03 Februari 2009

Keputusan SPR Di Pertikai- Malaysiakini



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersikap terbuka jika Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak mahu mencabar keputusan SPR yang memutuskan tidak wujud kekosongan bagi kerusi Behrang dan Changkat Jering.

Pakatan Rakyat, yang memimpin kerajaan negeri Perak pula memberi SPR tempoh 48 jam uutuk mengkaji semula keputusannya untuk tidak mengadakan pilihan raya kecil bagi kerusi Behrang dan Changkat Jering.

DAP, salah satu komponen Pakatan Rakyat pula menyifatkan keputusan SPR pagi tadi sebagai tidak demokratik dan bertentangan dengan perlembagaan.



BOLEH CABAR

Terdahulu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, Speaker DUN Perak mempunyai hak untuk mencabar keputusan itu jika beliau tidak berpuas hati.

"Kita negara demokrasi. Semua orang ada hak untuk mencabar dan mahkamahlah yang menentukan," kata beliau selepas selepas mesyuarat khas SPR berhubung isu peletakan jawatan dua ADUN iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering).

SPR hari ini memutuskan bahawa kedua-dua ADUN tersebut masih penyandang kerusi DUN terbabit kerana wujud keraguan dalam surat peletakan jawatan yang dikemukakan oleh Speaker DUN Perak, N. Sivakumar pagi semalam.

Sivakumar semalam menghantar surat memaklumkan kekosongan DUN Behrang dan Changkit Jering kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri selepas ADUN bagi kawasan tersebut, Jamaluddin dan Mohd Osman dikatakan telah menyerahkan surat peletakan jawatan mereka sebagai wakil rakyat di rumah beliau pada 5.45 petang Ahad lalu.

Bagaimanapun, kedua-dua ADUN berkenaan pada hari yang sama turut menghantar salinan surat yang menafikan mereka meletak jawatan.

Ditanya sama ada SPR memberatkan mana-mana surat untuk membuat keputusan, Abdul Aziz berkata, pihaknya meneliti kedua-dua surat tersebut secara sama rata.

"Ini bukan soal memberatkan mana-mana. Kita mengambil kandungan kedua-dua surat itu secara sama rata daripada orang yang sama." katanya.

KATA DUA PAKATAN

Dalam pada itu, Pakatan Rakyat memberi SPR tempoh 48 jam untuk mengkaji semula keputusannya untuk tidak mengadakan pilihan raya kecil bagi kerusi Behrang dan Changkat Jering.

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, jika SPR gagal melakukan demikian, Pakatan akan mengambil tindakan susulan yang akan ditentukan kemudian.

"Kami juga menggesa SPR supaya meletakkan jawatan memandangkan ia bukan lagi bebas," kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat DAP negeri di sini.

Kata beliau, SPR tiada kuasa untuk menentukan sama ada notis makluman kekosongan Speaker sahih ataupun sebaliknya.

Jelas beliau, di bawah Perkata 113 Perlembagaan Persekutuan SPR perlu mengadakan pilihan raya kecil dan tidak wajar mengetepikan keputusan Speaker.

"Undang-undang tidak membolehkan SPR menjalankan sebarang inkuiri, sebaliknya jika ada rasa tidak puas hati ia harus diputuskan oleh mahkamah," katanya.

"Malah, dalam kes, mereka masih boleh mengelak daripada meneruskan pilihan raya meskipun dimaklumkan oleh Perdana Menteri bahawa Parlimen telah dibubarkan," katanya.

TIDAK DEMOKRATIK

Pengerusi DAP, Lim Kit Siang berkata, SPR telah bertindak di luar perlembagaan dalam keputusannya tidak mahu mengiktiraf notis makluman kekosongan yang disampaikan oleh Sivakumar.

"Sebagaimana dijelaskan oleh bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, fungsi SPR ialah bertindak selaras dengan notis pemakluman rasmi Speaker Perak mengenai kekosongan yang wujud dan mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Lim yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor di Perak berkata, bukan urusan untuk SPR bertindak dan merampas jurisdiksi mahkamah dalam mempertikaikan keputusan Speaker DUN negeri itu.

Dalam soal ini, cabaran perundangan seharusnya datang daripada kedua-dua ADUN berkenaan jika mereka mahu mencabar kesahihan surat letak jawatan masing-masing, kata beliau.

Sehubungan itu, kata beliau, semua opsyen akan dipertimbangkan untuk menyelesaikan krisis politik di Perak.

3 ulasan:

Tinta Rakyat berkata...

Satu lagi project Barisan Nazional

Bangsa Cina Malaysia berkata...

Asalamualaikum,

just call for fresh election and InsyaAllah we Perakians will kicked BN into the straits of Malacca..

MB nizar we are firmly behind you....

Ameen..

Bangsa Cina Malaysia berkata...

Asalamualaikum,

just call for fresh election and InsyaAllah we Perakians will kicked BN into the straits of Malacca..

MB nizar we are firmly behind you....

Ameen..


'Paste'kan ke Blog Anda Tanda Sokongan

Koleksi Ayahanda