01 Ogos 2009

Nasihat Najib Razak kepada Tok Guru Nik Aziz


Nak tergelak ada, nak marah pun ada kerana baru je lepas dengar berita yang menyiarkan nasihat Najib kepada TGNA supaya jaga hati dan perasaan ahli UMNO jika mahukan kerjasama yang baik antara kerajaan negeri Kelantan dengan Kerajaan Pusat.

Nak tergelak kerana …apa dah jadi dengan Najib ni…nak marah pulak….buta dan bisu ke Najib ni..MACAMANA PULAK DENGAN HATI DAN PERASAAN AHLI PAS, kita bilang satu persatu

1- Hati dan Perasaan Anak-anak dan balu Memali seramai 14 orang yang di bunuh oleh Kerajaan BN sampai sekarang kes mereka belum selesai di Mahkamah.

2- Bagaimana dengan Perasaan anak-anak dan Balu Ustaz Othman Talib yang di bunuh oleh penyokong BN dalam pilihanraya kecil Padang Terap dulu

3- Bagaimana dengan seluruh petani yang menyokong PAS apabila subsidi baja di nafikan daripada mereka.
4- Bagaimana dengan perasaan ketua-ketua kampung yang terdiri dari ahli PAS di Kelantan tahun 1978 apabila di pecat tanpa sebab oleh kerajaan BN selepas menang pilihanraya.

5- Bagaimana dengan guru-guru yang di tukar ke pendalaman berpisah dengan anak dan Isteri kerana semata-mata menyokong PAS.

6- Bagaimana dengan anak-anak orang PAS di sekolah yang di kutip no akaun masing-masing tiba –tiba di nafikan wang KWAMP.

7- Bagaiamana dengan hati dan perasaan orang-orang tua dan miskin di kampung-kampung yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang di nafikan bantuan JKM semata-mata kerana mereka menampal gambar Tok Guru Nik Aziz atau TG Hj Hadi dalam rumah.

8- Bagaimana kontraktor-kontraktor dalam semua kelas disenarai hitamkan sedang rekod mereka baik tetapi pernah menderma kepada PAS.

9- Bagaimana dengan kawasan-kawasan perkampungan yang majoritinya orang PAS di nafikan jalan-jalan yang baik.

10- Bagaimana dengan perasaan Imam-imam masjid yang pernah di penjarakan oleh UMNO setelah memecat mereka kerana mereka PAS.

11- Bagaimana dengan perasaan dan hati pemilik-pemilik tanah di Terengganu setelah mereka di berikan hak milik oleh Kerajaan PAS..tiba tiba UMNO BN bawa jentolak merobohkan rumah-rumah mereka.

12- Bagaiman dengan perasaan penderma yang sama-sama membina masjid bujal, tiba-tiba UMNO robohkan.

13- Bagaimana perasaan TG Nik Aziz sendiri bila UMNO BN mengurung anaknya Nik Adli tanpa bicara di Kemunting selma 6 tahun.

14- Apa perasaan anak-anak dan Isteri-isteri tahanan ISA

15- Bagaimana dengan perasaan mereka yang layak menerima zakat tetapi di nafikan oleh UMNO.

Kalau nak di bariskan banyak lagi.. terlalu banyak (kawan-kawan boleh tambah) dan ungkapan “PEGI JAHANAM UMNO….” Oleh TGNA masih lagi lembut dengan mereka-mereka seperti ini.

8 ulasan:

Mrkolumpo berkata...

www.mrkolumpo363.blogspot.com
keep up the gud work bro

Unknown berkata...

Salam,bukan nak tergelak,mmg dah gelak pun.Perompak nasihat Ulama'kah.kah.kah
Ada masa jengok la blog ana kalau boleh jd follower sekali.
http://ijoks2009.blogspot.com/

pensel tajam berkata...

yang ni xpayah gelak. nasihat daripada syaitan pun kita perlu pertimbangkan itupun kalau syaitan nasihat jangan ikut dia kalu teringin maksud syurga. NAJIB punya? tanya lalat pun lalat pandai buat keputusan.

Abdullah Haris Zakaria at-Takeeriy berkata...

haha..gelak lagi..haha..lagi & lagi..gelak je la utk org yg BODOH+BANGANG mcm najib tuh! dia ingat dia & umno je ade prasaan? dia ingat rakyat x de prasaan ke?!

Unknown berkata...

salam ukhwah...
jika inilah keadilan bagi mereka,ternyata jauh mereka telah menyimpang.

Sesetengah kita mungkin tak suka sesetengah yg lain,tapi haruslah benar sebabnya sebagaimana kita tak suka najib kerana kefasikannya yg terang jelas.

Tapi,itu tak bermakna kita boleh hina dia dgn kata-kata yg kesat?kan?

**salam ziarah dan ukhwah**

Rerama Ungu berkata...

Sakit matalah tengok gambar beraurat tu...Gelak itu budaya Syaitan...

Daripada: Budak Mati

Muhammad Afif berkata...

UMNO kata nak tolong Melayu, tapi haprak.... UMNO Penipu...

joegrimjow berkata...

altantuya kan?


'Paste'kan ke Blog Anda Tanda Sokongan

Koleksi Ayahanda