Islam mengajar kepada penganutnya supaya tidak menuntut jawatan untuk kepentingan dirinya lebih-lebih lagi apabila melakukan kempen dan juga menubuhkan klik-klik atau puak-puak yang menuju kearah itu walaubagaimanapun apabila diberikan jawatan, sedangkan dirinya tidak mampu untuk melaksanakannya, maka muslim itu tidak boleh menerimanya melainkan apabila majority ramai telah menentukan kepadanya. maka wajiblah muslim itu melaksanakan tugas yang diserahkan kepadanya.
Seseorang itu seharusnya menyedari akan kemampuan yang ada pada dirinya, sebagai contoh apabila sesorang itu telah tidak mampun melakukan tugas yang telah di amanahkan kepadanya seperti gagal membentuk jawatankuasa, gagal hadir atau hadir 3 kali sahaja kemesyuarat-mesyuarat yang telah di tentukan dalam pentadbiran yang lama, maka dia sepatutnya melakukan muhasabah terhadap dirinya adakah dia mampun menerima jawatan yang di tawarkan atau sebaliknya walaupun majoriti ramai menentukan kepadanya.
Apabila si muslim yang diberikan jawatan tadi terlewat atau lambat dalam melaksanakan tugas maka dia perlu dibantu.Sekiranya dia melaksanakan tugas yang telah diserahkan kepadanya maka ia mendapat ganjaran.
Firman Allah SWT:
تِلْكَ الدَّارُ الآخِرَةُ نَجْعَلُهَا لِلَّذِينَ لا يُرِيدُونَ عُلُوًّا فِي الأرْضِ وَلا فَسَادًا وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ
Negeri akhirat (yang telah diterangkan nikmat-nikmatnya) itu, Kami sediakan bagi orang-orang Yang tidak bertujuan hendak mendapat pengaruh atau kelebihan di muka bumi dan tidak ingat hendak melakukan kerosakan; dan kesudahan Yang baik adalah bagi orang-orang Yang bertaqwa.
( Al-Qashsas 83 ).
JAWATAN DAN TANGGUNGJAWAB
Sabda Nabi SAW:
عن عبد الرحمن بن سمرة عن رسول الله صلى الله عليه وسلم " يا عبد الرحمن لا تسأل الإمارة فإنَّك إن أوتيتها عن مسألة وكلت إليها وإن أعطيتها من غير مسألة أعنت عليها
Daripada Abdul Rahman bin Samrah, daripada Nabi SAW “Wahai ‘Abd ar-Rahman! Jangan engkau meminta jawatan pemimpin. Sesungguhnya jika engkau diberikannya dengan permintaan maka engkau ditinggalkan (tidak ditolong). Sekiranya engkau diberikannya tanpa permintaan maka engkau dibantu.
Sabda Nabi SAW:
عن أبى موسى قال: دخلت على النبى صلى الله عليه وسلم أنا ورجلان من بني عمي فقال أحدهما: يا رسول الله أمرنا على بعض ما ولاك الله, وقال الأخر مثل ذلك فقال عليه الصلاة والسلام "إنَّا والله لا نولِّى هذا العمل أحدا سأله أو أحدا حرص عليه
Aku menemui Nabi saw. bersama dua orang lelaki anak pamanku. Seorang dari keduanya berkata: Wahai Rasulullah, angkatlah kami sebagai pemimpin atas sebagian wilayah kekuasaanmu yang telah diberikan Allah azza wa jalla! Yang satu lagi juga berkata seperti itu. Lalu Rasulullah saw. bersabda: Demi Allah, kami tidak akan mengangkat seorang pun yang meminta sebagai pemimpin atas tugas ini dan tidak juga seorang yang berkeinginan memperolehnya
Sabda Nabi SAW :
عن أبى ذرّ قال: قلت يا رسول الله ألا تستعملنى فضرب بيده على منكبي ثم قال: " يا أبا ذرإنك ضعيف وإنها أمانة وإنها يوم القيامة خزي وندامة إلا من أخذها بحقها وأدّى الذي عليه فيها.
Daripada Abu Zar katanya: Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Tidakkah mahu engkau melantikku?”. Baginda menepuk bahuku dan bersabda: “Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya."
Apabila seseorang itu menghendaki sesuatu jawatan, sedangkan dirinya tidak layak untuk jawatan tersebut, maka dia berdosa dan apabila seseorang itu menolak sesuatu jawatan sedangkan ia mampu untuk memikulnya maka ia berdosa kerana menolaknya.
Sabda Nabi SAW:
من استعمل رجلا على عصابة وفيهم من هو أرضى لله منه فقد خان الله ورسوله والمؤمنين
Sesiapa yang melantik seseorang lelaki keatas sesuatu kumpulan, sedangkan ada dikalangan mereka orang lain yang lebih diredhai Allah maka dia sudah mengkhianati Allah dan rasulnya dan orang-orang yang beriman.
Sabda Nabi SAW ini amat tegas bahawa mestilah dilantik atau dipilih orang yang paling diredhai Allah mengikut ukuran agama, bukan disukai orang ramai dan sebagainya.
Kesimpulan.
Beberapa perkara yang seharusnya menjadi penduan kepada kita
1) Tidak boleh meminta jawatan. Lebih-lebih lagi berkempen. (kecuali dalam menentang golongan yang menolak Islam..yang tu jadi wajib pulak)
2) Mesti menyedari keupayaan diri, setakat mana kemampuan yang ada, samada dari sudut pemikiran, masa.
3) Menerima jawatan yang diberi sebagai tanggungjawab bukan semata-mata untuk menjatuhkan seseorang atau berbangga dengan keupayaan diri.
4) Menerima jawatan dengan menghindari perasaan bahawa hanya aku sorang yang hebat dan kuat pengaruh.
5) Menerima dengan menyedari bahawa ianya adalah Amanah dan di akhirat kelak sebagai penyesalan (jika gagal menunaikannya)
Mudahan Allah memberikan petunjuk kepada kita semua
Tiada ulasan:
Catat Ulasan