02 April 2010
MEB di ciplak
Halatuju negara Malaysia semakin menjadi ‘haru biru’ dengan pelbagai slogan yang dicipta dibawah pemerintahan Umno dan Barisan nasional (BN).
Yang terbaru, Model Ekonomi Baru (MEB)yang diumumkan pada minggu lalu oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak sepatutnya dibentangkan dan mendapat kelulusan parlimen.
Sebaliknya, Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali (Cikgu Pa) berkata, tindakan Najib membentangkan model tersebut diluar parlimen menunjukkan bahawa rakyat di belakangkan, bukan dahulukan.
”Sepatutnya satu perancangan yang besar yang nak dibuat dinegara ini, dibentangkan dalam parlimen, bagi ahli parlimen bincang, tetapi tidak,
”sehingga kelmarin tidak ada lagi lagi (belum lagi) pembentangan dibuat di palimen yang membolehkan ia dibahaskan oleh ahli-ahli parlimen yang mewakili rakyat,
”dia (Najib) kata rakyat didahulukan, tapi bila bentang Model Ekonomi Baru, rakyat dikebelakangkan,”ujarnya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Festival DUN Chukai disini.
Menurutnya, MEB yang dibentang oleh Najib, sebenarnya mengandungi banyak perkara yang diciplak dari Pakatan Rakyat (PR).
Katanya, beliau boleh membuktikan setiap bab yang terkandung dalam MEB Najib adalah agenda bersama parti-parti PR yang dibentangkan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Disember lalu.
”Rupanya, bila kita tengok Model Ekonomi Baru, banyak yang di cetak (ciplak) dari agenda baersama yang telah kita bentangkan beberapa bulan lalu,
”Mengaku cerdik sangat, tapi kacau hok orang buat, kita boleh tunjuk (buktikan) bab ini, bab ini, banyak yang ditiru dari yang kita buat,”tegasnya.
Oleh sebab itu, katanya, PAS bersama Pakatan Rakyat sebenarnya mampu mentadbir negeri Terengganu dan juga negara Malaysia.
Walaupun heboh diperkatakan baru-baru ini tentang ahli-ahli parlimen (MP) yang melompat, namun beliau berkata, mereka tidak melompat masuk ke dalam Umno dan Barisan Nasional.
Bahkan beliau mendakwa, MP yang melompat tersebut berbuat demikian, kerana sogokan ‘minyak pelincir’ yang dilakukan oleh Umno dan BN.
”Sebahagian daripadanya (yang lompat) saya kenal, apa yang saya nak beritahu, ada benda yang menyebabkan jadi lompat itu,”
”jadi ada ‘minyak pelincir’, walaupun mereka tidak mengaku, hakikatnya ada orang (lain) yang tahu,”jelasnya.
Dalam perkembangan yang sama, beliau berkata, Pakatan Rakyat akan diwakili oleh calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menentang Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor.
Katanya, dalam mesyuarat Pakatan Rakyat Rabu 31 Mac, keputusan tersebut dibuat berdasarkan kerusi terbabit ditandingi oleh PKR dalam pilihanraya umum tahun 2008.
Sehubungan itu, semalam Jumaat 2 April, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) telah menetapkan pencalonan Pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor akan diadakan pada 17 April.
Manakala menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, hari pengundian adalah pada 25 April akan datang
Petikan Buletinonline.net
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan