yang mesti di lakukan...jadi TERUSKAN PERJUANGAN.

01 September 2008

PENANGGUHAN


BLOG INI HANYA AKAN DI UPDATE PADA
17 SEPTEMBER 2008
(SEHARI SELEPAS KERAJAAN BARU)

'Paste'kan ke Blog Anda Tanda Sokongan

Koleksi Ayahanda