15 Julai 2008

Kenapa Shabreey Chik??

Jam 9.00 malam tadi semua orang yang sensitif terhadap nasib rakyat dan peka terhadap perkembangan politik tanah air terpaku di hadapan TV samada TV9 atau Bernama TV, walaupun pada asalnya janji untuk mengadakan siaran lansung ini selama satu jam setengah, tetapi tanpa di ketahui di mana salah dan silapnya ianya di pendekkan kepada 52 minit dan 8 minit untuk iklan, walaubagaimana pun ianya tidak mematahkan semangat golongan-golongan ini untuk mengikuti debat yang bersejarah ini.

Pada mulanya semua orang agak sedikit kecewa apabila melihat pengerusi debat ialah Dato' Johan Jaafar, bimbang takut peristiwa yang di lakukannya dalam siri Debat Perdana di TV1 di ulangi di sini, akan tetapi semua menarik nafas lega apabila beliau mendetailkan format, bagaimana debat ini akan di jalankan. Penampilan Shabreey Chik dengan penuh keyakinan, penampilan Dato' Seri Anwar Ibrahim dapat mengubat rindu pengikutnya untuk melihat beliau muncul kembali ke kaca TV.

Saya bukanlah ingin mengulas apa yang di perdebatkan oleh seorang tokoh dan seorang budak hingusan, kerana tajuk depat itu sendiri telah memberikan keputusan yang mana satu berada di atas kebenaran dan yang mana hanya cuba untuk menegakkan tali layar yang basah. Tajuknya "Hari ini memerintah, Besok Turun Harga Minyak". Dato' Seri dalam hujjahnya telah berjaya menjelaskan bagaimana cara untuk menurunkan harga minyak itu. manakala DASC pula perlu mematahkan hujjah DSAI tersebut, tetapi apa yang berlaku ialah penghujahan yang tersimpang dan jauh dari sasaran oleh DASC.

Apa yang saya nak komen di sini ialah kenapa Dato' Ahmad Shabreey Chik bukan orang lain, kenapa DASC tidak mengendahkan larangan Naib Presiden UMNO supaya debat ini tidak di jalankan. bukan itu sahaja ramai di kalangan pimpinan UMNO yang tidak mahu DASC meneruskan debat ini, akan tetapi DASC tetap dengan pendiriannya bahkan sanggup mempertaruhkan jawatan menterinya untuk debat ini. mengapa beliau begitu ghairah dan bersungguh-sungguh.

Satu perkara yang perlu kita ingat sebenarnya DASC sanggup melakukan apa sahaja untuk debat ini hanya semata-mata untuk diri beliau. Asalnya beliau seorang ahli akedamik, kemudian terjun dalam politik apabila bertanding dalam pilihanraya kecil dun Kijal atas tiket Parti Melayu Semangat 46 menentang Ahmad Said (Menteri Besar Terengganu sekarang), walaupun beliau di katakan sebagai tokoh pinjam dari PAS kepada 46, akan tetapi jiwa dan pendiriannya tetap bersama 46 & Ku Li dan akhirnya apabila 46 masuk UMNO beliau turut menyertai UMNO dan menjadi tokoh UMNO di Kemaman.

Beliau bukanlah satu nama besar di dalam UMNO, kelibatnya di dalam Semangat 46 masih lagi menghantui karier beliau dalam UMNO, akan tetapi mengapa beliau tiba-tiba di beri jawatan menteri antara yang terpenting dalam kebinet Pak Lah.

Tentu kita semua masih ingat pertelingkahan UMNO Terengganu pasca Pilihanraya Umum ke 12 baru ini, yang menyebabkan tertangguhnya penubuhan dan perlantikan Menteri Besar Terengganu. sehinggakan berbagai-bagai formula di kemukakan oleh berbagai pihak untuk menyelesaikan perkara tersebut, Dato Seri Idris Jusoh tetap mahukan jawatan Menteri Besar dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai jawatan tersebut. manakala pihak istana di katakan tetap dengan pendirian menolak Idris Jusoh sebagai MB bahkan pihak Istana telah mengemukakan nama lain iaitu Dato' Ahmad Said sebagai MB.

Pertelingkahan terus berlaku di antara kedua puak dalam UMNO ini, 'Besut' dan 'Kemaman' sehingga mencetuskan suasana yang tidak sihat termasuk penghinaan kepada Sultan Terengganu, sebelum daripada pilihanraya kedudukan anggota Kabinet dari Terengganu hanya seorang Menteri iaitu Ahli Parlimen Besut, Dato' Abdullah Mat Zin sebagai Menteri Di Jabatan Perdana menteri, yang lain ialah timbalan menteri dan setiausaha parlimen (DASC sendiri) keadaan ini menunjuk ketidak seimbangan antara 'Kemaman' dan 'Besut' di Besut terdapat 2 orang menteri dan seorang exco (Deris Jusoh, Dollah Mat Zin & Exco Hadhari Terengganu) manakala di Kemaman seorang exco dan setiausaha parlimen. Bukan maksud sentimen kedaerahan tetapi apabila Ahmad Said di anggap persaingan Idris Jusoh untuk jawatan MB maka perbandingan sedekian terpaksa di lakukan.

Untuk menyelesaikan masalah ini, satu cadangan dari pihak Idris Jusoh supaya dapat mengekalkan beliau sebagai MB Terengganu maka jawatan menteri yang di pegang oleh Dollah Mat Zin akan di serahkan kepada orang Kemaman, sebab itu lah kabinet yang di umumkan sebelum perlantikan Menteri Besar Terengganu telah menggugurkan Dollah Mat Zin Sebagai menteri dan memberikan jawatan tersebut kepada Kemaman iaitu DASC sebagai MP Kemaman, harapan Idris Jusoh agar ianya di lihat adil, Menteri Besar di Besut, menteri penuh di Kemaman. (Walaupun hasil tidak sedemikian)

Kita tinggalkan cerita Deris Jusoh, berbalik kepada DASC, Beliau di berikan jawatan Menteri Penerangan sebagai usaha untuk menyelesaikan masalah di Terengganu. yang menjadi masalah kepada beliau sekarang ini ialah BAGAIMANA CARA BELIAU UNTUK TERUS KEKAL DALAM KABINET PAK LAH. caranya ialah DASC mesti menunjukkan bahawa beliau ini ada sesuatu yang tidak ada pada orang lain, maka cabarang berdebat dengan DSAI yang merupakan seorang tokoh terbilang PR dan Negara di lihat sebagai satu peluang untuk beliau menunjukkan kehebatan luarbiasa. menang atau kalah itu bukan persoalan, kena caci kena kata itu bukan problem, kena malu, merah muka, tak jadi masalah punya, yang penting berada di atas pentas bersama dengan DSAI dan berdebat dengan beliau, lepas tu bawa penyokong ramai-ramai tukang tepuk tangan menggambarkan bahawa beliau hebat dan berpengaruh, yang akhirnya akan memperlihatkan bahawa beliau seorang yang Hebat, Bijak, Berani dan ada pengaruh.

Targetnya ialah Disember ini, pemilihan UMNO yang mana harapan DASC ialah paling kurang dapat pencalonan MT UMNO dan memenangi jawatan itu yang memungkinkan beliau kekal dalam kabinet Pak Lah.

Kesimpulannya ialah, DASC bukannya bermatlamatkan untuk membela rakyat tetapi untuk kepentingan jawatannya dalam politik dan kerajaan, kalau untuk rakyat pastinya bukan beliau di situ untuk berdebat dengan DSAI kerana yang layak di situ paling kurang Menteri-menteri yang ga kewangan negara, bukannya Menteri yang hanya gila mencari publisiti bagi mengekalkan beliau dalam kabinet.

Tiada ulasan:


'Paste'kan ke Blog Anda Tanda Sokongan

Koleksi Ayahanda