10 Jun 2009
Jangan Emosi mengatasi Al Quran Dan Hadis
Ketika Datuk Harun Taib membacakan ayat alQuran tentang pendekatan alQuran yang mengizinkan politik perang dan damai, kisah Musa yang diperintah bertemu Firaun dan beberapa ayat tentang keterbukaan sikap Al Quran mengajar ummat dalam dakwah.... terdengar seorang pemerhati di hadapan saya menyebut..."umNo bukan jenis boleh buat baik". Spontan saya menyebut kepada rakan disebelah " kalau ayat alQuran pun orang PAS nak tolak tak tahu la...." saya melepaskan geram bukan pada orangnya....
Saya nukilkan kisah ini kerana bukan sedikit di kalangan kita yang semakin jauh dari al Quran lantaran emosi yang keterlaluan." Andai Rasulullah yang agak geram melihat jenazah bapa saudaranya Hamzah di Medan Uhud pun ditegur oleh Allah, apakah kita lebih dari itu" antara intipati yang saya tangkap dari ungkapan pergulungan TG Presiden. Ramai dari kita marah kepada orang terutamanya umNO kerana kerja jahat umNO. Siapa tak tahu kejahatan umNO??
Sewaktu konvensyen PAS di Rapat Setia tahun lalu TG Presiden telah meluahkan betapa PAS adalah parti yang lebih tahu kejahatan umNO. PAS lah yang menanggung azab kejahatan umNO bermula Dr Burhanudin hingga Ibrahim Mahmud, Osman Talib dan ribuan lagi yang ,menjadi mangsa umNO. malah ada yang menzalimi PAS itu kini bersama Pakatan Rakyat. Namun ianya tidak menghalang kita meneruskan dakwah dan perbincangan dengan mereka. Kebimbangan pendekatan bertemu umNO akan membantu umNO bukanlah nas Al Quran atau hadis. ianya adalah "bacaan" atau" sangkaan" politik yang tak mampu memadamkan Nas Al Quran dan Hadis.
Malangnya sebahagian dari kita menjadikan bacaan politik lebih dari Nas Al Quran dan hadis di saat yang sama kita mendakwa pendokong Al Quran dan Hadis. Kenapa hujjah Presiden, Ketua Dewan Ulama dan Timb Mursyidul Am yang sarat dengan hujah Nas Al Quran Dan hadis ditolak dengan emosi dan luka lama serta dendam yang tak berkesudahan??? apakah itu sikap sewajarnya ahli jamaah Islam????
Wajarlah Timbalan Mursyidul am menimbulkan kembali erti wala kepada pimpinan yang seolah hilang dari jamaah Islam. HARUS DIINGAT! kita bukan PKR atau DAP... jauh sekali umNO! jangan kerana kita berkawan dengan PKR dan DAP makan kita sama seperti mereka. Kita adalah sahabat seperjuangan mereka denga matlamat yang sama...tetapi disiplin parti kita jauh berbeza dengan mereka! sebab itu kita mampu bertahan sebagaimana mereka tak mampu bertahan ketika diuji!
Sebagai ahli jamaah Islam... sewajarnya disiplin dalam jamaah Islam difahami dengan sesungguhnya. Sebagaimana kita kecewa dengan Islam yang di bawa oleh umNO , kita juga harus kecewa dengaan gaya perjuang Islam yang di bawa oleh sebahagian dari kalangan kita? apakah kita telah memahami adab dan disiplin dalam perjuangan Islam? saya bimbang di saat kelab penyokong yang ingin diperkasa di beri kefahaman perjuangan Islam.. .pendokong PAS sendiri jauh dari memahami perjuangan Islam.
Moga akan berlaku perubahan dalam meneruskan perjuangan PAS selepas muktamar ini. Moga kita ada identiti tersendiri dalam melakar perjuangan Islam di Bumi Malaysia. KETERLIBATAN KITA DENGAN PARTI LAIN BUKANLAH TIKET KITA MENJADI SEPERTI MEREKA. Kita hanya bersepakat dalam perjuangan , kita bukan satu parti dalam perjuangan. Identiti kita berbeza, teras kekuatan kita berbeza.... dan selamanya takkan serupa selagi ISLAM TIDAK DIJADIKAN TERAS PERJUANGAN MEREKA! namun tiada salahnya kita berjuang bersama mereka.
http://anaksengat.blogspot.com/
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan