Kelmarin
(20 Oktober) terdapat 2 suasana di kalangan sahabat-
sahabat bloggers, pada sebelah paginya kebanyakan blog menyiarkan ucapan selamat hari lahir kepada presiden PAS yang genap umurnya 61 tahun, berbagai ucapan di ungkapkan tanda kasih dan sayang terhadap Presiden Parti Islam yang tebesar di Malaysia ini, akan tetapi pada waktu tengahari tiba-tiba kita semua telah di kejutkan dengan berita kematian Shamsiah Fakih, seorang pejuang keme
rdekaan. Walaupun tidak ramai dari kalangan kita yang mengenali beliau secara rapat terutama golongan-golongan muda pada hari ini, namun kita pasti bukan itu yang di kehendaki oleh beliau semasa beliau menyinsing lengan bangkit menentang penjajah British satu masa dahulu.
Jika memikirkan sedalam-dalamnya apa yang di lakukan oleh beliau dahulu bukanlah mahukan kepada nama atau di sanjung, tetapi apa yang di lakukan adalah semata-mata mahukan kepada sebuah kemerdekaan, kemerdekaan dari sebarang bentuk penjajahan, beliau yang pernah di tuduh membunuh anak sendiri kerana melambatkan pergerakan di dalam hutan, namun tuduhan itu hanyalah fitnah jahat British semata-mata, beliau mendapat pendidikan di Sekolah Tinggi Islam, Pelangai, Negeri Sembilan. Walau apa jua alasan yang
Akan tetapi pada hari ini tidak ada sebarang pengiktirafan di berikan kepada beliau, walaupun nyawa yang beliau gadaikan kepada nusa dan bangsa, mungkin ada beberapa persoalan yang kita sendiri masih lagi kabur dan tercari-cari jawapannya, antara persoalannya….Jika benar beliau inginkan kemerdekaan, mengapa beliau tidak keluar dari hutan apabila UMNO mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu pada waktu itu? Adakah beliau tidak mengiktiraf kemerdekan yang di perolehi dengan cara mengadap Queen pada waktu itu, mungkin lantaran beliau menganggap bahawa UMNO dan BRITISH ada benda yang sama..Cuma yang berbeza hanya warna kulit sahaja….kedua-duanya tiada matlamat lain kecuali untuk menjarah harta benda rakyat jelata…setelah British puas maka di serahkan kepada UMNO untuk menjarah rakyat Tanah Melayu ini…Mungkin sebab itu jugalah UMNO atau kerajaan Malaysia sehingga ke saat ini tidak memberikan sebarang pengiktirafan kepada beliau…atau mungkin beliau tidak pernah berlakon dalam mana-mana filem di dalam Malaysia ini yang mensayugiakan beliau mendapat pengiktirafan gelaran Dato'.
Membaca berita kematian beliau http://www.malaysiakini.com/news/91605 telah mengingatkan kepada para pejuang menentang penjajah sejak dari dahulu lagi…juga tiada pengiktirafan dan sanjungan dari kerajaan UMNO, tokoh-tokoh seperti Tuan Guru Hj Abd Rahman Limbong, Tuan Haji Mat Hassan (Tok Janggut), Datuk Bahaman, Dato' Dol Said, Mat Kilau, Datuk Maharajalela, itu dikalangan Pemimpin..macamana dengan petugas-petugas mereka, seperti Si Putum, Pandak Endut, Laksamana Mohd Amin, Ngah Ibrahim, mereka ini pembantu/petugas kepada Dato' Maharajalela, begitu juga dengan pengikut dan petugas yang bertugas kepada Tuan Haji Mat Hassan (Tok Janggut) yang tawarkan hadiah sebanyak $250-$500 bagi sesiapa yang dapat menangkap mereka hidup atau mati kerana menentang British, saya akan senaraikan nama mereka sebagai pengiktiran kepada mereka
- Pa' ia Lubuk Kawah
- Mahmat bin Laboh Kg Saring
- Che Ahmat Nering
- Hj Senik Gong Tapang
- Toh Nebing Dotan Banggul
- Toh Mamat Telosan
- Awang Ngah B Mohamed Din Nering
- Penghulu Drahman Teratak Batu
- Brahim Teratak Batu
- Pak Man Seman Teratak Batu
- Pok Deris Teratak Batu
- Jenal Merkang
- Pak Nik Leh Merkang
- Pak Meh Teh Telosan
- Chik bin Tok Balo Telosan
- Tok Dris Teratak batu
- Brahim Teratak Batu
- Pak Wan Drahman Teratak Batu
- Tok Mamat Telosan
- Pak Mat Sari Telosan
(Sumber : Arkib Negara
Itu senarai nama yang di ketahui, bagaimana dengan pejuang yang berjuang di Padang Kachung Telemong Bersama Tuan Guru Haji Abd Rahman Limbong yang juga telah menjadikan Masjid Rusila pada waktu itu sebagai salah satu tempat persinggahan utama beliau, dan mengikut cerita orang-orang tua di Kg Rusila, TG Hj Abd Rahman Limbong suka memakai terompah kayu dan berbaju hitam serta memakai terendak. Bagaimana sejarah Perang Naning 1832 yang dipimpin oleh Dato' Dol Said, di mana perang tersebut di sertai sama oleh bala Tentera Allah yang berbentuk serangga dan mempunyai penyepit yang besar, yang mana cerita ini tidak di ceritakan kepada rakyat.
Bagaimana pula dengan mereka yang belum disenaraikan lagi, yang bertugas bersama Mat Kilau, Tok Gajah, Datuk Bahaman…mengapa nama-nama mereka di lenyapkan dari sejarah Malaysia dan perjuangan kemerdekaanya, adakah hanya kerana kepentingan politik maka UMNO cuba untuk membutakan anak malaysia dengan sejarah negara mereka sendiri dengan mengkisahkan perjuangan kemerdekaan ini hanya selepas tahun 1946 dan yang terlibat hanya pemimpin UMNO sahaja…sedangkan semua mengetahui UMNO lah yang mewarisi legasi British serta perangai British yang hanya ingin MENJARAH harta rakyat.
Begitu juga dengan sejarah perjuangan Ustaz Abu Bakar Al Bakir (Hizbul Muslimin), Dr Buhanuddin Al Helmy, Ahmad Boestaman melalui API, Shamsiah Fakeh melalui AWAS, kesemua ini menggunakan Slogan MERDEKA dalam perjuangan mereka, berbanding UMNO yang menggunakan slogan HIDUP MELAYU.
Pemergian Shamsiah Fakeh kelmarin mengingatkan kembali kita kepada sejarah PENGORBANAN DAN PERJUANGAN serta mengingatkan kita KEBEJATAN DAN KEJAHATAN Umno dalam sejarah perjuangan kemerdekaan serta sejarah mengingati, menghargai para pejuangan sebenar di dalam membina negara Malaysia.
1 ulasan:
Bagus betul pemikiran dan idea pemikiran saudara dalam memikirkan ulangtahun kelahiran Tn Guru haji Hadi dan peringatan keatas pemergian Samsiah Fakeh. Kedua-duanya bergerak atas dasar perjuangan menafikan kebobrokan UMNO dulu dan sekarang yg melambangkan kejahatan dan keangkuhan UMNO yg berteusan dul, kini dan selamanya...
Catat Ulasan