09 Oktober 2008

Adinda Pun Bukan..Anakanda Pun Bukan

Terlalu banyak cerita sewaktu cuti AidilFitri….cuba di ikuti sebaik sahaja tamat cuti ni..tapi dalam masa 2 hari ni walaupun semasa di kampung tak boleh online..tapi insyaalah masih dapat mengikuti isu-isuyang di perbicangkan oleh sahabat-sahabat bloggers…dalam banyak perkara dan isu yang keluar, paling menarik ialah kenyataan YB Khalid Samad, ntah apa yang di kehendaki oleh beliau dengan kenyataan-kenyataan beliau yang mungkin beliau rasakan amat bernas itu…saya cuba untuk mengamati tulisan-tulisan beliau dalam blog beliau…mungkin saya ni terlalu dungu untuk memahami kepintaran dan keintelektualan YB khalid…walaubagaimanapun kesimpulannya YB Khalid amat tak puas hati dengan kepimpinan PAS sekarang ini dapat dirasai dan di jiwai dalam penulisan beliau. Respond yang pertama yang ingin saya beri ialah dengan cabaran beliau terhadap ROSLAN SMS, SP, dan beberapa blogger lain tentang ayat Al Anfal 61-62.

Walaupun artikel ini telah di berikan penjelasan oleh Ust Nik Abduh, tetapi nampaknya YB Khalid masih lagi cuba untuk menegakkan Tali Kapal yang basah (http://khalidsamad-shahalam.blogspot.com/2008/10/wahai-anakanda.html) itu dalam artikelnya yang baru ini, walaubagaimanapun saya rasa keperluan untuk menyertai sama perbincangan ini.

Ayat yang di turunkan oleh Allah SWT itu adalah berkaitan dengan perdamaian dan tidak pernah di dengari dari mana-mana pimpinan yang menggunakan ayat ini untuk bergabung dengan UMNO/BN kalau khalid ada atau sesiapa sahaja yang ada samada HUSAM, TULANG BESI, KHALID, atau sesiapa sahaja yang mempunyai bukti bahawa ada pimpinan PAS yang menyatakan akan menyertai UMNO/BN sila kemukakan. Ayat surah al Anfal 61-62 di gunakan oleh para perwakilan di dalam Muktamar di Ipoh baru-baru ini atau yang di tulis oleh mana-mana blogger hanyalah untuk menyatakan HARUS berbincang/muzakarah/muqabalah dengan UMNO/BN..takkan khalid tak boleh beza antara Bincang dan Menyertai/bergabung.. kerana secara jelas khalid kata:-

1. Mewajibkan bersatu atau bekerjasama dengan pihak lawan (UMNO/BN)

Saya rasa jelas bahawa setelah menanda-tangani Perjanjian Hudaibiyyah, Rasulullah tidak pula berpakat dan berkongsi kuasa dengan golongan Quraisy dan melanggar pula perjanjian bersama orang-orang di Madinah. Golongan Quraisy terus memerintah Mekah dan kekuatan mereka semakin lemah hari demi hari. Tiada pula usaha Rasulullah untuk mengukuhkan kedudukan mereka dan membantu mereka supaya tidak roboh. Ummat Islam di Madinah pula semakin kukuh, menangani masalah pengkhianatan dalaman kaum Yahudi dan memperluaskan ruang pengaruh mereka ke seluruh Hijaz dan luarnya. Tiada pula atas hormatkan ‘lissalmi’ maka ummat Islam duduk tak buat apa-apa.

Mengapa masih lagi cuba menentang kenyataan Presiden dan Timbalan Presiden bahawa tiada penggabungan antara PAS dan UMNO/BN..saya minta nak cabar khalid supaya ceritakan dengan terperinci perbincangan antara PAS dan UMNO yang di sertai oleh beliau! Khalid, Cikgu Pa dan Ust Nasa, manakala UMNO Khir Toyo dan Pak Lah….minta Khalid ceritakan sebelum pergi, semasa perbincangan dan selepas keluar dari perbincangan tersebut. Cerita dengan ikhlas dan habis..ada atau tidak di sebut untuk bergabung dengan UMNO/BN?

Betul khalid menyatakan bahawa 'lilsalmi' itu perdamaian, tapi kalau rujukan itu hanya kepada kita rumi yang di terjemahkan..saya rasa baik rujuk kitab arab dan belajar semula…. Ibn Khatir menyatakan {للسلم} أي المسالمة والمصالحة والمهادنة tiga perkataan yang di terangkan oleh Ibn Khathir ini hanya di terjemahkan oleh khalid sebagai perdamaian.. saya harap khalid belajar dulu apa makna ketiga tiga perkataan ini, apa makna Musalamah, apa makna Musolahah dan apa makna Muhadanah…..kalau tak tahu jangan la cuba tafsirkan Quran dengan kepada otak kita..adakah betul dengan tafsiran kita dengan gencatan senjata?

Khalid kata

Berdasarkan penjelasan ringkas ini, jelas bahawa konteks perkataan ‘lissalmi’ atau ‘perdamaian’ adalah ‘genjatan senjata’ serta berhenti berperang!

Mengapa khalid hanya menggunakan satu pandangan Ulama' sahaja dalam menafsirkan ayat ini (Al Anfal 61-62), peristiwa Hudaibiyyah hanya sebagai contoh yang di bawa oleh Ibn Khatir dan bukan menjadi Sebab Nuzul kepada Ayat ini,, jika kita membuka Fi Zilal Al Quran oleh Syed Qutb…beliau memberi satu lagi contoh bahkan di jadikan contoh utama sebelum daripada kisah Perjanjian Hudaibiyyah..iaitu bagaimana Perjanjian Rasulullah dengan Golongan Yahudi di dalam Mithaqul Madinah atau Piagam Madinah…yang secara jelas menunjukkan bahawa adanya perjanjian/ikat setia Kerajaan Rasulullah saw dengan golongan/Kabilah Yahudi di penggir Kota Madinah, perjanjian untuk sama-sama mempertahankan Bumi Madinah dan menjuruskan untuk sama-sama membangunkan Bumi Madinah, Yang mana perjanjian ini telah di khianati oleh bani Quraizah dalam perang Khandak.

Walaubagaimanapun bukanlah maksud di sini untuk mengakui bahawa PAS akan bergabung dengan BN/UMNO kerana telah ada penafian, di ulangi TELAH ADA PENAFIAN oleh Presiden, Timbalan Presiden, Timbalan Mursyidul Am berkali-kali-kali, yang menjadi kehairanan mengapa YB Khalid CUBA MEMAKSA khalayak ahli PAS untuk menerima bahawa PAS akan bergabung dengan BN/UMNO? Dan tidak salah untuk menyatakan bahawa Khalid cuba untuk memaksa ahli PAS supaya berkata bahawa Presiden, Timbalan Presiden bercakap bohong, sedangkan Presiden di dalam Muktamar baru-baru ini telah menjelaskan bahawa jika perkara tersebut berlaku maka MUKTAMAR KHAS akan di adakan.. takkan tak faham ucapan presiden macam tu…kalau faham kenapa masih cuba untuk mengungkit cerita penggabungan PAS dengan UMNO/BN.

Nasihat saya….tak kira la jua kedudukan YB Khalid….jangan terlalu ego dengan diri saudara…takkan sekali menang sahaja sudah rasa strategi kita cukup ampuh, Hujjah kita paling bernas, strategi kita paling hebat hujjag orang lain boleh pakai jentik sahaja…dan bukan lah bermakna apa bila orang senyap bila membaca hujjah-hujjah kita itu bukan bermakna bahawa mereka tidak ada hujjah balas…tapi mungkin malas nak layan kita yang merapu tak tentu pasal…

Insyaalah kalau ada masa kita bincang surah An Nahl ayat 94 dalam masa lain

3 ulasan:

webmaster berkata...

Moga2 YB Khalid Samad membaca artikel ini. Mudah-mudahan diberi sedikit kefahaman. Insya Allah.

Tanpa Nama berkata...

Pandangan ana:
1. Anta tak paham apa yg YB Khalid cuba sampaikan
2. Anta masih rasa semua yg pemimpin buat betul dah tak boleh ditegur langsung dgn hujah2 spt taat dan wala'
3. Maklumat yg anta terima tak cukup utk membuat kesimpulan sepenuhnya, byk sgt lagi sbb yg YB Khalid tegur tu tapi sebab nk jaga air muka dia tak sebut.

sekian, harap terima teguran

Tanpa Nama berkata...

tanpanama....
anta tahu ke dari mana maklumat ana? anta ingat maklumat ana pakai muat guni dan kutip tepi jalan?

zahash


'Paste'kan ke Blog Anda Tanda Sokongan

Koleksi Ayahanda