Selepas solat jumaat para penyokong PR mula bergerak menuju ke Istana Iskandariah..berdepan dengan FRU yang pada mulanya berundur dengan desakan penyokong PR, kemudian mula menyusun kembali dan melepaskan gas pemedih mata, menyebabkan penyokong PR berundur semula ke masjid.
Sekarang penyokong PR sedang membuat benteng manusia untuk menghalang kemasukan adun-adun BN ke Istana Iskandariah, jumlah penyokong PR sekitar 2000 orang...doakan semoga mereka dapat bertahan....mereka yang berdekatan sila hadir ke hadapan Istana Iskandriah untuk menyertai serta memperkuatkan mereka.
tunggu perkembangans selepas ini
terkini 2.40 petang, 10 buah trak FRU dari Pekan Kuala Kangsar telah tiba, sekarang benteng manusia berada di tengah-tengah FRU, satu pasukan yang mengawal pintu istana dan 10 trak yang datang dari Kuala Kangsar... sekarang pihak FRU sedang mengeluarkan perintah bersurai kepada benteng manusia yang berada di tengah-tengah.
Kesemua ADUN-ADUN BN dan tetamu tidak dapat masuk kerana di halang oleh benteng manusia...doakan mereka tetap bertahan... JOM SERTAI MEREKA
terkini 2.45 petang, pasukan FRU dari 10 trak dari Kuala Kangsar sudah mula turun dari trak dan sedang siap sedia untuk bertempur dengan 'BENTENG MANUSIA'
7 ulasan:
Ini adalah tindakan terdesak PR. Bila YB Umno masuk PR, kata x perlu pilihanraya, bila kene orang sendiri terpekik pekik mintak buat pilihanraya baru. Masa gadai tanah kat cina kena semua diam? kenapa?
Terdesak PR ke terdesak UMNO? bila kalah kat Permatang Pauh, Kalah di KT, mula la main jahat, beli orang sana-beli orang sini. kalau betul-betul bagus sanagat tak payah la langgar peraturan rampas kuasa...serah pada rakyat...PR bukan nak suruh serah jawatan MB pada Nizar...minta buat pilihanraya semula.
Sapa gadai tanah pada cina?!! singapura sapa gadai? UMNO ke PAS...Separuh dari Perak sapa gadai..sapa perintah selama ni? Pulau Pinang..sapa gadai? nasib baik PR susun semula untuk minimakan apa yang UMNO gadai...nu di Terengganu lepas UMNO perintah 4 tahun 2 biji pulau bagi ke cina Pulau Duyong dengan Pulau Wan Man dan lah dulu Masa Wan Mokhtar Pulau Redang separuh di bahagi pada VIncent Tan....hang tu kalau nama pun takut nak letak ...jangan dok melalak tak tentu pasal kat sini
Kalau Projek 16 September benar benar terjadi tahun lepas. Apakah agaknya nada dan reaksi orang-orang PKR masa itu? rasanya bukan menunjuk perasaan, tapi bersorak gembira. BN just learn from PKR and Anwar Ibrahim tactic. Only that PKR didnt succeed in their attempt but BN succeed. Dont blame BN...blame your own people for PKR defeat in Perak.And please respect the Sultan, Monarchy system adalah satu-satunya jalan orang Melayu mempertahankan hak dan agamanya di Malaysia
Kalau PKR ada masalah dalaman sehingga orangnya lari...jangan salahkan orang lain kalau seteru mendapat manfaatnya...
Baca balik sejarah... Singapura keluar dari malaysia disebabkan oleh parti PAP...nenek moyang pengasas DAP yang memperjuangkan Malaysian Malaysia..
UMNO yang cuba mempertahankan Singapura...tapi bila rusuhan kaum berlaku sehingga tidak dapat dibendung lagi..akhhirnya Singapura terpaksa dilepaskan dengan berat hati.
Cuba baca...
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pemisahan_Singapura_daripada_Malaysia
So...kita tak pernah belajar dari sejarah, jangan kerana kebenciaan sesama kita..... sehingga mengakibatkan tanah tergadai...menang sorak kampung tergadai ..buat apa... jangan sampai Pulau Pinang jadik macam Singapura sudah.... masa tu...cakap pun dah tak guna...tinggal sejarah je la
http://ms.wikipedia.org/wiki/Pemisahan_Singapura_daripada_Malaysia
Baca dan fikir fikirkan...jangan cuma ikut perasaan
oi beza antara 16 september dengansekarang ialah 16 september tak guna duit satu sen pun, sekadar perbincangan...sekarang ni sudah terbukti dengan 50 juta yang najib janji..itu untuk ketua bahagian PKR je..berapa kalau exco? mana yang bih bermaruah?
Cakap Pasal Singapura..kalau betul-betul UMNO pertahankan melayu bagaimana dengan JUS SOLI yang UMNO terima dari orang putih yang menyebabkan bangsa lain boleh ambik tanah air kita...jangan dok salahkan orang la...orang lain takpernah perintah malaysia ni selain UMNO, tu pulau kat TRG tu..hang belum jawab. Pulau Pinang hang belum jawab..UMNO menang 12 kerusi gerakan menang 10 kerusi..tapi gerakan ketua menteri..kenapa UMNO tak ambik? tak bawah nak jual ubat kat sini la....UMNO DAH MEMANG PENGKHIANAT MELAYU/ISLAM SEJAK DARI DULU LAGI...fikir-fikir la
wikipedia pun kau buat rujukan?? kah kah.apa la kau ni
Catat Ulasan