06 Januari 2009

Mesra...Namun Lawan Tetap Lawan (Koleksi Gambar Penamaan calon P036 Kuala Terengganu)- Malaysiakini

Shahrizat di Khemah pimpinan PR
Rais Yatim, Lim Kit Siang, Nizar Jamaluddin, Ust Ahmad Awang

Husam Musa, Abd Fatah Haron & Mustafa Mohamad

Menteri Kerja Raya & Ust Nasa (Membelakang Kamera)

Salahuddin Ayyub, Yahya Ali dan Ahmad Said

Ahmad Said & Ustaz Nik Muhamad Zawawi

Mahfuz Omar, Zahid Hamidi & Mustafa Mohamad
Husam Musa & Shahrizat Jalil
Noraini Ahmad & Ustaz Mujahid

Yab Ust Azizan Razak, Yab Md Isa Sabu, Shahidan Kassim dan Dr Syamsuri (SETPOL Presiden PAS)
Teresa Kok, Syed Hamid Albar, Hishamuddin Husein
YAB Ustaz Azizan, YAB Md Isa Sabu, Shahidan Kassim dan Zahid Hamidi
Tian Chua, Husam dan Shafie Afdal

Gambar Sekitar Penamaan Calon P 036 Kuala Terengganu- Malaysiakini

Ketibaan Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS

Ketibaan Tuan Guru Dato' Mursyidul Am


Badai Hijau.....

Presiden tiba di tempat permulaan Perarakan







Lautan Manusia

Pimpinan Muda PAS Terengganu.

Pimpinan PAS Negeri Terengganu
YB Azmin Ali


Pimpinan Pakatan Rakyat

04 Januari 2009

Pesanan Tok Guru Nik Aziz untuk Rakyat KT- Malaysiakini













Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Tuan/Puan bakal-bakal pengundi sekalian,

1) Salam Pendahuluan

Politik ini kerja Nabi-Nabi. Ia ada kena mengena dengan Islam kerana melalui kekuasaan didalam pemerintahan, banyak perkara penting dalam hidup meliputi setiap aktiviti manusia dapat diputuskan melalui kuasa pemerintah. Ia mencakupi kegiatan untuk menegakkan maaruf dan mencegah kemungkaran. Ini amat berbeza sekali dengan fahaman politik para pemimpin Umno. Mereka menyifatkan Islam lain dan politik lain. Ia suku-suku menyebabkan Islam terkurung di surau-surau dan tidak didaulatkan.

2) Islam Agama Sejagat

Islam mengutamakan keselamatan manusia - bukannya Melayu sahaja. Islam mengatur seluruh sistem hidup bagi melindungi keselamatan manusia untuk mencapai kesejahteraan, bermula dari dunia lagi sampai ke dalam lubang kubur dan terus ke akhirat. Ini jauh berbeza dengan perjuangan orang sekular yang mengambil faham kebangsaan Melayu seperti Umno sebagai dasar perjuangan. Mereka hanya tahu dan bercakap mahu membawa kebahagiaan setakat dunia. Itupun, kejayaannya sangat diragukan boleh dicapai oleh rakyat pelbagai kaum di Malaysia. Masalah inflasi, masalah keruntuhan akhlak, masalah rasuah, masalah kroni, masalah ketirisan, masalah jenayah, masalah perpaduan kaum, masalah murtad, masalah bahasa, masalah pencemaran alam, masalah keruntuhan bukit, masalah dadad, HIV dan Aids dan seribu satu macam masalah lagi. Ini semua merupakan contoh betapa gagalnya pemimpin Umno yang berfahaman kebangsaan ini yang memerintah Malaysia sekarang. Sudahnya di bumi tak jejak, ke langit tak sampai. Menyembah Allah pun tidak, menyembah berhala pun bukan.

3) Nak Jaga Orang Melayu

Kerja nak jaga orang Melayu, PAS pun boleh jaga. Bahkan kaedah PAS menjaga kepentingan orang Melayu lebih logik dan konkrit. Lihat kerja kami menjaga amanah kuasa dalam kerajaan-kerajaan yang diamanahkan. Cara kami cukup berbeza dengan Umno yang menggunakan faham kebangsaan. Umno hanya setakat untuk membahagiakan rakyat sampai ke pintu kubur sahaja. Itu pun jika bahagia?

4) Semangat Kebangsaan

Melalui konsep BN, Umno menyuburkan faham kebangsaan di kalangan bangsa-bangsa dalam gerakan aliran perjuangan bangsa masing-masing. Atas slogan perpaduan, mereka meniupkan semangat perkauman di atas pentas toleransi dan istilah permuafakatan yang muluk. Untuk umpan eksploitasi, mereka membiarkan syak wasangka tumbuh subur dalam kehidupan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum ini. Contoh boleh dilihat melalui isu-isu bahasa, aktiviti keagamaan di masjid dan rumah-rumah ibadat. Isu bahasa kebangsaan di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi yang sama-sama boleh kita saksikan. Saya yakin yang orang Melayu dan orang bukan Melayu sedang berada dalam kegelisahan. Hari ini pula timbul isu ketuanan Melayu. Ini semua ada kena mengena dengan politik Umno yang mahu “pecahkan perpaduan” untuk terus memerintah. Ini “divide and rule” yang selalu saya katakan. Rakyat tertanya-tanya, apa yang sudah terjadi, sedang terjadi dan akan terjadi dengan masa depan perpaduan kita pada masa ini dan akan datang.

Sebaliknya, semangat Islam bertolak dari Adam dan Hawa. Kita tidak berminat dengan kesedaran bangsa walaupun kita sedar bahawa kita hidup berbangsa-bangsa. Kita pupuk semangat kebersamaan yang bertolak daripada satu keturunan. Ini menimbulkan rasa senang dan tenang. Jauh dari perasaan syak dan curiga. Kesedaran ini mencetuskan benih baru. Ia menimbulkan rasa mesra kerana kita semua adalah bersaudara. Islam memberi peluang kepada semua bangsa untuk bertaqwa dan menjadi orang yang terbaik sama ada Cina, Melayu, India, orang asli atau Benggali. Sekiranya mereka menerima Islam, maka mereka layak untuk menjadi orang bertaqwa. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“Hai manusia (tanpa mengira bangsa), sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

(Surah Al Hujuraat : Ayat 13)

5) Sokongan Terhadap Umno

Semua rakyat boleh perhati bahawa orang Melayu sudah lari daripada perjuangan Umno. Dalam keadaan orang yang sedang melarikan diri, Umno pula sedang ghairah menggantung pemimpin dan ahli-ahlinya yang sedia ada. Ada yang hanya kena setahun dan ada yang kena bertahun-tahun. Ada yang dipecat dan ada yang dikenakan tindakan disiplin, Kes-kes politik wang (rasuah) sudah mencecah angka 1,000 kes. Setakat yang saya ikuti, orang yang nak masuk Umno, tidak ada. Yang keluar, ada!

6) Pembangunan Di Kelantan

Jika Kelantan hendak diambil sebagai contoh, maka seluruh rakyat Malaysia boleh datang dan menyaksikan sendiri segala pembangunan dan projek yang sedang dilaksanakan. Jemputlah ke Gua Musang, Tok Bali, Kubang Kerian, Kota Bharu, Tanah Merah, Jeli, dan ada di merata-rata tempat di negeri ini. Ada-ada sahaja pembangunan. Demikian juga dengan pergerakan aktif rakyat dari pelbagai pelusuk negara yang bertolak dari Kelantan ke Kuala Lumpur atau Kuala Lumpur ke Kota Bharu baik melalui penerbangan MAS(6 buah pergi balik setiap hari), Airasia(4 buah pergi balik setiap hari) dan Fire Fly(4 buah pergi balik setiap hari). Itu belum lagi di hitung trip perjalanan harian menggunakan perkhidmatan bas, teksi, coaster, kereta persendirian dan keretapi. Kami tidak mengatakan kami yang terbaik tetapi kami boleh katakan kami lebih baik. Kami sedar kami miskin, tetapi kami berjimat cermat kerana Islam menganjurkan supaya kami berjimat cermat. Kami jaga Hukum Allah S.W.T. Mana yang boleh kami laksanakan, kami laksanakan. Mana yang belum boleh kami laksanakan, maka kami usahakan untuk melaksanakannya. Demikianlah cara kami. Dengan mentaati Allah, Islam menjadi cukup mudah. Bahkan politik yang paling mudah ialah Islam. Bagaikan Peguam Negara, Nabi Muhammad S,A,W. menterjemahkan segala isi kandungan Al-Quran untuk dilaksanakan. Kami menggunakan Islam sebagai panduan yang telahpun ada “blue print”nya. Dalam Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu dan pilihan raya-pilihan raya yang akan datang, mari kita tinggalkan Umno dengan rasuah dan segala penyakitnya. Walau di mana sekalipun, dalam konteks rasuah, Umno selalu menjadi parti yang serba salah.

Diberi salah

Tak diberi kalah

Serba tak kena

Serba salah.


7) Salam Penutup

Jom, kita tinggalkan Umno. Tak payahlah kita berbalah. Yang kita hendak hanya satu iaitu mengundi PAS dan Pakatan Rakyat. Menang PAS, menanglah Pakatan Rakyat. Selamat mengundi. Jom, kita ke Putrajaya !

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Menteri Besar Kelantan

Bertarikh : 3 Muharram 1430/31 Disember 2008.

02 Januari 2009

YB Tuan Hj Mohd Abd Wahid bin Hj Endut- Malaysiakini












Pemilihan Yb Hj Mohd Abd Wahid Endut sebagai calon mewakili PR dalam PRK Kuala Terengganu telah mengejutkan banyak pihak, satu keputusan yang betul-betul di luar jangkaan sesiapa sahaja, dalam keadaan semua pihak tampak berkeyakinan dengan Dr Syed Azman akan diisytiharkan pada malam tersebut, akan tetapi semua keyakinan itu meleset, ada seorang sahabat memberitahu, semasa pengistiharan tersebut ramai di kalangan wartawan yang hadir di majlis tersebut dalam keadaan terpinga-pinga terkejut dengan pengiystiharan yang di lakukan oleh YB Tuan Guru Presiden.

Apa pun tanggapan dan anggapan oleh semua pihak tapi itulah pilihan ‘ISTIKHARAH’ dan ‘ISTISYARAH’, dan itulah yang paling wajar dan paling tepat di lakukan oleh seorang pemimpin sebuah gerakan Islam, mengadu kepada Allah dan berbincang dengan sahabat, walaupun ada cubaan-cubaan sumbang yang cuba di lakukan oleh segelintir mereka yang masih tidak berpuas hati (itupun jika ada) kita ingatkan mereka dengan ucapan presiden semasa taklimat kepada petugas pilihanraya dari kawasan Kuala Terengganu sehari sebelum pengisytiharan calon di buat

"Taat diwaktu senang dan susah. Mentaati dalam semua keadaan. Setuju kita taat dan tidak setuju pun kita taat. Apa sahaja arahan yang diberi oleh pemimpin.
"Jika tahu calon dahulu baru hendak taat, itu bukan ajaran dari Allah SWT. Kita tidak menang jika ada golongan macam ini dalam PAS. Jika hendak dengar ‘amanat’ kena taat dan patuh," tegasnya ketika pada Majlis Amanat Pilihan Raya Kecil P036 di Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Terengganu, ~harakahdaily

Adakah peringatan ini menunjukkan bahawa tiada lagi musyawarah di dalam PAS? Tidak ! akan tetapi ini melambangkan disiplin dan syarat kepada kejayaan kepada sesebuah Gerakan Islam lantaran keputusan tersebut di lakukan bukanlah secara sombrono akan tetapi secara ‘ISTIKHARAH & ISTISYARAH’ inilah keindahan dan kemanisan di dalam PAS yang tidak dapat di kecapi dan dirasai oleh mereka yang berada di dalam UMNO dan Barisan Nasional.

Sekarang, keputusan sudah di ambil dan pengisytiharan sudah di buat, YDP PAS Kawasan Kuala Terengganu akan berhadapan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, pihak UMNO hampir kelu dengan pengisytiharan calon PAS ini cuma ada satu respon oleh seorang pemimpin UMNO sebagaimana yang di siarkan dalam Malaysiakini.com yang menyatakan bahawa Yb Hj Mohd Abd Wahid tidak di kenali kecuali di DUN beliau sahaja, satu kenyataan yang paling cetek dan bengap yang pernah di keluarkan, patutlah dia ni kalah semasa menentang Hj Wahid di Wakaf Mempelam, Hj Mohd Abd Wahid Endut adalah Adun selama 5 Penggal atau 23 tahun, beliau YDP PAS Kawasan Kuala Terengganu, Beliau bekas EXCO Kerajaan Negeri Terengganu selama 4 tahun…tiba-tiba UMNO kata orang tak kenal dia!!..sebenarnya itu hanyalah satu kenyataan orang terkejut, terkedu dan mati akal kerana terpaksa berdepan dengan orang yang tidak pernah mempunyai rekod yang buruk selama 23 tahun sebagai wakil rakyat, kerana jika beliau tidak di senangi oleh rakyatnya pasti beliau tidak akan terpilih sebagai wakil rakyat dalam pilihanraya bagi tempoh yang begitu lama. Dan jika beliau ada masalah dengan Parti dan Jamaah pasti tidak akan di pilih sebagai calon di situ dan tidak akan di lantik menjadi YDP Kawasan.

Cuba cari wakil Rakyat UMNO/BN yang di masukkan ke WAD kerana Denggi tiba-tiba berbohong kepada jururawat untuk ke tandas tetapi keluar sekejap dari wad dengan tag nama masih ada di pergelangan tangan semata-mata untuk melawat rakyatnya yang terlibat dengan kebakaran rumah kediaman.. itulah YB Hj Mohd Abd Wahid Endut.

Satu Kenyataan dari Mohd Zuber Embong….ini pun hairan di sebut sebagai pemimpin UMNO tetapi beliau adalah pegawai kelas A (ketua sektor akademik di Jabatan Pelajaran Terengganu) macamana boleh terlibat dengan politik dan bercakap atas nama UMNO. Beliau menyatakan bahawa YB Hj Wahid tidak buat apa-apa selama 23 tahun…yang di maksudkan dengan ‘apa-apa’ itu APA? Pembangunan….beliau tinggal di mana sehingga tidak boleh nak bandingkan diantara Wakaf Mempelam 23 tahun yang lalu dengan Wakaf Mempelam sekarang? Dan kenyataan beliau bahawa kecemerlangan pendidikan yang di lakukan oleh Dato’ Razali dahulu akan lenyap…kenyataan itu sebenarnya bukand di tuju kepada Hj Wahid tetapi di tuju kepada Wan Farid dengan maksud bahawa ‘akulah yang lebih layak daripada kamu wahai Wan Farid sebab, aku ni sama dengan Hj Razali sama-sama dari sektor pendidikan’

Dua kenyataan dari pemimpin UMNO ini bukanlah tanda kenyakinan mereka untuk menang tapi kegelisahan mereka dalam mengahadapi calon PAS yang tidak dapat di cari kesalahan dan kesilapannya. Dan sehingga kepada saat ini (semasa artikel ini di tulis) Wan Farid tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung dengan pemilihan Hj Wahid sebagai calon PR.

PRK Kuala Terengganu adalah titi tolak kepada pembuktian sikap rakyat Terengganu menolak BN setelah mereka ketinggalan di dalam Tsunami politik semasa Pilihan Raya Umum baru ini, mudahan Allah memberikan kemenangan kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

01 Januari 2009

Sekitar Majlis Pengisytiharan Calon P036- Malaysiakini


Calon Yang Paling Munasabah Untuk Kerusi Dan Tempat Yang Munasah

Perisytiharan Calon PAS Untuk P036 Kuala Terengganu


'Paste'kan ke Blog Anda Tanda Sokongan

Koleksi Ayahanda