20 Julai 2008

Muzakarah PAS & UMNO


Hebat sungguh hari ini, jika kita baca semua artikel dan komentar yang di hantar di laman-laman web menunjukkan bahawa itulah nikmatnya berada dalam perjuangan PAS ini, perkara ini tidak pernah ada dalam UMNO ataupun mungkin parti-parti lain, bahkan kalau ada dalam parti-parti lain mungkin hancur lebur, tetapi PAS bukan kali ini tapi kesekian kalinya mengalami keadaan seperti ini, yang wajib setiap kali muktamar agung.


Nikmat yang di maksudkan ialah nikmat keterbukaan mengkritik dan 'menghentam' pimpinan, walaubagaimanapun oleh kerana terlalu sayang kepada jamaah/parti jangan la pula kritikan dan hentaman kita itu macam orang tak dah iman, dan macam orang tak pernah menadah kitab, sehingga sanggup kata pimpinan jahil la, tak layak la apa la. kita tu macamana? berapa bijik kitab dah kita habis? berapa banyak amalan kita? hubungan kita dengan Allah, macamana? teringat jugak masa zaman Ustaz Fadhil, masa dia pergi jumpa Anwar selepas kes liwat 1, ramai jugak serang, Anwar ni pernah herdik TGNA, TGHH pernah buat jahat pada PAS (sedar ke tak kita ni) tapi hikmah kepimpinan hasilnya macam sekarang, dapat ke lagi tegakkan Islam....belum lagi tapi mengorak kearah itu ada.

Muzakarah PAS dan UMNO, perkara pertama kena sedar ialah perkara ini ialah muzakarah bukan bergabung, orang dah nak mati kita pergi beri peringatan tentang kesan dan akibat yang mereka telah lakukan (kalau itu yang berlaku) tak boleh ke? dan apa yang berlaku sekarang ini adalah mendapat restu daripada Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura, apa yang kita nak gerunkan, mana sifat thiqah/yakin pada pimpinan.

Bila sebut PAS muzakarah dengan UMNO, mungkin PAS melihat bahawa PKR tidak akan sekali-kali akan berjumpa dan bermuzakarah dengan UMNO dalam masalah Rakyat dan kepentingan rakyat, sebab PKR hanya boleh bermuzakarah dengan UMNO dalam masalah Anwar sahaja. Jadi ketidakbolehan PKR ini perlu di isi oleh PAS, kerana PAS ada wibawa tersendiri, PAS ada stand yang lebih kukuh dari semua parti di Malaysia, kekentalan PAS teruji dan terbukti...tapi rakyat bimbang lagi mungkin kerana terlalu sayangkan PAS, kalau rakyat sayang pimpinan pun sayang bahkan lebih lagi.

PAS akan tertipu!! itu yang paling banyak disebut, kalau kita fikir-fikir dan renung-renung pimpinan PAS ramai yang ada sekarang ini terlibat dengan peristiwa dahulu dan perkara ini amat dan lebih disedari oleh pimpinan PAS dan kepedihannya mereka juga masih merasainya, kenapa kita begitu hilang kepercayaan kepada pimpinan, apa yang kita mahu? jangan kita jadi macam orang-orang tua yang sayang kepada pakaian sehingga tidak pernah pakai baju tersebut takut lusuh dan kotor yang akhirnya di makan oleh lipas dan tikus dalam almari kita sendiri, begitu juga dengan perjuangan kita, mesti di sebarkan dan luaskan hal mereka tak boleh terima dan tentang kita dahulu itu mungkin mereka belum terima hidayah lagi masa itu, dan kalau mungkin hidayah belum hinggap dalam hati mereka maka keadaan masih lagi macam biasa dan kita akan tetap menentang mereka.

Rasulullah saw, kalau di ikutkan perasaan macam yang di luahkan oleh sebilangan sahabat dalam ruangan ini, maka PASTI akan di amuk kota Makkah semasa pembukaan kota Makkah, kerana:
1) Orang Makkah yang menolah dakwah baginda, bukan sahaja menolak tapi menghina, bukan sahaja menghina tapi menyeksa, bukan sahaja menyeksa tapi membunuh umat Islam.

2) Menyerang umat Islam , sepatutnya apabila Ummat Islam berhijrah ke Madinah, orang Makkah tak payah serang dah kerana Rasulullah sudah tidak bersama mereka, dan mereka boleh beragama dengan agama mereka sepuas hati mereka, tapi oleh kerana jahat maka di serang Rasulullah, Badar, Uhud, Khandaq dan banyak lagi peperangan yang kecil.

3) Menipu, bila mereka dalam keadaan lemah mereka ajak Rasulullah berunding, Hudaibiyyah menjadi saksi, dahlah perjanjian tu berat sebelah, sehingga para sahabat buat 'demontrasi' kepada Rasulullah tapi yang lebih parah dan teruk lagi perjanjian yang berat sebelah itu juga di cabuli dan di langgar oleh mereka.

Melihat kepada ke tiga-tiga sebab ini paling tidak pun Rasulullah akan jatuhkan hukuman bunuh kepada mereka yang jelas mengkhianati Rasulullah tapi apa yang berlaku...Rasulullah memanggil mereka dan membebaskan mereka termasuk yang pernah membunuh Hamzah, kenapa Rasulullah membebaskan mereka? sebab mereka menerima Islam, apa akan jadi jika mereka tidak menerima Islam, PASTI mereka akan di tentang dan di bunuh. Sirah perjalanan Rasulullah ini pun di baca oleh pimpinan kita. keyakinan kita pada pimpinan kita.

Baiklah satu hakikat yang ada sekarang ini jika nak di bandingkan antara PR dan BN, mana yang lebih kuat atau mana yang lebih selesa dan berada dalam keadaan Ofensif, tentunya PAS dan PR, UMNO dalam keadaan celaru dan lemas, mereka bukan lagi juara kepada orang melayu, mereka terkapai-kapai, tapi masalahnya mereka masih lagi memegang kuasa, tekanan harus di berikan kepada mereka samada secara serangan seperti yang sedang lakukan setiap malam di seluruh Malaysia atau tekanan secara halus dan senyap melalui Muzakarah, perbincangan, rundingan dan sebagainya. Sebagaimana PKR/Anwar buat dengan komponen BN lain samada di KL, Australia, Hong Kong dsbnya (Pernah dengar tak Anwar umum dengan siapa dia jumpa.....ooooo tak leh umum....strategi) dan PAS menerima apa yang di buat oleh PKR itu.

Akhir sekali di ulang peringatan Al Marhum Ust Dato' Hj Fadhil Muhamad Nor, jangan kita jadi beruang yang jaga tuan dia, bila lalat hinggap atas hidung tuan dia dia tampar lalat tu sampai mati tuan dia. jangan kita terlalu yakin dengan hujjah kita sehingga kita hina pimpinan kita sedangkan mereka bertindak atas nama syura, dan peringatan juga jangan kita ingat pimpinan kita nak sanagat duduk tempat yang mereka duduk sekarang ni, mereka pun tak HINGIN nak duduk situ, tapi mereka sedar akan tanggungjawab yang sedang mereka pikul.....kita tunggu apa akan jadi dalam perkara ini.

Tiada ulasan:


'Paste'kan ke Blog Anda Tanda Sokongan

Koleksi Ayahanda