10 Ogos 2008

Penubuhan Trengganu Inc, Anak syarikat Masih Rugi- Malaysiakini

Kuala Terengganu - Dakwaan Bekas Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Idris Jusoh bahawa Terengganu Incorporated membawa keuntungan kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri Terengganu disangkal oleh Menteri Besar Dato’ Ahmad Said.

Januari lalu, Idris dilaporkan berkata nilai aset kebanyakan anak syarikat kerajaan negeri meningkat hampir 60 peratus pada tahun 2007 selepas penubuhan Terengganu Inc.

"Hampir keseluruhan GLC di bawah pengurusan Terengganu Incorporated telah menunjukkan peningkatan dari segi prestasi dan mula mencatatkan keuntungan berganda.
"Saya telah katakan apabila ditubuhkan Terengganu Incorporated dahulu kita mahu pastikan anak-anak syarikat kerajaan negeri ditadbir dengan baik oleh golongan profesional dengan amanah dan telus dan kini kita telah nampak hasilnya," kata Idris.

Kontra dengan kenyataan itu, agensi Bernama hari ini melaporkan, Ahmad Said melahirkan rasa kecewa dengan prestasi beberapa syarikat milik kerajaan negeri yang mengalami kerugian dalam bidang perniagaan yang diceburi mereka.

“Kerajaan negeri memandang serius perkara ini. Bedah siasat akan dibuat terhadap syarikat berkenaan dan prestasinya akan sentiasa dipantau. Kami akan melihat sekiranya syarikat itu perlu disuntik dengan perubahan pengurusan,” katanya.

Beliau menggesa anak syarikat kerajaan Terengganu seperti Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd (EPIC), TDM Berhad, Golden Pharos dan anak-anak syarikat Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) supaya membuat penilaian dan pembaharuan sesuai dengan cabaran globalisasi.

Ahmad berkata kerajaan negeri berharap perubahan pengurusan bagi beberapa syarikat yang ada kepentingan kerajaan itu akan memberi nafas baru dalam mengharungi hala tuju yang lebih fokus dan bermakna bagi penjanaan ekonomi negeri

Ulasan.
Ini lah dia Terengganu...walaupun begitu pendedahan yang berlaku akan tetapi rakyat dan pengundi masih lagi duduk nganga mengharapkan RM600.00 duit ehsan, itulah didikan yang di lakukan oleh UMNO, dan pasti UMNO akan terus berkuasa di Terengganu asalkan UMNO tidak alpa untuk mengagihkan borang dan duit ehsan....tapi awas...jika pembahagian ini di batalkan UMNO akan kecundang sebagaimana 1999.

Itu la rakyat Terengganu, rakyat RM600.00

2 ulasan:

Unknown berkata...

i didn't know that penduduk trengganu has RM600 subsidy. is it monthly or yearly?

Tanpa Nama berkata...

Chong!
bantuan untuk rakyat Terengganu ada beberapa jenis
1-Bantuan Fakir Miskin
2-Bantuan Warga Emas
3-Bantuan ibu tunggal/duda
4-Bantuan Remaja

kesemua bantuan ini berjumla antara RM250-RM600 setahun, isi borang melalui JKKK dan di tapis oleh JKKK, syarat utama untuk dapat mesti tunjuk muka pada majlis UMNO/BN, kalau hadir di majlis PAS terus di potong.


'Paste'kan ke Blog Anda Tanda Sokongan

Koleksi Ayahanda