26 April 2010

Cuba kita teka sapa yang kena?...yang pasti UMNO tak salah





Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terenganu telah selesai menjalankan siasatan kejadian bumbung utama Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) yang runtuh pada 2 Jun tahun lepas.

Pengarah SPRM Terengganu, Ahmad Saberi Hussin berkata, kertas siasatan mengenai kejadian itu telah dihantar ke pejabat Pendakwa Raya dua minggu lepas untuk tindakan lanjut.


"Bergantung kepada mereka (Pendakwa Raya) untuk tindakan selanjutnya," kata Ahmad kepada pemberita selepas merasmikan kempen Bersama Lakukan Perubahan, Perangi Rasuah di sini hari ini.

Dalam kejadian 2 Jun tahun lepas, bumbung utama stadium yang berharga RM292 juta itu runtuh setelah setahun siap dibina untuk kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) melibatkan tempat utama dan sehingga ini kerja-kerja baik pulih stadium itu masih belum dijalankan.

Mengenai runtuhan para besi tingkat empat ketika kerja-kerja pembinaan konkrit tangki air di Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Tropika Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Ahmad berkata, SPRM tidak melakukan siasatan berhubung kejadian itu.

Sementara itu, Ahmad berkata, bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini SPRM menerima 120 maklumat mengenai rasuah dan daripada jumlah itu sebanyak 83 kes telah dibuka kertas siasatan.

Katanya, bagi tempoh itu juga SPRM menahan 11 individu berbanding lapan individu bagi tempoh yang sama tahun lepas.Pada majlis itu, 10 pegawai dari agensi penguatkuasaan menerima sijil penghargaan SPRM. - BERNAMA

Tiada ulasan:


'Paste'kan ke Blog Anda Tanda Sokongan

Koleksi Ayahanda