Sebuah wawancara menarik antara Wasilah dan al Fadhil ustaz Nik Mohd Abduh bin Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat .( Exco Dewan Pemuda PAS Pusat )Tetapi pimpinan PAS peringkat pertengahan sendiri begitu berani mengkritik ?
Sebuah wawancara menarik antara Wasilah dan al Fadhil ustaz Nik Mohd Abduh bin Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat .( Exco Dewan Pemuda PAS Pusat )


KUALA LUMPUR: Kes berprofil tinggi yang melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kes pembunuhan wanita Mongloia Altantuya Shaariibuu akan menjadi tumpuan esok.
Bagi kes pembunuhan Altantuya, Mahkamah Tinggi Shah Alam akan menjadi perhatian orang ramai dan media apabila Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin menyampaikan keputusannya dalam kes pembunuhan tersebut.
Keputusan Mohd Zaki bukan sahaja menjadi debaran kepada tiga tertuduh, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar (keduaduanya anggota Unit Tindakan Khas, UTK) dan penganalisis politik tanah air Abdul Razak Abdullah Baginda malahan kepada para pemerhati politik dan orang ramai.
Kes berprofil tinggi ini mencetuskan pelbagai spekulasi sehinggakan nama seorang pemimpin negara pernah dikaitkan dan menyaksikan babak-babak yang mengejutkan pada sepanjang prosiding.
Kes pembunuhan Altantuya di mana mayatnya dilupus menggunakan bahan letupan di Puncak Alam berlarutan hampir dua tahun dan pihak pendakwaan akhirnya menutup kes pada 23 Jun lepas.
Sekiranya keputusan hakim memihak kepada pendakwaan yang berpendapat wujud prima facie terhadap ketiga-tiga tertuduh, mereka akan dipanggil membela diri manakala jika sebaliknya kesemua mereka akan dilepas dan dibebaskan.
Sementara itu, perbicaraan kes Anwar yang menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan akan masuk hari ketujuh di Mahkamah Sesyen Jalan Duta selepas ditangguhkan pada 8 Oktober lalu.
Perbicaraan kes liwat Anwar masih berasa di peringkat awal dengan mahkamah mendengar hujah bantahan pihak pembelaan berhubung permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.
Hujah bantahan oleh pihak pembelaan melibatkan persoalan mengenai tandatangan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail pada sijil perakuan yang dilampirkan kepada mahkamah untuk memindahkan kes tersebut di bawah Seksyen 418A Kanun Tatacara Jenayah.
Persoalan itu timbul kerana Abdul Gani kini disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) setelah Anwar membuat laporan polis terhadapnya.

Kelmarin
(20 Oktober) terdapat 2 suasana di kalangan sahabat-
sahabat bloggers, pada sebelah paginya kebanyakan blog menyiarkan ucapan selamat hari lahir kepada presiden PAS yang genap umurnya 61 tahun, berbagai ucapan di ungkapkan tanda kasih dan sayang terhadap Presiden Parti Islam yang tebesar di Malaysia ini, akan tetapi pada waktu tengahari tiba-tiba kita semua telah di kejutkan dengan berita kematian Shamsiah Fakih, seorang pejuang keme
rdekaan. Walaupun tidak ramai dari kalangan kita yang mengenali beliau secara rapat terutama golongan-golongan muda pada hari ini, namun kita pasti bukan itu yang di kehendaki oleh beliau semasa beliau menyinsing lengan bangkit menentang penjajah British satu masa dahulu.
Jika memikirkan sedalam-dalamnya apa yang di lakukan oleh beliau dahulu bukanlah mahukan kepada nama atau di sanjung, tetapi apa yang di lakukan adalah semata-mata mahukan kepada sebuah kemerdekaan, kemerdekaan dari sebarang bentuk penjajahan, beliau yang pernah di tuduh membunuh anak sendiri kerana melambatkan pergerakan di dalam hutan, namun tuduhan itu hanyalah fitnah jahat British semata-mata, beliau mendapat pendidikan di Sekolah Tinggi Islam, Pelangai, Negeri Sembilan. Walau apa jua alasan yang
Akan tetapi pada hari ini tidak ada sebarang pengiktirafan di berikan kepada beliau, walaupun nyawa yang beliau gadaikan kepada nusa dan bangsa, mungkin ada beberapa persoalan yang kita sendiri masih lagi kabur dan tercari-cari jawapannya, antara persoalannya….Jika benar beliau inginkan kemerdekaan, mengapa beliau tidak keluar dari hutan apabila UMNO mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu pada waktu itu? Adakah beliau tidak mengiktiraf kemerdekan yang di perolehi dengan cara mengadap Queen pada waktu itu, mungkin lantaran beliau menganggap bahawa UMNO dan BRITISH ada benda yang sama..Cuma yang berbeza hanya warna kulit sahaja….kedua-duanya tiada matlamat lain kecuali untuk menjarah harta benda rakyat jelata…setelah British puas maka di serahkan kepada UMNO untuk menjarah rakyat Tanah Melayu ini…Mungkin sebab itu jugalah UMNO atau kerajaan Malaysia sehingga ke saat ini tidak memberikan sebarang pengiktirafan kepada beliau…atau mungkin beliau tidak pernah berlakon dalam mana-mana filem di dalam Malaysia ini yang mensayugiakan beliau mendapat pengiktirafan gelaran Dato'.
Membaca berita kematian beliau http://www.malaysiakini.com/news/91605 telah mengingatkan kepada para pejuang menentang penjajah sejak dari dahulu lagi…juga tiada pengiktirafan dan sanjungan dari kerajaan UMNO, tokoh-tokoh seperti Tuan Guru Hj Abd Rahman Limbong, Tuan Haji Mat Hassan (Tok Janggut), Datuk Bahaman, Dato' Dol Said, Mat Kilau, Datuk Maharajalela, itu dikalangan Pemimpin..macamana dengan petugas-petugas mereka, seperti Si Putum, Pandak Endut, Laksamana Mohd Amin, Ngah Ibrahim, mereka ini pembantu/petugas kepada Dato' Maharajalela, begitu juga dengan pengikut dan petugas yang bertugas kepada Tuan Haji Mat Hassan (Tok Janggut) yang tawarkan hadiah sebanyak $250-$500 bagi sesiapa yang dapat menangkap mereka hidup atau mati kerana menentang British, saya akan senaraikan nama mereka sebagai pengiktiran kepada mereka
(Sumber : Arkib Negara
Itu senarai nama yang di ketahui, bagaimana dengan pejuang yang berjuang di Padang Kachung Telemong Bersama Tuan Guru Haji Abd Rahman Limbong yang juga telah menjadikan Masjid Rusila pada waktu itu sebagai salah satu tempat persinggahan utama beliau, dan mengikut cerita orang-orang tua di Kg Rusila, TG Hj Abd Rahman Limbong suka memakai terompah kayu dan berbaju hitam serta memakai terendak. Bagaimana sejarah Perang Naning 1832 yang dipimpin oleh Dato' Dol Said, di mana perang tersebut di sertai sama oleh bala Tentera Allah yang berbentuk serangga dan mempunyai penyepit yang besar, yang mana cerita ini tidak di ceritakan kepada rakyat.
Bagaimana pula dengan mereka yang belum disenaraikan lagi, yang bertugas bersama Mat Kilau, Tok Gajah, Datuk Bahaman…mengapa nama-nama mereka di lenyapkan dari sejarah Malaysia dan perjuangan kemerdekaanya, adakah hanya kerana kepentingan politik maka UMNO cuba untuk membutakan anak malaysia dengan sejarah negara mereka sendiri dengan mengkisahkan perjuangan kemerdekaan ini hanya selepas tahun 1946 dan yang terlibat hanya pemimpin UMNO sahaja…sedangkan semua mengetahui UMNO lah yang mewarisi legasi British serta perangai British yang hanya ingin MENJARAH harta rakyat.
Begitu juga dengan sejarah perjuangan Ustaz Abu Bakar Al Bakir (Hizbul Muslimin), Dr Buhanuddin Al Helmy, Ahmad Boestaman melalui API, Shamsiah Fakeh melalui AWAS, kesemua ini menggunakan Slogan MERDEKA dalam perjuangan mereka, berbanding UMNO yang menggunakan slogan HIDUP MELAYU.
Pemergian Shamsiah Fakeh kelmarin mengingatkan kembali kita kepada sejarah PENGORBANAN DAN PERJUANGAN serta mengingatkan kita KEBEJATAN DAN KEJAHATAN Umno dalam sejarah perjuangan kemerdekaan serta sejarah mengingati, menghargai para pejuangan sebenar di dalam membina negara Malaysia.

MARANG, 18 Okt (Hrkh)- Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengakui hubungan yang baik antara parti PAS dan DAP dalam kerjasama Pakatan Rakyat adalah akrab. Berikutan itu, katanya pemimpin DAP mengambil kesempatan berkunjung ke rumah Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
sebagai tanda sebuah hubungan yang akrab. "Kita (DAP) ada hubungan yang akrab dalam Pakatan Rakyat ini dan saya juga mengambil kesempatan ini (berkunjung) bertemu 'Tok Guru' dan bukan sahaja berjumpa di Parlimen.
"Saya ke sini (Terengganu) untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 dan langsung berkunjung ke rumah Dato' Seri Abdul Hadi,"ujarnya ketika ditemui di Rusila, Marang, kelmarin.
Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP turut melahirkan rasa kagum dengan sifat kesederhanaan mantan Menteri Besar Terengganu menjalani kehidupannya.
"Di sini kita (rakyat) boleh lihat 'Tok Guru' pernah jadi Menteri Besar sebuah negeri tetapi masih hidup dalam keadaan yang sederhana.
"Saya rasa itu menunjukkan kepimpinan yang berjiwa rakyat dan hanya berkhidmat untuk rakyat,"jelasnya.
Memegang microfon yang terakhir adalah sesuatu yang amat hebat di rasakan kerana semua orang akan mendengar semua hujahan kita dan mereka sudah tidak ada peluang lagu untuk menjawab balik hujjahan kita….kenangan semasa di Mesir dahulu, pemegang microfon terakhir biasanya Ust Nasaruddin Daud (speaker Dun Kelantan), Ust Zulkifli Ismail (ketua Dewan Ulama' PAS Melaka), kadang-kadang Ust Azman Shafawi (Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat), selepas sahaja dia orang ni bercakap samada soal jawab, atau forum, atau apa sahaja program…biasanya tidak ada orang lain dah yang akan bercakap kerana penggulungan yang di lakukan oleh mereka itu pasti akan memuaskan hati para hadirin yang mendengar.
Dalam Isu YB Khalid Samad ini…nampaknya beliau
Saya ucapkan terima kasih juga kepada saudara Zahid Yusof yang telah menambahkan ilmu dan kefahaman pembaca dengan penjelasan2nya dari kitab Fi Zilal. Saya sebut Ibn Kathir beri contoh Hudaibiyyah, beliau sebut Syed Qutb beri contoh Mithaqul Madinah. Ia memperluaskan dan memantapkan lagi kefahaman kita terhadap maksud ayat berkenaan. Namun, boleh disimpulkan dari penjelasan beliau juga bahawa maksud ayat Al-Anfal 61 tidak mewajibkan bersatu dengan UMNO.
Tiada seorang pun yang mewajibkan bersatu dengan UMNO, yang di katakan oleh penulis yang tidak bersetuju dengan YB Khalid dalam menggunakan ayat ini ialah keharusan bermuzakarah, muqabalah dengan UMNO. Kalau sekiranya isu yang mahu di jelaskan itu ialah berkaitan dengan Khutbah Raya…mengapa sebagai YB, dan Pimpinan PAS diperingkat yang tinggi tak leh pegi jumpa Khatib tersebut dan berbahas dengan beliau…kenapa harus babitkan semua Ahli PAS dalam perkara ini sehingga disiarkan di dalam blog…
Kalau saudara Zahid masih ingat, konteks perbahasan ini adalah khutbah raya yang saya sebutkan. Di mana dan siapa khatibnya, saudara Zahid boleh cari sendiri. Atau jumpa saya dan saya beritahu tetapi bukan di Blog ini
Sebenarnya saya dah malas untuk bincang perkara ini sebab daripada apa yang di tulis ini sudah menjadi 2 utas tali kapal yang basah cuba di tegakkan… saya sudah baca tulisan ini dalam bolg YB Khalid…saya ignore saya sebab saya fikir blog dia hanya orang yang sependapat dengan dia sahaja yang akan baca…dan tak perlu saya jawab balik….hatta nak jawab dalam blog saya sendiri pun saya rasa amat malas…biarlah ianya berlalu di tambah pula dengan hujjah-hujjah yang dapat di baca sebagai sudah mula sependapat dengan saya….tetapi bila disiarkan di TKO…saya rasa YB khalid masih mahu memanjangkan perkara ini…jadi saya rasa, saya kena jelaskan lebih lagi nama saya di sebut secara terus di sini.
Sepatutnya respon Zahid diletakkan bawah tajuk ‘Surah Al-Anfal (Ayat 61-62) diputar belit?’ dan bukan respon kepada ‘Wahai Anakanda..’. Saya tidak tafsirkan ayat mengikut akal saya tetapi sepertimana disebut, rujukan saya Ibn Kathir. Saya bukan mufassir dan tak pernah anggap diri saya begitu. Saya juga rujuk Tafheemul Quran oleh Maududi dan tafsir2 kecil yang lain. Mereka tak sebut sahifah madinah sebagai contoh maka saya tak sebut. Saya tidak berpeluang pada masa itu untuk rujuk pada Fi Zilal. Sambil itu, saya hanya ingin membentangkan penjelasan ringkas seperti yang saya sebutkan dan bukan tafsir penuh ayat berkenaan dalam artikel saya. Kefahaman yang saya perolehi dari tafsir2 tersebut membawa kepada kesimpulan ayat ini tidak mewajibkan kerjasama dengan UMNO.
YB Mengaku bahawa YB hanya merujuk kepada kitab-kitab kecil dalam menafsirkan ayat ini (anfal 61-62)…tapi dengan hanya merujuk kepada kitab-kitab kecil ini YB sudah boleh kata orang lain sebagai berfikiran dangkal , betul ke macam ni…saya ingatkan YB sudah baca/rujuk kepada kitab-kitab besar atau paling kurang rujuk kepada Ulama'-ulama' sebelum nak lebelkan orang lain sebagaimana dangkal.
Kepada saudara abu amirah al salimbari, terima kasih atas soalan2 anta. Saya respon begini; Ya benar, ayat 61 Al-Anfal menjustifikasikan muzakarah dan muqabalah sahaja. Dan betul juga bahawa muzakarah dan muqabalah tidak merupakan pengkhianatan. Tiada pemimpin yang setakat ini menyatakan secara terbuka bahawa mereka mengusahakan pergabungan/kerjasama PAS-UMNO serta keluar dari PR. Dan benar juga bahawa sekiranya ingin melakukan itu, Dato Seri Presiden telah menyebut perlunya satu muktamar khas.
Kalau dah mengaku pandangan Abu Amirah ini habis la cerita penyatuan PAS/UMNO, tetapi kenapa YB masih lagi mainkan isu ini?.
Semuanya kelihatan cantik dan indah sepertimana yang sepatutnya dan saya sendiri menganggap bahawa setelah pertemuan 10hb Mac, dan penolakan tawaran BN pada petang itu, (ya memang ada tawaran-sila rujuk artikel saya satu hari di hari raya) semuanya selesai. Zahid meminta saya menjelaskan apa yang berlaku sebelum, tengah dan selepas perbincangan itu. Tak perlu saya jelaskan, takut2 luka lama berdarah kembali. Kalau Zahid nak tahu juga, datang berjumpa, kita pi duduk di kedai mamak, kita cerita.
YB dah mengaku ada penawaran dan dah mengaku ada penolakan..dah jelas la tu…so lepas ni dah la dok ungkit pasal PAS nak bergabung dengan UMNO….dan pegi cari tok khatib tu…bagitahu kat dia sorang-sorang…tak payah cerita kat sini.
Kemudian masalah wala' dan Thiqah…apa salah ke kalau di tekankan perkara ini, sebab semakin ramai ahli kita bahkan ada pemimpin kita (bukan YB Khalid) yang lebih thiqah dan wala' kepada Presiden PKR dari PAS, sehingga ada yang sanggup jadi Pemegang Tombak di belakang Anwar semasa Sidang Akhbar sedangkan masa sidang Akhbar Presiden PAS yang nampak hanya ketua Dewan Muslimat je…mana pegi hulubalang-hulubalang…ke dah bertukar wala'?
Berkenaan dengan ketegasan TGNA….ketegasan TGNA sama dengan ketegasan DSTGHH dan Ketegasan Muktamar… apa yang peliknya!.
PBT Selangor…..
Apa yang PAS nak lagi? Tidakkah tawaran2 ini begitu menggiurkan? (meminjam istilah Nik Abduh) Best!!! Saya pun tidak tahu siapa ‘master-mind’ sebenar. Mungkin orang luar yang menjadi jambatan di antara kita dengan UMNO. Merekalah yang menyusun pertemuan 10hb Mac yang lalu.
Rupanya YB Khalid pakai main tembak dalam gelap je…ingatkan dia tahu…kalau berita tu datang orang yang tak tahu hujung pangkalnya..Al Quran dah ajar kita bagaimana bagaiamna kalau orang fasik datang kepada kita dengan membawa berita maka kena selidiki dahulu
Akhir sekali berkenaan dengan soal pengkhianatan kepada PR sudah tidak timbul lagi…jika ada pimpinan yang
Sebelum noktah saya nak ajak kita semua berfikir…tentang matlamat perjuangan kita…perjuangan kita ni untuk MERUNTUHKAN BN KE NAK TEGAKKAN ISLAM? Jika mahu meruntuhkan BN kita kena pastikan yang tertegak selepas jatuhnya BN itu ialah Islam…..jika kita mahu tegakkan Islam kita boleh juga mengambil contoh bagaimana keadaan ketika jatuhnya Kota Baghdad ke tangan Tentera Monggol…satu tentera yang di gelar sebagai tentera yang tidak akan kalah…ceritanya cukup terkenal..Sungai Darah di Kota
Kesimpulannya….sebagaimana Ucapan pimpinan (Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Mursyidul Am, Timbalan Mursyidul AM dan Semua pimpinan) tidak ada penggabungan antara PAS/UMNO yang ada hanya Muqabalah bukan dengan UMNO sahaja tapi semua pihak. Dan sebagaimana yang di Putuskan oleh Muktamar PAS di Ipoh…PAS bertanggungjawab memperkukuhkan PR, dengan membawa PR ke dalam arus Perdana Politik Negara dengan penuh BERAMANAH agar ianya semakin kukuh dan boleh menghancurkan BN sehancur-hancurnya..kata Saidina Abu Bakar R.A BENAR ITU AMANAH BOHONG ITU KHIANAT.
Pemilihan UMNO sudah bermula..walaupun peralihan kuasa yang pada awalnya dipersetujui akan berlaku pada tahun 2010 akan tetapi tekanan yang begitu hebat dan desakan yang begitu kuat telah menyebabkan Pak Lah mengalah dan peralihan kuasa akan berlaku pada bulan MAC 2009, samada perkara ini menjadi atau tidak menjadi..sama-sama kita lihat dan perhatikan.Terlalu banyak cerita sewaktu cuti AidilFitri….cuba di ikuti sebaik sahaja tamat cuti ni..tapi dalam masa 2 hari ni walaupun semasa di kampung tak boleh online..tapi insyaalah masih dapat mengikuti isu-isuyang di perbicangkan oleh sahabat-sahabat bloggers…dalam banyak perkara dan isu yang keluar, paling menarik ialah kenyataan YB Khalid Samad, ntah apa yang di kehendaki oleh beliau dengan kenyataan-kenyataan beliau yang mungkin beliau rasakan amat bernas itu…saya cuba untuk mengamati tulisan-tulisan beliau dalam blog beliau…mungkin saya ni terlalu dungu untuk memahami kepintaran dan keintelektualan YB khalid…walaubagaimanapun kesimpulannya YB Khalid amat tak puas hati dengan kepimpinan PAS sekarang ini dapat dirasai dan di jiwai dalam penulisan beliau. Respond yang pertama yang ingin saya beri ialah dengan cabaran beliau terhadap ROSLAN SMS, SP, dan beberapa blogger lain tentang ayat Al Anfal 61-62.
Walaupun artikel ini telah di berikan penjelasan oleh Ust Nik Abduh, tetapi nampaknya YB Khalid masih lagi cuba untuk menegakkan Tali Kapal yang basah (http://khalidsamad-shahalam.blogspot.com/2008/10/wahai-anakanda.html) itu dalam artikelnya yang baru ini, walaubagaimanapun saya rasa keperluan untuk menyertai sama perbincangan ini.
Ayat yang di turunkan oleh Allah SWT itu adalah berkaitan dengan perdamaian dan tidak pernah di dengari dari mana-mana pimpinan yang menggunakan ayat ini untuk bergabung dengan UMNO/BN kalau khalid ada atau sesiapa sahaja yang ada samada HUSAM, TULANG BESI, KHALID, atau sesiapa sahaja yang mempunyai bukti bahawa ada pimpinan PAS yang menyatakan akan menyertai UMNO/BN sila kemukakan. Ayat surah al Anfal 61-62 di gunakan oleh para perwakilan di dalam Muktamar di
1. Mewajibkan bersatu atau bekerjasama dengan pihak lawan (UMNO/BN)
Saya rasa jelas bahawa setelah menanda-tangani Perjanjian Hudaibiyyah, Rasulullah tidak pula berpakat dan berkongsi kuasa dengan golongan Quraisy dan melanggar pula perjanjian bersama orang-orang di Madinah. Golongan Quraisy terus memerintah Mekah dan kekuatan mereka semakin lemah hari demi hari. Tiada pula usaha Rasulullah untuk mengukuhkan kedudukan mereka dan membantu mereka supaya tidak roboh. Ummat Islam di Madinah pula semakin kukuh, menangani masalah pengkhianatan dalaman kaum Yahudi dan memperluaskan ruang pengaruh mereka ke seluruh Hijaz dan luarnya. Tiada pula atas hormatkan ‘lissalmi’ maka ummat Islam duduk tak buat apa-apa.
Mengapa masih lagi
Betul khalid menyatakan bahawa 'lilsalmi' itu perdamaian, tapi kalau rujukan itu hanya kepada kita rumi yang di terjemahkan..saya rasa baik rujuk kitab arab dan belajar semula…. Ibn Khatir menyatakan {للسلم} أي المسالمة والمصالحة والمهادنة tiga perkataan yang di terangkan oleh Ibn Khathir ini hanya di terjemahkan oleh khalid sebagai perdamaian.. saya harap khalid belajar dulu apa makna ketiga tiga perkataan ini, apa makna Musalamah, apa makna Musolahah dan apa makna Muhadanah…..kalau tak tahu jangan la
Khalid kata
Berdasarkan penjelasan ringkas ini, jelas bahawa konteks perkataan ‘lissalmi’ atau ‘perdamaian’ adalah ‘genjatan senjata’ serta berhenti berperang!
Mengapa khalid hanya menggunakan satu pandangan Ulama' sahaja dalam menafsirkan ayat ini (Al Anfal 61-62), peristiwa Hudaibiyyah hanya sebagai contoh yang di bawa oleh Ibn Khatir dan bukan menjadi Sebab Nuzul kepada Ayat ini,, jika kita membuka Fi Zilal Al Quran oleh Syed Qutb…beliau memberi satu lagi contoh bahkan di jadikan contoh utama sebelum daripada kisah Perjanjian Hudaibiyyah..iaitu bagaimana Perjanjian Rasulullah dengan Golongan Yahudi di dalam Mithaqul Madinah atau Piagam Madinah…yang secara jelas menunjukkan bahawa adanya perjanjian/ikat setia Kerajaan Rasulullah saw dengan golongan/Kabilah Yahudi di penggir Kota Madinah, perjanjian untuk sama-sama mempertahankan Bumi Madinah dan menjuruskan untuk sama-sama membangunkan Bumi Madinah, Yang mana perjanjian ini telah di khianati oleh bani Quraizah dalam perang Khandak.
Walaubagaimanapun bukanlah maksud di sini untuk mengakui bahawa PAS akan bergabung dengan BN/UMNO kerana telah ada penafian, di ulangi TELAH ADA PENAFIAN oleh Presiden, Timbalan Presiden, Timbalan Mursyidul Am berkali-kali-kali, yang menjadi kehairanan mengapa YB Khalid CUBA MEMAKSA khalayak ahli PAS untuk menerima bahawa PAS akan bergabung dengan BN/UMNO? Dan tidak salah untuk menyatakan bahawa Khalid cuba untuk memaksa ahli PAS supaya berkata bahawa Presiden, Timbalan Presiden bercakap bohong, sedangkan Presiden di dalam Muktamar baru-baru ini telah menjelaskan bahawa jika perkara tersebut berlaku maka MUKTAMAR KHAS akan di adakan.. takkan tak faham ucapan presiden macam tu…kalau faham kenapa masih
Nasihat saya….tak kira la jua kedudukan YB Khalid….jangan terlalu ego dengan diri saudara…takkan sekali menang sahaja sudah rasa strategi kita cukup ampuh, Hujjah kita paling bernas, strategi kita paling hebat hujjag orang lain boleh pakai jentik sahaja…dan bukan lah bermakna apa bila orang senyap bila membaca hujjah-hujjah kita itu bukan bermakna bahawa mereka tidak ada hujjah balas…tapi mungkin malas nak layan kita yang merapu tak tentu pasal…
Insyaalah kalau ada masa kita bincang surah An Nahl ayat 94 dalam masa lain