19 Jun 2009

Hikmah di Sebalik 'Kepanasan'

Minggu kepanasan mungkin semakin reda sekarang, kita mengharapkan agar pimpinan yang nampak ‘berselisih’ sudah mula menuju ke bilik perbincangan…khabarnya dalam masa sehari dua ini Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul Am akan ada perbincangan di Rumah Kelantan di Kuala Lumpur, apa yang kita harapkan ialah kepanasan dan kepongohan yang berlaku minggu lagi akan di sejukkan dengan Musyawarah, Tasamuh dan berlapang dada di semua pihak.

Kepanasan minggu lalu menyebabkan setengah daripada kita rasa kurang selesa untuk minum air di kedai kopi..tidak selesa untuk membincangkan perkara yang masih lagi samar-samar, yang masih lagi satu idea, yang masih lagi ada dalam pemikiran presiden, yang masih lagi belum di bincangkan di peringkat Majlis Syura, Ajk PAS Pusat atau di mana-mana forum di semua peringkat PAS, ini telah jelas di pertegaskan oleh Presiden bahawa ia adalah idea….Cumanya ada orang marah apabila Presiden berkarya, mengemukakan idea, ada orang marah apabila Presiden mengemukakan pandangan umum…mungkin selepas ini Presiden sudah tidak boleh lagi kemukakan idea…sebab kalau Presiden kemukakan idea..pastinya idea presiden itu idea yan tidak ikhlas, idea yang nak jual PAS, idea yang kemaruk kepada UMNO, idea nak bertenggek dengan UMNO…kan!! Kan!!. Sebab kalau Presiden jumpa UMNO maka Presiden nak jual UMNO, sama juga Timbalan Presiden…kalau jumpa UMNO maknanya nak bertenggek dengan UMNO…. Kalau orang lain yang jumpa UMNO….ooooo itu dakwah, itu hikmah, itu bijaksana, itu keramat. Kalau Anwar jumpa UMNO…lagi hebat……seolah-olah BN nak jatuh esok lusa dah.
Bukan nak dengki atau nak iri hati, tapi sedih double-standard yang wujud dalam jemaah sendiri, walau bagaimanapun bukan itu fokus utama tulisan saya kali ini, fokus utama tulisan hari ini bukan nak bincang betul atau salah UG, itu merupakan ijtihad..kalau salah 1 pahala kalau betul 2 pahala, fokus hari ini ialah hikmah di sebalik peristiwa ini, bermula dari Muktamar….yang pada awal tiada apa-apa yang hangat…sehinggalah wakil Shah Alam yang bangkit kat soal ini dalam perbahasan usul yang tidak kena mengena dengannya… dan seterusnya memancing soalan wartawan dalam PC selepas muktamar, dan malam tersebut terus hangat dengan komen oleh Mursyidul Am dalam ceramah umum. Dirancang atau tidak tiada siapa yang tahu… namun bagi saya peristiwa ini memberikan seribu makna dan seribu pengamatan yang serius. Bagi saya peristiwa ini bertujuan untuk menapis mereka-mereka yang ikhlas berjuang dalam jemaah ini dan mereka yang tidak ikhlas..TGNA, TGHH, Timbalan Presiden di lihat sebagai 3 watak utama dalam peristiwa ini, mungkin di sana terdapat beberapa salah faham di antara kedua-dua pihak tetapi saya yakin sebagaimana yang lepas-lepas salah faham ini akan dapat di selesaikan dengan mudah…tapi kali ini amat sukar sekali untuk di selesaikan sehinggakan timbul adegan halau menghalau daripada PAS.
Saya kali ini tidak mahu memfokuskan kepada 3 watak utama ini, apa yang saya ingin fokuskan ialah mereka di belakang tabir yang tidak mahu kepanasan ini menjadi sejuk, akan tetapi mereka mahukan kepanasan ini terus memanas, membara dan membakar jemaah ini. Pada awalnya golongan ini sukar untuk di lihat kerana kepandaian mereka bersembunyi sebagaimana mereka pandai bersembunyi semasa mereka di kampus-kampus dahulu.
Ketika kepanasan isu ini memuncak ada beberapa tindakan yang di lakukan oleh beberapa individu-individu dan kumpulan-kumpulan yang seoalh-olah tidak mahu perkara ini menjadi sejuk bahkan terus menambah bahan bakar dan petrol supaya ianya terus membakar….seakan-akan mahu melihat PAS ini hangusn menjadi abu.
1) Penyataan 10 orang MP PAS (kebanyakan mereka JIM/IRC/Alami..yang telah lama berusaha untuk hancurkan PAS sejak dari kampus lagi) di Parlimen yang berdiri teguh di belakang TGNA…sila klik di sini
2) Taklimat yang di berikan YB Wan Rahim semasa melancarkan Jentera Pilihanraya Manik Urai yang menyatakan bahawa Kelantan tidak memerlukan Kuala Lumpur (PAS Pusat) dalam menghadapi PRK Manik urai..ucapan terbuka.
3) Kenyataan daripada Jabatan Pilihanraya PAS Kelantan berkaitan dengan gambar poster Presiden..sila klik di sini
4) Peranan blogger-blogger yang mendakwa mereka sebagai pendokong jemaah Islam, pendokong PR tetapi ketika mana PAS sedang di timpa musibah ini mereka bukan cuba untuk meredakan keadaan akan tetapi terus mahu meniupkan apa permusuhan dan kebencian di dalam jamaah, mungkin mereka menyangka hujjah-hujjah mereka ini tidak boleh di balas, mereka merasakan bahawa pekung mereka tidak boleh di dedahkan, atau mungkin mereka tidak sedar bahawa merekalah sebenarnya yang sedang membuka pekung sendiri
a. http://pinkturtle2.wordpress.com/2009/06/20/21744/ -menyiarkan gambar-gambar yang kita tidak tahu siapa yang tulis, entahkan saraf UMNO atau siapa sahaja, kalau semasa pilihanraya para petugas di minta supaya membuang kain-kain rentang sebegini kerana tidak ada yang bertanggungjawab….tapi sayang sekali blog ini dengan bangga menyiarkannya..dan untuk mendedahkan lagi pekungnya..disiarkan gambar yang sama Cuma satu gambar dari jarak jauh satu dari jarak dekat bertujuan untuk memberitahu banyaknya kain tu sedangkan itu adalah benda yang sama….apa tujuannya ??? apa untungnya pada PAS???...contoh gambar di Simpang 3 Balai Polis Tawang menuju ke Pantai Senok (Dekat Rumah YB Tawang Hasssan Mahmod) sama dengan gambar di Simpang 3 Tawang, gambar di Simpang 4 Beris Kubur Besar sama dengan gambar Pasar Beris Kubur Besar, Jadi apa maksud dan tujuannya
b. http://saynotomunafiqeen.blogspot.com – cuba baca seranahan yang di buat kepada pimpinan….nak sejukkan keadaan ke?
c. http://www.malaysiawaves.com/2009/06/kalau-tindakan-tgna-salah-hadapkan.html - Apa tujuan posting ni dibuat? Nak kaitkan Ust Azizan ke pulak?
d. http://manjongmari.blogspot.com/ - Apa maksud blog ini letakkan poster permintaan ahli-ahli, ahli-ahli mana? Ahli-ahli telah bersuara dalam muktmar baru ni. Adakah bertujuan untuk sejukkan keadaan?
e. http://mimpi-senja.blogspot.com/2009/06/pas-diterima-ramai-kerana-tgna-bukan.html - apa maksud posting ini? Sedang cuba menafikan kuasa Allah ke? Apakah ini budaya PAS yang cuba di wujudkan?
f. http://greenboc.blogspot.com/2009/06/pas-umno-orang-bachok-dah-marah.html - sama dengan (a)
g. http://perisik-rakyat.com/2009/06/banner-protes-nasha-di-seluruh-bachok.html - sama dengan (a) dan (f)
h.Dalam Menghadapi PRK Manik Urai..kita mahu memahami maksud tindakan JPN Kelantan yang mengenepikan Presiden dari jadual ceramah-ceramah Mega di Manik Urai, adakah ini tindakan yang boleh menyejukkan keadaan atau tindakan yang mahu mempamerkan perpecahan dalaman PAS, klik disini untuk jadual ceramah.
hinggakan di Malam Pengisytiharan Calun pun Presiden mahu di ketepikan...ini apa cerita ni???
Adakah ini menunjukkan sikap sebagai ahli jemaah Islam, dalam keadaan di cuba, dalam keadaan kepanasan ini, mereka-mereka ini sedang menambahkan suhu kepanasan, kita sekarang ini bukan berbicara tentang indiviu-individu yang ada dalam jemaah, individu-individu ini boleh pergi dan juga datang.
Kesimpulannya saya merasakan hikmah terjadinya peristiwa ini kerana Allah mahu membuka pekung-pekung sesiapa yang sebenarnya mahukan keteguhan jemaah dan siapakah yang mahu melihat jemaah berterusan dalam kepanasan yang tidak berkesudahan. Jika sekiranya ada orang di belakang blog-blog yang ada ini kita minta supaya mereka jangan lagi mengamalkan politik pecah perintah ini, cuba memecahkan antara Pimpinan-Pimpinan Teritnggi PAS bagi menjamin kedudukan mereka dalam keadan selesa dan bertepuk tangan serta menyisihkan diri apabila melihat ada pertelingkahan…meniup api perselisihan apabila melihat kepanasan sudah hampir reda.

2 ulasan:

Amir berkata...

Saudara..kau kena tanya sapa yg mula ni dulu..jgn marah org yg tak mau benda ni jadi besar awal2..tapi setengah pemimpin termasuk Presiden yg beria2 pasal isu ini...org waras marah sebab dia waras..kalu Nik Aziz marah Nasha..adakah sebab Nik Aziz tak waras???Pokok pangkal kewarasan dalam PAS ini satunya datang dari Nik Aziz..kalu Nik Aziz dah tak pimpin PAS...aku memang tak peduli langsung parti serban ini..PAS tak pernah bangkit dengan kekuatan sendiri..nasib baiklah ALLAH jadikan Nik Aziz utk pimpin PAS..kalu nak harap pemimpin lain dah lama dah PAS ni hancur!!!org marah riuh rendah sekarang ni sebab sayangkan PAS..kalu rakyat dah tah pedulii..dah mula balik sokong BN..tak dak dah nak riuh rendah macam ni..lagi satu nak wala' pun biar bertempat..jgn duk wala' macam askar kamikaze!!
Nik Aziz tu bukankah pimpinan paling tinggi dlm Pas sbb dia Mursyidul Am? so kami wala' pada Nik Aziz..Nik Aziz kata NO kerajaan Perpaduan..maka NO lah! apa masalah lagi?

BoyDontUcry berkata...

nak sejukkan plak?
rakyat Malaysia nak terus lawan UMNO, apsal beberapa kerat orang PAS nak berdamai plak?

tahniah kepada TGNAA kerana berdiri teguh dan istiqamah bersama sentimen rakyat Malaysia yang mahu hapuskan UMNO.

nih idea nak sejukkan isu nih lagi idea tak leh pakai... siapa yang pecah-belahkan jemaah PAS? jawaban: Boneka UMNO

pastu boneka nih nak 'sejukkan' plak?

samada u ulama atau rakyat biasa, sila tanya diri anda sendiri;
"Nak sokong/masuk UMNO atau nak lawan UMNO?"

Ko kira ijtihad Hadi jew? ijtihad TGNAA ko tolak tepi?

Kalau Hadi, Nasa, Pa dan geng2 masih degil nak berpadu dengan UMNO silakan... jangan paksa ahli PAS dan rakyat Malaysia ikut korang!

Senang sikit rakyat Malaysia tolak dan kuburkan (political carrier) kamu sekali!

satu je pengajaran dan iktibar kubra episod ini... kalau PAS sekarang sanggup menghianati kepercayaan rakyat dlm PRU12, baguslah...nasib baik khianat masa belum memerintah (sebagai rakyat yang mengundi, aku rasa lega sekarang)
akibatnya, sampai kiamat pun PAS tak akan dapat memerintah Malaysia.

wassalam


'Paste'kan ke Blog Anda Tanda Sokongan

Koleksi Ayahanda