04 Disember 2008

Bakal Calon PR P036 Kuala Terengganu- Malaysiakini

Salam untuk semua..lama tak lakukan posting bukan bermakna putus angin, atau tandus idea, tapi sudah seronok dengan kawan-kawan yang banyak memberi sumbangan yang agak membangggakan….walaubagaimanapun agak tak adil rasanya jika tidak menyertai sama perbincangan berkenaan dengan PRK P036 Kuala Terengganu. Apa yang saya ingin nyatakan di sini ialah berkenaan dengan calon PR, Pihak SPR sudah mengumumkan bahawa penamaan calon ialah pada 6 Januari 2009 manakala pengundian pula pada 17 Januari 2009, beerti kita masih mempunyai masa yang amat panjang untuk berteka teki tentang siapa calon samada dari PR atau BN, di sebelah BN seakan pasti Senator Wan Farid akan menjadi calonnya dengan kedudukan sebagai Timbalan Menteri dan tempoh Senatornya yang hampir tamat maka Wan Farid mesti membuktikan sesuatu kepada Najib untuk melayakkan dirinya sebagai Menteri atau Timbalan Menteri dalam kabinet najib nanti, soal kelayakan peribadi atau persetujuan Perhubungan UMNO tu soal lain..tapi kehendak dan keperluan Wan Farid mestila berasaskan kepada faktor tadi.

Calon PR…Pesuruhjaya PAS TRG sudah keluarkan kenyataan bahawa calon PR akan di istiharkan oleh Mursyidul Am PAS selepas PAS memutuskan calonnya, dua tiga hari lepas TGNA keluarkan kenyataan bahawa beliau suka Mat Sabu untuk PRK P036 ni, dan beliau tidak menyatakan bahawa kenyataan ini rasmi, itulah dia BOMM TGNA untuk kucar kacirkan UMNO/BN, bagaimana? Tunggu je la.

Sebelum kita pergi lebih panjang tentang calon PR, suka saya bawa butiran pilihanraya UMUM Mac lalu.

Jumlah Pemilih 80,325

Jumlah Keluar mengundi 66,231

Peratus Keluar mengundi 82.45%

Tuan Haji Mohamad Sabu (PAS) 31,934 48.99%

Dato’ Razali Ismail (BN) 32,562 49.96%

Maimun Yusof (Bebas) 685 1.05%

Majoriti 628

Undi Tidak Kembali 119

Undi Rosak 931

Perbandingan perolehan undian PAS di antara dun dan Parlimen


Parlimen

DUN

Perbezaan

Jumlah Pemilih

80,325

80,325

0

Jumlah Keluar

66,231

66,171

60

Undi PAS

31,934 (48.99%)

33,882 (51.37%)

-1948 (-2.38%)

Undi BN

32,562 (49.96%)

31,633 (48.63%)

929 (1.32%)

Bebas

685 (01.05%)

-

-

Majoriti

628 (BN)

2,249 (PAS)

2,877

% Keluar Mengundi

82.45%

82.15%

.30%

Satu kenyataan yang mesti di terima bahawa dalam pilihanraya UMUM yang lalu PAS telah menang di 3 daripada 4 dun tetapi PAS tewas di Parlimen. Sebab? Kalau salah strategi kenapa 3 dun menang?..faktor yang kuat menyatakan bahawa kekalahan ini adalah di sebabkan calon luar TRG, pengundi Atas Pagar dan Condong BN telah memilih PAS untuk DUN akan tetapi menolak PAS di Parlimen seramai mana ? seramai 2877 orang. Bagi Orang PAS dan saya sendiri Muhamad Sabu adalah tokoh yang tiada tolok bandingnya di dalam PAS..keprihatianan kepada pengundi, Dekat dengan hati rakyat, aktif di parlimen..semuanya cukup bagi kita…tapi nampaknya belum cukup untuk pengundi atas pagar dan condong BN.

Samada faktor ini masih ada…ianya mesti di ambil kira.

Jadi siapa? Kuala Terengganu terlalu ramai tokoh, sekadar menyebut nama



  • Dato’ Mustafa Ali
  • Dato’ Wan Abdul Muttalib
  • Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi ( Adun Batu Buruk)
  • Mohd Abdu Wahid Endut (Adun Wakap Mempelam, YDP K. Terengganu)
  • YBM Dato’ Tengku Hassan (Adun Ladang)
  • Hj Zainuddin Abu Bakar (Usahawan yang amat komited dengan perjuangan)
  • Ust Ariffin Deraman (Tim Ketua DPPNT, SU JPN, Pengarah Jab.Piliharaya Pemuda Pusat, Lulusan USM & Al Azhar)
  • Ust Wan Shukairi Abdullah ( Setiausaha Dewan Pemuda PAS Terengganu)


Ramai lagi tokoh-tokoh yang amat layak bagi menduduki kerusi Kuala Terengganu ini, Cuma yang tinggal ialah kita serah kepada kepintaran dan maufakat di kalangan kepimpinan untuk menentukan calon..dan kita akan bekerja untuk memenangkan calon tersebut….Nasihat kepada sahabat dalam PR…jangan cuba untuk mentakwilkan calon yang di kemukakan oleh PAS.. sebab PAS menerima sesiapa sahaja yang di kemukakan oleh mereka walaupun secara jelas nama yang di kemukakan itu amat tidak layak….atas dasar BA kita tetap bekerja untuk calon itu bahkan sediakan backup lagi berbentuk kewangan dan sebagainya.

2 ulasan:

Unknown berkata...

Kalau nak jadi calon pilihanraya elok lah pilih anak tempatan, sebab kita nak pilih pemimpin bukan nak pilih penceramah agama, kalau nak pilih pemimpin mestilah pemimpin yang betul-betul memahami hati nurani dan dekat di hati masyarakat tempatan.
Kita bukan nak pilih penceramah agama, kalau nak pilih penceramah, tak apalah kita ambil penceramah dari luar, pasti berbondong-bondong orang tempatan nak dengar ceramah dia.

blues untuk rakyat berkata...

salam....

Dr.Khazani ni siape?


'Paste'kan ke Blog Anda Tanda Sokongan

Koleksi Ayahanda