18 Jun 2008

Kembali......


Pertama kemaafan di hulurkan kerana tidak meng'update'kan blog ini dalam masa 3 minggu, bukanlah sesuatu yaang di sengajakan atau sudah berputus asa akan tetapi baru-baru ini alhamdulillah saya telah berjaya menjadi tetamu 'Ar Rahman' di Makkah Al Mukarramah. Perjalan yang bermula 29 Mei dan berakhir 12 Jun merupakan satu perjalanan yang beagitu menginsafkan diri, bermula dengan lawatan ke bumi firaun....mengingatkan kita kepada kezaliman dan kekejaman serta kekufuran Firaun..lantas mencetuskan di dalam hati sanubari bagaimanakah kedudukan aku jika di takdirkan aku di lahirkan di zaman Nabi Musa, bersama beliaukah aku atau bersama Firaun menentang Musa a.s, Kalau aku seorang yang kagum kepada pembangunan tentu sekali akan menjadi pengikut Firaun kerana pembangunan yang di lakukan oleh Firaun tiada siapa yang dapat menandinginya sehingga sekarang. Atau aku ini seorang yang jujur pada agama maka Musa la ketua aku...Isnyaalah

Menjejakkan kaki di bumi Al Madinah Munawwarah pada petang 1 Jun begitu mengharukan, terfikir dan termenung.....apakah lorong yang sedang aku berjalan sekarang ini ialah lorong yang pernah di lalui oleh Mus'ab bin Umair, utusan Rasulullah saw yang pertama ke madinah untuk mengajar Islam kepada penduduk Madinah, atau ini ialah lorong yang pernah di lalui oleh Miqdad yang sedang bersiap sedia untuk ke Medan Badar? atau lorong ini pernah di selusuri oleh Mukhairiq seorang yahudi Islam yang telah mewakafkan kebun tamarnya untuk Islam sejurus sebelum Syahid di medan Uhud, atau jalan yang aku sedang lalui sekarang ini adalah jalan yang pernah di ambil oleh Mu'awwiz yang begitu berkobar-kobar untuk memenggal kepada Abu Jahal yang akhirnya Allah memaqbulkan hasratnya dengan membunuh Abu Jahal. Lorong dan jalan di Madinah begitu tenang dan damai.

Walaubagaimanpun terselit satu perasaan malu, malu untuk bertemu dengan Rasulallah saw, keinginan untuk menziarahi Rasulullah amat tinggi, tetapi perasaan malu amat memuncak, malu kerana perjuangan yang dilakukan oleh kita sekarang ini tidak seberapa, sedangkan Rasulullah telah mencurahkan segalanya, malu terasa apabila kita sudah pandai bersungut terhadap perjuangan Islam ini sedangkan Ar-rasul sekelumit pun tidak pernah merungut walaupun penuh kesukaran, malu kerana persembahan yang di lakukan oleh diri ini terhadap agama Allah terlalu jauh jika di bandingkan dengan apa yang di lakukan oleh para sahabat yang mana pada hari ini kita sedang berjalan di atas jalan yang mereka juga telah lalui satu masa dahulu..
.....bersambung

Tiada ulasan:


'Paste'kan ke Blog Anda Tanda Sokongan

Koleksi Ayahanda