20 Februari 2009

Mufti Wilayah di minta ikhlas-Malaysiakini



Membaca kenyataan yang di keluarkan oleh mufti wilayah persekutuan di dalam berita harian pada hari ini amat mengejutkan, seolah-olah apa yang saya pelajari selama ini tidak berul dan tidak bertepatan dengan ajran Islam, segala kita tafsir yang pernha di telaah bersama sahabat-sahabat dan berguru di Al Azhar seperti tidak ada faedah dan tidak perlu di rujuk. Bermula dengan kenyataan beliau di dalam Mstar kelmarin kemudian tersebar secara umum di dalam berita hari pada hari ini merupakan kenyataan yang boleh di takwilkan keikhlasannya, bukan saya mahu memperlekehkan atau mentakwilkan ilmu yang di miliki oleh Mufti Wilayah akan tetapi, aspek keikhlasan perlu di perhalusi agar kenyataan yang melibatkan agama ini tidak sepatutnya di pengaruhi oleh sentimen makan gaji atau cari makan.

Saya nukilkan kenyataan beliau dalam Mstar

Mufti: Menderhaka kepada pemerintah satu dosa besar KUALA LUMPUR: Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata perbuatan menderhaka kepada pemerintah adalah satu dosa besar berdasarkan dalil daripada Al Quran dan Sunnah. Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata sebarang perbuatan tunjuk perasaan bertujuan mencabar pemerintah adalah haram seperti dinyatakan dalam sebuah hadis yang bermaksud : "Mana-mana kumpulan manusia berarak ke arah Sultan dengan tujuan merendahkannya, maka mereka akan dihina oleh Allah sebelum hari Kiamat." Beliau berkata dengan demikian berhubung kenyataan Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria baru-baru ini mengenai kewajipan rakyat mentaati titah sultan. Harussani membuat kenyataan itu berikutan tindakan penyokong parti pembangkang yang biadab, mencela dan menderhaka Sultan Perak Sultan Azlan Shah ketika berdemonstrasi di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar sebelum itu.BERNAMA

Kemudian di dalam berita harian hari ini

Ummah wajib mentaati pemerintah Bersama Wan Zahidi Wan The IMAM Ibnu Hajar Al-Makky A-Haitamy, seorang ulama syafi'e terkemuka menyebut dalam kitabnya Al-Zawajir 'An Iqtiraf Al-Kabaair bahawa menderhaka kepada pemerintah adalah satu dosa besar. Beliau menyebut beberapa dalil, antaranya hadis riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud: "Tiga golongan Allah tidak berkata-kata dengan mereka pada hari kiamat, tidak melihat kepada mereka, tidak membersihkan dosa mereka dan mereka akan menerima azab yang pedih." Diriwayatkan lagi yang bermaksud: "Seorang yang mengaku setia kepada seorang pemerintah, ia berbuat demikian kerana keduniaan; jika diberi, ia tunaikan kesetiaannya, tetapi jika tidak diberi, ia menderhaka." Imam Ibnu Hajar juga memetik perkataan Saidina Ali yang bermaksud: "Dosa besar itu ialah mensyirikkan Allah, membunuh manusia, makan harta anak yatim, menuduh seseorang berzina, menderhaka kepada dua ibu bapa dan membatalkan kesetiaan kepada pemerintah." Perhatikan bagaimana menderhaka kepada pemerintah diletakkan sama dengan dosa besar yang utama seperti syirik, membunuh, derhaka kepada ibu bapa, makan riba dan seterusnya. Apa yang disebut Ibnu Hajar ini adalah pendapat yang ijmak di kalangan ulama, seperti dinyatakan Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam kitabnya Fathul Baari: "Sesungguhnya fuqaha sudah sependapat mengatakan wajib taat kepada sultan yang memerintah dan berjihad bersamanya " Ijmak ulama itu bersandarkan dalil al-Quran dan sunnah seperti berikut: Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang beriman, taatilah Allah, taatilah Rasul-Nya dan ulil amri daripada kalangan kamu." - (Surah an-Nisaa, ayat 59) Imam al-Mawardi sewaktu mengulas ayat ini menyatakan, melalui ayat ini Allah mewajibkan kita taat kepada ulil amri, iaitu pemimpin negara yang memerintah kita. (Al-Ahkam al-Sultaniyah) Selain daripada itu ada hadis yang banyak menjelaskan kewajipan ini. Antaranya, hadis sahih riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Hibban dan Thabarani yang meletakkan ketaatan kepada pemerintah setara dengan rukun Islam. Ketika berkhutbah pada Haji Wida', Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Demi sesungguhnya hendaklah kamu beribadat kepada Tuhanmu, tunaikan solat lima waktu, berpuasalah pada Ramadan, keluarkan zakat harta dengan suci hatimu, dan taatilah pemerintah kamu; maka dengan itu kamu akan memasuki syurga Tuhanmu." Perhatikan bagaimana kemasukan ke syurga diikat juga dengan mentaati pemerintah di samping menunaikan rukun Islam. Berpandukan nas yang ada dalam al-Quran dan sunnah, Imam Abu Bakar Al-Turtusyi dalam kitabnya Siraj Al-Muluk merumuskan: "Orang yang keluar daripada garis ketaatan akan terputus perlindungan Allah, terlepas daripada jaminan-Nya, serta menukar nikmat dengan kufur (nikmat). Taat kepada pemerintah adalah tali Allah yang kukuh, agama-Nya yang lurus, perisai-Nya yang melindungi dan pemeliharaan-Nya yang tinggi." Bertolak daripada keterangan di atas juga, maka sebarang bentuk tunjuk perasaan bertujuan mencabar pemerintah adalah haram seperti dinyatakan dalam sebuah hadis sahih riwayat al-Bazzar yang bermaksud: "Mana-mana kumpulan manusia berarak ke arah sultan dengan tujuan merendahkannya, maka mereka akan dihina oleh Allah sebelum hari kiamat." Dengan demikian, adalah jelas bahawa kenyataan dibuat oleh Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria baru-baru ini mengenai kewajipan mentaati titah Sultan Perak adalah benar dan mengikut hukum syarak seperti yang disepakati ulama berasaskan dalil daripada al-Quran dan sunnah Penulis ialah Mufti Wilayah Persekutuan

Sengaja saya membawa tulisan ini agar semua kita akan mendapat penjelasan dan jika terdapat kesalahan terutama dari pihak saya , maka ianya dapat di perbetulkan. Begitu juga ianya bukan bertujuan untuk menderhaka kepada mana-mana raja di dalam duni dan bukan juga untuk mentaati secara membabi buta.

Sohibussamahah telah membawa beberapa pandangan para ulama tentang ketidak wajaran menderhaka kepada pemerintah,
1. IMAM Ibnu Hajar Al-Makky A-Haitamy
2. Ibnu Hajar Al-Asqalani
3. Abu Bakar Al-Turtusyi
4. Imam al-Mawardi

Dan beliau telah menyandarkan hujjah-hujjah para ulama ini dengan Sepotong ayat suci Al Quran dalam surah An Nisa’ ayat ke 59 iaitu yang bermaksud
"Wahai orang beriman, taatilah Allah, taatilah Rasul-Nya dan ulil amri daripada kalangan kamu." - (Surah an-Nisaa, ayat 59)

Kita semua tidak menafikan bagaimana muktabarnya ulama’ yang di sebutkan di atas, tetapi apa yang kita perkatakan ialah bagaimana keikhlasan mufti menaqalkan pandangan-pandangan ini, adakah beliau menaqalkan secara keseluruhan perbahasan atau hanya mengambil apa yang selari dengan pandangan dan pedapat beliau sahaja.

Oleh kerana sandaran kepada hujjah ini ialah daripada ayat 59 Surah Annisa’..maka apa salahnya jika kita juga melihat kepada kitab-kitab tafsir yang juga muktabar dan juga masyhur serta thiqah, hampir semua ulama mufassirin apabila membicarakan ayat ini akan mengkaitkan ketaatan kepada pemerintah itu dengan ketaatan kepada Allah dan rasul dalam erti kata ketaatan kepada pemerintah hanya wajib apabila pemerintah itu taat kepada Allah sebagaimana hadis dari Ibn Umar R.A. Sabda Rasulullah saw

“Dengar dan taat oleh sesorang muslim dalam apa yang dia benci dan dia suka selagi mana tidak di perintahkan supaya melakukan maksiat, maka apabila diperintah supaya melakukan maksiat maka tidak perlu dengar dan tidak perlu taat

Maka di bahaskan pulak bahawa Raja Perak tidak memerintah kepada perkara maksiat!...tetapi kita semua tahu bahawa titak tuanku pada hari itu berlawanan dengan Undang-undang tubuh Negeri Perak sendiri dan bertentangan dengan prinsip Al Adaalah yang di nyatakan di dalam ayat Quran Surah Annisa’ ayat 58.

Yang menghairankan kita adakah mufti Wilayah tidak merujuk kepada kitab-kitab tafsir dalam menerangkan tentang ayat ini. Saya tidak mahu menyenaraikan semua kitab-kitab tafsir tersebut, akan tetapi secara jelas dan nyata KESEMUA KITAB-KITAB TAFSIR menetapkan bahawa ketaatan kepada Pemerintah itu mestilah sejauh mana pemerintah itu taat kepada Allah. Jadi pohon saya agar mufti dapat ikhlas dalam menaqalkan kata-kata para ulama’ tersebut.

Mufti juga ada menyebut sepotong hadis

Bertolak daripada keterangan di atas juga, maka sebarang bentuk tunjuk perasaan bertujuan mencabar pemerintah adalah haram seperti dinyatakan dalam sebuah hadis sahih riwayat al-Bazzar yang bermaksud: "Mana-mana kumpulan manusia berarak ke arah sultan dengan tujuan merendahkannya, maka mereka akan dihina oleh Allah sebelum hari kiamat."

Sebelum kita mengulas tentang hadis ini, suka saya bawakkan nas asal hadis ini
وَأَخْبَرَنَاهُ أَحْمَدُ بْنُ الْمِقْدَامِ ، قَالَ : أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَكْرٍ ، قَالَ : أَخْبَرَنَا كَثِيرُ بْنُ أَبِي كَثِيرٍ ، عَنْ رِبْعِيٍّ ، عَنْ حُذَيْفَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم ، قَالَ : مَا مِنْ قَوْمٍ مَشَوْا إِلَى سُلْطَانِ اللهِ لِيَذِلُّوهُ إِلاَّ أَذَلَّهُمُ اللَّهُ قَبْلَ يَوْمِ الْقِيَامَةِ. وهَذَا الْكَلامُ لاَ نَعْلَمُهُ يُرْوَى عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم بِهَذَا اللَّفْظِ إِلاَّ مِنْ حَدِيثِ حُذَيْفَةَ عَنْهُ بِهَذَا الإِسْنَادِ.
Pertama;
Kenapa Mufti menterjemahkan perkataan سُلْطَانِ اللهِ dengan perkataan sultan sahaja sedangkan dalam nas arab perkataan sultan itu di sandarkan kepada Allah, yang membawa maksud taat dan patuh kepada Allah, bukan dalam masalah sembahyang sahaja tetapi dalam semua aspek..kalau nak bahas panjang hari ni.

Kedua;

Hadis ini hanya di riwayatkan oleh seorang sahaja… iaitu Huzaifah, tidak terdapat dalam mana-mana kitab lain..bukan itu sahaja tidak terdapat hadis ini di riwayatkan dengan turuk atau jalan sanad yang lain..dalam erti kata hadis ini adalah hadis Gharib Mutlaq kerana sanadnya secara penuh Gharib.

Bahkan salah seorang periwayat hadis ini iaitu كَثِيرُ بْنُ أَبِي كَثِيرٍ bukan merupakan seorang yang sahih dan nama beliau tidak terdapat sebagai perawi dalam mana-mana kitab-kitab sahih dan Al Tirmizi pernah di kritik kerana mengambil hadis yang di riwayatkan oleh beliau, walaupun dia seorang yang thiqah…namun beliau tidak termasuk dalam golongan yang sahih.

Ketiga
Walaupun ada hadis Gharib itu sahih..tetapi kekuatan hadis ini dipertikaikan kerana salah seorang perawinya itu bukan seorang yang sahih.


Mengapa mufti menggunakan hadis yang tidak cukup kuat dalam mengemukakan hujjah sedangkan kita ada mendengar satu hadis…. Sebaik-baik jihad ialah berkata benar di hadapan sultan yang zalim- hadis Riwayat Abu Daud

Bukan kita menuduh Sultan Perak itu zalim tetapi Rasulullah membenarkan kita berkata di hadapan sultan…mungkin demontrasi itu merupakan salah satu berkata benar di hadapan sultan kerana hanya itu jalan yang ada bagi rakyat memperkatakannya di hadapan sultan!.

Kesimpulannya..kita mahu Mufti Wilayah Persekutuan berlaku ADIL ketika menaqalkan hukum dari kitab Allah dan kitab-kitab yang muktabar, jangan terlalu hendak menjaga kedudukan sehingga sanggup mengenepikan beberapa prinsip asas dalam Islam.

Wallahua’lam

4 ulasan:

sahabat berkata...

sultan perak murtad?

http://www.ibnuhasyim.com/2009/02/sultan-perak-murtad.html

Tanpa Nama berkata...

Saya meminati blog ini kerana banyak tulisan yang dipaparkan diasaskan kepada fakta yang jelas dan dijuruskan kepada perbincangan berbentuk ilmiah, bukan membuta tuli. Saya dapat merasakan penulis blog ini adalah individu yang berkemampuan tinggi dari sudut pengajian keagamaan. Syabas dan tahniah. Teruskan usaha murni anda.....!

haikal berkata...

salam,

sejak akhir2 ni saja ada Mufti kok, sbb sewaktu para pemimpin negara (sebut UMNO)mendurhaka kepada raja-raja melayu, dimanakah Mufti?

masa TV dan radio dok kumandangkan lagu ASN (Pakat dok suruh melabur) masa tu tak kebengaran fatawa Mufti.

terimakasih "salam perjuangan atas artikel saudara"

LILUMANSURY berkata...

salam...saya bukanlah orang yang jika pergi ke tabung undi akan memangkah "sekilo berapa"...tapi saya akan memangkah mereka yang memberi cahaya kepada masyarakat..disertai dnegan hijau kehijauan ,,antar warna kesukaan nabi..saya bukanlah hamba Allah yang 'alim..cuma ingin menyuarakan pendapat saya..Pernah dengar kisah Hajjaj bin yusof as-saqofi??Dia asalnyer..bekas tentera...kemudian dilantik menjadi gabenor(pemerintah)...Dan dia adalah seorang yang zalim..lagi pembunuh...Dan pada zaman pemerintahan dia juga ramai ulama..akan tetapi..tidaklah mereka(ulamak) mewar-warkan untuk menyerang serta menjatuhkan pemerintah....Mereka berdoa dan terus berdoa serta bersabar atas tidakan yang dilakukan.. Lihat sahaja seorang ulama bernama said..satu hari dipanggil oelh hujjaj kerana die rasa tercabar akan publisiti ulamak itu..(saya lupa nama penuh ulama ini)..kemudia hajjaj bertanya
"Siapa nama kamu?"
"Namaku said"
"oh tidak..sebenarnya nama kamu syaqiq(celaka dan buruk)"
kemudia selepas itu dia berkata(hujjaj pada said)

"namamu syaqiq(celaka dalam bahasa arab)..maka celakalah ibu bapamu memberi nama ini kepadamu"
Said menjawab"Bahagia dan celaka bukan urusan kamu,akan tetapi urusan Allah"

Hujjaj menjadi berang lantas memrintahkan seorang ulamak bernama said ini dipenggal kepalanya.. Lantas ketiak ingin dipenggal said cuba untuk mencari arah kiblat..dan disuruh oleh hujjaj supaya tidak dihadapkan kepalanya ke arah kiblat...dan ketika pedang dah nak sampai di leher said.. maka dia pown berdoa
"Ya Allah..jadikanlah aku mangsa yang terakhir atas kekejaman hujjaj"

maka setengah ulama mengatakan selepas 10 hari hujjaj menjadi gila hingga akhir hayat..

Tiada ulama yang besar dalam dunia mewar-warkan untuk menjatuhkan pemerintah..saya tahu ustaz juga belajar di mesir...Syeikh fadhil al-'allamah 'ali jum'ah juga tidak menyeru pada rakyatnya untuk mejatuhkan pemerintahn husni mubarak..sedangkan kita tahu betapa diktetornya pemerintahan dia..sehingga dia dapat membuat rakyatnya susah mencari rezeki tanpa memikirkan urusan politiknya..betapa rumitnya untuk mendapat rubu' hasil dari sewaan trengko...

Jika di amsjid azhar pula..adakah syeikh syaltut menyeru supaya menjatuhkan kerajaan yang zalim??syeikh ahmad...guru di masjid azhar juga..pernahkah dia menyeru untuk menjatuhkan husni mubarak?? Dr.Yusri(seorang pakar bedah) yang juga seorang 'alim dalam bahagian hadis kerana belajar bersama seorang al-hafiz dalam hadis dari maghribi serta seguru bersama syeikh 'ali jum'ah...juga hanya menyokong setiap fatwa dan tidakan 'ali jum'ah..walaupun orang I.M disini merencara untuk menjatuhkan husni mubarak...akan tetapi syeikh nuruddin 'ai jum'ah masih ber4ada di bawah kerajaan.

Tapi mereka terus bersabar dan bersabar serta selalu mendoakan pemimpin mereka..dan lihat sahaj video syeikh sya'rawi dalam menasihatkan husni mubarak yang juga ada dlam blog anda..

ketika saya dia dalam khutbah syeikh at-tantawi syeikh university al-azhar..di akhir khutbahnya..dia mendoakan akan keselamatan pemimpin negara mesir dan kebahagiaan serta mendapat taufiq serta hidayah...

sekali lagi ingin saya berkata..saya hanya ingin menyampaikan pendapat saya.Mari kita berdoa akan pemimpin kita.. dan bukan mencelakakan org.. itu urusan Allah..

Saya hanya hamba yang sedikit ilmu..dan jika ada kesilapan..harap di tegur dan saya meminta maaf jika ada terlanjur kata...salam


'Paste'kan ke Blog Anda Tanda Sokongan

Koleksi Ayahanda